The Rewrite

The Rewrite

Download Malay Subtitle

Release info

The Rewrite (2014) BluRay
A Commentary by fapfapfap

Tags

BluRay
Published on: 2017-01-20
Downloads: 57
Hearing Impaired: No

Malay subtitle preview

The first 200 lines.

Terima kasih kerana sudi bertemu saya dan...

...ini usul saya.

Ini sebuah filem yang telah lama...

...saya fikirkan. Ia sebuah komedi.

Harap-haraplah.

Katakan Jack Nicholson bercadang nak tahu pandangan orang lain...

...terhadap dia. Kalau-kalau kehidupannya membawa...

...sebarang makna. Jadi dia berpura-pura mati dan...

...aturkan upacara pengebumiannya sendiri.

Saya rasa kemungkinannya agak kelakar.

Akhirnya, dalam kalangan semua eulogi klise dan...

...pertunjukan kesedihan yang tak ikhlas...

...dia dapati ada seorang cucu yang benar-benar rindukan dia.

Ia boleh jadi sangat mengharukan.

Saya tak faham.

Sama seperti bila awak cadangkan kepada saya 6 bulan lalu.

- Yakah? Bila? - Sewaktu tayangan perdana bagi...

..."Red Sunset". Nampaknya saya memberi tanggapan yang begitu...

- ...mendalam malam itu. - Minta maaf. Saya dah agak dah...

...saya kenal awak. Minta maaf. Ya! Awak sedang menganggur...

...dan sedang mencari jawatan yang baru.

Jadi, syabas! Itu malam yang hebat.

Sudah tentulah, tiada sebabnya dia tak boleh jadi wanita.

Semua orang suka Betty White.

Keith, kami suka awak.

Kami peminat awak.

Ini studio yang bikin "Paradise Misplaced" awak...

...15 tahun lalu sewaktu Jenny masih hanya embrio.

Ia satu idea yang seronok, cuma ia tak sesuai bagi kami.

Kami mencari komedi yang lebih berunsur eksperimen dengan...

- ...wanita yang tabah. - Jika awak ada filem sebegitu...

...kami ingin mendengarnya.

Tapi saya tak pandai mengajar dan saya benci guru.

Mereka orang tak guna yang kecewa dan tak pernah lakukan apa-apa...

...dalam kehidupan mereka, jadi mereka nak berikan arahan...

...kepada orang lain. Lupakan saja. Saya hanya akan tulis...

...skrip saya dan...

Keith?

Okey, di mana sebenarnya Binghamton?

Bandar Binghamton adalah 2754 batu dari Los Angeles...

...dan 172 batu ke barat laut Bandar New York.

IBM ditubuhkan di sini.

- Ini beg awak? - Ya.

- Kami kena periksanya. - Okey.

Rod Serling, pencipta "Twilight Zone" membesar di situ.

Saya mengaku maklumat itu ada suatu kualiti yang merisaukan.

Apa ini?

"Lakon Layar Asli Terbaik".

- Awak tulis "Paradise Misplaced"? - Ya, betul.

- Itu filem yang hebat. - Terima kasih.

Kevin! Ali! Mari sini.

Ini Keith Michaels. Dia yang tulis "Paradise Misplaced".

- Awak yang tulisnya? - Ya, lama dulu, tapi ya.

Saya suka filem itu! Anak-anak saya suka filem itu.

- Terima kasih, saya menghargainya. - Salam berkenalan.

Salam berkenalan. Tengoklah ini, saya boleh naik kapal terbang...

...dengan sebuah bom dan tiada sesiapa yang akan kisah pun.

Jangan kata begitu. Itu tak baik.

Betul kata awak. Minta maaf. Dulu saya tahu apa yang kelakar.

Terima kasih.

Binghamton juga tempat asal Spiedie, sejenis sandwic yang...

...berinti kiub daging diperap yang dipanggang dengan arang.

Saya ada hantarkan satu lakon layar bagi kelas itu.

- Dia penulis "Paradise Misplaced". - Biar betul!

- Marilah duduk bersama kami. - Saya tak nak menyusahkan kamu.

Awak kena datang ke sini. Itu filem kegemaran saya.

Baiklah, saya akan menurut.

Terima kasih.

- Saya Karen. Ini Judy dan Chloe. - Ya. Kamu dalam jurusan apa?

- Saya dalam jurusan perubatan. - Yakah? Jadi apa pendapat awak...

...tentang imbasan badan penuh? Awak rasa ia berguna atau ia...

...penjana kos penyebab kanser?

- Maksud saya... - Aliterasi yang bagus. Saya...

- ...ambil jurusan Bahasa Inggeris. - Saya dah agak dah.

Chloe pula dalam jurusan...

- Telepati? - Sukar nak percaya awak yang...

...tulis filem itu. Ia sangat hebat.

Itu asonansi yang baik. Asonansi adalah...

- ...pengulangan bunyi vokal. - Bunyi vokal.

Tengoklah saya. Saya dah mula mengajar.

Saya benar-benar nak ambil kelas awak.

Itu berita baik. Saya ingat tiada orang yang akan berminat.

Hebatlah.

Henry, tak. Minta maaf, Henry tak biasa tengok orang di rumah.

- Saya Jim. - Helo, Jim.

Henry.

Saya kena bersiap untuk pergi bekerja.

Baiklah, tiada masalah.

Hei.

Selamat pagi.

Malangnya saya kena pergi. Saya sepatutnya jumpa dengan...

- ...ketua jabatan. - Dr. Lerner. Saya dapat dia...

- ...untuk Chaucer. - Bila awak kata...

...awak "dapat dia" untuk Chaucer...

- Ini sangat seronok. - Ya.

- Jumpa nanti. - Ya.

Saya suka jadi seorang pengajar.

"Selamat datang ke Universiti Binghamton."

Harold Lerner. Bagaimana perjalanan awak?

- Baik, terima kasih. - Kami boleh aturkan seseorang...

...untuk bertemu dengan awak di lapangan terbang.

Saya pasti ada pelajar ulat buku Bahasa Inggeris kita akan...

- ...berbesar hati berbuat begitu. - Tak apa.

Walaupun saya dah bertemu dengan beberapa orang pelajar.

Mereka sangat murah hati dengan masa mereka.

Ya, mereka sangat mesra. Kebanyakan mereka sedang khayal.

Tentera Marin AS. Saya suka ikut peraturan.

Persatuan Penulis Amerika. Saya juga rasa begitu.

Hebatlah. Biar saya ambil sesuatu dan saya akan tunjukkan awak...

- ...ke bilik baru awak. - Baiklah.

Berbaloi wang ibu bapa mereka bayar bagi pelajaran mereka.

Inilah rumah baru awak sewaktu berjauhan dari rumah.

Ia cantik. Terima kasih.

Ada satu perjumpaan fakulti pada pukul 5 nanti...

...di Susquehanna Lounge. Awak ada peluang untuk menemui...

- ...rakan sejabatan yang lain. - Baik, bagus.

Baiklah, telefon saya jika awak perlukan apa-apa.

Ya, terima kasih. Dr. Lerner...

- ...awak terlupa kotak awak. - Minta maaf, bukan.

Itu awak punya. Itu lakon layar 30 muka surat yang dihantar...

...oleh semua pelajar yang ingin mengambil kursus awak.

Ada kira-kira 70 orang. Awak akan mula mengajar lusa...

...jadi kami akan perlukan pemilihan awak serta-merta.

Awak hanya perlu pilih 10 orang. Kami sepatutnya maklumkan awak...

...lebih awal, tapi kami tak tahu kalau-kalau awak akan terima...

...jawatan ini sehingga beberapa hari lalu.

- Okey, berseronoklah membacanya. - Ya.

En. Michaels! En. Michaels!

Nasib baik saya jumpa awak sebelum perjumpaan fakulti itu.

Saya Holly Carpenter.

Helo. Apa yang awak ajar, Holly?

Apa? Ajar? Tak, saya tak ajar. Saya belajar.

- Saya pelajar tahun kedua. - Betulkah?

Ya, baguslah. Hebatlah awak kembali belajar semula pada...

- Ketinggian saya? - Ya, tepat sekali.

- Saya dah agak itu maksud awak. - Ya, pemikiran kita memang sama.

Holly, saya dah lewat bagi acara ini. Ini arah yang betul ke...

- ...Susquehanna Lounge? - Ya, di depan situ.

- Okey, hebatlah. - Saya sebenarnya pelajar...

...jurusan Psikologi dan kami kena ambil sastera.

Saya pernah tulis cerpen dan puisi. Saya suka menulis.

Saya ada satu idea bagi sebuah lakon layar dan saya tahu...

...tarikh tamat bagi tugasan kelas adalah semalam tapi...

...saya tak tidur semalaman untuk tuliskan ini dan saya harap...

...awak masih akan pertimbangkan saya.

- Terima kasih. - Saya kena kata saya suka...

..."Paradise Misplaced". Saya masih menontonnya bersama...

- ...gadis-gadis saya. - Gadis-gadis awak?

- Awak seorang lesbian? - Alangkah baik jika itu benar.

- Tak, anak perempuan saya. - Sudah tentulah.

Saya harap awak tontonnya dalam DVD dan bukan dalam salah satu...

- ...laman web haram. - Saya tak tahu ada laman begitu.

- Saya akan kena tengok nanti. - Seorang penjenayah.

Sekarang saya akan sangat berminat membaca tugasan ini.

- Okey, terima kasih. - Terima kasih.

Saya harap awak akan suka.

Terima kasih.

Hai, Jim Harper. Saya dan anjing saya, Henry Ke-4 sedang...

...mengintai ke dalam tingkap awak pagi tadi.

- Ya, itu sangat luar biasa. - Ya, Henry yang bawa saya...

...keluar berjalan. Saya sangat suka filem awak.

Terima kasih. Sebenarnya saya pernah tulis 3 filem dan...

...jadi penulis bersama bagi sebuah filem lain.

Saya tak tahu pun. Hebatnya. Alangkah baiknya jika...

- ...saya boleh berbuat begitu. - Saya juga harap begitu.

- Awak pula, Jim? - Saya ajar Shakespeare.

Minta maaf. Keith, saya nak awak bertemu dengan...

...rakan fakulti Inggeris kita yang lain. Ini Ron Jenson...

- ...Sastera Zaman Pertengahan. - Salam berkenalan. Saya sangat...

- ...suka filem awak. - Terima kasih.

Paul Prentiss, Sastera Amerika. Selamat datang.

- Hebat, terima kasih. - Hai, Naomi Watkins...

- ...Sastera Afrika. - Apa khabar, Naomi. Saya Keith.

Clara Foss, penulis juga. Penyajak tetap. Selamat datang.

Itu tak berirama pun. Saya sangsi dengan kelayakan awak.

Ini pula Profesor Mary Weldon. Profesor Weldon ialah...

...Pengerusi Bainbridge dalam Sastera Perbandingan dan...

...dia bakal terbitkan karya yang akan jadi karya paling sahih...

- ...Jane Austen. - Minta maaf.

- Awak tak suka Jane Austen? - Bukan, jelas dia pintar.

- Saya cuma rasa ia agak remeh. - Yakah? Menakjubkan. Bagaimana?

Ia semuanya, "Siapa akan hadiri majlis tari-menari malam ini?"

"Korset saya senget. Bagaimana saya nak tunduk rendah nanti?"

Saya juga nak perkenalkan awak kepada...

Dalam erti kata lain, kenapa seorang lelaki abad ke-21

...nak kisah pasal rintangan yang dihadapi wanita abad ke-19?

Tak, itu membuat saya seperti seorang pembenci perempuan.

- Saya suka dan menghormati wanita. - Selagi mereka tak menulis.

Sebaliknya. Ada ramai penulis wanita yang saya sukai.

- Boleh awak berikan satu contoh? - Elaine May.

- Saya tak kenal karya dia. - Dia penulis, "A New Leaf"...

..."The Birdcage" dan menulis semula "Tootsie" tanpa kredit.

Filem? Kita sedang bincangkan sastera.

Walaupun awak memandang rendah penulis wanita dari zaman itu...

...Austen, Woolf dan Bronte ialah artis yang mewakili...

...pemerkasaan wanita pada zaman mereka.

Minta maaf, tapi saya agak bosan dengan pemerkasaan wanita.

- Mula berperang! - Dr. Lerner, apa pendapat awak...

- ...dalam hal ini? - Saya ada seorang isteri dan...

...4 orang anak perempuan. Saya tiada pendapat.

Comments

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left