Первые 200 строк.
Sarikata Oleh : Black Cape - Malaysia Subbers Crew -
SUATU KAWASAN JAUH DARI PERAIRAN PERANCIS
Bebas!
Cepat! Amy!
Amy, mari! Amy!
Inilah harinya. Kami akan bertemu dengannya.
Sistem suara awak okey tak?
Jangan risaukan saya.
Alamak, dia berjalan depan sana. - Senyaplah.
Mari sini. - Baiklah. Rakam dia.
Merekalah juara dunia.
Kumpulan a capella yang terbaik sepanjang masa.
Barden Bellas, adalah kumpulan wanita berbeza...
...yang berusaha untuk memenangi sesuatu...
...yang bukan mudah dari orang lain.
Saya boleh dengar awak cakap. - Awak tahu, sayang...
...awak akan didokumentarikan.
Sikit lagi nak habis. Awak berada dalam zon bahaya.
Kami ada sekuriti, dan saya ada penyembur lada.
Kami akan ikut awak sampai ke lubang cacing!
Betul!
Awak hasilkan sesuatu yang baik daripada muzik sampah dia.
Terima kasih. Saya rasa ia lebih baik.
Siapa yang menyanyi itu?
Itu saya. Tapi kita ada masa untuk cari penyanyi sebenar.
Saya ada beberapa idea.
Saya rasa ia sangat...
Boleh kita hentikan ini?
Pimp-Lo, dengar sini!
Awak dah lakukan sekali lagi.
"Bend Over" sangat...
Sangat bagus.
Saya nampak masa depan yang cerah. - Lagu paling popular dalam kelab.
Ya, saya benci. Saya sangat bencinya.
Saya artis...
...dan ini lagu saya.
Dan awak semua mesti mainkan adunan lagu saya.
Tengok? Ini lagu "Bend Over" yang dunia mesti dengar.
Ya, tanggungjawab saya membentuk awak sebagai Pimp-Lo yang terbaik...
...dan saya nak sokong "Bend Over".
Sebagai penerbit awak, lagi baik jika awak percayakan saya.
Saya lebih suka jika awak kekalkan lagu ini seperti asal.
Saya menjadikan lagu awak lebih hebat.
Maksud dia, lagu awak sentiasa hebat.
Tak, maksud saya ialah apa awak hasilkan ialah...
...Pimp-Lo, okey. Sesuatu yang awak mesti tahu.
Beca, datang bulan.
Alamak. - Minggu jerung?
Alamak, awak semua memang hebat.
Itu mak saya di sana.
Awak tahu apa ia.
Masih datang bulan? - Okey.
Maafkan kami sekejap.
Awak buat apa?
Kenapa awak menyebelahi dia?
Menyebelahi dia? Kenapa kita sentiasa bercakap pasal menyebelahi siapa?
Okey, ini kerja kita. Kita penerbit.
Kita merealisasikan wawasannya.
Itu bagus!
Saya dah lakukan! Akhirnya saya dah berhenti kerja.
Dan saya bebas! Bebas!
Saya tak nak kembali buat kerja itu lagi.
Ini hari terhebat dalam hidup saya.
Saya tak nak jadi penerbit muzik tanpa integriti.
Apa hal?
Apa?
Kejap, ada yang tak kena. Muka awak lebih moyok daripada biasa.
Akhirnya saya lakukan!
Awak rujuk balik dengan Jesse?
Tak! Awak tahu hubungan jarak jauh takkan berjaya.
Dia tinggal 3000 batu dari sini bersama teman wanitanya dan kucing mereka.
Dia lupakan awak lebih cepat daripada jangkaan saya.
Terima kasih, Amy.
Lebih cepat daripada Bumper yang masih merana.
Dia buat tatu saya di punggungnya.
Jadi setiap kali dia nak lihat saya, dia kena...
Okey. - Pening saya jadinya.
Kejap, apa hal?
Saya berhenti kerja.
Awak kena pecat?
Tolong sikit! Okey.
Saya bukan dipecat, saya berhenti.
Awak mengeruhkan keadaan.
Buang aura negatif ini!
Serius, kangkang kaki awak, ia akan keluar lebih cepat.
Tidak.
Aura negatif, akan keluar lebih cepat.
Kenapa awak buat begitu?
Kenapa awak jadi begini?
Serius, awak akan pulih daripada ini dengan cepat.
Awak tahu kenapa? Sebab awak ada kawan yang hebat.
Awak ke?
Ya. - Okey.
Dan juga, awak kena bayar sewa.
Cuma sedikit...
Setiap bulan kita kena bayar.
Betul. - Ya.
Awak boleh dapatkan kerja.
Beca, awak masih trauma. Awak mesti makan sesuatu.
Duduk dulu. Tapi bukan ini, ini saya punya.
Hei, kalian!
Hei, Chloe!
Kenapa awak berdua belum bersiap?
Kenapa awak pakai itu?
Apa? - Awak pakai itu untuk pergi bekerja?
Ya, dalam pakaian hospital saya.
Sayang, kenapa?
Sebab ia mengingatkan saya bahawa dulu saya istimewa.
Juga sebab malam ini ialah...
...awak tahu...
...pertemuan semula anggota Bella di Akuarium Brooklyn.
Helo? - Itu malam ini?
Ya.
Saya terima. Saya nak alih perhatian sekejap.
Saya suka. Ini dia! - Ya, betul!
Apa terjadi? - Dia dipecat hari ini.
Tidak!
Hei, Stacie! - Ya, Tuhan!
Bagus jumpa awak! - Saya juga sayang awak!
Apa cerita, kalian?
Saya sangat rindukan kalian!
Tak sabar nak menyanyi bersama awak semua! Saya begitu teruja!
Hei, kalian! Mari kita lakukan ini.
Hei! - Hai!
Hei, Stacie!
Hei, kumpulan Bella!
Terima kasih kerana menjemput kami!
Sama-sama! - Jadi, nak kami menyanyi apa malam ini?
Lagu "Who Run the World" dan "Bulletproof"?
Awak tak cakap siapa penonton kita...
...tapi saya bawa ini, manalah tahu.
Ya, Tuhan!
Suara kami lembut.
Kami bukan ajak awak semua menyanyi.
Kami ajak awak semua melihat kami menyanyi.
Apa dia?
Saya ingatkan awak semua sibuk...
...dengan kerja yang sempoi dan kehidupan menyeronokkan.
Papaya Player's Delight? Ditambah dengan keistimewaan orang kulit putih.
Hei, sayang!
Kecemasan! Kami akan terhempas!
SIMULASI GAGAL
GAGAL
Selamat datang ke rancangan wanita solo saya yang berjaya! "Fat Amy Winehouse."
Tidak! Ini sudut saya!
Awak dengar lagu popular di kelab ini?
Saya berhenti. - Ya, Tuhan!
Ke tepi! saya benci kehidupan saya.
Awak semua dapat kerja yang bagus, bukan?
Saya ada kerja begitu.
Betul.
Bodohnya saya! Maafkan saya. - Tak apa.
Dan selepas ini, kumpulan Barden Bellas!
Kami kena pergi bersiap. Tapi kita jumpa nanti?
Selepas ini? - Baik, mungkin.
Pergi dulu. - Awak tentu seronok!
Dipecat dua kali dalam sehari.
Mereka bersinar-sinar dan berkelipan.
Mereka kelihatan seperti diberi susu ibu.
Celah kangkang awak rasa tak ketat secara tiba-tiba?
Mereka semua pasti ada teman lelaki.
Kita boleh menyanyi sekarang. Lilly boleh buat rentak.
Kita dilayan seperti pasukan Bella simpanan. Jangan keruhkan keadaan lagi.
Kalian! Maafkan saya.
Saya tak patut guna perkataan "pertemuan semula".
Saya patut kata ia alasan untuk kita berjumpa semula.
Saya tak fikir panjang. Maafkan saya.
Tak. Awak semua hebat.
Dan ini peluang untuk kita bersama.
Betul, kalian?
Ya, betul.
Ya, hebat sangat. Terima kasih banyak.
Saya sepatutnya pergi ke majlis perkahwinan abang saya...
...dan ini juga seronok.
Kumpulan Bella, ucap selamat.
Kepada kumpulan wanita terhebat yang saya kenali.
Saya akan buat apa saja untuk menyanyi dengan awak semua lagi.
Apa saja! Serius, saya rasa nak terberak!
Minum!
Kejap, kejap! Saya ada idea gila.
Okey, saya pernah kata ayah saya seorang tentera...
...dan boleh dikatakan dia bunuh Osama bin Laden, kan?
Ada maklumat baru dalam ayat itu, tapi tak apa.
Maksud saya, pangkatnya agak tinggi dalam Tentera.
Setiap tahun, USO akan anjurkan persembahan untuk hiburkan anggota tentera.
Tahun ini, DJ Khaled akan menjadi hos.
Dia ada berjuta lagu yang popular.
Dan dia amat popular. Saya nampak dia dalam iklan cukai.
Bagaimana jika saya boleh dapatkan jemputan untuk kita?
Untuk menyanyi?
Tak, untuk mengendalikan operasi sulit tentera.
Ya, mestilah untuk menyanyi!
Ada pertandingan ke?
Biasanya mesti ada pertandingan.
Tak, tapi mari kita menyanyi bersama.
Dan mungkin saya boleh jumpa ayah saya!
Atau mungkin tidak sebab dia ada kerja penting.
Atau mungkin saya akan menjadi perkara terpenting dalam hidupnya sekarang.
Mungkin.
Siapa setuju?
No comments yet. Be the first to leave one.