لومړۍ 200 کرښې.
Sarikata by : Red-Sun
Selamat malam, saya Angela Vidal.
Malam ini, macam biasa kita akan berkongsi pengalaman malam ini dengan...
Tunggu sekejap...
Di mana kamera diposisikan? - Di sini.
Di sini? Awak tidak nampak tangan ini, kan?
Tidak. - Okey.
Tunggu, sekali lagi.
Selamat malam, saya Angela Vidal.
Hari ini dalam rancangan "Sementara Anda Tidur", kami akan bersama pasukan bomba...
...pada malam mereka bertugas.
Saya kehabisan nafas...
Selamat malam, saya Angela Vidal.
Dalam episod ini, kami akan bersama dengan sepasukan bomba...
...dalam operasi mereka di dalam bandar.
Kita juga akan tengok aktiviti harian mereka...
...bagaimana mereka bekerja, tidur, apa yang mereka makan...
Kita akan masuk tengok kedalam markas balai bomba ini.
Teruskan bersama kami dalam rancangan "Sementara Anda Tidur."
Okey. - Okey?
Kalau hasilnya teruk, edit saja, okey?
Saya taknak bazirkan pita rakaman.
Andreu, awak ketua di sini? - Ya.
Yang mengurus disini...
Ya, saya yang bertanggungjawab atas syif kerja di sini...
...baik di dalam balai atau operasi diluar.
Ini adalah helmet kami. Helmet penutup kepala penuh.
Awak boleh cuba pakai, ini bersih.
Saya akan jadi pahlawan wanita "Sementara Anda Tidur."
Nak pakai semua sekali?
Awak semua begitu besar, ya?
Ya, kami berbadan besar. Ini kasut boot.
Seluar akan di masukkan ke dalam kasut boot.
Macam kartun, kan? Kita melompat masuk di dalamnya!
Sebenarnya, kartun yang meniru kami.
Saya seorang ahli bomba.
Baiklah, kita tunggu bila...
Bila ada panggilan. - Ya.
Boleh saya pergi bersama awak?
Ya, boleh. - Okey.
Ini macam loteri. - Apa?
Loteri.
Kita mungkin dapat panggilan, mungkin juga tidak.
Kalau ada panggilan...
...awak akan tengok saya bantu awak. - Bagus.
Baiklah.
Kita akan pergi ke ruang makan. Sekarang waktu makan.
Mereka tidak keberatan kalau saya masuk? - Tiada masalah.
Saya boleh cuba... - Mereka sudah tahu awak ada di sini.
...merasa makanan lazat buatan ahli bomba.
Boleh. - Mari kita ke sana.
Hati-hati! Awak boleh cedera nanti.
Ini adalah ruang makan. - Sebelah sini.
Hello.
Selamat makan! - Terima kasih!
Nikmati makanan awak.
Ini adalah Manu dan Alex, mereka akan bersama dengan awak malam ini.
Gembira jumpa awak. Sila teruskan makan. Nama saya Angela.
Kami akan pergi bersama awak malam ini.
Selepas makan, saya akan jumpa awak berdua.
Awak nak pergi ke muzium? - Ya, boleh. Silakan.
Pusing belakang.
Saya rasa saya akan letak ini dalam poket awak.
Apa ini tidak gangu masa kita pakai tali pinggang?
Saya rasa tidak. Kalau gangu, kita boleh ubahnya.
Di sini awak perlu buat semuanya.
Mari kita cuba... - Sudah siap?
Cakap sesuatu. - Satu, dua...
Hello, hello... - Teruskan cakap.
Kuat sedikit.
Hello, nama saya Manu dan malam ini kru TV ada di sini.
Kami akan bergembira... saya tidak tahu. - Okey siap.
Sudah? - Cuba ke kanan sedikit.
Saya fikir saya nak tukar posisi.
Harap awak tidak kisah. Masalah rambut saya. - Awak nak sebelah sini?
Jadi, Alex, ceritakan kepada kami apa kebiasaan waktu malam di balai ini...
...sekiranya tiada kecemasan.
Kebiasaan malam yang normal ia tidak mencabar sebab...
Sebab normal? - Ya, normal.
Masyarakat fikir kami berlari-lari memadamkan api, tapi...
...dianggarkan 70% panggilan kami terima, adalah jenis perkhidmatan yang lain.
Apa yang lain? - Sebagai contoh...
...kebocoran paip utama, atau selamatkan haiwan.
Walaupun nampak pelik, itu memang betul.
Atau untuk...
Mungkin ini sedikit mengerikan, tapi saya teringin sangat nak dengar bunyi siren...
...dan tengok semua orang berlari.
Saya taknak sesuatu masalah berlaku. - Harap-harap tidak.
Maksud saya, sekadar ingin tahu dan tengok situasi sebenar pekerjaan awak.
Jangan salah sangka. - Tidak, tidak. Saya faham.
Supaya lebih menarik untuk rancangan awak.
Biar lebih menerujakan... Harap tiada apa yang berlaku.
Padahal semuanya baik saja dan tidak ada kejadian apapun.
Sekadar panggilan rutin, kan? - Betul.
Jadi, inilah kehidupan ahli bomba.
Menunggu, menghabiskan masa, menonton filem...
...di ruang tamu, kan Alex? - Ya, lebih kurang begitulah.
Baik.
Saya tidak sabar lagi.
Apa yang perlu kita buat? Kita pergi ke bahagian pertanyaan?
Baiklah. - Betul?
Kita perlu merakam sesuatu, kan?
Sungguh menarik!
Okey.
Hello. Selamat malam. - Selamat malam.
Akhirnya! Ada wanita di sini.
Awak nak ke mana?
Maafkan saya sekejap... - Janganlah malu.
Masa terus berlalu...
...dan semakin sunyi, tiada seorang pun di sini.
Ruang makan kosong.
Sangat bersih, kan?
Di sini mereka tidur.
Bila siren berbunyi...
...mereka akan lompat dari tempat tidur...
...dan turun melalui ini.
Kereta bomba di bawah sana...
...yang tadi kita nampak.
Cuma mengambil masa 3 minit...
...untuk mereka bersiap.
Kita sambung ini nanti. - Kami menang!
Seseorang terperangkap di apartemen, memerlukan bantuan keselamatan.
Bravo 128 menerima panggilan.
Apa yang perlu kita buat?
Saya tidak boleh turun ke bawah dengan kamera.
Kita turun sebelah sana. Cepat.
Semua sudah bersedia. Mereka betul-betul cepat.
Awak masuk di sebelah pintu sana.
Saya tidak tahu kalau saya boleh...
Sangat ketat!
Mari kita pergi. - Mari pergi.
Awak perlu lebih cepat!
Jose yang memandu.
Alex dan Manu, adalah petugas bomba yang kami akan ikut bersama malam ini.
Dan macam yang sudah kita tahu...
...panggilan kecemasan tidak selalunya disebabkan masalah kebakaran...
...yang membuat satu pasukan dikerahkan...
...tapi, termasuk juga menghentikan kebocoran air, membantu orang yang terperangkap.
Awak tidak hidupkan yang di atas...
...apa namanya itu... penggera?
Kami biasanya tidak hidupkan siren pada situasi macam ini...
...sebab situasi ini tidak terdesak.
Tapi kalau awak nak, kami boleh hidupkannya, tiada masalah.
Bagaimana? - Tidak, tidak mengapa.
Tidak? Baiklah...
Apa nama rancangan awak?
"Sementara Anda Tidur."
"Sementara Anda Tidur"? Jadi siapa yang akan menontonnya?
Kita perlu rakam sekali lagi. Sebab saya sebutnya penggera, bukan siren.
Boleh masuk akal ke? Saya sebut penggera...
Semua dah bersedia? Mari. - Mari kita gerak.
Cepat!
Apa yang awak akan bawa? - Peralatan. Kami ada...
...semuanya di sini, di dalam kotak ini, alat-alat untuk membuka besi dan pintu.
Kami di sini bersama Alex dan Manu.
Kami sudah hampir sampai di...
...rumah yang meminta bantuan.
Ada polis di sini.
Kita dapat tengok kereta polis.
Mungkin ini lebih serius dari yang kita sangka.
Kita akan ketahui nanti. - Tidak, saya tak fikir begitu.
Mari kita masuk!
Hello. Selamat malam.
Jangan risau.
Ada wanita menjerit-jerit.
Kami telah dihubungi, jadi kami datang.
Harap bertenang.
Menjerit? Bunyi bising? - Dia tinggal seorang bersama kucingnya.
Awak yang hubungi kami? - Tidak.
Saya yang telefon.
Awak? - Ya.
Saya dengar jeritan, jadi saya telefon polis.
Mari kita ke atas. Dia di atas.
Mari kita ke atas.
Ini tentang masa. Kami terima panggilan dan datang.
Baiklah, sebelah sini, silakan.
Apa pula ini? - Kru TV tempatan.
Tolong, awak semua tunggu di sini.
Sudah tentu, kami akan tidur di sini kalau encik nak.
Cik, cik!
Biarkan kami buat kerja kami, boleh?
Mereka bukan anggota bomba, kan? - Bukan, mereka dari stesyen TV.
Mereka merakam laporan tentang bagaimana kami bertugas...
...jadi mereka datang bersama kami. - Mereka tanggungjawab awak.
Awak semua di sini!
Tolong tunggu di lobi.
Saya bercakap bahasa Cina ke?
Kalau saya suruh berhenti merakam, awak kena berhenti merakam.
Kalau saya suruh pergi, awak pergi. Faham?
Baiklah. Tapi kami ada keizinan.
Wanita tua itu tinggal di tingkat pertama.
Apa yang berlaku?
Rasanya, mungkin dia terjatuh.
Mereka terdengar jeritan dia lalu telefon kami.
Bagaimana dengan orang yang di bawah itu?
Dia menjerit dengan kuat sekali.
Jiran dia cakap dia seorang yang pelik.
Dia tak pernah keluar, tiada keluarga...
Tolong, boleh awak duduk dibawah bersama mereka?
Turun ke bawah sana.
No comments yet. Be the first to leave one.