The first 200 lines.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
RUNUT BUNYI KREATIF ASLI
Awak nak ke mana?
Perlahan-lahan.
Jadi
kami putuskan
untuk pergi
percutian secara mengejut.
Kenapa dengan awak?
Lupakan saja.
Saya takkan kembali.
Semoga berbahagia, semua.
Dia memang panas baran.
Okey.
Hati-hati, perlahan-lahan.
Ini…
HARI SEBELUM UJIAN KEMASUKAN KOLEJ
Mak, mak ada pesanan…
Ini untuk awak.
Hari ujian dah dekat.
Kenapa ini boleh berlaku?
Awak salahkan saya?
Sebaik saja saya keluar, dia hilang.
SEKOLAH TINGGI XIAMEN YIFU
JAM UJIAN STANDARD
Saya rasa awak tak perlu risau sangat.
Serah saja kepada takdir.
Universiti Xiamen pilihan pertama saya.
Apa yang awak isi?
- Universiti Teknologi Xiamen. - Baguslah.
Kita masih boleh berjumpa nanti.
- Ya. - Jangan cakap tentang ini.
Fikirlah perasaan Chen Chen. Dia perlu duduki ujian lagi.
Tak apa.
Oh ya, awak dah tahu?
Zheng Yuxing dari Kelas 4 tak hadiri ujian.
Zheng Yuxing?
Siapa? Saya tak kenal dia.
Awak tak kenal dia?
Zheng Yuxing sangat kacak.
Ramai gadis kejar dia.
- Saya dengar - Saya tak tahu.
dia ada kekasih yang jauh lebih tua di Beijing.
- Ya, saya ada dengar juga. - Ya.
Ada orang kata dia sedang bercinta.
Dia selalu hilang setiap hujung minggu.
Awak rasa dia bersama teman wanitanya pada hari ujian itu?
Seperti drama Korea.
- Itu yang dia cakap di TikTok. - Mereka sangat mencintai?
Angin dia tak baik, jadi dia ke lapangan terbang.
Dia sukar dijangka, malah berani tak duduki ujian.
Macam mana agaknya orangnya?
Bagus, kita tinggal di sini setahun lagi.
Apa boleh buat? Anak kita sakit.
Sakit?
Dia akan jatuh sakit jika tak keluar dalam hujan?
Dah tanya kenapa dia buat begitu?
Awak fikir dia akan beritahu saya?
Betul, awak nampak bengis sangat.
- Tiada siapa berani mengadu kepada awak. - Disebabkan awak lembut, tanyalah dia.
Baiklah.
#MARI BERSERONOK
Nanti, tolong letakkan ini ke dalam kabinet.
Chen Chen.
Chen Chen, apa yang kamu buat?
Cahaya terlalu terik di sini. Masuklah.
Cepatlah.
Mari. Ayah nak tanya kamu sesuatu.
Kenapa kamu keluar dalam hujan pada hari itu?
Saja.
Dia tak beritahu awak juga.
Tolong ambilkan kotak periuk nasi.
Dengar sini, Chen Chen.
Jangan fikir mak akan lepaskan jika kamu diam.
Kami dah banyak berkorban untuk persekolahan kamu.
Mak sampai berhenti kerja.
Kita tinggalkan rumah cantik dan sewa rumah buruk ini
untuk lebih dekat dengan sekolah supaya kamu boleh fokus, bukan?
Kamu dah besar.
Langsung tak kasihankan kami.
Boleh tak jangan beri tekanan kepada dia?
Saya beri dia tekanan?
Takkan saya pula?
Kalau tak, dia akan keluar dalam hujan?
Okey. Awak kononnya sentiasa baik.
Saya kasihankan dia.
Saya tak mendesak macam awak.
- Siapa mendesak? Bila pula? - Awak desak sampai tak boleh bernafas.
Saya yang didesak oleh mak dan ayah!
Saya ditinggalkan teman lelaki.
Sebab itu saya keluar dalam hujan
dan gagal dalam ujian.
Kamu tak pernah bercinta, macam mana boleh ditinggalkan?
Pernah.
Bagaimana…
Kamu jatuh cinta?
Tengoklah. Awak langsung tak sedar yang anak awak sedang bercinta.
Bila ia berlaku?
Kamu rasa lebih baik sekarang?
Ya.
Pergi belikan ayah air.
Tunggu.
Apa?
Siapa dia? Siapa teman lelaki kamu?
Rakan sekelas.
Yang mana satu? Dia dalam kelas kamu?
Kenapa mak tanya macam-macam?
Kami dah berpisah.
Kita takkan jumpa lagi.
Boleh beritahu mak siapa orangnya?
Kami dah berpisah. Mak…
Apa mak buat? Ia berkunci.
- Kenapa selalu periksa telefon orang? - Mak tak tahu pinnya.
Macam mana mak tahu pin saya?
Bukankah ia hari jadi ayah kamu?
Nak beritahu atau tak?
Mak akan periksa sendiri.
Pulangkan.
Zheng Yuxing.
Siapa nama dia?
Nama dia Zheng Yuxing.
Awak tak apa-apa?
Saya rasa…
Kita tak perlu berhubung lagi.
Awak nak berpisah?
- Nanti terlepas penerbangan. - Hei.
Jika awak ada masalah,
saya boleh tunggu.
Paling lama pun setahun saja.
Pergilah.
- Nanti lewat. - Kalau awak tak jelaskan,
macam mana saya nak pergi dengan tenang?
Kalau tak, saya padam awak di WeChat.
Jangan main-main.
Saya padam sekarang.
Awak…
Okey.
Baiklah. Saya pergi.
Saya pergi dulu.
Mari.
Saya dah tanya situasi Chen Chen dengan gurunya sebelum ini.
Saya juga dah melihat grednya.
Markah tiga subjek pertama bagus.
Dalam subjek terakhir, bahasa Inggeris,
dia gagal.
- Betul. - Tentu sebab dia sakit.
Pihak sekolah masih ambil berat tentang dia tahun ini.
Kami letakkan dia di kelas teratas.
Asalkan pencapaiannya memadai tahun depan,
dia boleh masuk universiti ternama.
Kalau begitu, mari…
Pn. Qu.
Sebenarnya, ada sebab lain pencapaian Chen Chen teruk tahun lepas.
- Berdiri. - Hei, cikgu dah sampai.
- Helo, Pn. Qu. - Helo, Pn. Qu.
Duduk.
Hari ini, kita jawab soalan ujian 2018.
Sementara itu, saya nak beritahu sesuatu.
Chen Chen.
Sila berdiri.
Zheng Yuxing.
Awak pun berdiri.
Yuxing?
Cepat.
Tahu kenapa saya panggil kamu?
Biar saya perkenalkan kamu kepada semua pelajar.
Mereka pasangan kekasih paling tragik
di sekolah kita tahun lepas.
Pasangan kekasih tak kesampaian.
- Apa? - Berani awak tanya?
Tengoklah Chen Chen.
Dia menyesali perbuatannya.
Chen Chen, di sebelah kiri,
pelajar terbaik kelas tahun lepas.
Disebabkan putus cinta sebelum ujian,
dia berlari dalam hujan pada tengah malam.
Dia fikir… Berdiri betul-betul.
Dia fikir dia berlakon dalam drama idola.
Apa yang berlaku?
Dia jatuh sakit dan gagal dalam ujian.
Zheng Yuxing, di sebelah kanan, sikapnya lebih teruk.
Pemuda yang memberontak dan melanggar peraturan.
Dia tak hadir ke ujian pun.
Dia tak datang?
Macam mana?
Bukankah itu cerita yang hebat?
Wang Mingkun.
Tukar tempat dengan Chen Chen.
- Apa? - "Apa?"
Zheng Yuxing, duduk paling belakang.
Jika selepas ini ada pertukaran tempat, kamu berdua takkan berpindah.
Hei. Apa yang berlaku?
Zheng Yuxing. Apa yang awak buat?
Tidak, saya…
Saya nak tanya dia.
Tentang apa?
- Tak, Pn. Qu. Hari ini, kami… - Tiada lagi "kami".
- "Tiada lagi 'kami'." - Diam.
Chen Chen tunjukkan sikap yang betul sekarang.
Dapatkan markah yang bagus.
No comments yet. Be the first to leave one.