De eerste 196 regels.
Sarikata oleh: fapfapfap
Nobita!
Sudah berapa kali ibu pesan, kenapa masih buat lagi?!
Tadi cikgu jumpa ibu, cerita tentang ujian kamu.
Apa ni?
Kenapa conteng macam ni?
Saya lukis gambar Pegasus.
Pegasus?
Kamu tak boleh kemana-mana. Kamu harus belajar.
Dilarang bermain, tonton TV, baca komik pun tak boleh.
Tidak...
Faham tak!
Saya dah tak tahan lagi!
Baik di sekolah mahupun di rumah saya selalu kena marah.
Cukuplah.
Saya mahu lari dari rumah!
Emm...
Apa maksudnya "emm..."?
Jangan cuba hentikan saya. Saya takkan kembali ke rumah.
Takkan kembali lagi.
Setiap kali kamu cakap mahu lari dari rumah, selalunya takkan bertahan lama.
Kali ini berbeza dengan yang dulu, saya sudah ada rancangan yang teliti.
Rancangan?
Benar, saya takkan bergantung kepada sesiapa.
Hidup dengan kekuatan sendiri.
Kalau nak bertahan hidup sendiri, yang diperlukan adalah...
Pakaian, makanan dan tempat tinggal.
Apa yang kamu katakan memang betul.
Benar kan...
Jadi tolong keluarkan alat-alatnya.
Dah agak dah, tak yakin pun kamu boleh hidup berdikari.
Kita sahabat kan? Sahabat sejati kan?
-Kenapa kamu jadi begini? -Kali ini saya dah nekad.
Sekarang saya nak pergi. Inilah langkah pertama saya menuju kehidupan yang bebas dan berdikari.
Langkah pertama dah gagal...
DORAEMOOOOOONNN!!!
Apa kecoh-kecoh ni?
Jangan halang saya, saya nak lari dari rumah.
Kamu nak pergi kemana ni?
Cepat pulang sebelum makan malam.
Saya takkan pulang lagi.
Nobita!
Apa ini?
Entah.
Hai...
Nobita!
Lihatlah rumah baru saya.
Takkan ada yang mengganggu disini.
Boleh santai dan melihat pemandangan yang indah...
Janganlah begitu.
Dulu kamu dah pernah lari dari rumah.
Tapi tak pernah bertahan lama.
Tunggu..!
Semua orang ketawakan saya.
Biarlah, baik saya tidur.
Janganlah merosakkan rumah saya!
Suka hati saja membina rumah di tanah orang lain!
Ini tanah encik ke?
Ya, ini tanah saya.
Shizuka, akhirnya saya memulai kehidupan baru yang penuh kebebasan di bukit belakang.
Shizuka, kalau ada masa...
Aduuh...
Ini adalah kawasan bebas bangunan, dilarang mendirikan bangunan di sini tanpa kebenaran.
Tidak...
Selamat kembali.
Saya bukannya dah kembali ke rumah.
Doraemon pinjamkan pintu kemana sahaja.
Bukankah kamu dah cakap takkan bergantung pada sesiapa lagi?
Tolonglah, ini adalah yang terakhir!
Betul ini yang terakhir.
Saya janji.
Berusahalah dengan sungguh-sungguh.
Kerana terpencil, kampung ini ditinggalkan penghuninya.
Saya akan tinggal di sini.
Saya tak bergurau!
Jaga kedai, menghantar barang, mencabut rumput, saya bukan kanak-kanak lagi ibu!
Kalau kamu bukan kanak-kanak, kamu akan tahu apa yang kamu cakapkan itu!
Ibu bodoh..!
Takeshi!
Cukuplah, saya takkan kembali lagi ke rumah!
-Giant! -Suneo!
Saya mahu mencari Nobita!
Jangan-jangan...
Kamu nak lari juga?
-Giant... -Kawan baikku...
Mama suruh saya lulus semua mata pelajaran, dari pagi sampai malam dipaksa belajar.
Jadi kamu juga lari dari rumah.
Saya nak Nobita benarkan saya tinggal bersamanya.
Ada sesiapa nampak Nobita?
Shizuka.
Takkan Shizuka juga lari dari rumah?
Bukan lari dari rumah...
Mama memaksa saya belajar main piano setiap hari.
Sungguh malang sekali.
Yang penting, kita boleh tinggal bersama Nobita!
Kenapa ni?
Kampung saya telah dijadikan empangan, jadi semuanya telah tenggelam!
"Lingkaran penembus"!
Biar betul, kenapa boleh jadi begini?
Di Jepun ini ada tanah yang tiada pemilik tak?
Tak mungkin ada. Selain tanah milik peribadi, bakinya merupakan tanah milik kerajaan.
Bagaimanapun saya nak lari dari rumah juga!
Awak ni keras kepala betul!
Menyerah sajalah, tak mungkin untuk lari dari rumah.
Lebih baik kamu memperbaiki mata ujian kamu.
Tak mahu! saya nak juga lari dari rumah.
Awak ni benar-benar keras kepala!
Sudahlah!
Doraemon sudah tak boleh dipercayai lagi!
Merajuklah puas-puas, macam dah hebat sangat?
Dora...
Lihat.
Tikus!
Ini bukan tikus, tapi hamster.
Apapun, cepat halau!
Takkan kamu takut, comel tu.
Tak mahu... Cepat halau!
Mana boleh begitu.
Ah, disitu!
Oii Nobita!
Kawan-kawan semua?
Nobita, kami sudah lama mencari awak. Izinkan kami juga ikut kamu lari dari rumah.
Itu... bukan apa...
Apa? kenapa dengan kamu ni?
Kita sahabat sejati kan?
Kamu teruk Nobita.
Bukan! Awas kau!
Tunggu!
Kamu semua salah faham!
Doraemon!
Saya juga ingin lari!
Kalau begini, masalah tempat tinggal jadi bertambah parah.
Di setiap sudut Jepun, sudah ada pemilik.
Benar-benar menyusahkan!
Tidakkah kalian fikir ini pelik, semenjak ratusan tahun lalu apabila bumi ada, tanah juga sudah ada.
Semenjak kemunculan manusia mereka telah ambil tanah untuk diri sendiri !
Benar-benar mennyusahkan, tiada sikitpun tanah yang kosong!
Semenjak kemunculan manusia?
Oh ya! Kalau begitu kita pergi ke zaman di mana belum ada manusia!
Benar! kita pergi ke masa di mana belum ada manusia.
Di zaman itu, negara Jepun tentu saja boleh menjadi milik kita.
Itu dia!
Kalau begitu kita akan pergi ....
Sudahlah cepat masuk!
Kita berangkat!
Kita membuat sejarah lari dari rumah terjauh dalam sejarah.
Sudah, jangan gelojoh sangat.
Kita nak pergi kemana?
Sudah cakapkan ke zaman di mana belum ada orang di Jepun.
Tolong berikan penjelasan yang lebih terperinci.
Doraemon, bagaimana ini, robot masa depan tidak boleh berbuat apa-apa?
Terpulang kepada aku.
Sudah lupakan saja.
Berdasarkan pembahagian zaman prasejarah, sudah ada manusia kira-kira 30 ribu tahun yang lalu.
Kalau begitu pergi ke 1 tahun sebelum 30 ribu tahun yang lalu.
Kalau begitu 2 tahun sebelum 30 ribu tahun...
Bau apa ini?
Ada apa?!
Pegang kuat-kuat!
Tolong saya!
Perhatian, perhatian.
Terjadi pesongan garisan masa.
Pertembungan?
Terjadi gelinciran pada ruang masa, tolong pegang kuat-kuat!
Kalau terjatuh, takkan dapat kembali!
Hentikan!
Tak tahan lagi!
Teruk ni!
Semua pegang kuat-kuat!
Macam dah selamat.
Selamat!!
Cepat tetapkan tempat dan masa yang nak dituju.
Kalau begitu kita pergi 2 kali ganda daripada 30 ribu tahun iaitu 60 ribu tahun bagaimana?
Untuk berjaga-jaga kita tambah 10 ribu tahun lagi.
Sudah diputuskan, pergi ke negara Jepun 70 ribu tahun yang lalu.
Sudah sampai.
Hebat!
Dunia yang hijau, udara yang segar.
Udaranya segar!
Hebat.
Kita berada di Jepun 70 ribu tahun yang lalu.
Bagaimana kalau kita membina syurga kita di sini?
Ayuh!
Kamu buat apa?
Saya sedang menyimpan mesin masa ini kedalam tanah.
Macam mana?
Serbuk Donbura. Benda yang ditabur dengan serbuk ini akan tenggelam ke tanah.
Lihat.
Kamu semua rasa sejuk tak?
Betul tu.
Seperti musim sejuk saja.
70 ribu tahun yang lalu merupakan tahap ke-4 dari zaman ais.
Tentulah cuacanya sejuk.
Apa maksudnya zaman ais?
Zaman di mana lautan ais membesar dan bumi menjadi sangat sejuk.
Kalau syurga cuacanya sejuk, mana menarik?
No comments yet. Be the first to leave one.