Time and Water

Time and Water

Download Malay Subtitle

Release info

Time And Water 2026 DSNP WEB H264-SuckMyNonFict
A Commentary by tedi
Retail ADSNP | 1:33:01 Resync for DSNP

Tags

webdl
Published on: 2026-08-06
Downloads: 1
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

UNTUK INSAN TERSAYANG

JIKA ANDA MENEMUI KAPSUL INI, SILA TEKAN MAIN

Helo.

Helo.

Helo.

Saya harap rakaman ini sampai kepada anda.

Kita takkan bertemu, kerana hidup di zaman berbeza.

Saya tak mampu mengirimkan glasier kepada anda…

tapi sekurang-kurangnya ini mampu saya kirimkan.

Kapsul ini mungkin saja dipenuhi ular dari Amazon.

Ular sawa yang melilit bahu saya ini milik pak cik kesayangan saya, John.

Lima belas tahun kemudian, dia mengajak saya mengkaji tabiat mengawan

anakonda gergasi di Venezuela.

Kalaulah boleh, pasti saya dah ikut,

namun rancangan itu bertembung dengan tabiat mengawan saya pula.

Jadi saya kekal di habitat saya sendiri di Iceland,

menulis puisi dan cereka sains.

Buku Andri Snær Magnason, The Story of the Blue Planet,

telah mendapat perhatian yang meluas.

Ini mungkin novel Iceland paling berunsur politik pernah saya baca.

Hulda!

Lidah glasier di sana. Tengok.

Alamak!

Di sana ada glasier.

Di sana!

Benda pertama yang saya kirim ialah cerita yang saya ceritakan kepada anak-anak.

Tentang rumah kami.

Pada mulanya, yang wujud hanyalah kekosongan.

Kemudian, api bertemu ais.

Daripada huru-hara itu, muncul Auðhumla, lembu terbentuk daripada fros dan salji.

Daripada tubuhnya lahirlah ratusan glasier…

yang mengukir gunung-ganang dan lembah.

Dari ambingnya mengalir empat batang sungai yang menyuburkan dunia.

Aisnya membina tempat berteduh di sini, di Iceland,

dan Iceland menjadi tempat berteduh kita semua.

Selama seribu tahun, kami hidup bersama glasier.

Senyum!

"Ísgland…" Ísgland?

- Betulkah? - Ya.

Syabas.

Iceland.

Tapi itu baru permulaan,

dan masih banyak cerita yang perlu saya kongsi.

Saya dapat rakam aurora!

Wah.

Tengok, aurora itu bergerak.

Wah! Dah hilang. Wah!

Sekarang ia ke sini.

Saya tak tahu berapa usia anda apabila menerima rakaman ini.

Saya 53 tahun, dan bercakap dengan anda dari tahun 2026.

Beginilah rupa Iceland sekarang.

Saya belum pernah lihat sesuatu seindah ini.

- Macam mana, suka tak, semua? - Suka sangat!

Laluan ini cantik sungguh.

- Andri, masih dengan kami? - Ya.

Kasih saya terhadap tempat ini datang daripada mereka yang membesarkan saya,

ibu bapa saya

dan datuk nenek saya.

Keluarga kami dipenuhi yang pertama dan terakhir.

Datuk Jón ialah orang terakhir dalam salasilah selama 1,000 tahun

yang dilahirkan di ladang ini.

Nenek Dísa pula, sentiasa yang pertama ketawa.

Dan Nenek Hulda,

wanita pertama yang menerbangkan pesawat di Iceland.

Datuk Árni pula, antara yang terawal meneroka glasier di Iceland.

Namun saya yang pertama mengucapkan selamat tinggal…

kepada sesuatu yang kami tak sangka akan hilang.

Kini tahun 2019.

Anak bongsu daripada empat anak saya, Hulda, kini berusia 11 tahun.

Wah!

Serta nenek saya yang terakhir yang juga Hulda, masih hidup.

Awak memang tak mengecewakan, Hulda.

Kami Hulda.

Nenek Hulda berkahwin dengan Datuk Árni selama 60 tahun.

Kini, perkara yang paling mereka sayang di dunia mula lenyap.

Glasier Goðaland Glasier Eyjafjalla - Glasier Mire Valley

Glasier Long - Glasier Temple

Glasier Vatna

GUNUNG BERAPI OK

Pada 2014, Glasier Ok jadi glasier pertama yang lenyap akibat perubahan iklim.

Kini, upacara memperingatinya akan diadakan pada Ogos.

Inilah upacara pengebumian pertama seumpamanya di dunia.

Pengebumian glasier terasa begitu nyata.

Seolah-olah tempat yang saya anggap rumah semakin hilang.

Saya kumpulkan kisah-kisah tentang glasier daripada datuk nenek

sejak kecil lagi.

Kini, tiba-tiba, saya lihat semuanya dari sudut yang berbeza.

Saya terdorong untuk mengumpulkan semua kisah itu,

kerana mungkin berguna pada masa depan.

Saya hantar cerita paling saya suka,

tentang datuk nenek saya jatuh cinta di atas glasier.

Inilah rakaman mereka.

Inilah mereka semasa berbulan madu pada 1956.

Dan inilah mereka pada 2004,

2010

dan 2017.

Sejak kecil, saya memang teringin nak naik gunung.

Entah kenapa, setiap kali musim bunga, saya mula terhidu bau glasier.

Apa itu "bau glasier"?

- Susah nak saya gambarkan. - Bau itu memang istimewa.

Baunya memang unik. Rasanya begitu mengujakan.

Bila kamu berdua berkenalan?

Kami bertemu dalam kalangan pendaki gunung.

Saya terus tertarik kepadanya.

Saya selalu cakap kepada mak saya,

"Kalaulah saya lelaki, tentu saya boleh buat macam-macam."

Alami banyak pengembaraan.

Saya memang sanggup buat apa saja.

Árni cakap kepada saya, "Kita nak naik ke Glasier Vatnajökull."

Lalu saya tanya, "Dengar sini, boleh saya ikut sekali?"

Pemain ski di situ tanya jika saya gila, bawa wanita ke Glasier Vatnajökull.

Memang mengarut!

Glasier terbesar ialah Vatnajökull,

yang meliputi kira-kira 1/12 daripada keluasan Iceland

dan merupakan glasier terbesar di Eropah.

Mendaki Glasier Vatnajökull ialah satu cabaran

yang hanya sesuai untuk pendaki gunung yang lengkap dan sangat berpengalaman.

Kami menghabiskan seminggu di atas glasier.

Sejak itu, kami tak pernah berpisah lagi.

Kami berkahwin pada hari Jumaat,

dan awal pagi keesokannya kami bertolak untuk perjalanan selama tiga minggu.

Selepas itu, kami kerap mendaki Glasier Vatnajökull

bersama Persatuan Glasiologi Iceland.

Di sinilah bermulanya kerja pemetaan.

Inilah ukuran yang sama yang masih diambil hingga hari ini.

Kamu pernah kesejukan?

Tak, tak pernah.

Kami baru berkahwin!

Adakah glasier ibarat rumah kedua buat kamu?

Ya.

Dunia di atas glasier memang berbeza.

Semuanya putih.

Seolah-olah tiada penghujung.

Berapa umur kamu?

- Saya dah lupa semuanya. - Umur awak dah nak 95, Árni.

- Sembilan puluh lima? - Ya.

- Ya. Mujurlah awak yang ingatkan saya. - Ya, memang saya ingat semuanya.

Awak memang ingat.

Saya tak tahu bagaimana hidup saya

tanpa dia di sisi.

Saya mahu anda mengenali glasier seperti datuk nenek saya mengenalinya.

Seperti saya juga.

Beginilah bunyi glasier.

Ia mungkin sukar dilihat, tetapi ia sentiasa bergerak.

Apabila salji terus bertimbun tahun demi tahun,

ais menjadi semakin berat lalu bergerak kerana beratnya sendiri.

Pergerakan itulah yang menjadikannya glasier.

Ais yang hidup.

Hayat glasier berlangsung mengikut skala masa geologi,

berabad-abad malah ribuan tahun, bukan berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Biru ialah warna bagi ais yang telah tua.

Semakin pekat warna birunya, semakin lamalah usianya.

Selagi salji pada musim sejuk melebihi ais yang mencair pada musim panas,

glasier akan terus mengalir.

Kitaran inilah yang menyuburkan bumi.

Datuk nenek saya percaya glasier akan sentiasa wujud di situ.

Saya juga pernah beranggapan begitu.

Namun pada 2014, berita ini disiarkan.

Glasier Ok terletak di sebuah gunung di barat Iceland.

Ia sentiasa dikenali sebagai glasier terkecil di Iceland,

tetapi kini ia tidak lagi dianggap sebagai glasier

kerana ahli glasiologi, Oddur Sigurðsson, sedang mendaki gunung itu

untuk mengeluarkan sijil kematian glasier tersebut.

Saya catat punca kematiannya sebagai suhu melampau pada musim panas.

Ketika mati, usia Glasier Ok baru sekitar 700 tahun.

Maknanya, ia masih bayi antara glasier.

Sekitar tahun 1900, keluasannya kira-kira 15 kilometer persegi.

Namun dalam tempoh 15 tahun kebelakangan ini,

ia mengecil lebih cepat daripada saya sangka mampu berlaku pada glasier.

Penyusutannya amat ketara.

Ia tidak lagi bergerak, sebab itulah ia dianggap "ais mati."

Saya tertanya-tanya sama ada kematian glasier

dianggap sebagai detik bersejarah oleh anda, seperti saya rasa.

Bagi saya, di sinilah segala-galanya berubah.

Masa depan yang sering diperingatkan kini bukan lagi sesuatu yang jauh.

Ia sudah tiba.

Masa semakin suntuk.

Kali pertama saya merasakannya, saya mengambil sebuah kamera

dan tanpa saya sedari, mula merakam kapsul masa ini untuk anda.

Pada 1997, teman wanita saya, Magga,

baru melahirkan anak sulung kami, Hlynur.

Inilah saat Hlynur dimandikan buat kali pertama oleh ibunya.

Indah, bukan?

Pada masa yang sama, seorang lagi datuk saya, Jón,

beritahu kami dia mungkin takkan hidup lama,

lalu kami semua bergegas ke rumahnya di tepi laut.

Di sinilah empat generasi berbaring di atas rumput.

Pewaris keluarga.

Lelaki tertua, bersama anak sulungnya, dan anak sulungnya, dengan anak sulungnya.

Yang paling tua antara mereka semua.

Tengoklah, bergayanya dia.

Saya belum bersedia untuk ucap selamat tinggal.

Awal musim panas itu, saya mula bekerja di Arkib Negara,

tempat yang menyimpan rekod tertua di Iceland.

Setiap arkib ibarat pintu ke zaman yang lain.

Saya mengembara melalui Eddas ke tahun 1220,

ketika mitos tentang dewa-dewi dan alam semesta mula dicatatkan.

Book of Settlements membawa saya ke 874, ketika manusia mula menetap di Iceland.

Kini, saya berada pada tahun 1862, dalam cerita rakyat tentang bunian.

Seekor bunian memikat seorang penggembala masuk ke kediamannya di dalam batu.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left