Astérix - Le Secret de la Potion Magique
Первые 200 строк.
RAHSIA POSYEN SAKTI
- Panoramix? Awak tak apa-apa? - Tak apa-apa langsung.
- Kenapa terbaring atas tanah? - Saya sedang bertapa.
Takkan jatuh dari pokok?
Jatuh dari pokok? Asterix...
Mari, Obelix, tolong tok pendeta.
Tolong saya bangun? Tak payahlah.
Saya cukup kuat untuk...
Anak-anak, bertenang.
Pelajaran pertama kita hari ini:
Bagaimana cara membuat posyen yang busuk?
- Boleh saya rasa? - Tidak, Obelix. Kamu pun tahu,
yang kamu jatuh ke dalam periuk itu waktu kamu kecil.
Anak-anak.
Anak-anak, Panoramix takkan mengajar hari ini.
- Apa dia? - Ini...
Snek.
- Ini snek. - Saya tak lapar.
Panoramix, saya tak fahamlah. Kalau awak jatuh tadi...
- kata sajalah. - Pendeta takkan jatuh pokok, Asterix.
Ini kriteria utama untuk menjadi Pendeta, jangan jatuh pokok.
- Macam mana kalau dia tersandung? - Itu petanda buruk.
Hei! Apa khabar jaguh kita sekarang? Sihat?
Bertahun-tahun tanpa calar. Tak pernah terseliuh.
Sekali pun tidak! Kemudian tiba-tiba, patah!
Bertahun-tahun atas pokok. Penuh kekuatan. Penuh bertenaga.
Pendeta, patah tulang takkan halang kamu memanjat lagi.
Ya Tuhan. Mungkinkah engkau? Menjemputku,
ke kayangan, di mana epal tumbuh tak henti-henti?
- Mereka cakap tentang epal. - Epal?
- Apa mereka cakapkan? - Saya faham perkataan epal.
Kenapa kita selalu pilih orang pekak untuk mengintip?
- Dia yang tawarkan diri. - Kamu nak rasa penangan orang pekak?
Ia berlaku pada semua orang.
Panoramix, fikirlah baik-baik.
Kamu cuma perlu berehat, kamu tak putus asa.
Betul kata kamu. Saya tak boleh hampakan diri saya.
Itulah yang saya nak dengar. Pendeta kita dah baik semula.
- Saya akan uruskannya sendiri. - Bagus.
Selagimana saya pendeta kampung ini, saya ada tanggungjawab.
Tepat sekali!
Seorang lelaki harus membuat keputusan yang sukar.
Semestinya. Saya tak faham apa dia katakan tapi bagus sekali!
Saya tak boleh jadi seorang saja yang tahu rumusan posyen sakti.
- Bagus sekali! - Apa?
Saya akan mencari pengganti muda yang saya boleh percayakan.
- Apa? - Dalam kalangan pendeta Gaul muda kita,
saya pilih seorang yang akan belajar resepi posyen sakti,
dan menjadi pendeta baru bagi kampung kita.
Jangan begitu. Kita takkan tukar pendeta, kerana...
Kami takkan tukar pendeta kerana awak jatuh.
Hanya kerana jatuh dari pokok?
Saya pun akan jatuh pokok satu hari nanti.
- Panoramix, ini gurauankah? - Ini mesti gurauan, sebab tak munasabah.
- Mereka cakap tentang resepi. - Resepi?
Resepi dengan epal?
- Resepi pai epal? - Hentikan.
- Awak kata resepikah tadi? - Ya, saya kata resepi.
Kenapa mereka nak masak pai epal senyap-senyap?
- Awak pasti dengar dengan betul, sayang? - Awak pasti awak tak pekak, sayang?
Saya tak pernah pukul wanita.
Dan semestinya bukan isteri si pekak itu.
Bagus. Dan macam saya kata tadi, duduk bersama-sama.
Dan berhati-hati.
- Obelix, batu tanda saya. - Maafkan saya, Panoramix.
- Saya berjalan belakang... - Bukan babi hutan itu, Obelix.
- Tak? - Batu tanda saya.
Bukankah batu besar lebih kukuh?
Habislah kita, Obelix.
Posyen sakti dalam tangan pendeta muda yang tak berpengalaman.
Siapa tahu kalau dia akan gunakannya dengan baik?
Kalau dia dedahkan rumusan itu, habislah kaum Gaul yang kebal.
Habislah kaum Gaul yang kebal?
Kamu nampak kanak-kanak yang bermain di pantai itu? Mereka orang Gaul.
Kita menentang penjajah, bukan?
Dan anak-anak mereka nanti akan jadi Gaul macam kita,
mereka juga mesti kena menentang penjajah.
Kamu memang benar, Asterix. Rancangan saya berisiko.
Sebab itulah pahlawan terbaik kampung mesti pergi bersama saya.
Untuk bantu saya agar tak tersilap pilih pendeta muda tak berpengalaman yang salah.
- Dua kepala lebih baik daripada satu. - Saya ada soalan.
Kalau pendeta lain buat posyen sakti itu…
boleh saya rasa sedikit?
Bawa saya balik ke kabin saya, Obelix.
Posyen sakti!
Apa kamu buat di sini? Kawan kecil saya?
Nanti-nanti. Maaf, tapi bahasa babi hutan saya tak setajam dulu.
Saya faham sehingga Panoramix, lepas itu tidak.
Ulang dengan jelas.
Oh, Panoramix, pendeta yang dihormati, kami berkumpul ini...
bagi menyatakan tanda sokongan serta galakan.
Pendeta telah buat keputusan yang sukar, dan kami menyokongnya.
- Tapi... - Kita tiada pilihan.
Kamu tak minta nasihat kami, tapi itu tak penting.
- Itu dia, kami benarkan keputusan kamu. - Pendeta! Saya ada soalan.
Awak tak rasa yang mungkin lagi kurang risiko...
kalau awak cari orang dalam kampung ini dan ajarkannya membuat posyen itu?
Posyen sakti hanya diturunkan daripada pendeta kepada pendeta, Ordralfabétix.
Saya pasti kamu faham, sanggupkah kamu amanahkan kedai ikanmu,
- kepada budak baru? - Mestilah tak.
Kedai ikan terlalu banyak hal teknik. Memerlukan ketepatan, pengalaman,
rasa cinta pada kerja itu,
tapi juga berminat dalam inovasi terkini.
Sebelah mata sentiasa pandang ke depan. Untuk lebih khusus lagi…
Panoramix?
Panoramix?
[ Hutan Carnutes: Dilarang Masuk bagi Bukan Pendeta]
- Kami tak boleh masuk sekali, Panoramix? - Ianya dilarang.
- Dengan kaki awak yang patah itu... - Ia dilarang keras.
- Pendeta sangat serius dengan peraturan itu. - Kalau awak masuk seorang diri,
- bukankah bermasalah nanti? - Tiada pilihan. Saya mesti masuk sendiri.
- Ya, kita ada masalah. - Senyap.
Ah, Panoramix!
Saya tahu saya tak patut menyorok, tapi saya terlelap.
Sebelum awak marah, lihatlah model saya ini.
Pectin, apa kamu buat di sini? Dah terlalu jauh untuk hantar kamu balik.
Dah lewat, mereka cari kamu nanti.
Tak, saya beritahu semua orang yang dia ikut kita.
Apa? Kau tahu dia berada dalam periuk ini?
- Aku nampak dia panjat masuk. - Apa?
- Kenapa kau tak cakap sesuatu, bahlul? - Sebab dia yang minta.
- Apa kau kata pada orang kampung? - Pectin ada dalam periuk ini.
Baguslah. Macam mana sekarang? Hutan ini dilarang bagi wanita.
- Aku ingat yang bukan pendeta saja. - Dan untuk wanita, jelas sekali.
[ Dan untuk wanita, jelas sekali ]
Salah akukah yang pendeta melarang semua benda?
Aku tak boleh minum posyen sakti, tapi ada aku membantah?
Kau bawa budak perempuan sekali tanpa beritahu aku.
Beritahulah aku kenapa,
Encik Asterix sentiasa kena tahu segalanya?
Pectin.
Pectin, sudah, jangan menangis, kamu dah buat model yang cantik.
Jelaskan pada saya bagaimana ia berfungsi.
- Awak pasti saya boleh masuk, Panoramix? - Lebih senang daripada Asterix atau Obelix.
Tapi cuba sembunyikan rambut panjang itu dan suara kamu.
- Kena sembunyikan yang saya budak perempuan? - Budak lelaki lebih senang masuk.
- Bagaimana kalau mereka tanya soalan? - Jadi kamu jawab...
Ya.
Berhenti, kita dah sampai.
Memang biasakah tiada orang di sini? Pendeta?
Tak, ada yang tak kena.
Kau sedar, Obelix? Majlis Agung Pendeta.
Pendeta terhebat Gaul berhimpun. Menakjubkan.
- Menakjubkan? - Ramai orang bijak berjanggut putih.
Ahli sains, ahli falsafah, itu mesti sungguh mengagumkan.
- Selamat datang, Panoramix, si tua perengus! - Apa khabar bintang kita?
Tak banyak berubah kau ya.
Lihat apa kami buat untuk kau.
Kau boleh gantung papan tanda ini di hutan kau nanti.
[ Perhatian!! Pendeta jatuh!!
Nanti, nanti, Vitroceramix. Kau belum terima pesanan aku?
- Aku dah utuskan babi hutan. - Ya, mereka kata kau jatuh.
- Jatuh? Itu saja? - Kenapa pula?
- Itu tak cukup? - Selebihnya, pemindahan itu? Pengganti?
Pemindahan mana? Pengganti mana?
Apa yang kau rancang, kawan lama? Terangkanlah!
Kami tak sangka pula hal itu.
Kau memang serius, Panoramix?
Bagaimana kalau posyen itu jatuh ke dalam tangan pihak yang salah?
Kau pun faham, itu keputusan yang sukar untuk dibuat, Fantasmagorix.
Sekarang baru aku faham kenapa kau panggil seluruh Majlis Agung.
Aku rasa pelik kenapa kau panggil kami ke sini kerana kau jatuh pokok.
Aku perlukan bantuan kamu semua untuk pilih calonnya.
Kamu ada senarai nama semua pendeta muda Gaul yang berbakat?
Pertimbangan kami… Aku rasa kami ada tulis pada token kecil.
Token kecil?
Token kecil. Dikelaskan mengikut peringkat.
Pendeta boleh menulis?
Tak, sayang, itu dilarang. "Dari mulut pendeta ke telinga pendeta!"
Panoramix ajar kamu dengan baik. Itu sangat bagus.
Pendeta tak pernah menulis. Semua dalam kepala mereka.
Walaupun begitu, dengan semua rumusan itu dalam ingatan kami, fikiran kami jadi celaru.
Maka, senarai pendeta muda Gaul, ditulis pada token kecil.
- Tak perlu hafal nama mereka! - Ada token kecil tersimpan.
Tak terusik, tak terpadam.
- Dan semua dah tertulis. - Pergi, cari senarai itu.
Baguslah! Kau jatuh pokok, kami pula tulis senarai.
Aku tak faham. Apa yang kau tak faham, Obelix?
- Mereka semua ada janggut putih? - Kesemuanya…
- Aku rasalah. - Macam mana boleh pula?
Obelix, bila aku kata mereka semua ada janggut putih,
maksud aku setiap seorang ada satu, mereka tak kongsi janggut yang sama.
Mereka semua ada janggut putih. Bukan satu janggut putih untuk semua.
Ini pendeta muda yang teruk.
Ini amatur yang masih boleh buat sesuatu.
Ini yang bagus dan ini yang sangat bagus.
Macam yang kau nampak, yang sangat bagus itu takkan memakan masa kau.
Dan ini yang tak berguna langsung. Sup bawang pun tak reti buat.
Semua orang berhak diberi peluang, tapi bukankah kau mahu yang sangat bagus saja?
Aku tak rasa ada sesiapa untuk gantikan pendeta seperti kau.
- Tiada siapa yang tak boleh diganti. - Aku sangat bersetuju dengan itu.
Sulfurix?
Apa khabar lelaki berjanggut sekalian? Lama tak jumpa.
Ada sesiapa dah jumpa ubat sakit sengal-sengal tulang?
Sulfurix. Berani kau datang ke tempat suci ini, setelah sekian lama?
Setelah sekian lama, kamu patutnya mungkin dah fleksibel sedikit.
- Fleksibel? - Kiasan saja. Bukan secara fizikal.
Patah belakang kamu nanti.
Tiada siapa tawarkan aku minuman?
Berani kau guna jampi terlarang di sini?
No comments yet. Be the first to leave one.