The first 200 lines.
Kyzyl, Rusia
Dua minggu selepas serangan ke atas Kem Fortress
Dia nampak sangat letih.
Buat sekarang. Suruh mereka masuk.
Dah sedia untuk buat satu lagi video untuk suami awak?
- Dah tiba masa kita potong... - Tidak...
salah satu jari awak yang cantik itu.
Tidak.
Tidak.
Hei!
Mari, Sasha.
Mari.
Cepat.
Kem Fortress
Dua minggu kemudian
Hati-hati dengan yang itu.
Nilainya lebih tinggi daripada GDP kebanyakan negara.
Apa ini?
Satelit milikan yang direka untuk mengesan...
Harta kerajaan, mahal.
Apa?
Kita perlu fokus. Kita dah terlepas tarikh.
Baik.
Selamat pagi, Sasha.
- Hai, semua. - Macam mana keadaan awak?
Entahlah.
Ingatan saya tentang beberapa hari lalu kabur...
saya nak cuba biasakan diri hidup bebas semula.
Saya tak boleh bayangkan apa yang awak lalui.
Daripada apa yang saya dengar berlaku di sini bulan lepas...
mungkin awak boleh bayangkan.
Macam mana dengan penginapan awak?
- Saya tahu tempat ini tak mewah... - Baik-baik saja.
- Saya sangat selesa. - Bagus.
Kalau perlu apa-apa, beritahu saya.
Kita tak cukup bekalan sebab bajet kita ditarik...
tapi kita perlu dapatkan barang keperluan asas.
Mana ayah awak?
Masih di bilik sakit...
tapi doktor yakin dia akan pulih sepenuhnya.
Tentu sukar bagi dia.
Akhirnya dia dah bebas semula, tapi suaminya pula dah mati.
Dia dikurung pun sebab Balzary.
Itu yang merumitkan keadaan, tak membantu apa-apa pun.
Ditambah pula orang yang selamatkan dia...
adalah orang yang bunuh suami dia.
Kalau itu tak cukup rumit lagi, tak tahulah.
Gila, bukan?
Macam mana hidup berubah dengan pantas.
Ya, sebulan lepas, saya belum jumpa awak.
Sekarang saya tak boleh bayangkan hidup tanpa awak.
Kita perlu fokus.
- Tak boleh ada gangguan. - Gangguan sikit, apa salahnya?
Betul?
Mungkin.
Tengok ini.
Oh, Tuhan. Awak fikir semua ini masih berfungsi?
- Banyaknya. - Lebih baik kita tak tahu.
Biar saja di sini.
Masalah yang ada dah cukup banyak. Tak perlu tambah dengan trak meletup.
- Hai. - Hai. Macam mana dengan Robert?
Dia semakin stabil.
EKG terakhirnya pula normal.
Lega saya mendengarnya.
Ya, kami risau...
kalau diikutkan kedalaman peluru yang menembusinya.
Nampak dahsyat.
Tapi dia memang kuat, macam selalu.
Ya.
Saya tahu sikit-sikit tentang apa yang berlaku di Rusia.
Macam mana?
Doktor-doktor kami dapat laporan lapangan...
dan kami perlukan laporan itu untuk pembedahan yang mungkin...
perlu dilakukan di kemudahan ini.
- Begitu. - Okey.
Sebenarnya, Robert memang begitu...
dan dia selalu berdepan dengan bahaya mengikut nalurinya.
- Dia selamatkan nyawa saya. - Ya.
Dia sentiasa melindungi orang yang tak bersalah.
Tapi saya tetap asyik terfikir...
- macam mana kalau saya... - Tak, Sasha.
Apa yang berlaku bukan salah awak.
Pergilah jumpa dia. Dia asyik tanya tentang awak.
- Terima kasih. - Okey.
Terima kasih.
- Saya gembira dapat jumpa awak. - Macam mana keadaan awak?
Saya akan baik-baik saja.
Saya dengar peluru itu menembusi bahu awak.
- Serius bunyinya. - Ia boleh sembuh.
Saya mungkin akan mati sebab terlalu bosan.
Mereka tak beri awak TV atau apa-apa?
Mereka dah simpan.
Saya nak ucap terima kasih.
Kalau bukan sebab awak, tentu saya masih di Rusia.
Kemudian mereka akan bunuh saya.
Tak apa.
Awak tak perlu selamatkan saya, saya takkan lupa budi awak.
Saya dah berjanji dengan Frederic.
Maafkan saya.
Untuk apa?
Bunuh suami saya sebab mempertahankan diri?
Sebulan sebelum itu
Ulysses, Paul masih dengan awak?
Ulysses?
- Ulysses! - Ulysses.
Tak guna.
Orang kata kehidupan...
hanya boleh difahami ke belakang...
Tapi...
harus dijalani ke hadapan.
Betul.
Tolong saya.
Cuba selamatkan isteri saya.
Dia dah cukup menderita atas dosa-dosa saya.
Tolonglah, Robert.
Selesai.
Awak tiada pilihan, bukan?
Saya tiada pilihan.
Frederic seorang lelaki yang sukar difahami.
Itu tak cukup untuk menggambarkan dia.
Awak masih dapat mimpi ngeri?
Mungkin lambat lagi barulah ia hilang.
Tak apa, hadapinya perlahan-lahan.
Beri peluang untuk diri awak pulih.
Masa akan mengubati segalanya.
Ya. Awak bercakap daripada pengalaman?
Saya nampak yang awak dan anak awak pulih bersama-sama.
Terlalu banyak kesilapan lampau.
Tapi niat saya sentiasa baik.
Masa akan mengubati segalanya.
Nasihat yang baik untuk kita berdua.
Semoga lekas sembuh.
- Jumpa lagi. - Jumpa lagi.
Jadi...
ada sesuatu yang saya belum beritahu awak.
Oh, Tuhan. Awak mengandung.
Apa dia?
Mak saya akan datang melawat.
Betulkah?
Dia menggelabah selepas dengar apa yang berlaku bulan lepas...
dan suruh saya balik.
Apabila saya beritahu dia saya tak nak...
dia berkeras nak datang ke sini.
Saya tak sabar nak jumpa dia.
Awak tak perlu tunggu lama.
Ken sedang ke lapangan terbang untuk jemput dia sekarang.
Dia sampai hari ini?
Dia tentu akan suka Ken.
- Itu semua rancangan saya. - Rancangan awak?
Ken tentu boleh lembutkan hati dia sebelum dia sampai ke sini.
Awak sangat bijak. Agak manipulatif, tapi bijak.
- Hei. - Hai, saya Carole.
Tunggu sekejap.
Saya ingatkan saya perlu jemput ibu Kate...
tapi sekejap, tentu puan kakak dia.
Tak, saya ibunya.
Tapi terima kasih atas pujian itu.
- Macam itulah. - Ini adik Kate, Zoe.
- Dia pun akan ikut sekali. - Yakah?
- Kate tahu dia datang? - Tak, saya nak buat kejutan.
Baguslah begitu.
Oh, Tuhan. Kejutan.
Carole, Zoe, saya Ken.
- Saya sangat rapat dengan Kate. - Hai, Ken.
Dia tak boleh jemput kami sendirikah?
Sebenarnya, saya tak sabar nak jumpa mak awak...
jadi saya tawarkan diri.
Tapi tak sangka dapat jumpa adiknya sekali...
jadi itu satu bonus besar.
- Biar saya bantu angkat beg puan. - Terima kasih.
Sekejap, jadi awak boleh tolong pegang ini sekejap?
Ini pun boleh.
- Dah boleh. - Okey.
Macam mana dengan penerbangan tadi?
Agak teroleng-oleng sikit.
- Teroleng-oleng? - Ya. Sikit.
Panasnya.
Ya, cuaca sekarang panas.
Ini keretanya.
Macam mana awak boleh bekerja dengan Kate?
Begini.
Selepas tugasan di luar negara selesai...
dan saya pulang ke sini...
keadaan saya agak tak menentu.
Saya ada masalah membiasakan diri dengan kehidupan normal semula.
Kedua-dua lutut saya cedera dan bahu saya penuh serpihan peluru.
Sakitnya teramat sangat.
Jabatan Askar Veteran cadangkan saya jalani terapi fizikal...
dan makan ubat tahan sakit.
Jadi kehidupan saya jadi muram...
dan pil-pil antikemurungan cuma memburukkan keadaan.
Teruknya.
Memang teruk, Zoe.
Tapi syukurlah, semasa kehidupan saya mula jatuh...
saya dapat panggilan daripada kawan lama saya, Robert...
yang mengubah hidup saya, syukurlah.
Tawaran dia adalah untuk bekerja di pusat peranginan di sebuah pulau.
Semasa di sanalah dia kenalkan saya kepada Kate...
dan Kate terima saya dengan tangan terbuka.
Kisah awak luar biasa.
No comments yet. Be the first to leave one.