Первые 200 строк.
Mustafar.
Dari kedalaman api menyala-nyala, aku bangkit tatkala istana baharu dibina
selaku kesaksian muktamad bagi kuasa unggul sisi gelap!
Jadi, apa pendapat kau?
Aku rasa agak berlebihan sebenarnya.
Kau boleh cakap kubu jahat di bukit tanpa perlu sebut pun.
Tengoklah tempat ini,
kau boleh letak sesuatu, apa-apa saja...
Mungkin sebuah kerusi.
Apa pun, jangan bazirkan masa. Kita perlu menakluk galaksi.
-Tuan! -Siapa itu? Siapa kau?
Vaneé ialah hamba hina untuk Darth Vader, Tuan Sith.
Aku dah sediakan air mandian tuan.
Takluk sekarang, mandi kemudian. Jom pergi.
-Namun, istana aku... -Baiklah.
Kau, Darth Hodoh. Tolong jaga tempat ini.
Vaneé berbesar hati untuk berkhidmat...
Beberapa tahun kemudian...
Kamu lima orang terakhir di galaksi yang tahu berita itu?
First Order dah musnah.
Perang dah tamat. Kau kalah! Baliklah!
Okey, suka hati kau.
Aku tak takut dengan kepala baldi itu!
Tengoklah!
Kacang saja.
Sekarang, jom balik.
Janganlah gelabah sangat! Aku boleh uruskan.
Okey, aku masih boleh buat.
Aku cuma perlu buat pendaratan cemas di planet merah terang macam lava itu.
Aku mampu buat.
Tengok? Aku dah kata boleh tadi.
Kita minta bantuan dan... Alat komunikasi rosak.
Okey, bukan masalah besar.
Jom. Kita cari bantuan.
Aku bukannya berlagak! TIE itu bernasib baik saja!
Kita boleh minta tolong di sana.
Okey, kau boleh duduk di sini sendirian. Di hutan gelap menyeramkan ini.
Aku dah agak.
Apa tempat ini?
Helo? Tumpang tanya?
Janganlah mengejutkan aku begitu.
Aku ada penyakit.
Maaf. Kau sedang bina apa?
Istana Vader!
Resort bertema lengkap pertama diilhamkan daripada Sith di galaksi.
Tempat bagi mereka yang suka berseronok dan berbelanja dari seluruh galaksi
untuk akhirnya meluahkan sisi gelap diri mereka!
Apa pendapat kau?
Kau sedang bina hotel di dalam istana lama Darth Vader.
Jangan kecil hati, tapi rasanya idea itu tak elok, Encik...
Graballa! Hutt!
Usahawan legenda? Taikun hartanah?
Sepupu mendiang Jabba, semoga rohnya tenang.
Kau siapa sebenarnya?
-Poe Dameron. -Poe Dameron!
Juruterbang berani yang musnahkan Pangkalan Starkiller
dan memimpin Pemberontakan Exegol?
Maksud aku, ramai orang menolong, tapi memang benar.
Satu penghormatan, jeneral.
Ayuh, biar aku tunjukkan sekeliling.
Raam, Baash. Tolong bawa bagasi dia.
Tak, itu bukan bagasi aku. Okey.
Kami dah bekerja tanpa henti dan berbelanja besar.
Istana Vader semestinya akan penuh gaya.
Air pancut lava. Kami ada satu.
X-wing aku mengalami sedikit kerosakan dan...
Tunggulah sampai kau tengok lobi!
Jeneral, kau pernah dengar istilah "saranan selebriti"?
Orang tak dikenali masuk.
Mungkinkah akhirnya dia orang yang dapat menepati Ramalan Mustafar?
Seorang juruterbang berani tiba
dengan kekuatan untuk membuka khazanah istana milik tuan aku?
Mungkin...
Askar-askar ini membangkitkan suasana sebaik saja masuk.
Aku ada semuanya.
Storm, Shore, Scout, Snow, Death...
Malah, rekaan aku sendiri, askar Skelo.
Rasailah kekuatan sisi gelap...
Sisi gelap...
Biar aku yang tunjuk sisi gelap!
Tumpang tanya, Encik Hutt? Mungkin aku boleh baiki.
Aku tak rasa begitu.
Baiklah, silakan, budak.
Apa pendapat kau? Sedia jadi jurucakap rasmi Istana Vader?
Kau perasan apa aku sebut?
Jurucakap!
Rasailah kuasa sisi gelap, di Emporium Empayar! Kini dibuka.
-Kau mahir, budak. -Terima kasih, encik. Aku...
Hei! Kau...
Hai. Poe Dameron. Siapa nama kau?
Aku Dean! Tak sangka aku dapat jumpa Poe Dameron!
Kau juruterbang terhandal di galaksi!
Tak pastikan kalau "terhandal". Mungkin tiga yang terbaik. Atau dua.
Kau agak mahir menggunakan alatan.
Aku perlukan bantuan untuk baiki X-wing.
Aku baiki X-wing? Aku berbesar hati lakukannya!
Aku pun nak jadi juruterbang nanti...
Orang dewasa sedang bercakap.
Nampaknya kita masing-masing ada sesuatu yang diperlukan.
Jadi, aku ada tawaran untuk kau.
Buat rakaman holovid untuk Istana Vader dan budak ini akan baiki X-wing kau.
Selepas X-wing aku dibaiki. Kau bukan Hutt pertama yang aku kenal.
-Jom, budak. -Tidak!
Juruterbang berani ini tak boleh pergi.
Vaneé! Apa aku dah pesan tentang mengejutkan orang?
Maaf. Dia dah sedia ada di sini.
Macam penjaga yang menyeramkan. Penekanan pada "seram". Jangan peduli dia.
Agak susah sebenarnya.
Okey, Vaneé. Kita dah bincang tentang menghidu tetamu.
Kamu...
Namun, Vaneé ada sesuatu untuk ditunjukkan kepada juruterbang berani.
Lain kalilah. Kami nak cepat.
NI-L8, tunjukkan kepada mereka.
Saksikanlah, Topi Keledar Ren!
Kau cakap Ren? Kylo Ren?
Topi keledar ini dimiliki orang yang membantu mencipta dia.
Kau nak dengar kisahnya?
Dia kata nak cepatlah!
Ceritakan.
Inilah kisah seorang pahlawan hebat yang mendambakan lebih lagi...
ANAK YANG HILANG
Syabas, Ben.
Membazir masa saja, Pak Cik Luke.
Aku jauh lebih kuat berbanding mereka.
Sabar. Tiada jalan pintas untuk menjadi seorang Jedi.
Macam mana pula menindan batu boleh jadikan aku Jedi hebat?
Aku dapat rasakan kau geram, anak saudara.
Betul? Wah. Kau guna Force untuk merasainya?
Dia akan baik saja, R2. Cuma perlu belajar lebih lagi.
Tuan Skywalker! Rasanya aku dah berjaya!
Setiap kali pun sama, Cozler!
-"Tiada jalan pintas untuk jadi Jedi." -Hei!
Berapa lama dia berlatih di Dagobah? Dua puluh minit?
Kesateria Ren datang! Takutlah!
Kesateria Ren, rasailah ketakutan mereka!
Ambil segala yang kau mahu!
Jumpa lagi, budak. Jom pergi!
Sertai kami, Ben.
Solo... Sertai kami, Ben.
Jangan dengar cakap dia, Ben.
Jangan menyibuk, Skywalker!
Kuasa itu kau boleh miliki, Solo.
Sekarang kita buat babak mimpi?
Maaflah mengganggu,
ayah dan ibu nak tahu kalau kau nak balik makan malam...
Chewie buat masakan kegemaran kau. Tip-Yip Bakar dengan sos Bantha.
Sertai kami, Ben.
Kekal di haluan, Ben.
Solo...
Solo...
Kau bukan Jedi. Adakah kau Sith?
Kesateria Ren mengikut peraturan sendiri.
Guna kuasa kami untuk rampas apa yang kami mahu.
Kau ada kemahiran.
Namun, kau ikut si tua Skywalker itu sedangkan kau boleh capai lebih lagi.
Kau boleh sertai kami.
Atau kau takut?
Ya!
Bukan dengan baju buruk itu.
Kesateria Ren ada reputasi untuk dijaga.
Biar betul? Sekali lagi.
Boleh tolong? Janganlah. Tak kelakar.
Kau merasai demam kesateria, Ben!
Ya! Mainkan trumpet kloo itu!
-Hebatnya dia. -Kau macam juara sebenar.
Seronoknya! Aku setuju!
Tak boleh. Masih ada upacara inisiasi.
Tarian pantai tadi bukan inisiasi?
Lightsaber milik pak cik. Macam mana kau...
Aku dah cakap. Kami ambil apa kami mahu.
Sekarang, ambil apa yang kau mahu.
Untuk mencipta Kesateria Ren memerlukan pemusnahan.
Musnahkan perkara yang Skywalker bina dan kau akan bebas.
Tak. Aku tak pasti.
Jangan bazirkan masa dengan dia, Ren.
Dia memang macam Kylo.
Kylo?
Ya, Kylo. Kecil, lemah dan takut.
Kylo...
Aku tak takut! Aku bukan Kylo!
Jadi, ambillah apa yang kau mahu.
Yang aku mahu adalah tak diganggu.
Silap pilihan, budak.
Kesateria Ren, musnahkan Kuil!
Musnahkan Kuil! Ya!
Kuasa boleh jadi milik kau.
Namun, kau terlalu takut, Kylo.
Teruslah panggil begitu. Aku dah mula suka!
Tindan batu. Sudah tentulah.
Ben?
-Ben! -Tak, Pak Cik Luke. Panggil aku...
Kylo.
Malam itulah langkah sulung Kylo Ren dalam menuju kuasa!
Bagaimana hasilnya?
Apa gunanya cerita itu? Untuk buat kami takut?
Berhasil!
Tidak.
Untuk mengingatkan kau yang ada banyak yang boleh diambil si berani.
Khazanah Sith berada di sebalik pintu itu.
Ramalan Mustafar
No comments yet. Be the first to leave one.