لومړۍ 200 کرښې.
[ Pada awal tahun 1995, seorang pendaki hilang di pergunungan terpencil di Oregon Tengah. ]
[ Setelah beberapa penampakan, sebilangan anggota komuniti tempatan mula mengandaikan bahawa... ]
[ lelaki yang hilang itu telah dijangkiti virus bawaan haiwan yang mereka gelar "Demam Bukit". ]
[ Orang asli yang datang sebelumnya memanggilnya dengan nama lain: ]
[ Ma'iingan Odengwaan atau "Wajah Serigala". ]
[ Dilarang Menceroboh - Tiada Apa yang Berbaloi untuk Mati Di Sini ]
Bangun lekas!
Ambil barang memburu kamu. Kita gerak jam tujuh pagi.
Pemandangan ini tak pernah menjemukan, bukan?
Tidak kira walau berapa kali kamu melihatnya.
Jangan usik benda itu.
Itu cendawan payung maut. Namanya bukan gurauan.
Kalau makan nanti, kamu boleh mati cepat
melainkan ada bekalan hati yang baru
tersedia untuk kamu.
Blake. Blake.
Blake.
Kamu dengar tak apa Ayah kata tadi?
Ya, Ayah.
Apa Ayah kata?
Jangan makan cendawan itu.
Apa namanya?
Nampak, inilah maksud Ayah-- kamu tak dengar kata Ayah.
Kamu mengelamun entah ke mana.
Tempat ini indah. Ia juga bahaya.
Kamu boleh hidup kalau kamu tahu apa nak dibuat.
Baik, Ayah.
Kamu boleh kehilangan seseorang sekelip mata saja.
Bukan susah untuk mati.
Itu benda paling mudah dalam dunia.
Kita semua...
sangat dekat dengan ajal.
Ayah takkan sentiasa ada untuk menjaga kamu,
tapi Ayah akan pastikan yang kamu tahu
cara nak hidup sebagai...
Blake.
Blake.
Kamu tahu kamu kena duduk dekat dengan Ayah.
Sebelah Ayah, nak!
Kalau kamu tak buat apa Ayah suruh, kamu cedera nanti.
Kamu nak cedera?!
Kamu nak cedera?!
Tak, Ayah, tak nak. Saya cuma...
Saya nak sasarkan rusa tadi dengan lebih baik.
Naik ke pondok pemburu sana.
Sekarang.
Tutup telinga kamu.
Apa benda tadi, Ayah?
Seekor beruang.
Mereka di serata lembah yang sebelah ini.
Bangun dan mari pergi
sementara hari masih cerah.
Kiel 714, ini Lovell 819.
Kiel 714, ini Lovell 819.
Kiel 714, ini Lovell 819. Kau dengar tak?
Kau ada di mana, Dan?
Apa dia, Grady?
Dan.
Aku nampak ia.
Nampak apa?
Kau tahu apa yang aku maksudkan.
Si pendaki itu?
Wajah serigala?
Dan, ia benar.
Aku nampak dalam skop aku.
Aku hampir menembaknya.
Grady, apa gunanya
naik ke gunung itu selepas hari dah gelap
mencari sesuatu yang tak mahu dijumpai?
Aku bukan pergi mencarinya.
Aku memburu rusa berhampiran sungai.
Dan ia mengejar anak aku.
Aku akan tangkap ia, Dan.
Dan kau kena ikut aku sekali.
Kau tak mahu pastikan anak kau selamat?
Boleh kita beli aiskrim?
Boleh? Bolehlah, bolehlah, bolehlah...
Ayah dah belikan awak coklat panas di muzium tadi.
Itu bukan pencuci mulut.
Itu minuman.
Ayah rasa itu pencuci mulut, sayang.
Ayah tahu tak yang Ayah adalah Ayah terbaik dalam seluruh dunia?
Ya, Ayah pasti sebab awak katakannya
tiada kaitan dengan aiskrim.
Mana ada. Saya nak beritahu Ayah saja.
Saya serius.
Rasa macam bersifat pertukaran.
Saya tak tahu apa maknanya itu.
Hei, turun.
Ginger.
Turun sekarang.
Baik, itu saja, tiada aiskrim
dalam tiga, dua, satu.
Tak, si anjing tak lari dari tali penambatnya!
Hei, hei, hei.
Ayah dah suruh awak turun tadi.
Kenapa awak tak dengar kata, tak guna?
Kenapa tak dengar kata Ayah tadi?
Ayah minta maaf.
Maafkan Ayah sebab hilang sabar.
Itu bukan Ayah.
Ayah tak mahu jadi begitu.
Ayah cuma nak awak dengar bila Ayah beritahu sesuatu.
Sebab apa tugas Ayah?
Memastikan anak Ayah selamat.
Ya. Benar sekali.
Dan apa tugas awak?
Untuk membaca fikiran.
Boleh awak teka apa Ayah fikirkan sekarang?
"Ayah sayang anak Ayah."
Itu mengagumkan.
Memang itulah yang Ayah tengah fikirkan.
Macam mana awak buat begitu setiap kali?
Awak memang bagus dalam kerja awak.
Baiklah.
Maafkan Ayah. Awak buat Ayah takut tadi, faham?
- Ayah hutang saya satu dolar. - Kenapa?
Sebab Ayah mencarut tadi.
Tak, mana ada. Awak salah dengar.
Tak, Ayah. Ayah mencarut.
Baik, sekarang bagi saya letak pada Ayah sedikit.
Aduhai. Baik, buat cepat.
- Cantik. - Bagus?
- Ya. - Macam mana begini?
Ayah nampak menyeramkan.
Maksud awak begini?
- Maksud awak begini, Ginger? - Ayah.
Tak, ya. Tak, saya faham yang itu.
Baik, pergi duduk di meja.
Tak, tapi saya ada, saya ada sumber kedua.
Sekejap.
Jadi awak nak hantar
atau nak biarkan Times sapu berita kita lagi?
- Hai. - Hai, Ibu.
Jadi kita ada persetujuan?
Apa-- Ini mengarutlah.
Awak tak pernah minta benda ini sebelum ini.
Dalam masa yang diambil untuk buat semua ini,
kita dah boleh mendahului semua orang.
Tapi saya tak rasa yang kita perlu lakukannya.
Saya janji mulai sekarang. Tak bolehkah awak terbitkan saja?
- Sambung di sebelah sana. - Shh.
Saya tak patut buat begini.
Awak nak buat atau tak?
Charlotte, boleh awak sambung di sebelah sana?
Dengar sini, saya tahu apa saya buat.
Awak tahu yang saya tahu sebab awak yang ajar saya caranya.
Selamat tinggal, Charlotte.
Baiklah. Selamat tinggal.
Boleh tak awak, um...
Boleh tak awak jangan buat begitu tadi?
Apa saya buat tadi?
Saya ada perbualan penting dengan editor saya.
Ya, sebab awak saja
yang ada hal penting, betul?
Saya tak sibuk langsung.
Kalau saya ada anak nanti, saya takkan bergaduh di hadapan mereka.
Kami bukan bergaduh, sayang.
Kami cuma berbalas kata dengan rancak.
Baiklah.
Jadi, um...
Saya baru dapat tahu yang ayah saya akhirnya telah diisytiharkan mati.
Secara rasmi, oleh negeri Oregon.
Um, saya bersimpati.
Tak mengapa.
Bagaimana awak rasa?
Yalah, kita tahu surat ini akan tiba satu hari nanti.
Tapi perihal muktamadnya...
Ya, entahlah, ia tetap mengejutkan.
Ya.
Ayah sedihkah?
Ya, Ayah sedih.
Ayah sedih sebab banyak benda.
Kalaulah Ayah mengenalinya dengan lebih baik.
Tapi dia selalu buat Ayah takut dengannya,
jadi sebaik saja Ayah cukup umur, Ayah pergi.
Kami tak berhubung buat masa yang lama
kerana Ayah yang tak mahu.
Um, dan sekarang bila Ayah dah tak boleh bercakap dengannya...
...tiba-tiba rasa teringin.
Sepanjang hari.
Takkanlah. Semua itu rasa merepek, tahu?
Saya datang kemudian nanti.
Ya.
Hei.
Hei.
Ini satu kejutan.
Saya bawakan awak makan tengah hari.
Terima kasih.
Kita dah lama tak buat begini.
Ya.
Awak bahagiakah, Charlotte?
Ya.
Ya.
Awak?
Kenapa tanya saya hal itu?
Sebab saya tak rasa keadaan kita baik sekarang.
Saya datang ke sini kerana
waktu saya dapat surat itu...
...saya baru sedar
No comments yet. Be the first to leave one.