As primeiras 200 linhas.
Stasis terganggu.
Kebakaran di bahagian kriogenik.
Ulangan: kebakaran di bahagian kriogenik.
Semua kakitangan lapor diri di pelantar pelancaran kecemasan.
Penerbangan angkasa akan berlepas dalam T tolak 20 saat.
FIORINA "FURY" 161 SELUBUNG LUAR LOJI PENAPISAN BIJIH MINERAL
PENJARA BEKERJA KROMOSOM BERGANDA Y
KAWALAN KESELAMATAN MAKSIMUM
Sebuah pesawat kecemasan EEV terhempas.
Pergi ke pantai. Mungkin ada orang lain.
Sekarang!
Bangun.
SEORANG TERSELAMAT - LT. RIPLEY
KPL. HICKS TERKORBAN
PEREMPUAN TIDAK DIKENALI KIRA-KIRA 10 TAHUN TERKORBAN
PERMOHONAN PEMINDAHAN KECEMASAN SECEPAT MUNGKIN
MENUNGGU JAWAPAN - PENGUASA ANDREWS
WEYLAND YUTANI MESEJ DITERIMA
Baiklah, kita mulakan.
Semua orang berkumpul.
Baiklah, mulakan En. Dillon.
Ya, Tuhan, beri kami kekuatan untuk bertahan.
Kami tahu kami hamba berdosa di tangan Tuhan yang marah.
Semoga kitaran itu kekal sehingga hari nanti.
- Amin. - Amin.
Terima kasih, semua.
Ini Kawalan Khabar Angin. Sila dengar faktanya.
Seperti yang kamu tahu,...
...sebuah pesawat EEV 337 terhempas di sini pada pukul 6 pagi.
Seorang terselamat, dua orang terkorban dan...
...ada sebuah android yang rosak teruk.
- Mangsa terselamat itu wanita. - Dia cantik?
Saya dah berikrar untuk membujang...
...dan ia termasuklah wanita.
- Kami semua dah berikrar! - Diamlah, Morse.
Saya tak setuju dengan polisi syarikat...
...yang membenarkan dia bergaul bebas dengan banduan dan kakitangan.
Maksudnya, kami menganggap kehadiran orang luar,...
...terutamanya seorang wanita...
...sebagai mengganggu harmoni dan mungkin memecahkan perpaduan rohani.
Kami tahu pendirian kamu dalam hal ini.
Untuk pengetahuan kamu, saya sudah memohon pasukan penyelamat.
Harap mereka tiba dalam seminggu dan bawa dia pergi secepat mungkin.
Jangan mengarutlah!
- Bagaimana keadaannya? - Dia tak cedera parah.
Dia tak sedarkan diri. Belum ada diagnosis lebih teliti.
- Dia akan pulih? - Ya.
Demi kebaikan semua, jangan benarkan dia keluar...
...sehingga pasukan penyelamat tiba dan jangan tanpa pengiring, faham?
Ya, tuan.
Tuan-tuan, kita patut mengikut rutin dan jangan terlampau resah.
Betul tak? Baiklah.
Terima kasih, semua.
Baiklah.
Mereka kena sampai awal sebab kalau tak, habislah.
Apa tu?
Cuma ubat buatan sendiri. Ia untuk menyedarkan pesakit.
- Awak doktor? - Nama saya Clemens.
- Saya Ketua Doktor di sini. - Di sini?
Fury 161.
Malangnya, awak berada di penjara bekerja Weyland-Yutani.
Boleh saya teruskan?
Ini penstabil.
Saya patut cukur kepala awak. Tempat ini banyak kutu.
Bila awak sihat, saya akan beri gunting untuk bahagian kemaluan awak.
Bagaimana saya sampai ke sini?
Awak terhempas dalam pesawat kecemasan EEV.
Awak terpisah dari kapal induk sebelum memasuki atmosfera kami.
Awak tahu dah berapa lama awak tidur?
Cara awak sampai di sini boleh mengejutkan sistem awak.
- Saya akan sakit beberapa minggu. - Betul.
- Mana yang lain? - Mereka tak terselamat.
- Apa? - Mereka terkorban.
Saya mesti pergi ke kapal itu.
- Awak tak sihat. - Awak nak berikan saya baju?
Atau awak nak saya pergi begini?
Memandangkan keadaan penduduk di sini, saya cadangkan awak pakai baju.
Sudah lama mereka tak nampak perempuan.
Saya juga begitu.
Dulu, penjara ini untuk 5,000 banduan.
Tapi ia dikurangkan kepada 25 banduan penjaga.
- Mengapa? - Untuk pastikan penunu menyala.
Penunu untuk apa?
Relau bagas!
Metana asli. Kami ada faundri, Leftenan Ripley.
Banduan menempa kepingan plumbum untuk pembendungan sisa toksik.
Bagaimana awak tahu nama saya?
Ia tertulis di belakang seluar awak.
Lepaskan kabel!
- Mana mayat itu? - Kami ada rumah mayat.
Kami simpan di sana sehingga pasukan penyiasat tiba dalam masa seminggu.
- Ada sebuah android. - Ia rosak.
Ia hancur berkecai. Kami buang serpihan yang tinggal.
Koperal telah ditusuk oleh tiang itu.
Dia mati serta-merta.
Budak perempuan itu pula?
Dia mati lemas dalam tiub krionya.
Saya tak rasa dia sedar semasa kejadian itu berlaku.
Saya simpati.
- Kenapa? - Dia di mana?
Di rumah mayat.
Saya mesti tengok dia.
Saya mesti tengok mayatnya.
Ada sebab tertentu awak begitu berkeras?
Ya. Saya mesti pastikan punca kematiannya.
Saya tak suka mengungkit subjek sensitif,...
...tapi memang jelas yang dia mati lemas.
Dia anak perempuan awak?
Tak. Dia bukan anak saya.
Boleh biarkan saya bersendirian?
Ya, sudah tentu.
Maafkan saya.
Apa dia buat?
Okey?
Tak.
- Kita mesti buat bedah siasat. - Apa?
Saya dah cakap. Kita kena pastikan punca kematiannya.
Saya juga dah cakap yang dia mati lemas.
Saya kurang pasti.
Saya mesti lihat bahagian dalamannya.
- Awak keliru. - Saya ada sebab yang baik.
Awak mahu beritahu sebab itu?
Kemungkinan penyakit berjangkit.
Penyakit apa?
Kolera.
Tiada kes kolera dilaporkan sejak 200 tahun.
Tolonglah.
Semuanya nampak baik.
Tiada tanda jangkitan atau penyakit.
Bedah dadanya.
Hati-hati.
Paru-paru...
Ia penuh dengan cecair.
Maksudnya, dia lemas.
Memandangkan saya bukannya bodoh,...
...awak nak beritahu saya apa yang kita cari?
- En. Clemens. - Penguasa.
Perkenalkan Leftenan Ripley.
- Apa berlaku, En. Clemens? - Betul, tuan. Apa yang berlaku?
Pertama, saya ingin beritahu leftenan sudah beransur pulih.
Kedua, demi kesihatan semua, saya sedang membuat bedah siasat.
- Tanpa kebenaran saya. - Masa tak mengizinkan.
Tapi semuanya baik. Tiada tanda penyakit berjangkit.
Bagus. Tapi lebih baik Ripley tak berkeliaran di depan banduan...
...seperti yang berlaku beberapa jam lalu.
Ia juga membantu jika awak beritahu saya sebarang perubahan pada fizikalnya.
- Atau itu terlalu susah? - Kita mesti bakar mayat ini.
Mengarut. Mayat akan dibekukan sehingga pasukan penyelamat tiba.
Dibekukan.
Kita perlu fikirkan isu kesihatan orang awam.
Leftenan rasa masih ada kemungkinan berlakunya jangkitan lain.
- Awak kata tadi tiada penyakit. - Budak ini nampak mati lemas.
Tapi tanpa ujian makmal lengkap, susah untuk pastikan.
Saya rasa tak wajar kita mentoleransi kemungkinan wujudnya virus.
Jangkitan kolera pasti akan menjejaskan rekod, betul tak, tuan?
Kita ada 25 banduan di tempat ini.
Semuanya kromosom berganda Y.
Semuanya pencuri, perogol, pembunuh, pendera. Semuanya sampah masyarakat.
Walaupun mereka beragama, tak bermakna mereka kurang berbahaya.
Saya cuba tak mengacau pegangan mereka.
Saya tak nak mengganggu keseimbangan.
Saya tak nak pergolakan berlaku.
Saya juga tak nak seorang wanita berkeliaran dan memberi mereka idea.
Saya faham. Demi keselamatan saya sendiri.
Tepat sekali.
Saya serahkan pembakaran mayat kepada awak, En. Clemens.
Relau boleh digunakan tapi banduan mesti dikurung menjelang 10 malam.
Krismas kita sampai awal.
- Apa maksud awak? - Bangkai lembu memang bagus.
Bangkai busuk penuh dengan kutu.
Tinggal tujuh ekor lagi, selepas itu habislah kerja kita.
Saya benci mencucinya.
But saya selalu kotor.
- Bercakap tentang itu, Frank... - Apa?
Kalau awak ada peluang, apa awak akan kata padanya?
- Apa maksud awak? - Yalah, kalau awak ada peluang.
- Maksud awak secara kasual? - Ya.
Apa awak nak cakap padanya jika awak jumpa dia di dewan makan?
Tiada masalah.
Saya memang pandai menggoda wanita.
Saya akan kata, "Selamat pagi. Apa khabar?"
"Ada apa-apa saya boleh tolong?"
Kemudian saya akan memandangnya ke atas dan ke bawah.
Kemudian saya kenyit mata dan senyum menggoda.
- Dia pasti akan faham. - Yalah.
Kemudian dia akan jawab, "Jangan harap, si tua miang."
Saya sanggup cium dia. Saya sanggup cium di mana saja dia nak.
Ya, layan dengan teruk, mereka akan berminat. Betul tak, Frank?
Saya pernah kata, Murph. Layan ratu macam jalang dan jalang macam ratu.
Awak tak akan silap.
Apa yang menyebabkan Babe mati?
Entahlah. Ia mati begitu saja.
- Berapa umurnya? - Pengawal kata 11 tahun. Sihat.
Tak apa. Kita kerat kemudian dan masukkannya dalam stew.
Baiklah.
Hei, Frank.
Apa ni?
Kami serahkan budak dan lelaki ini kepadamu, Tuhan.
Jasad mereka diambil dari bayangan kegelapan kami.
Mereka telah dibebaskan...
No comments yet. Be the first to leave one.