The first 200 lines.
Baghban adalah orang yang menjaga tamannya
Dan sebagai ayah, dia mulakan sebuah keluarga
Peluh dan susah payah supaya bunga mawarnya berkembang mekar
Tukang kebun bukan hanya menyayangi pokok di tamannya..
Dia juga sangat menyayangi bayang-bayangnya juga
Kerana dia berharap, satu hari nanti..
Bila dia mula penat dalam hidup..
Yang bayangan ini akan ada kegunaannya nanti
Bumi yang dahaga, awan akan membawa hujan..
Musim datang dan pergi..
Haruman setiap musim..
Tukang kebun itu anugerah bagi taman syurga
Setiap bunga yang mekar sangat disayangi oleh tukang kebun..
Dia berdiri dan menjaganya setiap masa, setiap daun dan setiap ranting
Dalam lindungan Tuhan
Masa untuk berjalan di waktu pagi..
Selamat pagi! Mana yang lain?
Masih tidur lagi
Bangunlah, si musafir, Subuh sudah pun..
Lagi tadi saya menjerit dan menjerit
Boleh tak kamu berjalan perlahan sedikit?
Apakhabar, Ram Avtar..?
Tapi kamu kata, berjalan diwaktu pagi bukanlah habit kamu
Ya, betul tu. Tapi macam mana saya nak buat?
Cara kamu menjerit setiap pagi..
Kamu telah kejutkan seluruh kejiranan
Dan saya tinggal di belakang rumah kamu - Oh ya, betul tu
Kamu yang benarkan saya menyewa rumah itu
Tuan tanah. Kamu boleh usir saya bila-bila masa kamu mahu
Saya akan kosongkan rumah itu jika kamu mahu. - Sekarang dengar..
Jangan rosakkan mood saya di pagi hari
Kamu anggap kamu ialah abang saya..
Dan sekarang kamu bermain dengan emosi saya?
Macamlah kamu nak kosongkan rumah itu!
Sudah tentu! Satu hari nanti saya akan kosongkannya - Tengoklah nanti
Sat Sri Akal! Sat Sri Akal
Dah tiba masa kamu cari alasan untuk mulakan pergaduhankah?
Saya telah mendengarnya..
..selama 25 tahun dan saya dah mula bosan Salah sayakah, Tito?
Kenapa kamu bawa keldai keluar berjalan setiap hari?
Mengarut betul! Tito bukannya keldai. Dia ialah seekor anjing!
Saya tanya soalan itu pada anjing kamu!
Tengok! Itu ayat terakhirnya hari ini!
Tak mengapalah, Ram Avtar. Saya akan 'betulkan' kawan kita esok
Jadi kamu dah muncul! - Apa yang saya boleh buat?
Bila kamu nak pergi berjalan..
Saya masih lagi tidur lena, dan saya tak boleh nak buka mata saya
Mari sini, Pooja
Tekalah kenapa saya pergi berjalan. - Untuk kesihatan yang baik
Bukan itu saja. Saya pergi berjalan supaya bila saya balik..
Saya boleh melihat senyuman kamu. Duduklah
Kalau begitu, kamu tak perlu risau. Ini akan berterusan selamanya
Jadi mari kita makan manisan. - Saya masih belum berus gigi lagi
Macamlah harimau memberus giginya. Makan sajalah
Tidak... - Makan! Manisan dari Jhanguram!
Kamu tak akan berubah. - Tak akan!
Di sini pun kamu. - Apa yang saya nak buat dengan ini?
Ikatkannya. - Saya tahu mengikatnyakah?
Kamu dah besar panjang. Kenapa kamu tak belajar lagi?
Jika saya belajar mengikatnya, apa akan jadi pada kamu?
Kamu tak akan berubah! - Kenapa mesti saya?
Dengar...
Saya dah letak di depan mata kamu tadi
Dan kamu tetap tak ingat
Saya bukan tak ingat. Saya saja biarkannya
Kenapa? - Duit dari Dewa kekayaan..
selalu ada gunanya Boleh saya pergi sekarang?
Balik cepat. - Saya akan tunggu, jika kamu mahu
Kamu tak pernah berubah!
Hello, Ram Sharan! Cucu kamu dah baik demam?
Ya tuan. - Bagus
Dia boleh bermain dengan perkataan untuk memuji saya
Tak bolehkah dia bercuti sehari?
Tapi tidak. Dia tak boleh tinggalkan kerjanya
Kenapa tuan? Kamu nampak runsing
Saya kena pergi ke hospital..
... sebaik saja saya keluarkan duit saya di sini
Anak menantu saya di tahan di wad bersalin
Tapi tak ada sesiapa yang faham! - Kenapa ia buat kamu marah?
Kami ada mesin ATM di sini. Kamu akan dapat duit serta merta
Betulkah? Ya
Pada suami kesayangan saya
Siapa saya untuk menulis segala cinta ini?
Tak mengapa jika dia terlupa pagi ini
Tapi dia boleh telefon dari pejabat.
Bila dia balik petang ini. Saya tak akan bercakap dengannya
Cawangan kita di Nainital boleh hantar pegawai bank
Cek untuk sekolah kanak-kanak
Wow, Encik Malhotra!
Semua orang ada. Tapi hanya kamu yang gunakan otak
Dengar nasihat saya dan mulakan perniagaan kamu
Idea yang agak baik, tuan. Tapi masalah saya ialah..
Saya dah terbiasa ada majikan di atas saya
Kamu adalah majikan di sini. Di rumah pula si isteri
Kamu! Ahli silap mata!
Sebelum saya bunyikan loceng, kamu tahu ianya saya?
Sama ada kamu bunyikan loceng atau tidak..
Bunyi tapak kaki kamu dah bunyikan loceng di hati saya
Betul ke? Jadi mari.. - tidak, tak ada apa-apa hari ini
Kenapa tidak? - Saya marah dengan kamu
Betul ke? Kalau begitu, saya pun marah dengan kamu juga
Kenapa kamu? - Kamu cakap dulu
Dah pun petang, dan kamu masih belum ucapkan pada saya lagi!
Ada kamu ucapkan? Sampai hati kamu lupakan hari ini?
Saya lupa? - Ya, kamu lupa
Saya lupa...? Kalau begitu itu apa?
Saya bersihkan rumah..
...bakar kek untuk kamu dan..
Jadi kamu tak lupa?
Adakah seseorang boleh terlupa untuk bernafas?
Tanpa kamu, Pooja, Saya cuma hidup
Hati saya mula berdegup bila kamu tiba di dalam hidup saya
Dan hari ini adalah hari di mana kamu mula tiba dalam hidup saya
Dan hari ini, saya akan ingat selamanya
Tahniah atas ulangtahun ke 40 perkahwinan kita
40!
Jangan melawaklah! Saya masih belum tengok kamu betul-betul lagi!
Biar saya tengok.. wow! Sangat cantik!
Apa kata kamu dan saya keluar untuk..
.. makan malam dengan cahaya lilin?
Champagne, bunga mawar.. kamu dan saya
Bagaimana dengan kami? - Hey! Macam mana kamu boleh berada di sini?
Apa yang kami nak buat? Kamu dah lupa..
Itu 4 orang anak dan 3 orang menantu kamu
Cucu-cucu kamu juga
Tapi Tuan dan Puan Raj Malhotra ada..
... makan malan di luar
Kamu nak berdiri di sini dan bercakap sajakah? Marilah
Bila kamu tiba..? Kami tak tahu pun
Kamu bertiga.. Mari sini!
Macam mana kami boleh terlepas ulang tahun perkahwinan kamu yang ke 40?
Siapa yang tak ada...? Karan! Mari sini
Saya yang paling bongsu. Saya menunggu giliran saya
Salah. Pakcik! Saya yang paling muda dalam keluarga
Mari sini!
Mana Payal?
Dia membesar seperti ibunya!
Abang Ajju kahwin awal seperti kamu.
Bagaimana?
Anak daranya membesar sebelum sempat uban tumbuh di kepalanya!
Semoga anak kita tidak dipanah oleh mata-mata jahat
Anak kamu dah menggembirakan kita dengan kejutan seperti ini
Giliran ayah pula untuk menggembirakan kami dengan parti kecil-kecilan
Encik Bedi, mereka..?
Mereka ialah mawar di taman Encik Malhotra
Ini ialah Encik Rawal, majikan kami
Itu anak yang sulung, Ajay, nombor dua Sanjay
Anak ketiga, Rohit dan anak ke empat.. - Karan
Itu sesi pengenalan yang salah
Apa pun nama mereka..
... anak-anak ini umpama Ram, Laxman, Bharat dan Shatrughan
Pengenalan yang bagus!
Tapi mana ayah mereka, Raja Dashrath?
Apa yang kamu pandang? Mari dan tolong ikatkan
Betul kata saya. Apa?
Kamu memang seorang ahli sihir
Kamu tahu bagaimana untuk menghentikan masa dalam genggaman kamu
Sebab itulah kamu masih lagi 20an dan saya sudah pun 60
Ia bukannya masa. Tapi cinta kamu yang berada dalam genggaman saya
Cinta ialah magik yang menjadikan kamu muda selamanya
Kalau begitu, kita akan sentiasa muda sepanjang usia
Ajay, tengok sama ada pengantin lelaki dan perempuan dah bersiap
Pengantin baru masih belum pergi berbulan madu lagi...
... belum kan?
Tengoklah senyuman mereka!
Tahniah
Kamu juga, kakak ipar
Jika kita boleh ikut tradisi British..
Semasa bulan madu, hari jadi dan juga ulang tahun..
Kenapa kita tak ingat betapa indahnya adat mereka?
Adat apa?
Di mana pengantin lelaki membawa pengantin perempuan dengan mencempungnya..
Dan merentasi rumahnya!
Idea yang bernas! Itu idea yang hebat, Rawal-saheb!
Jadi, bawalah isteri kamu, Raj!
Kamu dah gilakah...? Tengoklah umur Raj dulu
Kenapa dengan umur saya?
Raj, jika kamu bebankan pinggang kamu, kamu akan dapat masalah besar
Kamu ingat saya dah tuakah? Saya dah nyanyuk?
Saya masih muda lagi. Nak saya dukung dia untuk buktikannya?
Ayuh, sayang
Hey, Si cantik
Kalau begitu... baiklah. Plan nombor dua
Ayuh!
Kamulah ayah saya, Kamulah ibu saya
Kamulah kawan, kamulah teman
Alok! Anakku!
Salam, ayah. - Semoga kamu hidup seratus tahun lagi
Cakaplah dengan emak kamu. Dia nak sangat bercakap dengan kamu
Hello, mak. Salam
Saya berdoa pada Tuhan agar mak akan tersenyum sentiasa...
Dan bersama selamanya
Pengajian kamu dah tamat. Bila kamu akan balik ke India?
Kami sangat rindukan kamu. - Saya juga rindukan kamu semua
Dengan restu kamu, saya dapat pekerjaan yang baik di sini
Saya cuba mohon agar ditukarkan ke India dalam sebulan dua
Hebat betul! Baliklah cepat
Kami akan carikan gadis yang cantik untuk kamu kahwini
Kenapa kamu ketawa? - Saya dah jumpa pun gadis itu
Dah jumpa..?
No comments yet. Be the first to leave one.