As primeiras 200 linhas.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Awak tentu fikir, "Bagaimana saya pikat dia?"
- Orang selalu tanya. - Kami dah lama kenal.
Saya dah lama menyukainya.
Tapi masyarakat tak dapat terima hubungan gadis tinggi dengan lelaki pendek.
Memang pun. Saya sering dibuli kerana tinggi.
- Cuaca dekat atas macam mana? - Terutamanya penyeksa saya, Kimmy.
Cantik seluar awak, zirafah.
Ia macam sumpahan.
Pada satu hari, ada pelajar Sweden bernama Stig datang…
- Dia tinggal dengan saya. - Dia tinggi daripada saya.
Mereka pernah berdating, tapi dia perdaya Jodi.
Betul, dan dia malukan saya di depan semua rakan sekelas saya.
Dia mencintai saya secara senyap-senyap.
Apa?
Usah risau, saya pertahankan dia…
Dia jauh lebih hebat daripada kamu semua.
Muka saya ditumbuk. Tak penting pun.
- Ia sangat penting. - Betul.
Mestilah…
Dia buat saya yakin untuk mempertahankan diri
dengan hadiah yang amat bermakna.
Ia buat saya bangga dengan ketinggian saya.
Majlis Kepulangan itu langkah besar bagi saya.
Hai, saya Jodi.
Kamu mungkin kenal saya sebagai Amazon atau Jodi Gergasi Hijau.
Ketinggian saya membentuk diri saya dan saya suka diri saya.
Kawan baik saya, Fareeda dan kakak saya, Harper, menyokong saya.
Ketika itulah dia sedar…
Dialah lelaki terbaik untuk saya.
Memang patut pun kerana saya bawa
kotak kayu seumur hidup saya sambil menunggu peluang menciumnya.
Akhirnya, ia berlaku tiga bulan yang lalu.
Kami hidup bahagia sejak itu.
Sudikah awak…
Belakang badan saya!
Kotak itu dah tiada.
Jadi, saya beli beg galas untuknya sempena bulan ketiga hubungan kami.
Awak tak kisah bongkok untuk cium saya?
Ya, tiada masalah.
- Maaf, kami membebel. - Apa soalan awak tadi?
Kenapa kamu datang?
- Kerana beg galas ini. - Ya, yang ini.
- Awak suka beg ini, bukan? - Ya.
- Hei. - Smoothie untuk awak.
- Terima kasih. - Sama-sama.
- Jodi! Apa khabar? - Mikey! Apa khabar?
- Hei… - Tak apa.
- Saya tolong. Nah. - Terima kasih.
Suzie!
Dari mana awak dapat baju itu?
Fareeda Marks. Ingat nama itu.
- Saya ingatkan dia suka baju saya. - Comel.
Boleh saya belikan awak kopi?
- Hei. Ini teman lelakinya. - Saya tak tahu. Saya baru pindah ke sini.
Pindahlah lagi.
Saya tak pernah buat ucapan.
Cuba buat yang terbaik. Tak apa kalau awak buat silap.
Jodi! Ia dah dibuka!
UJI BAKAT MUZIKAL MUSIM BUNGA PENDAFTARAN UNTUK BYE BYE BIRDIE
Ini detik penting.
Kawan-kawan.
Saya tahu awak suruh kami abaikan uji bakat ini…
Tapi kami tak peduli!
Ia cuma uji bakat.
Yang awak nak cuba sejak sekolah menengah rendah.
Saat ini perlu diingati.
Hei.
Yang itu pula perlu dilupai.
- Hei. - Apa yang kita raikan?
Kita tak raikan apa-apa kerana kita dah tak berkawan.
Awak boleh blah, IKEA.
Kami raikan pendaftaran saya untuk uji bakat itu.
Bye Bye Birdie?
Ia muzikal kedua yang saya suka selepas Guys and Dolls.
- Awak nak tahu muzikal yang ketiga? - Aduhai. Saya tak peduli.
Okey.
Okey.
Kita jumpa lagi.
Laga buku jari?
Jabat tangan?
Kita jumpa di rumah.
Tak sangka dia cuba berkawan dengan kita selepas buli awak
dengan permainan mindanya.
Saya tak sangka awak sanggup maafkan dia.
Dia dah banyak kali minta maaf. Tak bolehkah kamu beri dia peluang?
- Tak boleh. - Tak boleh. Dia jahat.
- Untuk Jodi. - Untuk Jodi.
Untuk saya.
Sider epal, yang terbaik.
Hai.
Helo.
Saya Tommy.
Saya tahu.
Awak pelakon Hairspray tahun lepas.
Awak mengagumkan.
- Terima kasih. - Ia sangat hebat.
Saya Jodi.
Saya tahu.
Saya juga suka persembahan awak.
Persembahan?
Ya.
"Silakan. Ejeklah saya lagi.
Caplah saya lagi, tanyalah,
'Cuaca dekat atas macam mana?' Kerana cuaca di atas sini agak hebat."
- Ya. - Ia ucapan Majlis Kepulangan awak.
Awak ingat lagi.
Ya. Setiap patah perkataan.
Kenapa?
Kerana awak sukar dilupai.
- Hei. Hati-hatilah sikit. - Maaf.
Aduh.
Awak tak apa-apa?
Ya, saya cuma agak gementar.
Nyanyian awak bagus. Awak tak perlu rasa gementar.
Awak tentu hebat.
Terima kasih.
Kenapa awak di sini?
Untuk uji bakat. Macam awak.
Madeline dah banyak kali pilih saya sebagai watak utama,
jadi, ini formaliti saja, bukan uji bakat pun.
Jodi Kreyman.
Giliran awak pula.
- Awak pasti berjaya. - Terima kasih.
Cuba bertenang…
Kerana awak tak ada peluang langsung.
Awak rindukan saya, Stiggy?
Kimmy.
Jejakaku
Kau
Teman
Sejati
Awak tak pernah buat persembahan atas pentas?
Tak pernah.
Ucapan di Majlis Kepulangan itu apa pula?
Itu bukan persembahan.
Tapi awak berada di atas pentas di hadapan orang ramai,
menyampaikan monolog impromptu. Itu persembahan, bukan?
Mungkin juga.
Apa pula respons awak
kepada orang yang tak rasa ketinggian satu masalah?
Apa maksud puan?
Penyakit kritikal, tiada rumah,
rezeki yang tak pasti…
Itu masalah sebenar.
Hidup awak boleh dikatakan sempurna.
Apa lagi yang awak tak puas hati?
Saya tak kata ketinggian sesuatu yang teruk.
Kadangkala ia rasa begitu, tapi ia memang tak teruk.
Tapi itu tak bermakna semua pengalaman buruk dalam hidup saya
tak pernah berlaku.
Saya bercita-cita untuk berlakon,
tapi saya tak yakin sehinggalah sekarang.
Okey.
Terima kasih kerana sudi datang.
Nanti dulu, Harper.
- Kamu dapat kerja? - Ya.
Kerja betul?
Dengan gaji?
Ya, dengan faedah, tempat letak kereta
dan 401,000 dolar.
Tidak, ayah rasa itu pelan pencen 401k.
- Setuju untuk tak setuju. - Itu…
Kerja apa?
Saya pengacara bersama rancangan yang mengupas kisah sebalik tabir terbaru
di Saluran Pageant.
Saluran itu di saluran apa?
Boleh awak tanya? Sudahlah.
Tahniah.
Terima kasih. Oh, ya, kerja itu di LA.
Louisiana?
- Kakak akan ke California? - Los Angeles?
Maaf, saya cerita serentak untuk kurangkan kesedihan.
Setiap kali dia bersuara, saya rasa macam kena tumbuk.
Jom kita buat anak.
Saya tengah subur.
Saya nak buktikan kepada diri sendiri
dan orang lain yang saya bukan sekadar…
Ya.
Saya bukan cuma gadis berambut berkilat dan berkulit halus mulus.
- Saya perlu dipandang serius. - Mak setuju.
- Sebab itulah saya… - Ya Tuhan, saya dapat watak utama.
Apa?
Maaf, saya tak berniat menyampuk.
Kakak dah selesai? Watak cerita apa?
Muzikal musim bunga.
Pengarahnya baru hantar mesej
dan saya dapat watak Kim dalam Bye Bye Birdie.
- Apa? - Apa?
Anak-anak ayah bakal menjadi individu yang masyhur.
Ayah nak beritahu Dunk.
Ya.
Ayah hubungi teman lelaki saya?
Ya. Tujuh, paling banyak pun lapan kali sehari.
- Peliknya. - Aneh.
Kami nak raikan malam pembukaannya.
- Tolong jangan buat parti. - Ya, kita akan buat parti.
Parti!
Awak suka pelampung?
- Tak nak. - Tema, burung.
No comments yet. Be the first to leave one.