The first 200 lines.
Mungkin semuanya akan berjalan lancar kali ni.
Inilah yang saya suka tentang awak.
Berfikiran positif.
Sekurang-kurangya kita telah ada vaksin yang Two Horns nak tu. Kita hampir selesai.
"Hampir" dan "Selesai" tu bukan perkara yang sama.
Betul, tapi apabila kita telah selesai...
... jadi tiada lagi kerja untuk ketua penjenayah bandar yang licik tu, kan?
Maksud saya, jika semua mengikut perancanganlah.
Jika semuanya berjalan lancar, kita boleh bincangkannya kemudian.
Kita masih belum keluar dari sini lagi.
Biar saya lihat sekeliling.
Apa dia?
Tiada.
Ianya tiada apa-apa.
Deunan? Ya, saya baik.
Dan vaksin tu? Selamat.
Keretapi bawah tanah ni idea yang teruk.
Saya tahu. Dan ianya bukan waktu sibuk pun.
Dua? Tiga. Semuanya cyborg.
Ada idea?
Tiada. Awak?
Tiada. Bagaimana awak boleh terlepas tiga orang di luar sana?
Teruklah Bri, jika awak ada masalah kuasa.. Bukan sekarang. Mereka dah datang.
Awak takkan tembak wanita yang tak bersenjata, kan?
Amatur.
Dah cukup guna peluru?
Ya, saya tahu.
Tapi awak tahu siapa yang tak pernah guna langsung?
Mereka. Mari gerakkan kembali keretapi ini.
Dah siap. Mari pergi.
Baiklah.
Apa yang terjadi dengan pemandu kita? Dia bukannya pemandu kita, ianya perangkap.
Serangan hendap. Awak rasa?
Tak guna betul. Apa dia?
Penghujung landasan.
Meniarap.
Apa maksud awak dengan "perangkap"? Hanya seorang saja yang tahu kenapa kita di sini.
Bagaimana dengannya?
Tak bagus?
Tak.
Nampaknya inilah hentian kita.
Terima kasih.
Awak cedera. Saya tiada apa-apa.
Awak mungkin seorang cyborg yang bagus...
...tapi awak bukannya robot.
Ianya tak mengikut perancangan, Bri.
Tak. Sama sekali tak mengikut perancangan.
Permulaan kepada dunia baru telah pun tiba.
Kemenangan milik kita. Kita menang. Kita menang.
Si bodoh yang mana masih tayangkan iklan-iklan ni?
Si bodoh yang sama membekalkan kuasa elektrik untuk uruskan bandar ni.
Uruskan bandar ni? Betul ke?
Mungkin "urus" kedengaran lebih murah hati.
Tapi apa yang kita ada lebih baik dari tiada langsung.
Itu boleh dipertikaikan.
Masa untuk jumpa Two Horns
Betul ke? Memandangkan kita baru saja gagal dalam misi yang diberikan...
...awak rasa itu satu idea yang baik?
Jika kita tak pergi jumpa dia, nanti dia akan ingat kita larikan vaksin itu.
Mungkin kita boleh lupakan hutang kita dengan Two Horns.
Mungkin kita ambil saja apa yang ada dan keluar dari sini.
Dan pergi ke mana?
Saya tak tahu.
Olympus?
Takkan itu lagi. Awak benar-benar fikir ianya ada di luar sana, betul tak?
Mana saya tahu. Mungkin.
Semua di sini nampak seperti tidak bermakna.
Deunan, kita telah sertai perang dunia dan diakhirnya, siapa yang menang?
Siapa menang?
Tiada sesiapa. Ianya tidak bermakna.
Saya tahu.
Saya tahu awak telah banyak berkorban.
Kita langsaikan hutang kita pada Two Horns. Mari.
Awak benar-benar suka langsaikan hutang.
Siapa tu? Buka pintu ni.
Ya, kami dah tahu langkah-langkahnya.
Jangan bimbang, saya dah tinggalkan mainan saya di rumah.
Dia bersih. Dah cakap kan.
Ketua sedang menunggu. Naik ke atas.
Kenapa kita tak simpan saja dia di sini? Diakan cyborg. Dia seperti senjata yang bergerak.
Betul, tapi tengoklah dia tu.
Melainkan dia dapat sumber tenaga dengan segera, dia pasti mati.
Awak pasti awak dah bersedia untuk ini?
Saya tiada apa-apa.
Kamu nampak baik. Dan kamu juga lewat.
Sangat lewat hingga buat saya banyak berfikir. Ianya sakit tak?
Awak nak tahu apa yang saya fikirkan? Saya ingatkan awak dah bawa lari barang saya itu.
Jadi, berikan saya vaksin itu. Sekarang.
Mungkin awak patut tanya salah seorang dari anak buah awak.
Kamu tahu kita masih ada peraturan untuk anjing buangan.
Vaksin tu tiada dengan kami.
Apa?
Apa yang terjadi?
Kami mengalami sedikit kesulitan.
Tapi awak tentu tak tahu apa-apa tentang itu, betul kan?
Saya ingat kamulah yang terbaik.
Bukankah saya bayar kamu untuk mengatasi kesulitan?
JIka awak tak suka kami, awak sentiasa boleh gunakan Kumpulan-A yang awak ada ni.
Kami akan cari kerja di tempat lain.
Kita masih ada sedikit perkara berkenaan hutang kamu.
Saya dah cukup bekerja untuk bayar awak kembali.
Awak ni bergurau ke?
Adakah saya nampak seperti seorang yang suka bergurau?
Bertenang, bertenang. Kamu ni tiada rasa humor langsunglah.
Kamu ingat tak keadaan teruk kamu semasa datang berjumpa saya?
Saya tidak mencari kamu. Saya lakukan dengan baik saja.
Saya dalam perjalanan untuk menguruskan bandar ini. Ingat tak? Kamu perlukan saya.
Saya masih ingat waktu tu, tapi sekarang, saya rasa kita dah sama.
Dah sama?
Sekarang saya tahu awak sedang bergurau. Jika tidak kerana saya...
...gadis awak ni akan membuat persembahan di Lorong K dan awak akan menjadi alat pembakar roti orang lain.
Jadi apa yang saya nampak, saya dan awak langsung tidak hampir pun dengan sama.
Awak dan saya, kita dah selesai di sini.
Bri.
Ya, awak dah selesai.
Jadi selamat berjaya.
Harap awak dapat cari doktor yang hebat untuk menggantikan Matthews.
Malang betul tiada satu pun dalam lingkungan 500 kilometer dari sini.
Jadi selamat jalan. Semoga menjalani hari yang indah.
Apa yang awak nak? Jangan, Deunan.
Baiklah...
Saya mungkin perlukan seseorang untuk bersihkan bahagian timur dari dron automatik yang menyusahkan tu.
Kalaulah saya boleh cari seseorang untuk lakukannya...
...tapi nampaknya semua orang sedang sibuk untuk dapatkan kerja di tempat lain.
Kami akan lakukannya.
Kami akan lakukannya. Tapi yang pertama sekali, cas semula dan pembaikan untuk Bri.
Baiklah.
Baikpulih dulu Kasanova tin awak ni.
Tapi bawakan saya apa-apa bahagian dan peluru yang awak jumpa nanti.
Dan jangan menipu.
Bawa ini kepada Matthews. Ia sepatutnya dapat menanggung perbelanjaannya.
Dan jika dia tak mahu, awak simpan saja, Deunan.
Anggaplah ia hadiah awal hari Valentine untuk ditambah dalam koleksi awak.
Awak nampak sungguh peramah di sana tadi.
Saya ingat awak nak jauhkan diri dari Two Horns.
Saya masih nak. Tapi buat kerja ni nampak lebih mudah dari cuba untuk menculik Matthews.
Saya tak kisah bagaimana Two Horns mainkannya tadi...
...saya tahu dialah dalang di sebalik serangan hendap keretapi tu.
Saya pun rasa begitu, tapi kita tak boleh nak buktikannya.
Dan kita juga tidak bawa balik vaksin itu untuk dia.
Jadi mungkin kita masih hutang dengan dia satu lagi kerja.
Awak tahu siapa yang suka bercakap seperti itu?
Penagih.
Matthews.
Matthews, awak ada tak?
Tidak. Ya.
Oh, baiklah.
Sambut.
Satu lagi bayaran tipikal dari Two Horns.
Dia nampaknya masih tidak faham...
...yang benda ni tidak bernilai seperti yang dia sangkakan.
Oh, dia faham.
Nah, simpan sajalah. Ianya pernah membakar saya sekali.
Jadi, mari.
Ambil ni.
Saya tak pernah nampak ni...
Tak pasti saya pernah nampak benda ni.
K-12, kan? Ya. Yang klasik.
Dibangunkan semasa peperangan. Sebuah senjata taktikal. Untuk serangan pantas.
Tapi kekurangan jarak tembakannya buatkan ia lapuk dengan cepat.
Ya. Saya pernah dengar jurutera yang membuatnya...
...membangunkannya tanpa menggunakan bahan pembuatan secara besar-besaran.
Hey, Saya akan... Awak berdua bincang sajalah tanpa saya.
Ya, baiklah. Mereka tak sedar pun saya dah pergi.
Sangat mudah, tapi sangat original. Saya tahu, kan?
Awak cedera.
Biar saya uruskannya.
Apa yang saya mahu hanya cas semula.
Awak ni bimbang seperti seorang wanita tua. Saya pernah menjadi pegawai perubatan semasa peperangan.
Betul ke ni? Seorang doktor.
Sekarang, mari saya lihat.
Di mana ia?
Untuk kesihatan awak.
Kuasa untuk sel saya rendah lagi.
Saya dah cas bateri tu sebanyak yang saya boleh.
Saya nak menghidupkan kembali penjana kuasa awak...
...tapi kita kekurangan bahannya. Maafkan saya. Ada apa lagi?
Skrin pandangan. Pergerakan. Boleh kata semua.
Saya harap boleh tahu lebih lagi tentang sistem Hecatonchires awak...
...kerana semuanya mungkin berkaitan.
Awak tahu, awak ni pastilah sesuatu yang patut dilihat...
...apabila awak berada dalam kapasiti terbaik. Ya, ya, betullah tu.
Semuanya dah berubah. Semuanya.
Waktu yang sukar untuk menjadi seorang cyborg. Waktu yang sukar untuk menjadi sesiapa pun.
Sini. Ianya mungkin akan sakit sedikit.
Saya sumpah yang itu memang bahagian kesukaan awak.
Kerja saya ada juga faedahnya.
Hey, apa yang berlaku dengan benda tu?
Awak tahu, saya masih cuba membaiki benda tu sejak awak bawanya ke sini.
Saya dah faham bahagian mekanikalnya, tapi bahagian elektroniknya masih mengelirukan.
Bagaimana dengan K-12?
Mungkin. Tapi benda tu sangat canggih seperti awak juga.
Saya akan cari manual penggunanya dalam tugasan terakhir saya nanti.
Saya ingat tugasan keretapi tu adalah yang terakhir.
Bukan ke awak selalu katakan yang awak nak keluar dari bandar ni?
Itulah yang memang saya selalu katakan juga. Tapi Two Horns, dia seperti Datuk Bandar.
Dialah orang yang kita kena jawabkan.
Mungkin ini bukan tugasan terakhir saya untuk Two Horns, tapi ianya yang terakhir buat dia.
Kemudian dia boleh mulakan hidup baru, seperti yang dia mahukan.
Deunan? Tak mungkin. Dia takkan pergi tanpa awak.
No comments yet. Be the first to leave one.