Pierwsze 200 wierszy.
Tak hormat orang langsung.
Nak ambil rokok pun tak sempat.
Saya akan tembak kepala semua tebusan itu.
Tengoklah.
Siapa punya kerja ini?
Carrillo dan Search Bloc, ini mesti kerja mereka.
- Masa kita tengah berunding? - Sama ada Gaviria nak tangkap saya...
atau Carrillo tak peduli tentang rundingan itu.
Awak tahu apa kita kena buat. Kita kena capai perjanjian...
sebelum mereka jumpa kita dan bunuh kita.
Kita kena bina penjara kita sendiri dulu.
Presiden pengecut itu terpaksa setuju juga,
kalau tak, saya akan bom dia.
Sejuknya. Tak ada jaket lebih untuk saya?
- Tengoklah ini. - Kenapa?
Ada skirt pendek dengan nama awak.
- "Gustavo Gaviria". - Beri pada saya.
Okey, kita telefon budak kita.
Awak macam mana?
Awak okey?
Kalau Gaviria benarkan tentera kita berada di darat
kita dah tangkap si bedebah itu.
Saya tak yakin sangat. Escobar nampak begitu, tapi dia bijak.
- Tak guna. - Tunggu!
Kami dapat kesan isyarat dalam hutan sekitar kawasan sasaran.
Okey, kami dah lepas.
Ambil kami di El Mariano.
Kami dapat koordinat baru Escobar.
Lebih bijak, ya?
Jangan cepat rasa selesa.
Kami dapat isyarat telefon yang diandaikan milik Escobar,
lima kilometer dari ladang.
Minta unit Colombia dihantar segera.
Search Bloc, kami akan masukkan latitud dan longitud
pada satu titik tetap.
Kelihatan subjek sudah berhenti bergerak.
Biar betul.
Ya, sabar.
Dia terlepas.
Sekali lagi.
Dengar tak apa saya cakap?
Mari.
Saya sibuk sikit, Steve.
Saya rasa perut dia kembung.
Apa benda itu?
Maksudnya dia tak boleh tidur, jadi saya pun tak boleh tidur.
Awak dah telefon rumah anak yatim?
Dalam bahasa Inggeris pun saya tak boleh jelas hal ini, inikan pula bahasa lain?
Saya masih tak faham kenapa awak bawa dia balik ke sini.
Jom bawa dia ke hospital.
Kita tak boleh letak dia di hospital.
Dia bukannya haiwan.
Saya tahu awak sibuk,
tapi kita kena fikir apa nak buat dengan dia.
Sekarang tengah perang, Connie.
Awak kata untuk beberapa hari saja.
Ini dah seminggu.
Apa yang kita buat di sini?
Itu baju saya?
Lampin dah habis.
Baik awak pergi beli
sebelum semua baju awak jadi lampin.
Amboi, dah jadi kawan.
Hati-hati. Perempuan ini bijak.
Silap-silap dia rampas pistol awak dan tembak kepala awak nanti.
Maaf, bos.
Macam mana keadaan awak?
Macam yang awak rasalah.
Saya nak awak rakam satu pita lagi.
Tak nak.
Awak kena bebaskan tebusan dulu.
Maruja sakit.
Ricardo kena ulser.
Saya saja yang awak perlu untuk berunding.
Jadi, kenapa kerajaan Colombia
asyik cuba tangkap saya?
Dengar sini...
Saya kagum dengan keberanian awak.
Tapi si Gaviria itu tak guna
dan bukan nak biadab, tapi ayah awak pun sama.
Habis, awak nak apa?
Awak nak masuk Kongres macam tak salah apa-apa?
Awak nak orang lupa yang awak mengedar dadah?
Saya nak orang hormat saya.
Orang hormat awak masa awak buat rumah untuk orang miskin.
Tapi bila awak tak dapat rasa hormat itu daripada semua birokrat yang ego itu,
awak mengamuk.
Saya bercadang nak buat macam-macam untuk negara ini.
Kalau saya jadi jahat, macam apa yang kamu semua kata...
semuanya sebab orang macam ayah awak...
dan ahli politik yang pandai "janji" saja.
Pemimpin dan orang-orang itu
tak mahu bertolak ansur dengan paisa kecil dari Medellín...
yang ada lebih banyak duit dan lebih bijak daripada mereka semua.
Ya.
Awak boleh buat macam-macam.
Itulah yang sedihnya.
En. Escobar telah berjanji untuk bebaskan tiga lagi tebusan.
Tapi sebagai balasan,
dia minta agar tuan teruskan rundingan secara sulit.
Presiden Gaviria,
dia tahu apa yang tuan buat.
Dia tahu.
Kalau tuan tetap nak tangkap dia dengan bantuan Amerika...
mereka akan bunuh kami semua.
Awak membahayakan nyawa anak saya!
Tidak Nydia,
kami tak bahayakan nyawa sesiapa.
Keutamaan kami ialah nyawa anak awak dan tebusan-tebusan lain.
Tapi keutamaan kami juga ialah menangkap Escobar.
Kita tak boleh dapat semuanya.
Nak runding dengan Escobar sambil cuba tangkap dia?
Awak tahu tak apa yang dia nak?
Dia nak kita buat referendum perlembagaan untuk menghapuskan ekstradisi.
Dia hanya nak mengaku bersalah...
mengedar dadah sekali saja.
Paling dahsyat sekali,
dia nak bina penjara sendiri
dengan pengawal dia sendiri
untuk memerhatikan dia.
Ini perjanjian dengan syaitan.
Sekarang awak presiden negara yang dah lama jadi macam neraka ini.
Awak ingat, awak boleh buat perjanjian dengan siapa lagi?
Gaviria boleh buat beratus perjanjian dengan syaitan
sebelum buat perjanjian dengan Pablo.
Tunduk kepada permintaan Pablo bermakna mencari nahas.
Jadi,
dia buat apa yang ahli politik pandai buat, berlengah.
Dia masih benarkan pesawat kami meronda dan berdoa kami jumpa sesuatu.
Helo.
Ini Gorila.
Unit darat, mula penigasegian titik asal isyarat.
Bila kami jumpa,
bukanlah penemuan yang kami harapkan.
Maafkan saya, Gorila. Saya tak sihat.
Cik Diana,
kenapa awak benci sangat dengan bos?
Awak sangat setia macam biri-biri, bukan?
Lelaki itu penculik awak...
penculik saya dan seluruh negara.
Nah, awak jalan dulu.
Menyorok di sini, cepat!
Siapa sangka hasil daripada serbuan yang gagal itu ialah kejayaan terbesar Escobar?
Pablo tak perlu bunuh sesiapa pun. Kami dah tolong dia.
Kamu semua, kita ada masalah.
Bagi rakyat Colombia yang dah sudah penat bertempur,
kematian Diana ialah pencetusnya.
Ini bukan kematian oligarki biasa.
Kehadirannya di skrin televisyen negara dan rumah rakyat mengatasi darjat dia.
Rakyat bersedih.
Bagi Presiden Gaviria,
dia tiada banyak pilihan.
Tuan presiden!
Awak bunuh anak saya.
- Biar dia jalan. - Tunggu.
Kalau awak terima syarat dia,
mesti anak saya masih hidup!
Berilah apa yang dia nak.
Jangan biar orang lain melalui
penyeksaan yang kami perlu tanggung.
Tuan presiden, mari kita pergi.
Semoga awak dirahmati, Nydia.
Ada sesuatu yang awak mesti jelas.
Awak tak salah atas kematian Diana, okey?
Awak kena faham.
Escobar ada kelengkapan untuk berperang selama-lamanya.
Ya, kita pun ada.
Kita pemerintah.
Kita akan lawan,
buat apa yang patut dan kita musnahkan dia.
Kita ada pilihan.
Contohnya, apa kata kita benarkan tentera Amerika masuk?
Saya tahu. Kita tak suka.
Saya sendiri pun tak suka.
Tapi untuk misi yang spesifik...
- Tidak. - Secara sulit.
Tidak!
Semua ini perlu ditamatkan sekarang.
Beri Escobar apa yang dia nak.
Jalan.
Kalau Kongres menghapuskan ekstradisi, kami akan hilang taring.
Kami garang atas kertas saja!
Semua yang kami buat dah hilang.
Kami tak ada pilihan.
Rakyat, orang ramai
dah penat dengan bom dan pertumpahan darah!
Ya, lepas itu dadah tetap dijual,
bezanya dia buat dari dalam jel.
- Itulah. - Ya.
Jika difikirkan semua aspek, memenjarakan Escobar ialah satu kejayaan.
Demi perhubungan awam?
Ini satu pengkhianatan.
Awak mahukan Escobar.
Kenapa?
Kenapa?
Sebab awak nak tayang dia dengan memakai jaket DEA awak?
Awak ingat ini permainan?
Ini Colombia dan rakyat kami mahu keamanan!
Ini bukan satu permainan!
KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT
No comments yet. Be the first to leave one.