The first 200 lines.
Kepada Rebecca.
Saya tahu awak ada banyak soalan.
Begitu juga saya.
Lagipun, hidup ini satu misteri.
Tapi, jika ada satu jawapan
bagi semua teka-teki hebat di dunia,
satu rahsia kebahagiaan,
saya cadangkan ini.
Bebiri.
Tidak, serius.
Betul-betul bebiri.
Okey, saya datang.
Dalam surat terakhir awak,
awak tanya jika ada bebiri saya yang istimewa.
Semuanya istimewa.
Itu sebabnya saya beri nama kepada setiap satu.
Contohnya.
Ada sepasang bebiri jantan kembar yang lasak
saya namakan Ronnie dan Reggie.
Juga Sir Ritchfield yang berdarjat dan bangga diri.
Cloud, yang paling gebu.
Yang itu, agak diva.
Zora, yang paling ingin tahu.
Mopple, paling penyabar.
Juga Wool-Eyes…
kerana saya belum dapat fikir nama yang lebih baik.
Okey, saya tahu saya kata semua istimewa,
tapi saya harus akui
yang dua bebiri saya yang paling istimewa.
Ada Sebastian.
Bebiri jantan yang paling besar
dan seperti saya, agak suka menyendiri.
Lambat-laun ia akan merayau-rayau.
Lambat-laun juga ia akan kembali pulang.
Akhir sekali, Lily.
Bebiri saya yang paling bijak.
Satu-satunya yang sentiasa tahu
apa dalam fikiran saya
dan rasa di dalam hati saya.
Paling penting,
dia bawa kepada saya rasa damai yang hanya pengembala tahu.
Rasa damai yang datang
daripada menjaga makhluk paling baik di dunia.
Setiap hari bermula dengan menjaga kesihatannya.
MAKANAN BEBIRI
Saya pastikan ia cukup makan…
dijaga rapi.
Saya buat yang terbaik untuk memastikannya terhibur.
Apabila aku terjaga
Aku tahu aku akan
Aku akan jadi lelaki yang bangun di sampingmu
Saya pastikan ia makan ubat,
yang saya rasa ia akan kata ia suka…
jikalau ia boleh bercakap.
Masa untuk makan ubat, kawan. Ini dia.
Apabila kerja-kerja saya sudah selesai
dan matahari mula terbenam di langit,
saya pilih sebuah buku untuk dibaca kuat kepadanya.
Novel detektif, misteri, siapa yang buat. Semuanya kegemaran saya.
"Saya tahu bila Rodney Hollingshead dibunuh
dan saya tahu siapa pembunuh sebenar."
Saya berpura-pura ia faham jalan cerita.
Tapi di dalam hati, saya tahu
walaupun ia istimewa, ia masih…
bebiri.
Tidak, tiada lagi.
Pergilah, kamu semua.
Saya akan baca pengakhirannya esok.
Kenapa dia berhenti di situ?
Dia baru saja nak beritahu siapa pembunuhnya!
Ini penyeksaan! Pembantu rumah yang buat, bukan?
Sudah tentulah pembantu rumah.
Tidak, tukang kebun yang buat.
Sentiasa potong rumput, tapi tak pernah makan?
Ya. Mencurigakan.
Kalian semua dah gila? Doktor yang buat.
Tak mungkin. Mak cik menyeramkan itu yang buat.
Mak cik menyeramkan itu tiga kisah yang lepaslah, genius.
Bagaimana kita boleh ada ibu bapa yang sama?
Oh, mula lagi.
Ya.
Oh, mereka tak berkawan lagi.
Kalian semua salah.
Saya dah dapat agak dari dua bab yang lepas.
Pembantu rumah, bukan?
Bukan pembantu rumah.
Anak saudara lelaki, Bertie Hollingshead.
Tapi, Lily, bukankah detektif membuktikan
semua bukti menentang Bertie Hollingshead
telah dipalsukan oleh pembunuh sebenar?
Tepat sekali.
Awak tak nampak?
Untuk mengelak sabitan, dia sendiri telah memalsukan bukti.
Bertie Hollingshead ialah pembunuh sebenar.
Kenapa awak buat begitu?
George akan habiskan kisah itu esok. Awak tengoklah nanti.
Saya masih rasa si pembantu rumah.
"Bertie tahu semua pasal undang-undang
yang mengatakan seseorang itu tidak boleh didakwa dua kali
untuk jenayah yang sama.
Jadi, untuk mengelak sabitan,
dia sendiri telah memalsukan bukti.
Bertie Hollingshead ialah pembunuh sebenar."
Sekarang semua bebiri saya seperti menghabiskan harinya sama ada makan
atau berfikir pasal makan.
Tapi, saya ada tiga ekor anak bebiri yang lincah dan tenaga yang tiada had…
Makhluk-makhluk kecil yang gembira dan bebas
yang dilahirkan pada musim bunga.
Sebenarnya, hampir semua bebiri dilahirkan pada musim bunga.
Kemudian, ada seekor anak bebiri yang dilahirkan pada musim sejuk.
Oh. Helo.
-Saya Daisy. -Saya Oliver.
-Saya Pickles. -Siapa nama awak?
Saya tiada nama.
Awak nak bermain bersama kami?
Tidak! Pergi!
Awak tak boleh bermain dengan anak bebiri musim sejuk itu.
Dia tak tergolong dalam kawanan ini.
Atas sebab-sebab yang hanya masuk akal pada bebiri,
kawanan akan sentiasa menolak anak bebiri yang lahir pada musim sejuk.
Tak mengapa.
Hanya kerana anak bebiri musim sejuk berbeza.
Oh, begitulah. Bagus.
Saya ada satu soalan.
Kenapa George sentiasa sangat baik dengan anak bebiri itu?
George bukan seekor bebiri.
Tiada sesiapa pernah mengajar dia pasal bebiri musim sejuk.
Oh, dan satu perkara akhir, jika awak terima jemputan saya,
awak patut tahu yang saya tinggal berdekatan pekan bernama Denbrook.
Ia ada pelbagai jenis orang berperangai tersendiri.
Contohnya…
Pagi, Caleb.
Caleb, juga seorang pengembala.
Selamat pagi, semua.
Tak suka dia.
Ham, penyembelih daging.
Sangat tak suka dia.
Beth, pengurus rumah penginapan.
Tak suka saya.
Saya rasa nak bunuh lelaki itu.
Tim, anggota polis.
Seorang yang dungu.
Juga Reverend Hillcoate.
yang menganggap dirinya pengembala manusia.
Kami mempunyai hubungan yang rumit.
Juga bacaan hari ini, Parabel Bebiri yang Sesat.
George, awak datang nak sertai kami?
Semua orang dialu-alukan di dalam rumah Tuhan.
Termasuk penyembelih daging?
Saya datang ke sini bukan nak sertai awak.
Saya datang ke sini untuk selesaikan hutang.
Masih George yang sama.
Masih George yang sama.
Tapi, cukuplah pasal mereka.
Saya nak awak berjumpa dengan kawanan saya.
Mereka nak sangat jumpa awak.
Begitu juga saya.
Sila datang segera.
Salam sayang, George.
Cloud?
Saya ada satu soalan.
Bunga dandelion akan menjadikan bulu mata cantik macam bulu mata awak?
Tidak, ia tak memberi kesan pada bulu mata.
Tapi, ia memberi kesan yang luar biasa pada bulu.
Tengok sajalah Wool-Eyes.
Dia cuma makan bunga dandelion sahaja.
Oh, itu tujuannya? Okey.
Kita patut simpan sedikit bunga dandelion untuk Sebastian.
Dia dah pergi berhari-hari.
Siapa peduli?
Sejak George bawa dia ke sini entah dari mana,
dia asyik merayau-rayau ke pekan itu.
Biar dia berlapar.
Hanya kerana dia tak peduli pasal kita,
tak bermakna kita patut tak peduli pasal dia.
Sebastian sebahagian daripada kawanan kita.
Oh, tengok! Itu Caleb!
Anjing!
Anjing.
Caleb! Di sini!
Oh, saya sentiasa suka bau dia.
Bau baju sejuk bulunya.
Ia diwarnakan dengan sangat baik.
-Boleh saya masuk? -Pergi!
Saya nak masuk.
Ia sangat baharu, cantik dan berkilat.
Adakah awak sedang fikir apa yang saya fikir?
-Saya mahu merempuhnya! -Saya nak sangat merempuhnya!
Reggie! Ronnie!
Kita dah bincangkan ini. Kita tak rempuh apa-apa melainkan…
Melainkan ada sebab yang sah untuk merempuh.
Begitulah.
Ini kedatangan Caleb yang ketiga bulan ini.
Hanya ada satu perkara yang mungkin mereka bincangkan di dalam sana.
Menggabungkan kawanan.
-Menggabungkan kawanan! -Bebiri baharu.
-Padang baharu! -Anjing?
Saya sedang memikirkannya!
Saya beri awak peluang dan awak tipu saya, Caleb.
Jangan datang balik.
No comments yet. Be the first to leave one.