Первые 200 строк.
Dari 1965 hingga 1973, seorang jurugambar mendokumenkan dan mewawancara
sebuah kelab motosikal Barat Tengah. Filem ini diilhamkan dari buku beliau.
Hei, Henry, kau tengok budak ini.
Dia fikir dia siapa?
Hei!
Kau tak boleh pakai lambang itu dalam ini.
Kau dengar kata abang aku, si dungu?
Dia suruh kau tanggalkan jaket bodoh itu sekarang.
Kalau tidak, aku tanggalkan jaket kau nanti,
melilitnya pada leher kau,
kemudian aku akan cekik kau puas-puas.
Kau dengar kata abang aku?
Tak boleh pakai lambang di kawasan ini.
Tanggalkan jaket itu.
Apa?
Kau kena bunuh aku untuk tanggalkan jaket ini.
Budak ini, huh?
Mari sini.
Paulie, dia tak mahu mengalah.
Asyik bangun semula.
Lebih baik kau mengalah, bedebah.
Biar aku buat dia mengalah.
Ini motosikal kau ya, keparat?
Alamak. Henry!
Saya asyik terjebak dalam masalah
sejak saya jumpa Benny.
Banyak kali melihat penjara,
banyak kali masuk mahkamah dan jumpa banyak peguam.
Yalah, tak mungkin itu cinta.
Itu mesti cuma kebodohan.
SI PENUNGGANG-PENUNGGANG MOTOSIKAL
Dan mereka kata itu untuk anak-anak, tahu?
Semua orang patut bawa anak mereka.
Kami bawa anak-anak lalu para suami semua khayal,
para isteri, semuanya membebel pada suami mereka.
Aku rasa tak bagus untuk bawa anak-anak.
Huh? - Aku rasa tak bagus membawa anak-anak.
Ya.
Terutamanya bila mereka minum alkohol.
Yalah, Johnny kata, uh, "perkelahan keluarga".
Anak-anak dia pun datang sekali, tahu.
Ya, tapi dia tak khayalkan diri juga.
Tak, tapi dulu, Dingy, tahun lepas,
aku tak kenal sesiapa pun di antara mereka
di sana, tahu?
Kathy, ingat lagi waktu awak cerita pada saya tentang,
waktu pertama kali jumpa mereka...
Ya. - ...dan macam mana awak, uh...
Saya dah berubah. Saya sudah.
Baiklah, apa kata awak cerita pada saya tentang itu?
Dalam setahun... Tahun lepas...
Apa, daripada mula?
Tahun lepas, kawan saya hubungi saya
dan dia minta saya datang ke Grand and Division,
dia perlukan sedikit wang, dan dia kata itu sebuah bar.
Dan dia kata mereka ada perjumpaan di sana.
Saya tak kenal pun lelaki-lelaki di sana ke apa, jadi saya pergi ke sana,
dan saya tak pernah rasa begitu asing sebelum ini.
Saya masuk ke sana, memakai seluar Levi's putih.
Saya ada pakai baju panas, tahu?
Dan saya mencari, lalu jejaka pertama saya nampak adalah Corky.
Hei, si cantik.
Awak perlukan teman?
Baiklah, bagusnya berbual dengan awak.
Saya jumpa mereka semua.
Dengan anting-anting tergantung di telinga mereka,
pusat terdedah, macam separuh bogel, tahu.
Pada sayalah, mereka macam separuh bogel, tahu?
Mestilah saya belum kenali mereka waktu itu,
tapi ada si Corky, Zipco,
Cal, Wahoo, Brucie.
Saya dah jumpa mereka semua, tahu.
Mereka menjerit dan memekik.
Mereka semua menakutkan saya.
Jadi saya nampak kawan saya, dan pergi kepadanya,
lalu duduk dan cuba menenangkan diri.
Nah. - Kau memang kawan baik.
Oh, aku kena pergi. - Kau baru sampai.
Itu Cockroach (Lipas). - Apa?
Mereka panggil saya Cockroach.
Kenapa mereka panggil kamu dengan nama bodoh itu?
Sebab saya suka makan serangga, tahu?
Macam satu gurauan.
Tapi ya, saya suka memakannya.
Serangga, tahu?
Itu menjijikkan. Aku kena balik.
Hei, itu taklah teruk mana.
Duduklah sekejap.
Hei.
Awak nak datang tinggal dengan saya?
Macam mana dengan saya? Awak nak keluar?
Tak apa, terima kasih.
Oh, saya ada janji temu.
Janji temu? - Ya, pukul 12.
Saya kena balik rumah.
Kau dengar itu, Cockroach?
Cinderella ini ada janji temu.
Ya, Cinderelli ini ada janji temu jam 12.
Dia bakal berubah menjadi sebuah labu.
Oh, ya.
Bukan kepada itu saja dia akan berubah.
Kau nampak itu? Mereka merancang sesuatu.
Lihatlah mereka semua itu berbisik di sana.
Huh. - Oh, aku nak pergilah.
Dan ketika itulah saya ternampak Benny...
...berdiri di kawasan meja pool.
Aduhai, siapa jejaka tampan itu
di meja pool sana? - Oh.
Kathy, kau tak mahu keluar dengan dia.
Kenapa pula?
Dia tak nampak macam jantan-jantan lain ini.
Sebab tiada siapa mahu keluar dengannya.
Kenapa?
Sebab dia buat masalah dengan motosikalnya.
Setiap kali dia naik motosikalnya,
dia ada kemalangan. - Oh, baiklah.
Biar aku belikan kau air.
Hei.
Saya Benny.
Helo.
Jadi kita buat apa ini?
Cuma, uh...
bersembang kosong?
Agaknya.
Saya kena balik rumah.
Oh.
Baiklah.
Awak kena balik.
Apa pula ini, bufet berputarkah?
Apa nama kamu?
Kathy.
Baiklah, Kathy, uh...
...jangan risau.
Jangan risau tentang apa?
Tiada apa.
Saya Johnny. Saya presiden kelab ini, dan, uh,
jejaka-jejaka itu, mereka hanya nak bersuka-ria, tahu?
Tapi saya takkan biarkan apa-apa berlaku padamu.
Oh, ya? Apa yang akan terjadi pada saya?
Tiada apa.
Ha, ha, Baiklah, terima kasihlah ya.
Awak tahu, bagus berjumpa awak. Selamat tinggal, saya kena balik.
Jadi saya berjalan terus ke pintu depan,
dipegang dalam lima kali.
Dan bila saya sampai ke luar, saya boleh nampak seluar saya
penuh dengan bekas tapak tangan.
Musiba...
Jadi saya berdiri di hentian bas, berfikir,
"Ya Tuhan", tahu?
"Sesuatu akan berlaku pada aku nanti."
Hei, marilah, Cinderelli! - Aduh.
Marilah menunggang!
Marilah,
ikut kami menunggang!
Jangan takut!
Cinderelli, Cinderelli!
Yalah, yalah.
Yalah, yalah, yalah! - Dia tak akan sakiti awak.
Baiklah. - Ya?
Pergilah menunggang. - Jangan takut, ya?
Kau rasa dia nak buat?
Bertolak!
Hei, kita jumpa di lebuh raya nanti!
Jadi dia melanggar lampu isyarat semuanya,
mungkin supaya saya tak lompat turun.
Lagipun saya mungkin tak akan lompat juga.
Awak tahu, saya takut sangat.
Saya tak pernah naik motosikal
sepanjang hidup saya.
Dan akhirnya, kami keluar ke lebuh raya,
dan ketika itulah ia berlaku, tahu?
Waktu itulah saya nampak mereka semua buat pertama kali, tahu?
Macam, betul-betul nampak diri mereka...
Yalah, saya mesti akui,
itu mengagumkan saya.
Kamu nampak, Kathy?
Saya dah kata kamu tiada apa nak dirisaukan.
Mereka hanya mahu keluar bersama kamu, itu saja.
Awak nak minum?
Tapi saya tak balik rumah
sampailah hampir jam 4 pagi.
Dan saya bersumpah tak akan keluar bersama mereka lagi. Tak akan.
Sebab mereka macam haiwan, tahu?
Yalah, mereka tak bercakap dengan cara saya bercakap.
Semuanya "Pergi mati ini" dan "Pergi mati itu".
Bila malam itu berakhir, telinga saya berdengung
daripada mendengar mereka semua bercakap besar.
Jadi Benny bawa saya pulang,
dan teman lelaki saya, dia duduk di anjung depan.
Baiklah.
Selamat malam. Selamat tinggal.
Ke mana awak pergi?
Saya tak akan mahu jumpa mereka semua lagi.
Mereka memang dungu.
Benny duduk di situ
sepanjang malam dan tak mahu balik.
Lelaki gila ini...
Lebih baik awak balik rumah.
Kalau teman lelaki saya balik dari kerja
dan awak masih duduk di situ, dia naik angin nanti.
No comments yet. Be the first to leave one.