Первые 200 строк.
Rasakan angin! Guna topeng awak!
"Hapuskan semua pengkhianat."
Itu tugasan saya.
Tapi Organisasi mengarahkan saya untuk tangkap awak hidup-hidup.
Jadi, saya cuma perlu memastikan yang awak tak larikan diri lagi.
Saya mulakan dulu.
Kacukan Belalang. Dia lengkapkan awak?
SHIN MASKED RIDER
Saya dengar angin.
Kenapa saya dengar bunyi angin?
Saya dah bunuh mereka?
Tak.
Badan saya bergerak sendiri.
Saya tak faham.
Saya dah bunuh mereka.
Bagaimana saya buat?
Apa ini?
Saya datang untuk bebaskan awak. Ikut saya jika nak lepaskan diri.
Apa ini? Apa dah jadi kepada badan saya?
Awak bebaskan saya. Awak pasti tahu sesuatu.
Tolong beritahu saya!
Kenapa?
Kenapa saya kuat sangat?
Saya akan jawab soalan awak, Hongo.
Profesor Midorikawa?
Organisasi sedang mengembangkan kacukan serangga sintetik.
Awak ciptaan teragung projek ini.
Awak boleh kembali ke bentuk manusia bila-bila masa.
Cuma keluarkan prana berlebihan dari Penukar Tenaga awak.
Profesor,
bagaimana awak tahu semua ini?
Sebab saya pilih awak untuk jadi komrad kami.
Hasil kajian saya yang menambah baik badan awak kepada bentuk yang baharu.
Bagaimana awak buat?
Awak saja yang saya boleh percaya untuk uruskan prana.
Hanya awak.
Prana merupakan sumber tenaga yang ada di mana-mana saja dan menampung hidup.
Kini, badan awak gunakan prana dimampatkan untuk dapat kuasa luar biasa.
Badan awak dah dilengkapi dengan Sistem Perincian Penyerapan Prana.
Kelengkapan perlindungan ada Paru-paru Penukar.
Dintergrasikan dengan Tali Pinggang dan Topeng awak.
Awak beri saya kuasa begitu…
- Kenapa? - Sebab awak yang inginkannya.
Kekuatan tiada tandingan.
Saya mahukannya?
Saya tahu keadaan awak di kolej. Saya tahu betapa terdesaknya awak.
Sejak hari itu, awak berusaha mendapatkan kekuatan.
Awak ingin dapat kuasa melindungi.
Kini, kuasa itu milik awak.
Tapi, profesor,
saya belasah orang hingga mati. Kuasa ini menakutkan.
Saya tak boleh…
Semua Kacukan Organisasi memiliki kuasa yang sama.
Tapi, mereka guna untuk kepuasan sendiri.
Sila gunakan kuasa awak demi kebaikan sejagat.
Guna kuasa awak untuk melindungi golongan lemah.
Kita mesti hapuskan Organisasi.
Tolong kami laksanakan misi.
Maaf sebab saya tak kenalkan anak saya terlebih dahulu.
Saya Midorikawa Ruriko.
Saya…
Hongo Takeshi. Pelajar cemerlang. Atlet serba boleh.
Tapi awak antisosial.
Sebab itu awak menganggur. Hobi awak cuma motosikal.
Saya tak percayakan orang.
Tapi, saya akan cuba percayakan kebolehan awak.
Saya benarkan awak ikut, tapi awak perlu tukar pakaian.
Ini penting untuk penunggang motosikal.
Selain itu…
wira sentiasa pakai warna merah, betul?
Lebih kurang begitu.
Ini motosikal awak, Cyclone. Sebahagian daripada Sistem Kacukan Belalang.
Kami bina khas untuk awak.
Semua ini untuk melawan Organisasi?
Lelaki bertopeng labah-labah itu seorang "Kacukan" juga?
Betul.
Kacukan Labah-labah.
Salah satu kumpulan lain hasilkan dia. Dia Kacukan Bersematkan Kejahatan.
Tak guna! Lari!
Hai.
- Profesor! - Jangan risaukan saya!
Kacukan Labah-labah,
tugas saya dah selesai.
Bunuhlah saya.
Jangan bimbang.
Saya akan tunai hajat awak, memandangkan saya saja boleh buat.
"Hapuskan semua pengkhianat."
Itu tugas saya.
Saya tak suka perasaan ini.
Saya akan hapus musuh saya dengan tangan saya sendiri.
Bagi saya, itulah adab.
Jadi, Midorikawa Hiroshi,
pergi matilah.
Buatkan saya gembira.
Profesor!
Hongo…
Tolong jaga Ruriko.
Terima kasih menggembirakan saya.
Saya harap kegembiraan awak berpanjangan.
Awak mungkin dah khianati kami, tapi awak sebahagian daripada Kacukan.
Saya akan biarkan awak hidup.
Gadis ini pengkhianat juga, saya diarahkan untuk tangkap dia hidup-hidup.
Awak memang bodoh sebab kembali ke bentuk manusia.
Sebab awak keluarkan tenaga awak, awak tak dapat lepaskan diri.
Selamat tinggal.
Awak memang ciptaan teragung Midorikawa.
Awak tak seteruk yang saya sangka, Kacukan Belalang.
Itu bukan nama saya. Nama saya…
Kesateria.
Panggil saya Kesateria Bertopeng.
Jangan membebel, pengkhianat.
Saya sedih kerana terpaksa bunuh Kacukan lain,
tapi sejarah membuktikan belalang memang petanda buruk.
Saya tiada pilihan.
Saya akan hapuskan awak.
"Hapuskan semua gangguan."
Itu tugasan saya.
Saya benci manusia.
Mewakili semua Kacukan yang benci manusia, saya akan hapuskan manusia.
Itu erti kegembiraan pada saya.
Saya suka.
Awak mahir dalam pertempuran jarak dekat.
Jika semua serangan tak mengena, saya tak perlu takut.
Cara awak hapuskan askar tempur saya memang mengagumkan.
Memandangkan awak dah bunuh manusia, awak patut tahu erti kegembiraan.
Saya langsung tak rasa gembira!
Saya suka. Kuasa memusnah yang luar biasa.
Awak bukan lagi manusia, tapi kita masih tak sefahaman.
Sayangnya.
Tengoklah kita.
Kita amat berbahaya.
Bahagia tak jadi manusia!
Kita berdua Kacukan!
Jadi, kenapa? Kenapa awak tak nak kongsi kegembiraan saya?
Cepat mati.
Buatkan saya rasa gembira.
Tak guna.
Saya hilang kelebihan apabila di udara!
Turunkan saya. Saya boleh berjalan.
Untuk halang kebocoran maklumat sensitif, semua ejen lebur lepas mati.
Itulah kesudahan kita juga.
Sisa tenaga dalam badan saya berteriak.
Saya tak dapat kawal keganasan apabila saya pakai ini.
Topeng ini mengandungi sistem yang meningkatkan naluri kemandirian awak.
Ia buat awak lebih agresif dan hapus ketakinginan pertumpahan darah.
Awak berada dalam keadaan yang mana awak boleh membunuh tanpa belas kasihan.
Perbuatan saya…
Menyeksa saya.
"Derita" dan "gembira" hampir sama apabila tulis dalam aksara kanji.
"Kegembiraan" cuma kurang satu garisan dari "penderitaan."
Setidaknya apabila awak harungi seksaan, awak buat orang lain gembira.
Itu yang diperlukan untuk melindungi orang lain.
Dia mungkin terlalu baik.
Maafkan saya.
Profesor Midorikawa…
Saya gagal selamatkan dia.
Tak perlu minta maaf.
Awak selamatkan saya. Itu dah mencukupi.
Midorikawa yang menukarkan awak jadi separuh belalang tanpa minta kebenaran.
Lupakan saja.
Saya tak ambil hati.
Dia cuma minta saya bantu dia mengembangkan kegunaan prana.
Kami cuma ada satu persamaan. Secebis DNA.
Macam awak juga, saya ibarat alat untuk dia.
Awak tak dengar kata-kata akhir Profesor Midorikawa.
Dia kata, "Tolong jaga Ruriko."
Saya rasa dia mencipta saya kerana rasa sayangnya terhadap awak.
Itu sesuatu yang positif berdasarkan ego dia.
Awak memang naif.
Patutlah dia pilih awak.
SHOCKER?
Itulah nama Organisasi itu.
Setahu saya, mereka ada empat lagi Kacukan.
Cabaran kita semakin sukar.
Nampaknya prana Kacukan Labah-labah dah lenyap.
Belalang Midorikawa yang kalahkan dia?
Ya.
Bunga itu tanda hormat kepada Kacukan Labah-labah?
Betul.
Saya cuba berkelakuan seperti manusia.
Midorikawa Hiroshi juga dah mati.
Bagaimana Ruriko?
Saya rasa dia cuba gunakan Kacukan Belalang
untuk menjatuhkan awak, En. Ichiro.
Begitu.
Jika dia bawa belalang itu ke sini, saya ada perkakas lain guna keganasan.
Awak tak perlu risau.
Lawan keganasan dengan keganasan.
Saya terima logik itu.
Saya tak peduli sesiapa yang terkorban.
Asalkan data dipelihara.
Saya suka apabila awak macam robot, K.
Saya nampak data daripada topeng awak. Awak bazirkan terlalu banyak prana.
Awak perlu bertarung dengan lebih cekap.
Kini, seluruh biologi awak bergantung pada prana.
Jika guna semua, awak akan kehilangan kod soma.
- Tolong berwaspada. - Baiklah.
Kenapa saya separuh belalang?
Serangga dan manusia merupakan spesies paling maju di planet ini.
Menurut bapa saya, gabungan itu membentuk organisma yang ideal.
No comments yet. Be the first to leave one.