The first 200 lines.
Semasa aku kecil, planetku, Krypton sedang menghampiri kemusnahan.
Aku dihantar ke Bumi untuk melindungi sepupuku.
Tapi podku telah tersasar
dan ketika aku sampai,
sepupuku sudah dewasa dan menjadi Superman.
Jadi aku sembunyikan kuasaku, sehingga..
baru-baru ini terjadi satu kemalangan yang..
memaksa aku mendedahkan diri kepada dunia.
Bagi kebanyakan orang aku lebih dikenali sebagai pembantu di Catco Worldwide Media.
Tapi aku bekerja secara rahsia bersama kakak angkatku untuk DEO
bagi melindungi Bandarku dari ancaman makhluk asing
atau sesiapa saja yang berniat jahat.
Akulah Supergirl.
Sebelum ini dalam Supergirl...
Kau mungkin memiliki kekuatan,
begitu juga kebanyakan penjahat di Fort Rozz.
Mereka ada banyak masa untuk berlatih menajamkan kemampuan mereka.
Makcik Astra. Makcik telah meninggal.
Makcik adalah bekas tahanan Penjara Fort Rozz.
Saya berjanji kepada ayah awak,
untuk menjaga anak perempuannya.
Nama saya ialah J'onn J'onzz.
Astra.
Anak saudaraku tersayang.
Sarikata oleh: johnjenin2020
Apa kau fikir ianya sudah berakhir?
Mengapa Kryptonite tidak menyakiti kau?
Kryptonite?
Begitu kau menggelarnya?
Ia sama seperti elemen berbahaya yang lain.
Lindungi diri kau dengan elemen yang tepat, maka kau akan selamat.
Takut bertarung secara adil?
Aku tidak mahu melawan kau, Kara.
Aku sudah menyalahkan kau atas apa yang telah berlaku sejak lama dulu...
Jangan sentuh aku!
Ibu kau selalu mengatakan kau memiliki jiwa perwira.
Aku perlukan kau sebagai pahlawan, Kara.
Sudah sampai masanya kita menjadi keluarga semula.
Kau bukan keluarga aku.
- Aku tahu kau membenciku. - Baguslah.
Kita memahami satu sama lain.
Dia melarikan diri, jeneral.
Astra muncul, dia sedang merancang sesuatu.
Dan dia memiliki pisau Kryptonite kau.
Dan kau tidak merampasnya semula?
- Aku sangat suka pisau itu. - Nanti dulu.
Jadi Kryptonite tidak memberi kesan kepadanya?
- Bagaimana boleh jadi begitu? - Oh, itu berita baiknya.
Dia telah mencipta baju yang menjadikannya kebal terhadap Kryptonite.
Kelebihan berpihak padanya.
Kenapa baru sekarang dia menyerang kau?
Dia mempelawa aku bekerjasama dengannya.
Katanya bumi memerlukan kami berdua.
Tapi berdasarkan maklumat A.I milik Ibu,
idea Astra untuk membantu penduduk Krypton
ialah dengan mengebom bangunan 'kera'jaan, jadi...
Dia mahu mengelak dari kau.
Inilah apa yang paling kita takutkan
sejak kejatuhan Fort Rozz ke bumi dahulu,
serangan besar-besaran.
Aku mahu keluar sekarang.
Tidak, tunggu dulu.
Kau patut berehat beberapa jam untuk kembali pulih.
Sekarang bukan masanya untuk jadi pengasuh aku, ok?
Tak berguna jika kau ke sana dalam keadaan lemah
dan dia membunuh kau.
Baliklah. Tidur. Kerjakan dia di lain masa.
Tak bolehkah kau berhenti jadi pengasuh aku?
- Memang tugas aku untuk menghalangnya.. - Tidak. Itu bukan tugas kau.
Itu tugas Hank.
Esok. Datang dan kita adakan latihan
untuk mempersiapkan kau, ok?
Kamu berdua nampak cukup akrab.
Kita salah tentang Hank.
Dia tiada kaitan dengan kematian ayahku.
- Bagaimana kau tahu? - Aku... Aku tahulah. Percaya padaku.
Baiklah.
Ugh, aku harap esok tiada banyak kerja di pejabat.
Dalam apa yang digambarkan sebagai serangan siber, e-mel milik Cat Grant,
pengasas dan CEO WorldWide Media, telah digodam.
Cat Grant tidak dapat ditemui untuk memberi komen, tapi tidak diketahui berapa lama...
Setakat ini, tiada sebarang tuntutan, yang menimbulkan persoalan..
bahawa siapapun yang melakukannya hanya ingin memalukan Puan.
Jadi...
Misi selesai.
Dalam sejam terakhir,
Daily Planet telah menyiarkan usia sebenar saya,
fakta bahawa saya memiliki tiga pembeli peribadi di Barneys
dan saya meminta bantuan Idris Elba dan ia menolaknya.
Dia yang rugi.
Jadi, kamu adalah peguam saya.
Tak bolehkah kita terus saman setiap pihak yang menyiarkan e-mel ini?
Kita boleh cuba, tapi prosesnya mengambil masa.
Bayangkan jika seseorang melempar semua
E-mel peribadi Lois Lane ke pangkuan Anda,
Tidakkah Anda ingin menyiarkannya?
Hanya jika saya ingin semua mati kebosanan.
Dengan rasa hormat, Puan. Grant,
anda ialah individu terkenal dari Catco.
Seluruh syarikat malu dengan kejadian ini.
Jangan jadikannya lebih buruk.
Saya yakin semua ini akan reda, Puan. Grant.
Kau berasal dari planet mana?
Um, planet ini.
Cerita seperti ini tidak akan reda tapi semakin panas.
Kalau begitu Puan mesti berjuang.
Pedulikan apa yang dikatakan peguam itu.
Benar, tapi aku tak tahu siapa yang aku lawan.
Aku perlu tahu siapa dalangnya.
Jadualkan mesyuarat lembaga pengarah.
Dan, periksa semua e-mel aku satu persatu
dan tandakan apa saja yang boleh digunakan untuk menjatuhkan aku.
Jika ada sesuatu yang memalukan,
aku ingin temukannya sendiri sebelum dunia tahu.
Semua e-mel Puan? Satu persatu?
Saya... saya mungkin perlu bantuan.
Baiklah. Pergi. Tunggu.
Hanya kepada orang yang kau percaya saja.
James Olsen dan Hobbit kecil yang tampan itu
yang boleh diharapkan selain dirimu.
Ini adalah e-mel Puan. Grant dari server, sudah di cetak.
Ugh! Begitu banyak kejahatan dalam longgokan kertas ini.
Daily Planet baru saja menerbitkan sebahagian kecil dari satu e-mel.
Oh, kawan, lihat berapa Cat habiskan setiap bulan untuk potong rambut.
Melebihi bayaran sewa aku.
Dan dia menggunakan jet syarikat...
Yang memang miliknya!
...terbang ke Burning Man tahun lalu.
Menjijikkan. Aku tahu apa yang terjadi di sana.
Ok, jadi James dan aku akan membaca e-mel
dan, Winn, bolehkah kau mengesan penggodam tersebut?
Tidak ada yang tahu sistem komputer lebih baik daripada kau.
Kau benar, Danvers.
Tapi, eh, bukankah sepatutnya kita fokus kepada...
masalah "Makcik-astra-yang-gila- kembali-untuk-pusingan-kedua"?
Benarkah?
Mengapa kau tidak memberitahu aku?
Oh, aku tahu dulu sebelum kau.
DEO sudah menangani hal itu.
Kita akan menyelamatkan Puan. Grant.
Baiklah. Aku akan, um, lakukan siasatan.
Kau menghalang jalan.
Maksud aku, tumpang lalu.
- Dia bersikap pelik. - Dia menjadi Winn.
Sejak dia melihat kita berpelukan...
di mana itu hanyalah pelukan.
Satu pelukan ramah. Kita adalah sahabat yang suka berpeluk.
- Tidak lebih. - Tidak lebih.
- Kerana kau dengan Lucy. - Ya, aku dengan Lucy.
Kau tidak membunuhnya.
Kau bersumpah kepada aku yang anak Alura
sama ada menyertai kita, atau mati.
Kau bukanlah orang yang tidak menepati janji.
Aku katakan pada kau, dia lebih kuat dari yang kita sangka.
Adakah itu kekuatannya atau kelemahan kau?
Kau tidak berhutang Alura apa-apa. Tentu saja tidak untuk nyawa anaknya.
Alura bukanlah ibunya.
Dia boleh diyakinkan dengan alasan kukuh.
Aku kadang kala tertanya-tanya adakah wanita dalam keluarga kau boleh lakukannya.
Kau lupa dirimu siapa, leftenan.
Aku jeneral kau.
Aku telah bersumpah setia kepada kau dalam semua hal.
Aku mematuhi perintah dan hati kau.
Jika kau sendiri tak boleh membunuhnya,
tidak ada rasa malu dan aku tidak akan menilai.
Tapi biarkan aku membunuhnya.
Jangan mempersoalkan kemampuanku, Non.
Aku akan cari jalan.
Aku akan mati sebelum aku membiarkan
dunia lain untuk berakhir ketika aku boleh menyelamatkannya.
Jika kau mati, dia juga mati.
Dan aku selalu menepati janji,
Isteriku.
Sarikata oleh: johnjenin2020
Lagi.
Lagi.
Lagi.
Mengapa kau teragak-agak?
Kita cuma berlatih.
Dan kau kakakku.
Bagaimana jika aku bukan kakakmu?
Apa yang terjadi padamu?
Tiada apa-apa. Aku tak mahu membincangkannya.
Aku fikir kau patut biar kami menangani hal ini.
Jangan kau berikan aku kata-kata itu lagi.
Ini bukan tentang mempersiapkan diri.
Astra itu keluargamu.
Dan aku fikir, dalam hati, entah kau mahu mengakuinya atau tidak,
kau masih mengambil berat padanya.
- Aku tidak. - Kara, ini adalah perang.
Dan untuk memenangkan perang, kadang-kadang musuh harus mati.
Sekarang, kau lihat mataku
dan katakan kalau kau siap untuk membunuh?
Superman tidak membunuh.
Jika itu jawapan kau, maka kau tak patut melawan dia.
Itu tidak akan terjadi.
Dia telah menunjukkan kalau dia siap untuk membunuh kau.
Kau harus siap untuk melakukan hal yang sama.
Apa yang kau ingat tentang dirinya?
Apa yang membuat kau ragu?
No comments yet. Be the first to leave one.