De eerste 200 regels.
Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -
Janganlah cepat sangat, Sidhu!
Mana dia pergi?
Apa ni? - Hadiah untuk ayah
Pergilah
Uruskannya dengan hati-hati
Selamat hari lahir ayah - Saya telefon semula
Hey, apa semua ini?
Kejutan ayah - Kejutan?
Manisnya awak..
Bukalah
Lepaskan saya, mak!
Kenapa kau raba aku?
Ingat kau boleh buat apa saja sebab kau lelaki?
Bila aku raba? Kenapa kau pukul aku? - Tak guna!
Kenapa kau tipu? Kau ingat aku gila? - Ingat kau lawa sangatkah? Minta maaf sekarang!
Kalau tak, teruk nanti! - Tanyalah apa yang dia buat tuan!
Pergilah! Teruskan, puan
Lelaki memang macam ni..
Pergi buat kerja semula
Siapa tu ayah? - Tak ada siapa, sayang. Lelaki tu teruk
Apa yang berlaku? - Tak ada apa. Macam kena gigit semut
Ayah nak beli snek
Tidak, ayah. Saya tak nak apa-apa. Masuklah balik. Mak mesti dah tunggu
Betul juga - Ya, ayah
Paul!
Apa yang berlaku? Paul!
Tak ada inspirasi betul hidup ini
Tak ada apa yang menarik!
Kaani, Teh Hijau
Beri pada aku!
Rasa macam kencing kuda!
Apa?
Ini tak berlaku
Satu kes saja. Hanya satu kes
Apa masalah kau?
Aku hanya perlukan kes yang menarik
Dah tiga minggu. Tak seorang pun yang berikan aku kes!
Lebih baik aku pergi jual tepung!
Otak aku dah mengecut!
Boleh tak sesiapa berikan aku kes yang menarik untuk diselesaikan?
Ke tepi!
Ya? - Detektif?
Oh ya, masuklah
Bangun, Kani!
Ada pelanggan
Dah tiga hari, suami saya..
Dia dah hilang tiga hari
Kamu berdua berkongsi cermin mata yang sama
Dia dah gunakannya selama 5 tahun
Gelung getah tu untuk melekatkan bingkai cermin yang patah
Dan suami kau tak bekerja. Dia hanya duduk dirumah dan memasak
Kau tak beritahu polis, kerana keluarga kau akan malu bila mereka tahu
Selepas melihat iklan di suratkhabar semalam, kau datang cari aku
Suami kau akan balik esok atau malam ini
Kerana dia tak ada sesiapa. Sekarang kau boleh pergi
Ya?
Detektif Kaniyan Poongundran ada? - Masuklah
Silakan
Berapa bayaran kau? - Apa kes kau?
Anak perempuan aku hilang
Apa namanya? - Madhavan
Berapa lama dia hilang?
Sebelas hari, hingga hari ini
Apa yang polis cakap?
Tak boleh harapkan mereka
Bila kau tahu dia hilang?
Dia pergi ke kolej. Dia tak balik ke rumah selepas itu
Dia ada teman lelaki..
Aku tak tahu!
Ini cek 10 lakh rupees
Ia milik kau jika kau dapat cari anak aku
Anak kau tahu memandu? - Apa?
Tidak, dia tak tahu
Siapa yang hantar dia ke kolej?
Dulu ada pemandu
Dulu? - Dia tu lelaki tak berguna
Dia dah lari
Berapa ramai pemandu kau? - Tiga
Kau ada pemandu tapi kenapa kau memandu sendiri ke sini?
Tak ada sesiapa tahu aku ke sini
Siapa yang berikan kau alamat aku? - Pengurus aku
Encik Madhavan
Aku ada tiga kes yang sedang disiasat, aku tak boleh terima kes kau
Dua puluh lima lakh!
Maaf encik.
Kau boleh pergi
Apa ni, Kani?
50 lakh!
Ambil cek kosong ini
Isi berapa banyak yang kau nak! Cari anak aku!
Sebelum ni kau mengamuk sebab tak ada kes
Kau dah tolak satu kes dan tipu, kata kau sibuk - Kita tak perlukan kes itu
Ianya 50 lakh! - Tak mengapa
Apa yang "tak mengapa"?
Selalunya orang upah detektif untuk mengintip bakal pengantin sebelum berkahwin
Kau macam itukah? Kau boleh selesaikannya dalam dua hari
Dia tawarkan cek kosong dan kau halau dia keluar!
Aku tak sukakan dia - Siapa yang peduli?
Yang penting kes
Cari sajalah anak dia, Kani
Dia akan mati - Apa?
Jika aku hantar anak dia balik, dia akan bunuh anaknya
Apa kau cakap ni?
Gadis itu lari dengan pemandunya
Perasan tak, dia ambil kunci dengan kakinya?
Dia rasa marah, bukannya sedih sebab anaknya hilang
Jika aku cari anaknya, kau akan tengok dia mati dalam perigi atau di jalan raya beberapa hari kemudian
Atau pun mati tergantung di rumahnya
Di anggap sebagai bunuh diri, kes akan ditutup
Sekarang cakap, kau nak aku terima kes ini?
Dia akan bunuh? - Dia memang nak bunuh anaknya
Kenapa tergesa-gesa ni? - Bijak
Kenapa kau senyum?
Magik!
Apa yang magik?
Lima saat lepas
Apa yang berlaku lima saat lepas? - Seni menyeluk saku
Siapa yang mereka seluk? - Kau lah
Beg duit aku masih ada di sini
Masih ada duitnyakah?
Aku ada 4 ratus rupees. Hanya ada 200 rupees saja!
Macam mana boleh jadi macam ni?
Tunggu dan lihat cara mereka
Berpura-pura macam kau bercakap di telefon
Hello puan! Ini Priyadarshan bercakap
Saya sihat saja. Puan apakhabar?
Macam mana dengan perniagaan?
Saya baru saja nak telefon awak bila awak telefon saya tadi
Ya, bungkusan berisi kain dah sampai
Saya akan hantar contoh kepada pegawai, petang ini
Tolong tengok dan berikan kelulusan
Kakak, lelaki botak, berkacamata berbaju hijau dengan beg
Cek lama masih belum selesai, puan
Lebih baik kalau puan dapat selesaikannya
Lebih bagus lagi kalau puan selesaikan bayaran untuk bungkusan kali ini
Ya, puan
Tak ada masalah, puan. Saya akan uruskan semuanya
Berpakaian macam gadis kaya untuk menyeluk saku ya?
Apa? Saya dari keluarga terhormat.. - Diam!
Keluarga terhormat, konon!
Aku baru saja tengok kau menyeluk saku tadi
Berapa kau curi dari lelaki itu?
Kakak, mereka ni siapa? Apa mereka nak?
Kami nakkan sekotak manisan! Mari, pergi ke balai polis!
Tolong jangan buat macam ni tuan, Saya akan pulangkan duitnya!
Tolong jangan buat kecoh! - Pedulikan! Aku panggil semua orang!
Aku suka cara kau bekerja. Datang ke alamat ini esok pagi
Simpanlah
Kau berikan alamat kita pada penyeluk saku!
Jika kau tak ada tadi, aku dah hantar mereka pada polis
Kenapa ni? Kenapa kau ada di sini?
Saya datang nak jumpa pakcik detektif
Okey, cakaplah. Kenapa? - Tidak, saya nak jumpa pakcik detektif
Pakcik tak nampak macam detektifkah?
Tidak, pakcik tukang masak - Ha?
Pakcik berbau macam bawang
Marilah
Duduklah
Bila kau taip "detektif" di iPad ayah kau..
.. kau jumpa banyak alamat. Kenapa kau pilih untuk datang ke sini?
Iklan detektif lain macam poster filem. Topi. Pistol. Bergaya
Tapi iklan pakcik hanya tertulis "Detektif Kaniyan Poongundran"
Bila saya nampak, saya buat keputusan untuk ke sini
Kau ponteng sekolah untuk ke mari? - Ya
Apa nama kau?
Naveen.
Sekarang beritahu saya, Naveen
Apa yang berlaku malam tadi?
Rumah kami di Neelankaran. Rumah banglo sebuah berdekatan pantai
Agak-agak berapa jauh dari pantai? - 343 kaki
Adik dan saya pernah ukur dengan tali pengukur tak lama dulu
Teruskan
Anjing kami bernama Nemo
Setiap malam jam 9.30, saya akan buka pagar untuk dia keluar
Dia akan bersiar-siar dan balik jam 9.40
Tapi malam tadi dia tak balik
Oh, kehilangan anjing?
Tidak. Kematian anjing
Nemo tidak balik sampai tengah malam
Saya beritahu emak saya
Tapi dia kata nemo akan balik lewat, dan saya patut tidur
Saya cuma tengok keluar dari tepi tingkap
Jam 1 pagi, adik dan saya kejutkan mak dan ayah
Ayah saya buka pagar dan keluar
Lebih kurang 20 kaki dari pagar, kami jumpa Nemo mati terbaring
Bila kami suluh pakai lampu, kami nampak Nemo bermandi darah
Nemo tu baka apa? - Pomeranian
Adik dan saya menangis sepanjang malam
Saya suruh mak dan ayah saya telefon polis
Ada konstabel datang jam 1.40 pagi
Dia kata dia sibuk dan tak perlu buat kecoh pasal hal itu, betul tak?
Ya, pakcik
Dia pergi dan kata yang Jabatan Polis akan belikan anjing lain jika kami nak
Emak dan ayah kau tanam anjing tu di taman
Betul tak? - Ya, pakcik
Mak ayah saya pergi ke majlis perkahwinan pagi tadi
Adik saya kata dia nak tengok Nemo
Saya ambil cangkul dan mula menggali
Semasa ayah saya tanam Nemo, dia balutnya dengan kain putih
No comments yet. Be the first to leave one.