لومړۍ 200 کرښې.
NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN
Selamat datang ke Taman Hidupan Liar Australia,
kediaman haiwan tercomel di dunia.
Kita dah sampai! Tengok semuanya!
Ibu, boleh saya minta satu ekor?
Anak bilby!
Boleh saya bawa pulang?
Ambil gambar saya!
Aduhai! Itu Si Kacak!
Hore! Si Kacak!
Okey, beri ia sedikit ruang, ya?
Ia agak keletihan.
Tapi kameranya merakam 24 jam, jadi kamu dapat lihat aplikasi Si Kacak.
Hore!
Kami sayang awak!
- Selamat tinggal! - Selamat tinggal!
Saya nak tengok haiwan buruk.
Dolores, kembali ke sini! Makhluk itu berbahaya.
Saya tak takut dengan haiwan bodoh, berbau dan buruk…
RUMAH BAHAYA
Apa yang berlaku?
Jackie menakutkan budak lain?
Ya.
Dia sukakan perhatian. Pertunjukan belum mula pun lagi.
Dia tak gigit sesiapa?
Tak. Dia cuma takutkan budak itu.
Mungkin kali pertama dia nampak buaya.
Tunggu sehingga mereka lihat Maddie.
Waktu pertunjukan.
Perlukah tiup hon itu? Kenapa mereka tak main seruling?
Awak kala jengking bahaya, Nigel. Lupakan seruling.
Saya benci pertunjukan.
Nak kejutkan Maddie dan beritahu dia?
Tak. Biar dia tidur. Dia akan tahu tak lama lagi.
Saya tak suka ragum!
Kenapa tak dipanaskan dulu?
Okey, rapat dengan kaca.
Berhenti. Tolonglah! Saya geli.
Hei! Jaga-jaga pepaku! Itu tisu lembut!
Semoga berjaya, Maddie.
Hei, si cantik.
Hai, Chaz.
Bagaimana awak rasa? Sedia nak keluar dan jumpa orang awam?
Ya.
Saya tahu awak tak faham, tapi saya akan buat awak bangga.
Awak panggil itu senyuman? Ayuh, di mana taring cantik awak?
Maddie, mereka akan bersorak apabila nampak awak.
Mari kita keluar dan tunjuk betapa cantiknya awak.
Ia teruk. Ia menjijikkan.
Ia makhluk paling berbahaya di dunia.
Tapi jangan takut!
Sebab ia dijaga oleh wira paling kuat dan berani di seluruh dunia.
Dia jadikan Australia hebat. Si hebat dari Australia,
dia ayah saya, Chaz Hunt.
Terima kasih, Chazzie.
Saya tak rasa saya wira,
tapi anak saya betul tentang satu perkara.
Haiwan-haiwan ini berbahaya.
Berundur, nak.
Masa untuk jumpa Jackie, buaya air masin.
Raksasa dari sungai mati ini boleh menelan kamu. Tapi jangan harap!
Mari tangkap saya, raksasa buruk!
Ayuh. Bertenang!
Ayah!
Biar ayah yang uruskan.
Bertenang. Alamak!
Itu lebih sukar daripada merebahkan harimau Tasmania.
Jaga-jaga dengan selain haiwan besar juga.
Chazzie, keluarkan haiwan kecil.
Nah, ayah!
Ini salah satu makhluk paling berbahaya di Australia.
Saiznya lebih kecil daripada tangan saya.
Sengat. Aduh.
Tak cukup menakutkan? Nak pegang si berbulu ini?
Lelabah funnel web berbisa!
Ia sangat resah sebab sekarang musim mengawannya,
dan ia satu-satunya di sini.
Tak sangka dia beritahu mereka.
Awak agak tegang, Frank.
Tunggu! Apa benda jijik ini di bawah topi saya?
Muka awak?
Cicak syaitan berduri!
Tapi makhluk paling berbahaya di planet ini ialah ular taipan.
Tiada makhluk yang lebih berbahaya, lebih berbisa.
Jadi, berundur.
Saya melatihnya sebaik ia menetas.
Saya harap mereka sayang saya.
Jangan terlalu berharap, Maddie.
Saya harap mereka suka saya.
Suka akan jadi sayang dan itu memang bagus.
- Semoga berjaya, Maddie! - Dia ular.
Dia boleh pinjam kaki saya.
Jadi bersedia untuk bertemu
Medusa!
Matahari!
Oh, Tuhan. Terima kasih.
Sangat hebat akhirnya bertemu kamu semua.
Saya tak pernah lihat matahari.
Sekarang tunjukkan senyuman cantik itu.
Bukankah saya dah beri amaran? Ia pembunuh berdarah sejuk!
Tunggu, apa?
Tengok taring buruk itu!
"Buruk"? Tapi awak cakap…
Dengar desisnya? Maknanya ia akan menyerang!
Tengoklah ia!
Hanya satu titisan bisa ular ini boleh membunuh 100 orang
dalam kurang daripada 10 saat.
Jauhkan raksasa itu daripada anak saya!
"Raksasa"?
Betul! Masuk ke dalam peti!
Masuklah, raksasa buruk!
Bagus, nak!
Tapi saya bukan raksasa, bukan?
Taman sudah ditutup, semua,
tapi bukalah aplikasi Si Kacak untuk lihat koala kegemaran semua orang tidur.
Selamat malam, Si Kacak. Tidur dengan lena.
Selamat malam, Si Kacak.
Ini Pusat Kawalan, menyiarkan Si Kacak sekarang.
Awak okey, Maddie?
Turun, buaya gila.
Hati-hati, Jackie. Mereka tak tahu awak bergurau.
Mereka suka!
Lagipun, buat saya awet muda.
Bagaimana anak-anak saya malam ini?
Maddie! Saya hampir terlupa.
Hari ini pertunjukan pertama awak. Bagaimana?
Teruk betul?
Sayang!
Lihatlah saya. Ayuh. Tunjuk wajah cantik kamu kepada mak cik.
Saya tak cantik. Saya raksasa.
Sebab beberapa manusia menjerit?
Mereka takut, Jackie! Saya buat mereka menangis.
Jadi? Berseronoklah. Saya berseronok.
Itu bukan diri kita. Frank, awak siapa?
Lelabah funnel web Australia, Hadronyche cerberea.
Bukan label di sangkar awak, sayang. Dalam hati awak. Apa minat sebenar awak?
Tarian tafsiran.
Apa? Kenapa itu kelakar, Zoe?
Awak perlukan pasangan untuk jadi penari.
Jangan ketawa! Bukan salah Frank yang dia tak dapat pasangan mengawan.
Oh Tuhan. Boleh berhenti bercakap tentang itu?
Saya pilih untuk membujang, semua!
Nigel pula cuma mahu semuanya jadi cantik.
Saya tak suka kuning air.
Zoe sangat bijak, dia sentiasa cari jalan untuk lari.
- Awak pula boleh… - Bunuh 100 orang dalam masa 10 saat!
Biar betul?
Saya cuma puji kecekapan dia.
Tak membantu, Frank.
Kita boleh jadi sesiapa saja.
Jadi kenapa peduli tentang pendapat manusia?
Tapi Chaz kata mereka akan sayangkan saya. Dia kata saya istimewa.
Awak memang istimewa.
Tidak, bukan begitu,
bukan macam dia.
- Jijik. - Saya benci dia.
Saya nak selimut.
Maksud saya, bu!
Orang suka dia.
Mereka beratur berjam-jam untuk memeluknya.
Tiada sesiapa akan peluk saya.
Melainkan awak ugut mereka.
- Frank! - Satu idea saja.
Awak tahu apa awak perlu?
- Kisah tidur untuk menceriakan awak. - Hore!
Kamu dibawa ke sini semasa kamu masih bayi,
jadi kamu tak ingat tentang Outback.
Saya ingat. Tak banyak, tapi hanya lagu yang ibu saya nyanyi.
Nyanyikan untuk kami.
Mungkin Frank boleh menari!
Mungkin Frank perlukan bantuan.
Ia ranting. Saya tahu. Tapi cuba beritahu hati saya!
Tidur sayang
Tutup matamu
Tubuh dingin disapa malam
Biar gundah berlalu
Hari baru akan kau temu
Itu indah, sayang.
Ibu awak pasti sayang awak.
Saya harap saya kenal dia.
Saya tak pernah jumpa dia,
tapi sebelum datang ke sini, saya melawat banyak tempat di Outback.
- Apa tempat kegemaran awak? - Sukar buat pilihan.
Dia beritahu kita setiap malam.
Saya rasa tempat kegemaran saya ialah gunung tempat saya membesar.
- Saya tahu dia akan cakap begitu. - Dia cakap setiap malam!
Ia gunung paling cantik di dunia. Tingginya mencecah langit!
- Warna apa? - Merah bagai beri.
Kecuali ketika matahari terbenam, apabila ia jadi warna sebenar Outback.
- Warna siena bakar. - Betul.
Itulah tempat asal kamu semua.
Saya tahu suatu hari nanti
kamu akan kembali ke gunung-ganang itu
dan jumpa keluarga kamu.
Sekarang, tidurlah, anak-anakku.
Pertunjukan pertama paling sukar.
Ia akan jadi semakin mudah. Saya janji.
Bangun!
Bangun!
Bangunlah, ular!
No comments yet. Be the first to leave one.