Narcos

Narcos

Pobierz napisy Malay

Sezon 1

Informacje o wydaniu

Narcos S01E07 1080p BluRay Remux x264
Komentarz od shahfizul
Resync Timing Only.

Tagi

bluray
Opublikowano: 2024-12-20
Pobrania: 61
Dla niesłyszących: No
FPS: 24

Podgląd napisów Malay

Pierwsze 200 wierszy.

Ini salah satu kemalangan pesawat terbesar dan paling misteri

dalam sejarah Colombia.

Sebutir bom telah disyaki

meletupkan sebuah pesawat di Colombia.

Pesawat Boeing 727 Avianca Airlines...

Dalam percubaannya yang gagal untuk

membunuh calon presiden César Gaviria,

Pablo Escobar telah membunuh 107 nyawa yang tidak bersalah.

POLIS

Si Robin Hood Paisa...

telah jadi pengganas.

Tetapi pihak perisikan Amerika berkata raja-raja dadah Colombia

perlu dianggap sebagai suspek utama.

Awak tahu Jaime ada di mana?

Tak, tuan. Saya tak tahu dia ada di mana.

Dia keluar rumah dan tak balik lagi.

Pablo dan orang-orangnya ada datang?

Tak ada.

- Nama awak Natalie? - Ya, tuan.

Natalie, teman lelaki awak, Jaime. Dia bersama pembunuh upahan Pablo?

- Tak. - Awak pasti?

Ya, tuan.

Kalau begitu, kenapa ada

gambar Pablo dalam rumah awak?

Apa masalahnya?

Semua orang di sini ada gambar dia.

Awak ingat penyangak itu akan jaga awak?

Awak tak faham...

yang awak hanya beban kepada mereka.

Kami boleh bantu awak.

Kami boleh melindungi awak.

Tapi awak kena berterus terang.

Dia menipu.

Dia suruh Jaime bawa bom tanpa budak itu sendiri sedar.

Mungkin Jaime tahu.

Saya tak kisah dia tahu atau tak.

Dah tiba masa kita bunuh Escobar.

Ayah tak mahu pergi, sayang.

Ayah tak mahu pergi.

Tapi, ayah terpaksa pergi untuk keselamatan kita.

Ayah ada buat salah?

Ayah kamu

tak buat apa-apa salah pun.

Mereka hanya cemburu pada kita,

mereka nak rampas apa yang kita ada.

Kamu kena kuat.

Ayah nak kamu kuat.

Kamu mesti kuat dan jangan tunjuk kelemahan kamu.

Saya janji takkan jadi lemah.

Jaga adik kamu.

Ayah sangat sayangkan kamu.

Sangat sayangkan kamu semua.

- Mak. - Pablo?

Jangan manjakan budak ini.

Apa maksud kamu?

- Apalah sangat gula-gula dan daging? - Perhatikan dia.

Hati-hati, anakku. Hati-hati.

Saya cintakan awak.

Saya pun sama.

Jaga diri.

Kamu macam mana?

Mari. Ayah nak bawa kamu sekali.

Kamu akan ikut ayah.

Jaga diri.

Kamu rasa dia yang buat?

Tak mungkinlah.

Takkan dia sanggup meletupkan pesawat?

Dia yang buat.

Tapi dia ada alasan sendiri.

Kami dah kerah semua orang

untuk cari isteri Jaime di kawasan itu.

Saya nak awak cari dan bunuh dia.

Bunuh sesiapa saja

yang boleh mengaitkan saya dengan pesawat itu.

Baik, bos.

...fungsi-fungsi

Presiden Colombia?

Saya bersumpah.

Pengeboman Avianca menyebabkan

gelombang sokongan terhadap César Gaviria meningkat.

Dia jadi Presiden Colombia ke-28 dengan kemenangan besar.

César, tahniah.

Bukan César. Maksud saya, Tuan Presiden.

Selamat.

- Selamat. - Selamat.

Kami minta diri.

Sebagai mantan presiden...

apa nasihat yang awak boleh beri?

Okey...

awak akan diminta buat banyak keputusan yang sukar.

Satu saja yang saya nak kata,

ikut apa yang isteri awak suruh.

Saya selalu ikut cakap dia.

Percaya naluri awak,

yakin dengan setiap keputusan awak.

Ya...

tapi cakap senanglah.

Kita tak boleh memuaskan hati semua orang,

jadi carilah penyelesaian yang awak rasa betul.

Terima kasih.

Satu lagi saya nak beritahu, tentang Amerika...

Kenapa dengan Amerika?

Ini tak boleh direkodkan, sayang.

Ayah tak mahu pendapat ayah disiarkan dalam program TV kamu.

Jangan risau. Saya janji.

Amerika...

Ya?

Hati-hati.

Kita bunuh José Rodríguez Gacha dengan jumlah kematian yang minimum.

Keutamaan saya ialah membawa Escobar ke muka pengadilan.

Tapi kami akan buat begitu dengan cara dan kelengkapan kami sendiri.

Kami boleh tolong awak tangkap Escobar.

Saya sangat berterima kasih,

terutama kepada Ejen Murphy,

amaran dia yang menyelamatkan saya.

Ya, tuan selamat tapi penumpang lain terkorban.

Rakyat Colombia takut dengan pengeboman pesawat Avianca itu.

Tapi mereka juga tak mahu ada tentera Amerika di negara kami...

dengan perisik intip panggilan, jadi...

Amerika tak intip panggilan orang awam. Itu semua mengarut.

Tuan presiden, tuan memerlukan bantuan tambahan untuk tangkap dia.

Okey...

menurut kajian kerajaan Amerika...

660,000 kilo kokaina digunakan di Amerika Syarikat tahun lepas.

Mungkin kalau semua kelengkapan itu digunakan di negara awak...

senang kerja semua orang.

Gaviria menunaikan janjinya untuk memburu Escobar.

Pasukan Search Bloc Kolonel Carrillo dihantar untuk menuntut bela.

Carrillo menjalankan berpuluh serbuan.

Tapi dengan pemberi maklumat yang ramai,

Escobar sentiasa terlepas.

Kami memerhati dari tepi,

tangan kami terikat dengan birokrasi.

Sebagai balasan, Pablo meningkatkan keganasan narkotiknya

dengan kempen pengeboman yang telah menggegarkan negara ini.

Dalam usaha untuk mengelak pertempuran,

itulah yang Gaviria dapat.

Kesannya kepada kedua-dua pihak

sangat dahsyat.

Peperangan

tak bagus untuk perniagaan.

Bila kita jadi sasaran...

musuh kita semakin berani.

Pablo.

Apa khabar, Pacho?

Betul.

Bukan hanya Pablo dan kartel Medellín dalam perniagaan ini.

Terima kasih.

Ini Helmer "Pacho" Herrera,

salah seorang daripada empat ketua dalam kartel Cali.

Apabila Pablo meninggalkan jejak mayat dan kekecohan...

Cali selesaikan masalah itu

dengan sekumpulan peguam dan timbunan dokumen perundangan.

Kartel Medellín berada di Miami,

dengan kolam renang,

perempuan,

macam Cadillac dua warna.

Kartel Cali pula di New York:

anggun, lancar, lembut.

Di situ mereka masih boleh menghidupkan aktiviti malam dengan kokaina

dan tetap memastikan semua orang masuk kerja di Wall Street esok harinya.

Pada awalnya, Medellín dan Cali bergandingan tangan.

Tapi di Colombia, bila dah melibatkan duit,

pasti ada darah yang tumpah.

Sebelum ini, pernah berlaku keganasan antara Medellín dan Cali.

Tapi sekarang, Pablo tak mampu menghadapi serangan dari dua arah.

Kami ada Miami...

dan tinggal awak saja di New York.

Ya, ada harganya.

Sudah tentu.

Begini Pacho,

kita dah setuju nak kongsi kawasan di Los Angeles,

tapi perkara itu tak berlaku pun.

Saya rasa awak tak ikut perjanjian kita.

Kenapa pula?

Itulah yang saya nak tahu, Pacho.

Begini, Pablo.

Kadangkala rakan-rakan kongsi kita beroperasi sendiri.

Kalau betul cakap En. Galeano dan En. Moncada,

saya janji perkara itu akan diperbaiki.

Terima kasih banyak, Pacho.

Perbalahan antara kita dah menyebabkan pertumpahan darah.

Kalau begitu, kita betulkanlah.

Sekarang, kita tak perlu pertempuran antara kumpulan.

Tapi nampaknya, awak sedang bertempur.

Saya rasa, awak dah melampau sampai sanggup bom pesawat pula.

Jaga-jaga, Pacho.

Jaga-jaga. Apa yang membezakan kita

hanyalah salah faham kecil kami dengan kerajaan.

Tak lama lagi masalah itu selesai.

Lagipun, itu semua perniagaan, untuk kita semua.

Ya, memang untuk kita semua.

Perang yang kami lawan ini ialah perang menentang ekstradisi.

Hasilnya nanti melibatkan kita semua.

Betul, Gustavo.

Betul cakap Gustavo.

Kita ada tujuan yang sama, iaitu menghapuskan ekstradisi.

Amerika itu cukup besar untuk kita semua cari makan.

Kita akan kongsi Los Angeles

lepas awak selesaikan masalah awak di sini.

More Malay subtitles for Narcos

Komentarze

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left