Первые 200 строк.
Kau dengar itu?
Itu dari tanah kitakah?
Tak, itu dari hutan sana.
Mungkin Ruiz?
Atau pemburu?
Tak, pemburu tak tembak banyak kali.
Nak bawa anjing tak? - Tak, mereka nampak nanti.
Aku kira tiga.
Kemudian ia berhenti. Dan dua lagi tembakan.
Mereka tak memburu.
Itu bukan senapang.
Itu pistol.
Pakai jaket.
Bunyi tadi di sini atau di tempat Ruiz?
Ia berdekatan.
Kita pergi subuh nanti.
WAKTU KEJAHATAN BERSEMBUNYI
Alamak.
Seekor puma?
Dulu ada seekor yang menghendap.
Ia makan kambing-kambing Ruiz.
Ini bukan Ruiz?
Dia yang memburu puma itu.
Dia tewas pada kucing itu.
Tidak.
Lelaki ini dibelah oleh sesuatu yang tajam.
Apa kita nak buat?
Kita mesti laporkannya.
Ini bahagian sesuatu benda.
Aku pernah nampak benda ini.
Ianya untuk apa?
Entahlah, bang.
Kita di tanah Ruiz sekarang.
Kita mesti beritahu dia.
Atau polis?
Bagaimana kalau pembunuh itu ialah Ruiz?
Dia nampak lelaki itu mencuri dan bunuh dia.
Ruiz takkan belah orang jadi separuh. - Manalah tahu.
Dia belah lelaki itu, hilangkan dia,
bagi dia makan kepada khinzir... - Ada apa dengan Ruiz?
Kenapa?
Ada hal berlaku dengan Ruiz yang kau tak beritahu aku?
Dia tak suka kita.
Dia tak suka kau!
Dia nak pergi...
atau datang.
Dia ambil jalan pintas ke bukit itu.
Ke rumah Maria Elena.
Saudara diakah?
Bahasa apa ini?
Aku pernah nampak tulisan ini.
Bahasa Rusia mungkin? - Rusia?
Lihat, Maria Elena Gomez.
Dah kenapa dengan anjing-anjing itu?
Hai, Maria Elena.
Apa khabar?
Lama tak jumpa.
Kami datang ini
pasal bunyi tembakan malam tadi, awak ada dengar?
Kami periksa kawasan sekitar dengan Jimmy dan anjing-anjing,
berhampiran sini.
Kami jumpa seseorang yang mungkin awak kenal.
Awak ada menanti seseorangkah?
Sebab dia...
dia tak dapat datang.
Dia ada masalah.
Bila dia akan tiba?
Dia patut dah lama sampai.
Kami sedang menunggu dia.
Untuk dia uruskan anak lelaki saya.
Uriel?
Ya.
Dia harus bunuh anak saya.
Dia harus bunuh Uriel.
Dia telah dirasuk,
dia dah reput buat masa yang lama.
Kami menunggu mereka untuk hapuskan dia.
Ini salah saya.
Saya fikir dengan berdoa
kami akan dapat sembuhkan dia.
Kami nyalakan lilin untuk-
Gereja dah mati, puan.
Mati.
Kami takut nak bercakap.
Takut dihalau dari tanah ini oleh Ruiz dan jiran-jiran.
Kami tiada apa.
Kami tiada tempat nak pergi.
Kami fikir kami boleh sembuhkan dia.
Kami jaga dia supaya dia tak mati.
Supaya mereka boleh bunuh dia.
Tapi dah lama sangat.
Awak ada laporkan perkara ini?
Setahun lepas, mungkin lebih.
Setahun?
Awak beritahu siapa?
Anak lelaki si wanita itu?
Ya, yang sulung itu.
Dia tak ada cakap dengan saya. Dengan awak, Penguasa?
Awak ada pergi tengok dia?
Jadi...
apa awak nampak?
Beritahulah.
Awak pernah lihat jasad reput?
Jadi?
Bagaimana awak tahu?
Seperti kata orang, Gutierrez,
bila awak lihat, awak boleh tahu.
Dan kami tahu, dengan mudah.
Awak ini khayal.
Banyak kes dirasuk adalah palsu.
Dan kita di sini, di tengah entah di mana-
Uriel dah nazak!
Tubuhnya kembung, dah macam bola bernanah.
Panggil Datuk Bandar.
Bagi aku telefon.
Telefon dia.
Bagi saya nombornya, saya akan panggil, tiada masalah.
Dia mesti menghadap situasi ini.
Tiada siapa boleh mengarah saya.
Terutamanya awak, Yazurlo.
Terutamanya awak.
Dah setahun.
Setahun berlalu dan kalian hanya hantar dukun itu semalam.
Jangan tinggikan suara awak.
Tiada siapa bercakap pada saya akan hal ini.
Awak akan hadapi kesukaran lagi.
Awak tak percayakan saya, ya?
Biarkan dia.
Bagilah saya alasan untuk kurung awak.
Awak takkan bebas dengan mudah, orang gila.
Sabar, bang.
Kami jumpa dukun itu mati.
Kami jumpa dia dalam cebisan, tak fahamkah?
Ada protokol bagi kes seperti ini.
Kami telefon, pihak Kesihatan Awam datang dan mereka selesaikannya.
Habis cerita.
Itu yang kami akan buat.
Buatlah sesuka hati awak.
Kenapa dukun itu dibunuh?
Siapa?
Ruiz yang bunuh?
Ruiz?
Saya ragui segalanya.
Hari dah nak kiamat.
Kenapa pula ada orang dirasuk di sini?
Apalah awak katakan ini?
Mereka takkan datang dan lihat mayat itu.
Walaupun yang reput itu, mereka beritahulah.
Mereka kata bukan masalah mereka.
Mereka tak mahu masuk campur.
Tapi ada orang bunuh dia, Ruiz.
Ada orang cuba halang dukun itu
daripada sampai ke rumah Maria.
Dan Datuk Bandar?
Mereka ada hubungi dia.
Dia tahu, setahun yang lalu.
Dia biarkan saja hal itu berlaku.
Dia kata dia fikir yang ianya dah selesai.
Mereka minta kami tutup mulut,
atau kami akan ditanda dan tempat ini takkan ada nilai.
Pekan hantu, Ruiz.
Kami akan hilang segalanya.
Mereka cadangkan kami pergi sampailah mereka hantar dukun baru dari...
pihak Kementerian.
Bila?
Mereka tak kata bila.
Tiada masa dah, Uriel dah nazak,
kita tak boleh tunggu si dukun itu.
Pergi dari sini,
tutup mulut kami
dan tinggalkan tempat ini.
Kita mesti sediakan senjata.
Sediakan senjata?
Menentang apa?
Anjing-anjing aku lari bulan lepas.
Keempat-empat ekor.
Mula-mula mereka buat haiwan jadi gila, mereka kata.
Kemudian mereka buat yang sakit pula jadi gila.
Apa kita patut lakukan?
Sesuatu, kita harus lakukan sesuatu.
Mungkin kita patut lelong kesemuanya.
Pergi sebelum perkara ini merebak.
Dasar adik-beradik naif.
Ini semua telah dirancang.
Ini kerja kerajaan Negeri.
Mereka mahu tanah aku.
Sebab itu mereka abaikan kita, tak peduli pasal kita.
Seorang penduduk yang dirasuk di sini.
Aku tak pernah terbayang hal ini berlaku.
Armando, ke mana awak nak pergi?
Jangan buat benda bodoh.
Ya Tuhan!
En. Ruiz.
Apa awak buat ini?
Apa awak buat?
Musibat...
Tidak,
lihatlah apa yang mereka dah bawa.
Mereka dah bawa benda paling jijik ke tanah aku.
Jangan tembak.
No comments yet. Be the first to leave one.