Thunder Force

Thunder Force

Baixar Legenda em Malay

Informações de lançamento

Thunder Force 2021
Um comentário por Daisy96

Tags

other
Publicado em: 2021-04-10
Downloads: 57
Deficientes Auditivos: No

Pré-visualização das legendas em Malay

As primeiras 200 linhas.

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Pada Mac 1983,

satu denyutan sinar kosmik besar antara bintang

memanah Bumi dan penghuninya.

Sinar kosmik ini mencetuskan perubahan genetik golongan terpilih

lalu menjelmakan kuasa hebat yang tak terbayang.

Malang sekali, kuasa ini terkunci dalam individu tertentu

yang mana genetik tubuh cenderung untuk menjadi sosiopath.

Manusia luar biasa ini dikenali sebagai…

Miscreant.

Apa benda itu?

Tidak!

Ibu bapa saya antara yang terlibat.

Saya bersumpah hari itu

untuk mengabdikan hidup menghentikan Miscreant.

MISCREANT TAK GUNA

Semua topik hari ini

ada dalam ujian esok. Okey?

Lydia, bangun.

Itu pun dia.

Maaf, Encik Emerson.

Siapa tahu maksud hukum kata majmuk dan kata tunggal?

Emily baru seminggu di sini dan selalu angkat tangan.

Beri peluang kepada orang lain.

Ada sesiapa? Lydia? Puteri Beradu di belakang.

- Adakah jawapannya 11? - Sangat salah, Lydia. Tak.

Ada sesiapa lagi?

Emily, teruskan.

Hukum kata majmuk dan tunggal bererti subjek dan kata kerja mesti sepadan.

Maksudnya, kedua-duanya perlu tunggal atau jamak.

Awak betul, bagus.

Teruklah awak.

Wayne, saya dengar.

Sikap itu tak diterima di kelas saya. Masuk kelas penahanan.

- Encik Emerson, ada soalan. - Ya?

Saya tak boleh kata, "Wayne budak dungu",

tapi perlu kata, "Wayne ialah seorang budak dungu"?

Diamlah, Lydia.

Tepat secara tatabahasa. Awak pun ditahan.

Memang berbaloi.

Hukum kata kerja dan kata nama.

Hentikan.

Tak mahu. Tak adil ibu bapa awak mati kerana Miscreant

dan kami perlu hadap muka awak.

Awak sangka awak bijak? Asyik berlagak di kelas.

Cakaplah awak ulat buku dan saya takkan ganggu.

- Cakap! - Cakaplah, ulat buku!

Saya bukan ulat buku. Saya pandai. Ada beza.

Wayne, telinga awak pekak? Dia kata tak nak sebut.

Dia perlu sebut. Saya berani pukul perempuan.

Perempuan juga berani pukul awak, Wayne.

Sekarang, masuk ke dalam tong sampah itu.

- Apa? Kenapa? - Sebab itu tempat sampah dimasukkan.

Tak mahu!

Masuk, bedebah!

Okey.

Orang lain nak masuk?

Ya, awak tak apa-apa.

- Nak main buai? - Okey.

Takziah tentang ibu bapa awak.

Kalau saya ada kuasa, saya akan belasah pembunuh mereka.

Terima kasih.

Mesti hebat kalau ada kuasa, betul?

Lebih seperti wira agaknya,

tapi rasanya saya pasti jadi wira yang mengagumkan.

Itulah yang ibu bapa saya usahakan.

Cara ubah orang biasa menjadi adi wira.

Mereka ahli genetik.

Kedua-duanya doktor sakit puan?

Tak, itu pakar ginekologi.

Ahli genetik mengkaji gen, termasuk yang bermutasi.

Ya, saya tahu.

Sengaja uji awak.

Pasti seronok kalau mereka boleh ubah orang biasa jadi wira.

Seseorang perlu melawan Miscreant.

Saya akan lakukannya.

- Awak nak lepak selepas sekolah? - Ya.

- Awak suka buat apa? - Membaca.

Awak tak bergurau rupanya. Okey.

AMARAN - JIKA MISCREANT MENYERANG TUNDUK DAN BERLINDUNG

- Hei! - Hei.

Saya buat gelang sahabat. Kita secara rasmi berkawan.

Ya, mestilah.

Emily, awak nak baca doa?

LIMA TAHUN KEMUDIAN

Emily?

Emily Rose Stanton!

- Maaf, apa? - Apa yang awak baca?

Kuasa nuklear yang lemah.

- Biar saya baca doa. - Terima kasih.

Okey.

Syukur Tuhan kerana beri makanan gempak.

Kalau Jesus ada, dia mesti lahap semua.

SEKOLAH HALSTED

Van Halen bermain di Grant Park malam ini.

Ada pagar berlubang. Kita boleh masuk.

- Tak boleh. Ada tugasan minggu depan. - Jadi?

- Ketuk! - Siapa?

- Clyde. - Tunggu, apa?

Saya salah cakap rasanya.

Clyde, kalau tak pandai melawak, awak takkan dapat kekasih.

Cabaran diterima.

- Jumpa lagi, Clyde. - Ayuh, Em.

Ini Van Halen. Pasti seronok.

Pasti seronok. Cuma saya perlu ikut rancangan.

Ayuh, Emily.

- Di situ rupanya. Ke mana awak lesap? - Belajar.

- Sudah berminggu awak tak keluar. - Pagi esok ada ujian AP.

Saya tahu.

Kalau tak dapat markah penuh, kajian ibu bapa saya tak dapat diteruskan

dan beri kuasa kepada orang biasa untuk melawan Miscreant.

Saya tahu.

Awak akan baik-baik saja.

Cuma akan tertekan. Sebab itulah saya datang.

Apa kata awak tidur 30 minit,

saya kejutkan nanti untuk ulang kaji.

Jangan risau, percayakan saya.

Oh, Tuhan! Saya dah lewat. Awak patut kejutkan saya.

Nampaknya tak mengikut perancangan.

Saya tak boleh begini. Saya nak capai sesuatu dalam hidup.

Hei, maaf saya buat silap.

Maaf tak cukup baik. Saya perlu capai sesuatu yang penting.

Saya tak boleh terus tinggal di sini.

- Apa salahnya? - Awak menghalang saya.

Menghalang? Saya selalu jaga awak.

Sebab sayalah awak seronok.

Awak tak faham. Saya perlu jadi istimewa.

Kita tahu saya tak istimewa.

- Bukan begitu. - Tak mengapa.

Kita tak tahu keadaan hidup nanti.

Mungkin saya jadi presiden, diiring naik limusin.

Ayuh!

Sama-sama, dua syif.

Hei, Tito! Jangan buang sampah lagi di trak angkat susun saya!

Rompakan bank sedang berlaku. Suspek seorang Miscreant.

Awasi trak pikap warna hitam.

Biar betul…

Oh, Tuhan!

Ada orang cedera?

- Kamu tak apa-apa? - Ya.

Ya, orang jahat mana tembak patung malaikat?

Demi Tuhan!

RESTORAN FRANKS

Apa cerita, Frank?

Tiada pelanggan datang.

Orang takut nak keluar rumah.

Gaduh dan jenayah tak habis-habis.

Miscreant dah menang, Lydia.

Memang pun.

Saya tak mampu baiki tingkap pun.

Baiklah, saya akan tolong pasang yang baharu hujung minggu ini.

Saya cuma perlu pergi perjumpaan semula.

Terima kasih.

Awak rasa Emily akan datang?

Saya tak tahu. Kami tak bertegur dan awak pun tahu.

Kenapa tak telefon dia dan ajak dia datang?

- Tak pasti kalau saya mahu pun. - Betul?

Bukannya tak mahu. Cuma tak rasa…

Norma singgah tadi. Saya ambil nombor dia untuk awak.

Agak menakutkan.

Emily mungkin menolak, tapi tak tahu selagi tak tanya.

Macam lempar batu ke air tasik.

Awak tahu batu tenggelam.

Awak ambil setengah jam mencari batu sesuai,

tapi awak perlu lempar,

jika tak, awak takkan tahu kalau batu melantun.

Memang betul batu akan tenggelam setelah dilempar.

Okey, mari menyelam.

Ada salmon besar berenang.

Batu masuk dan hentak kepala salmon.

- Terus mati, ikan pun terapung. - Aduhai.

- Bukan itu saja. - Ada lagi?

Salmon itu betina.

Penuh telur ikan. Macam Titanic, semuanya mati.

Adakah saya batu atau siapa dalam situasi ini?

Awak boleh jadi batu,

boleh jadi ikan,

boleh jadi orang yang lempar batu.

- Boleh jadi tasik. - Okey.

Cuba fikirkan.

Atau tak perlu.

Awak menyedihkan, Frank.

Saya risau awak, tapi penkek awak sedap.

- Jumpa esok? - Terima kasih.

Ya. Hei, jaga diri awak.

Ya, awak pun sama.

Baguslah kalau dia datang.

Ya.

EMILY STANTON SAYA HARAP AWAK HADIRI PERJUMPAAN SEMULA

Emoji.

Awak baik saja.

Susu dah basikah?

GEMBIRA DENGAR KHABAR AWAK.

"Hai, gembira dengar khabar awak."

Hebat!

Beginilah.

Kita cairkan. Barulah elok.

Masih tak sedap.

Masalah susu atau bijirin?

Susu.

More Malay subtitles for Thunder Force

Comentários

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left