The first 200 lines.
BERDASARKAN PERISTIWA SEBENAR
Tak sangka.
Siapa yang buat benda ini?
- Sven! - Apa?
Tengoklah sendiri!
Saya nak buat panggilan!
KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Celaka!
- Pada 15 Julai 1942… - Ya Tuhan!
…penggera berbunyi menandakan Jerman memulakan serangan ke atas Sweden.
Perang dah tiba!
Tentera Jerman!
SETIAUSAHA NEGARA
- Mereka dah serang! - Ya Tuhan.
Mereka datang cari kita.
- Kita mesti beritahu Menteri Luar Negeri. - Ya.
MENTERI LUAR NEGERI
Apa salah kita? Kita dah buat semua yang mereka minta.
Hubungi kedutaan Jerman.
Ya Tuhan…
Tapi mestilah, kenapa mereka nak lepaskan Sweden?
Norway, Denmark, Belgium, Belanda…
- Helo? - Selamat pagi.
Saya telefon untuk dapatkan maklumat.
Berkenaan dengan serangan kamu semua ke atas Sweden pagi ini.
Apa maksud awak?
Fritz! Orang Sweden ingat kita serang mereka.
AMARAN PALSU
- Apa? - Bodoh!
Maaf.
Baiklah, Tuan Menteri Luar Negeri.
THE SWEDISH CONNECTION
Saya akan sambung…
Pada tahun 1942, Sweden ialah negara bersendirian,
dikelilingi negara yang ditakluki Jerman.
Mereka kata mereka neutral, tapi bersetuju dengan kebanyakan permintaan Hitler.
Tentera Jerman dibenarkan untuk melalui negara ini.
Industri Sweden membekali tentera Jerman dengan bijih besi dan galas bebola.
Pada ketika ini, hampir tiada orang di luar Jerman
tahu tentang apa yang berlaku kepada orang Yahudi.
Orang Yahudi? Kami sibuk nak menang perang ini!
Orang Sweden tak begitu sibuk.
PERDANA MENTERI
Tuan Perdana Menteri!
Kes lelaki Yahudi? Berikannya kepada Menteri Luar Negeri.
Orang Yahudi?
Saya dalam perjalanan ke Solvalla. Berikannya kepada Söderström.
Masuk negara? Tidak. Berikannya kepada Gösta.
Gösta?
Gösta Engzell dalam Perundangan. Di bawah tanah.
Dia uruskan kes suaka.
JABATAN PERUNDANGAN
Ayah, Göran kata ayah bekerja untuk Hitler.
- Apa kerja ayah? - Itu tak benar.
Ayah bekerja dalam diplomasi.
Apa itu?
Ingat semasa kamu tendang bola ke dalam ruang tamu Jonsson?
- Ya. - Okey.
Jonsson sangat marah, tapi kamu tak cakap dengan dia pun.
Ayah cakap dan jelaskannya.
Itulah diplomasi.
Ayah cakap dengan jiran-jiran Sweden untuk elak permusuhan.
Saya ingat dia cap kertas di bawah tanah.
Okey, selesai.
Mari pergi.
Apa ayah cakap kepada Jonsson?
Sebenarnya, ayah cuma guna gaya dan kemahiran.
Mana ada!
Dia bawa kek span. Ayah panggil itu diplomasi?
Kamu semua jangan sentuh alat penerima, boleh?
Benda ini untuk dengar berita, bukan lagu Amerika yang teruk ini.
Yalah.
Jadi, ayah buat kek span untuk Hitler?
JABATAN PER NDANGAN
Oh.
Di manakah Engzell?
Selamat tengah hari. Dia di dalam.
Ini untuk awak.
Kes orang Yahudi.
- Pn. Johansson? - Terima kasih. Satu lagi kes.
Gösta Engzell telah menjadi ketua Jabatan Perundangan selama enam tahun,
yang bermaksud dia juga berada di sana pada tahun 1938,
apabila Sweden meyakinkan pihak Jerman
untuk cap pasport orang Yahudi Jerman dengan huruf "J".
- Terima kasih. - Terima kasih.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa saya asyik cakap tentang Gösta.
Dia bukan sesiapa.
Di mana saya nak cari champagne?
Tapi tunggu, anda akan lihat apa yang bukan sesiapa boleh buat.
Semua ini berlaku setahun sebelum saya jumpa Gösta.
- Selamat pagi. - Selamat pagi.
Nama saya Rut Vogl.
Ini hari pertama saya.
Tolong tengok nama-nama itu. Saya perlu bawa keluarga saya ke sini.
Saya faham situasi awak,
tapi kita ada peraturan yang kita mesti ikut, dan kita…
Itu bunyi paip kumbahan. Nanti biasalah.
Selamat datang ke Perundangan.
- 20 kaki. - Boleh awak tulis?
Satu lagi sebab.
Ini tak sihat.
Biar saya perkenalkan Cik Rut Vogl.
Meja awak di sana.
- Vogl? - Ya.
- Okey… - Ya, Vogl. Dia orang Jerman.
Dia orang Jerman?
- SS menangkap semua orang Yahudi. - Banyak khabar angin yang tersebar…
Bukan khabar angin.
Maaf, saya ada mesyuarat lain.
Buat janji temu dan kita akan lihat apa yang kita boleh buat.
- Sekarang tak boleh buat apa-apa. - Yalah…
- Saya akan iring awak. - Tak perlu.
Awak akan ikut saya ke mesyuarat kabinet.
Tak, Rut Vogl.
Siapa Rut Vogl?
Dia akan gantikan saya apabila saya bersara.
Helo!
Ini dimensi pejabat.
En. Engzell, jangan kembali tanpa dijanjikan pejabat yang lebih besar.
Ada laporan pergolakan di Norway.
Kira-kira seratus orang Yahudi baru-baru ini ditangkap.
Kerajaan Norway haramkan media daripada menulis tentangnya.
Nils Erik, pastikan media Sweden juga tak tulis.
Ya, baiklah.
Nils Erik Eklund, atau "Nils Tapis", nama gelarannya,
mengetuai tapisan kendiri Sweden melalui Agensi Maklumat Negara.
Semua artikel berkaitan dengan perang perlu diluluskan oleh Nils Erik.
SENJATA JERMAN DIANGKUT KE SELURUH NEGARA
TAPIS
Semuanya terkawal.
- Kami dah tekan. - Bagus.
Hitler dikatakan telah meluahkan kemarahan terhadap Sweden baru-baru ini.
Sebab media.
Baiklah.
Dengan itu, kita boleh tamatkan mesyuarat hari ini.
Oh, ya.
En. Engzell juga ada laporan untuk kita.
En. Engzell.
Maaf, tapi saya perlu pergi.
Mungkin ramai yang perlu ke mesyuarat lain.
Kalau begitu, saya faham.
Saya cuma boleh kata pada bulan Ogos dan September,
kita ada sejumlah kes kuat ditolak
oleh Jabatan Imigresen.
JABATAN IMIGRESEN
Apa maksud awak, En. Engzell?
Cuma tekanan ke atas jabatan kami semakin bertambah.
Kami juga ada masalah dengan ruang pejabat kami.
Awak nak bincang tentang saiz ruang pejabat awak, En. Engzell?
Di sini?
Itulah yang dia katakan. Saya rasa ada parameter perlu dipertimbangkan…
Tidak. Itu tak cukup bagus.
Bilik air Söderström pasti lebih besar daripada seluruh pejabat kita!
Bertenang. Dia tak ada tandas. Awak pun tahu.
Tak ada?
Awak beritahu mereka yang kita lemas di sini, bukan? Betul-betul lemas.
Dalam najis!
Mari kita bincang nanti, ya?
Terima kasih.
Engzell, konsulat di Oslo di talian dua.
Jawablah.
- Bertenang. - Saya tenang!
Awaklah bertenang! Saya cuba… Awak ada idea yang lebih baik?
Engzell bercakap.
Ini Westring. Helo.
KONSULAT DI OSLO
Apa khabar?
Terima kasih kerana bertanya. Saya sihat.
- Ya… - Jadi…
Rasanya awak sudah dengar
tentang orang Yahudi yang ditangkap hujung minggu ini.
Setiap lelaki Yahudi di Trondheim.
- Serta sekitar 100 orang di Oslo. - Ya, tapi…
Mereka akan dibebaskan dengan segera, kan?
Salah seorang daripada mereka warga Sweden.
Saya mahukan kebenaran awak untuk hantar nota lisan
untuk membebaskan orang ini.
Okey…
Sekejap.
Sia-sia! Semuanya terasa sia-sia!
Tak guna bercakap dengan Engzell!
Jadi, apa kita nak buat sekarang? Kita tak boleh harapkan dia!
Dia tak berani bercakap dengan Söderström!
- Helo? - Kita buat sendiri. Kita mesti bertindak!
- Kita mesti… - Kita mesti bertindak!
Ya, tapi… Kita perlu berundur.
Ya, helo?
Tak, saya tak rasa saya boleh benarkannya sekarang.
Cuma seorang!
Terima kasih sebab telefon.
- Kepada pihak atasan! - "Pihak atasan"?
- Söderström? - Ya.
Saya rasa awak patut hantar nota itu, En. Westring.
Stockholm sudah jelas. Awak pun dengar sendiri.
Seorang warga Sweden tak bersalah dipenjarakan!
Awak takut kena marah?
Takut?
En. Engzell.
Kami dah berbincang…
Memandangkan kita terima banyak kes orang Yahudi
No comments yet. Be the first to leave one.