Transcendence

Transcendence

Download Malay Subtitle

Release info

Transcendence (2014) 720p BluRay - MIA MSC
Transcendence (2014) 1080p BluRay - MIA MSC
A Commentary by Mohammad Izzat
Malaysian Subber Crew (MSC) -- Visit https://www.facebook.com/subbers -- Blog Chords: http://profile.ultimate-guitar.com/aiezet -- Transcendence (2014) Seorang saintis nazak yang gilakan kepintaran buatan mengambil risiko bahaya apabila memuat naik jiwa n

Tags

BluRay
1080
720p
720
Published on: 2014-07-09
Downloads: 77
Hearing Impaired: Yes

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Mereka kata, ada bekalan tenaga di Boston.

Perkhidmatan telefon di Denver.

Namun, ia jauh dari bayangan sebenar.

Mungkin, semuanya tak dapat dielak.

Pertembungan di antara manusia dan teknologi yang tak dapat dielak.

Internet bertujuan membuat dunia menjadi lebih kecil.

Sebenarnya, dunia lebih terasa kecil tanpanya.

Saya sangat mengenali Will dan Evelyn Caster.

Saya tahu kehebatan mereka.

Dedikasi mereka pada apa yang mereka yakini.

Dan apa yang mereka cintai.

Saya tak tahu apa gunanya.

Tembaga boleh halang radiasi elektromagnetik.

Saya faham yang itu.

Maksud saya...

..."Kenapa?"

Perlindungan.

Tiada apa dapat tembus. Apa-apa isyarat pun.

Nampak? Tak ada isyarat langsung.

Ya, tapi awak boleh tutup terus.

Ya, tapi awak nak pengalih perhatian, kan?

Kan?

Ya.

Mari, kita dah lewat.

Untuk apa?

Awak tahu tak?

Apa?

Saya rasa, kita ada kemajuan sikit.

Tukar baju sekarang.

Saya masih tak tahu, kenapa awak teruja dengan bukti-bukti ni.

Tak ramai yang peduli pun.

Sebab ia seronok. -Awak bersedia?

Tidak. -Ya?

Will, ini penting.

Saya tahu, tapi penyumbang dana awak macam orang bodoh.

Mereka cuma duduk terpinga-pinga,...

...dan tunggu saya sebut: "Aplikasi Komersial". Menyampah.

Semua "orang bodoh" itu...

...boleh menjana dana kita untuk 5 tahun ke hadapan.

Kalau begitu, saya akan kawal diri saya.

Tapi kalau ia berjalan lancar, berjanjilah, awak takkan...

...paksa saya buat begini lagi. Awak janji?

Okey. Saya janji.

Yakah? -Ya.

Saya janji.

Awak tipu.

Selamat hari jadi, Aaron!

Selamat hari jadi.

Jason, bahagian tepi pentas.

Periksa kamera dan uji bunyi.

Kita akan mula dengan awak, kemudian McRae, llewellyn, dan...

...bintang utama kita.

Max. -Ev, apa khabar?

Baik.

Awak bersedia?

Maafkan saya.

Dr. Caster? Boleh minta tanda tangan?

Mestilah.

Terima kasih.

Apa?

Awak ada peminat? Kenapa saya tak ada peminat?

Dr. Waters, awak nak ke belakang?

Ya, saya nak lihat belakang pentas. -Baiklah.

Perbezaan penting...

...otak buatan ini berdikari...

...dan mampu mempunyai perasaan...

...dan berjiwa nurani.

Usaha mengembangkan kepintaran buatan yang kuat...

...telah merangsang kemajuan pesat...

...di dalam dunia syaraf...

...sehebat pemahaman kita tentang otak manusia.

Walaupun impian kita untuk melihat sistem komputer berdikari ini masih jauh...

...saya yakin, perjalanannya adalah lebih penting...

...berbanding tujuannya.

Keutamaan saya adalah menggunakan...

...wawasan rakan sekerja saya...

...bagi mengembangkan alat pengesan barah peringkat awal...

...dan juga mencari penawar penyakit Alzheimer.

Ringkasnya, untuk menyelamatkan nyawa.

"Pemikiran serba baharu adalah penting...

...jika manusia mahu terus hidup dan memajukan diri."

Albert Einstein mengatakannya lebih 50 tahun yang lalu.

Dan ia sangat relevan di dalam dunia zaman sekarang.

Kepintaran buatan, akan memungkinkan kita...

...mengalahkan musuh yang hebat.

Bukan saja penyakit, tapi juga kemiskinan dan kebuluran.

Dengan menyembuhkan planet ini...

...serta membangunkan masa depan cerah bagi kita semua.

Saya tak tahu siapa lagi yang lebih layak...

...untuk merealisasikannya selain daripada individu seterusnya ini.

Namun, sekali lagi, mungkin itu perasaan saya saja.

Persilakan, rakan sekerja dan juga peneman sehati sejiwa saya,...

...Dr. Will Caster.

Terima kasih.

Isteri saya selalu bersemangat ingin mengubah dunia.

Tapi, saya masih cuba memahaminya.

Selama 1300 tahun...

...kemampuan kita tak berubah.

Kepintaran gabungan semua doktor...

...jurutera, ahli matematik, penggodam...

...di dalam auditorium ini,...

...tak setanding langsung dengan kepintaran buatan paling asas.

Sebaik saja online,...

...mereka akan mengatasi kemampuan kita.

Dan dalam masa singkat...

...tenaga analisis mereka akan lebih hebat...

...daripada kepintaran gabungan...

...semua orang di dalam sejarah dunia ini.

Sekarang bayangkan ia...

...memiliki emosi manusia,...

...malah jiwa nurani.

Segelintir saintis menggelarnya "Singularity".

Saya menggelarnya "Transcendence".

Usaha membangunkan kepintaran mahahebat...

...memerlukan kita membuka rahsia paling dalam...

...alam semesta.

Apakah itu nurani?

Adakah ia berjiwa?

Kalau ya, di mana ia berada?

Dr. Caster?

Ya? Awak ada soalan?

Jadi, awak nak cipta Tuhan?

Tuhan awak sendiri?

Itu soalan yang sangat bagus.

Bukankah itu yang selalu dicuba oleh manusia?

Doktor?

Ia tak berhenti!

Terima kasih.

Tengok, sekarang dia berpura- pura tak suka semua ini.

Hentikan!

Doktor Caster. Salam kenal.

Terima kasih.

Profesor?

Kamu semua cuma hamba!

Beberapa jam lepas, fasiliti ini diserang...

Boleh disahkan, 5 orang meninggal.

12 orang cedera.

Insiden ini merupakan susulan...

...serangan...

...yang berlaku di New York.

Los Angeles, Chicago, dan Washington, D.C.

Semuanya menyasarkan makmal teknologi...

...dikatakan kepintaran buatan.

Setakat ini, belum ada pihak yang bertanggungjawab.

Dia okey. Dia bernasih baik.

Peluru tu tersasar. Baiklah, jaga diri.

Mereka serang semua makmal kepintaran buatan.

Tom Casey meninggal.

Begitu juga pasukan Joseph.

Bagaimana dengan Joseph?

Dia okey.

Dia di pejabat awak bersama FBI.

Joseph.

Max.

Awak lupa ajar kami cara mengelak peluru, kan?

Bagaimana mereka masuk ke dalam makmal awak?

Melalui seorang pengaturcara saya.

Dengan semua sekuriti, dia berjalan masuk...

...dengan kek beracun.

Dioxin, rasanya.

Ini Ejen Buchanan dari FBI.

Hai. -Apa khabar?

Hi.

Saya mengikuti penyelidikan awak, Dr. Caster.

Sangat menarik.

Ejen Buchanan adalah kawan rapat saya...

...di bahagian pertahanan dunia maya di Livermore.

Boleh kita bercakap di suatu tempat?

Kita boleh ke pejabat saya. Sebelah sana.

Baiklah.

"Revolutionary Independence from Technology"

R.I.F.T.

Semenjak dua tahun lepas, mereka giat menjalankan penentangan.

"Manusia lebih suka berSMS berbanding bersemuka."

"Media sosial dijadikan medium melanggar privasi."

Mereka menghancurkan telefon pintar.

Nampaknya, kita dah terlepas ancaman sebenar.

Lelaki ini, Joel Edmund, bersama saya selama setahun.

Dia yang tembak Will dan dah bekerja di kampus sejak Ogos.

Mereka menghampiri sasaran mereka,...

...dan terus menyerang.

Itu gila.

Sejam yang lepas,...

...mereka mengaku sebagai dalang dan mengeluarkan satu kenyataan.

"Kepintaran buatan adalah sesuatu yang keji dan tidak wajar...

...serta menjadi ancaman bagi manusia."

Mereka berniat untuk menghentikan...

...proses "Transcendence" awak.

Jadi, ia belum berakhir?

Itulah tujuan saya berada di sini.

Semua hasil penyelidikan kita hilang kerana ini.

Sekarang, Will,...

...cuma makmal awak yang mampu menghasilkan kepintaran buatan.

Jadi, Jabatan Pertahanan nak minta...

Tak, nanti. Saya tak nak.

Kami takkan terima duit mereka. -Tak, Will.

Mereka cuma nak tahu perkembangan penyelidikan kita.

Ini penting bagi kita semua.

Kami dah dengar banyak tentang projek PINN, Dr. Caster.

Boleh kita pergi tinjau?

More Malay subtitles for Transcendence

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left