The first 200 lines.
Sarikata BM oleh din1705 - Malaysia Subbers Crew -
Katakan hello kepada Idiosa Dartellum 7,
atau virus ID-7.
Nampak menakutkan, huh?
Untuk sesiapa yang belum tahu,
Virus ID-7 membuat tahap hormon stres meningkat,
menghalang perjalanan saraf, menyerang pertimbangan kita,
dan mengganggu keseimbangan yang sangat penting
dalam otak kita...
keseimbangan antara emosi dan akal
yang menjaga kita dari melakukan perkara bodoh,
seperti menumbuk bos anda apabila marah
atau berasmara dengan kekasih anda di khalayak ramai ketika sedang gersang.
Keseimbangan itu terganggu sementara,
menyebabkan kawalan diri hilang
dan naluri asas timbul
dan mereka yang dijangkiti bertukar menjadi
apa yang pakar panggil sebagai perampasan emosi.
Media sosial telah menggelarkannya 'virus mata merah'
untuk alasan yang jelas.
Boleh dirumuskan,
maruah manusia tidak diendahkan.
Kes pertama virus mata merah yang dilaporkan
berlaku 18 bulan yang lalu di Des Moines, Iowa,
dan dengan cepat tersebar ke seluruh dunia.
Sejak itu, sudah ada lebih daripada 1,000 wabak yang disahkan
dilaporkan secara global, lebih separuh daripadanya
berada di Amerika Syarikat.
CDC yakin mereka boleh mengasingkan virus itu dengan serta-merta
melalui kuarantin yang telah diarahkan,
dan negara akan bebas daripada virus itu
pada penghujung tahun ini
dengan ubat antibodi sedang diuji secara agresif.
Mereka juga menyatakan bahawa virus itu tidak membunuh,
yang secara teknikal adalah benar.
Tetapi walaupun virus itu tidak dapat membunuh, mereka yang dijangkiti, boleh.
Memperkenalkan Encik Nevil Reed,
pesakit pertama yang secara rasmi dibebaskan dari tuduhan pembunuhan.
Peguamnya mendakwa
bahawa mereka yang dijangkiti dengan virus ID-7
tidak dapat mengawal emosi mereka
dan oleh itu tidak bertanggungjawab untuk tindakan mereka.
Dan terima kasih kepada hujah ini, kes itu digugurkan.
Jadi Nevil hilang pertimbangan,
menikam rakan sekerjanya berulang kali di muka sehingga mati
dan dia bebas, terima kasih kepada keputusan doktor.
Tuhan memberkati sistem keadilan.
Selamat datang ke pejabat Towers & Smythe Consulting,
syarikat tak guna yang diupah oleh syarikat tak guna yang lebih besar
dalam kes Nevil Reed.
TSC adalah firma yang didorong oleh ketamakan, penipuan, dan kemerosotan moral,
tempat yang ironisnya menemuduga pekerja baru mereka
dari mereka yang jujur, setia, dan berintegriti.
Keistimewaan yang saya miliki apabila saya baru tiba
dan bersedia untuk memulakan hari pertama saya di sini.
Dan inilah saya enam bulan kemudian...
kerja lewat malam, tidak ada rasa hormat, kopi teruk,
hasil kerja kotor yang awak lakukan.
Tetapi tidak ada yang boleh menghalang saya.
Saya berusaha untuk mencapai kejayaan yang keluarga saya tidak pernah kecapi,
tempat duduk di meja besar berpangkat tinggi,
dan dalam masa sama berjaya membayar balik pinjaman pelajar saya.
Tetapi semakin tinggi pangkat saya,
semakin saya rasa seperti saya kehilangan diri saya.
Dan selepas menemui hujah yang memenangi kes Reed itu,
pangkat saya naik dengan cepat.
Tetapi pada masa itu, ia tidak penting
kerana saya fikir dia memang bersalah.
Saya hanya mahu pejabat sudut.
Dan kerana dosa-dosa saya, mereka memberinya kepada saya.
Teruknya.
Towers dan Smythe.
Kenapa awak bodoh sangat?
- Saya minta maaf. Saya... - Oh, maafkan awak?
Saya tidak membayar gaji awak untuk meminta maaf, Jenny.
- Pagi, hei. Pagi, hey. - Bukan sekarang, Derek.
Awak kena tengok ini.
- Mari ke sini. - Kenapa?
Saya baru terima ini hari ini.
Parti Hari Krismas tahun lepas.
Itu macam awak.
Ya. Itu awak.
Di mana awak dapat ni?
Oh, saya cari "si tak guna"
yang menyuruh pembantunya bekerja keras untuk janji naik gaji palsu,"
dan ianya, hasil carian, seperti, nombor satu.
Dengar, biarkan dia sahaja atau saya akan jual ini kepada isteri awak
untuk separuh dari separuh yang dia akan dapat dari perceraian awak.
Perbualan yang baik, bro.
Terima kasih.
- Mungkin tidak banyak... - Pagi, Miles.
Tetapi saya akan mengambil apa sahaja budi yang saya boleh berikan
untuk tidur lebih baik pada waktu malam.
Syukurlah ada kopi, kan?
Jadual 9:00 pagi awak adalah dalam bilik mesyuarat tiga.
- Di mana cawan kopi saya? - Entah. Juga, saya...
Awak tahu siapa yang mengambilnya?
Tidak. Tetapi saya boleh ambilkan awak yang lain.
Saya tidak mahu cawan lain. Saya mahu cawan saya.
Yep, David dari Vanda Corp.
Derek. Derek.
- Apa? - David, talian satu.
Okey. Sambungkan dia.
David, saya baru nak hubungi awak.
David? Siapa David?
Ini Lucy.
Miles, ini adik saya.
Saya minta maaf.
Susahnya nak telefon awak.
Saya cuma nak tahu jika awak dapat datang
ke majlis hari jadi saya bulan depan.
Ya. Um...
Tidak, sebenarnya. Saya minta maaf.
Saya tidak dapat datang ke majlis hari jadi awak.
Tetapi saya akan ganti balik.
Jika awak tidak dapat datang,
sekurang-kurangnya lukiskan saya sesuatu lukisan yang cantik.
Bagaimana awak tahu saya mula melukis?
Miles kata awak agak pandai.
- Oh, ya ke? - Ya.
Awak patut mendaftar masuk ke kelas seni atau sesuatu.
Saya tidak ada masa untuk kelas seni.
Ya. Awak tidak ada masa untuk apa sahaja.
Ya. Awak betul.
Saya tidak ada masa untuk apa-apa.
Saya tidak ada masa untuk perbualan ini.
- Tetapi saya sangat menyayangi awak. - Tunggu, Derek. Saya cuma...
- Saya cuma nak bercakap dengan awak lebih lama. - Terima kasih banyak kerana telefon.
Saya minta diri dulu. Saya sayang awak. Babai.
Apa jadual pukul 9:00 saya?
Selamat pagi. Pejabat Pat Sorenson.
- Sini, tuan. - Hebat. Terima kasih.
Notis Pelelongan.
Bagaimana saya boleh tolong awak?
Pelanggan saya mahu bayar hutang tertunggak ini
untuk mengelakkan pelelongan.
Kami ingin TSC untuk memberitahu bank untuk memberi kami sedikit masa.
Maaf kerana memberitahu awak,
tetapi pelanggan kami mempunyai syarat tiada pembiayaan semula.
Jadi apa yang saya nak kata kepada pelanggan saya?
Awak boleh tak terima kemungkinan
untuk "deed in lieu"?
Mm. Awak tidak tahu apa yang saya katakan, kan?
- Awak patut berjumpa peguam. - Saya seorang peguam.
Jika awak seorang peguam, awak akan tahu apakah yang dimaksudkan sebagai "deed in lieu".
Awak salah seorang peminjam, kan?
Jadi, apa itu "deed in lieu"?
Tidak mengapa.
Bank tidak akan bersetuju untuk itu juga.
Begini, awak bukan peminjam pertama
yang cuba penipuan ini.
Cik, sini tidak boleh merokok.
Jika begitu, datang dan halanglah saya.
Tunggu.
Kami hanya perlukan dua bulan lagi.
Ada keluarga terlibat di sini, tetapi tiada siapa yang mendengar,
bukan bank, bukan peguam.
Saya tidak dapat hubungi setiausaha mereka pun.
Dengar, maafkan saya kerana ini berlaku kepada awak.
- Kemudian janganlah halau saya. - Bank yang menghalau awak.
- Bank adalah pelanggan awak. - Mereka adalah pelanggan syarikat ini.
Rakan kongsi syarikat yang membuat keputusan.
Tidak ada hujan yang berfikir mereka yang menyebabkan banjir.
Ibu saya pernah berkata demikian.
Sekarang saya faham apa maksudnya.
Ada apa-apa lagi saya boleh bantu?
Awak boleh mulakan dengan memberitahu saya
rakan kongsi yang membuat keputusan itu.
Boleh. Ianya...
Oh, tidak.
Irene Smythe.
Saya mahu berjumpa dengan Irene Smythe ini
atau sesiapa sahaja sekarang.
Boleh. Biar saya hubungi dia.
- Sini, puan. - Lepaskan saya!
Kami belum selesai di sini!
Saya akan menyaman awak! Saya akan menyaman awak semua!
Tak guna!
Siaplah awak semua!
Siaplah awak.
Brenda tidak sihat,
jadi saya terpaksa ke penthouse
untuk membuat tugasan dia.
Rupanya bos berjumpa dengan Kara,
dan saya cukup pasti mereka bercakap tentang
awak merosakkan kes Vanda Corp atau sesuatu.
Tunggu, apa? Awak...
Saya tidak jaga kes Vanda Corp. Itu pelanggan Kara.
Saya tahu, kan?
Oh tidak.
Apa yang saya boleh bantu?
Derek Cho. Perlukan kod akses ke tingkat lapan.
Untuk berjumpa siapa?
Kara Powell, Pengarah Operasi,
tidak terlibat dengan urusan pelanggan,
tetapi dengan segala perkara yang berkaitan
dengan politik syarikat dalaman,
dia umpama Mussolini.
Kami memanggil dia, The Siren.
Dia telinga untuk Bos.
No comments yet. Be the first to leave one.