De eerste 200 regels.
- Adakah ini jalan yang betul? - Rasanya begitu.
Lelaki tu kata ada persimpangan, kan?
Itu dia. Belok kiri. Bagus tak?
Awak sedar betapa besarnya cerita ini, kan?
Awak bercakap dengan Jan? Biar saya cakap dengan dia.
Awak akan masukkan cerita kami ini, kan?
Jangan begitu. Ini berita yang besar. Ya, disahkan.
Sumber saya boleh dipercayai. Ini benar.
Terima kasih.
Mereka akan masukkan kita.
Sedia?
Di belakang saya ini terletak Rezort yang terkenal.
Menurut sumber...
...terdapat ancaman keselamatan...
...tengah malam semalam. Akibat kejadian itu kami...
...telah menerima laporan yang masih belum disangkal...
...bahawa mereka telah memulakan protokol Brimstone.
Jika benar, ini adalah kali kedua protokol Brimstone...
...digunakan dalam masa 10 tahun.
Betul tu, John. Ia akan hanya dipertimbangkan...
...jika terdapat satu lagi risiko jangkitan yang bahaya.
Jangkitan Chromo-syn-A 10 tahun lalu adalah satu...
...pandemik paling bahaya yang pernah berlaku di dunia.
Sejenis virus yang membunuh manusia dan menghidupkan...
...mereka semula.
Sejenis virus yang telah mengakibatkan peperangan...
...antara manusia hidup dan yang telah mati.
Peperangan paling ganas dan kejam yang pernah dihadapi.
Virus yang telah memusnahkan dua bilion orang.
- Yang paling kuat terselamat. - Masih wujud nilai kemanusiaan.
Kita menang. Protokol Brimstone jadi ubatnya.
Jadi kenapa ia perlu digunakan lagi selepas kita...
...membina semuanya semula dan bebas dari jangkitan...
- ...selama tujuh tahun? - Inilah tempat terakhir...
...di bumi ini tempat mereka boleh ditemui.
The Rezort ialah pulau tempat pengunjung boleh...
...membayar untuk menembak mayat-mayat hidup.
Dendam, sayang. Dendam.
Masih belum ada komen daripada syarikat induk Rezort?
- Belum. - Jangkitan di Rezort akan...
...jadi sesuatu yang sangat besar, kan?
Kalau betul, ya tapi kita tak boleh memandang...
...remeh visi awal CEO Rezort, Valerie Wilton.
Siapa itu Valerie Wilton? Bermacam-macam telah...
...dikatakan tentang beliau.
Menggunakan mayat-mayat hidup yang masih merayau di pulau...
...sementara yang lain telah dimusnahkan...
...untuk membuka peluang pekerjaan dan menggalakkan...
- ...pertumbuhan ekonomi. - Kami mendengar khabar angin...
...bahawa pihak tentera telah dipanggil untuk...
...mengosongkan lapangan terbang ini dan...
...kem-kem pelarian yang ada di sekelilingnya.
Kem yang diuruskan oleh Hope4U ini adalah satu daripada...
...beberapa dozen kem yang ditubuhkan oleh badan-badan...
...kebajikan seluruh dunia untuk membantu dalam tragedi...
...kemanusiaan yang terjadi akibat dari jangkitan itu.
Apa pula yang akan berlaku kalau protokol Brimstone gagal?
Kami akan lakukan hal yang sama seperti dulu juga.
Mengebom beratus-ratus orang yang tidak bersalah?
Kalau kaki awak kena gangren...
...awak akan korbankan seluruh kaki awak...
...untuk menyelamatkan bahagian badan yang lain.
Awak kalah dalam debat ini sejak dulu lagi...
...dan itu sebabnya semua orang menyokong kami.
Orang ramai faham bahawa pisau yang tajam boleh...
...memotong dengan lebih cepat. Protokol Brimstone...
Persoalannya sekarang bila nilai kemanusiaan sudah...
...hampir dibina semula, kalau sebuah pulau peranginan...
...dengan sistem keselamatan bernilai berbilion dolar itu...
...dapat ditawan, masih adakah harapan...
Itu satu pengesahan, kalau masih perlukan bukti...
...bahawa sesuatu yang dahsyat sedang berlaku di Rezort.
10 hari lalu
Awak bukan dari mesyuarat kumpulan penyokong orang yang...
...terselamat, kan? Saya harus kunci bilik ini...
...sekarang. Awak tak nampak mereka dah tutup lampu?
Tak, saya tak nampak tapi terima kasih, ya.
Awak ada di Rezort?
- Serius? - Ya. Ada orang yang pernah...
...pergi bercerita dalam kumpulan dan katanya ini...
...benar-benar dapat membantu mereka...
...dan untuk kali pertama saya rasa mungkin ini bagus...
...untuk saya juga kerana kalau saya tak dapat...
...melupakannya, saya akan hilang begitu saja...
...seorang diri kerana pasti awak akan meninggalkan...
...saya untuk bersama dengan orang yang tidak gila.
Hei.
Itu tak akan terjadi. Saya bersama awak 100 peratus.
Awak tak perlu buat apa-apa atau pergi ke mana-mana pun.
Peperangan itu telah meninggalkan kesan pada...
...kita semua, Mel.
Awak suka hal-hal yang begini, kan?
Saya suka sangat.
Maaf.
Saya tak tahu bagaimana awak melalui semua ini.
Saya hanya pandang ke depan. Tetapkan fokus saya pada...
...hal-hal yang penting, seperti masa depan kita.
Bagaimana rasanya? Membunuh mereka semua?
Bergantung juga.
Kebanyakannya nampak merah saja.
Tidurlah semula. Saya okey.
Melanie sayang. Ayah tahu awak marah.
Jujurnya, ayah tak mahu meninggalkan awak. Kalau...
...awak menonton video ini, maknanya awak selamat.
Itu saja yang penting buat ayah.
Awak seorang yang baik, prihatin. Awak memang...
...selalu begitu. Ayah nak beritahu awak...
...beberapa perkara dan ayah mahu awak dengar, okey?
Dunia tempat ayah membesarkan awak dah tak ada.
Bila kita bercakap tentang baik dan buruk, semua itu...
...sudah tidak bermakna lagi.
Orang sudah berubah dan ayah mahu awak berubah juga.
Sesuaikan diri, kalau tidak mereka akan...
...anggap awak lemah dan ayah mahu awak tetap kuat.
Ayah mahu awak berjuang dan terus berjuang walaupun...
...peperangan ini dah berakhir.
Ayah tahu ini pasti susah untuk awak, tapi awak mesti...
...janji pada ayah, sayang. Janji awak akan tetap kuat.
Pasport.
Kami mempunyai ruang rehat yang cantik dan bot untuk...
...ke Rezort akan bertolak tak lama lagi.
Jadi tenang saja, dan nikmati apa yang ada.
Awak mesti izinkan saya bayar separuh untuk semua ini.
Tak apa. Saya masih mampu.
Awak lakukan semua ini pun untuk saya.
Awak betul. Susah betul kerja ini.
Tenang saja. Nikmati kemudahan yang ada.
Jadi, keseluruhan pulau itu ditakluki dulu?
Ya, unit tinjauan menemui pulau itu penuh dengan...
...mayat-mayat hidup. Syarikat Wilton masuk tender...
...untuk kerja-kerja pembersihan dan penyisihan...
...pada mulanya tapi mereka membina The Rezort pula.
Itu menarik minat pasaran dan mereka telah mengambil...
...kesempatan. Tiada pembiayaan, tapi untung...
...berjuta-juta kerana mereka menaikkan harga.
Sekarang saya akan pastikan awak ada di barisan depan...
...untuk Rezort yang seterusnya.
- Semua orang di sini tua-tua. - Ya, tapi...
Alamak! Saya nampak perempuan cantik di sana.
- Hei. - Maksud saya, dia tu cantik.
Sama saja.
- Awak seorang saja? - Ya, begitulah nampaknya.
Hadiah perkahwinan. Tiket tiba pada masanya...
...tapi tunang saya tak tiba-tiba juga.
Tiket itu tak boleh dipulangkan, jadi...
Awak datang ke tempat yang tepat untuk meluahkan...
- ...rasa marah yang ada. - Oh, ya. Semoga rupa mereka...
...semua sama macam dia.
Helo.
Jamila.
Saya tak sangka itu masih jadi satu masalah.
Sekurang-kurangnya mereka dapat bantuan sekarang ini.
Boleh tak semua orang ikut saya? Terima kasih.
Dah tiba masanya.
Pasti awak suka.
Selamat datang ke The Rezort. Silakan minum, encik.
Ya! Ya! Ya! Mari kita pergi.
Awak Sadie, kan?
Lewis dan Melanie? Nama saya Isabelle.
Selamat datang ke The Rezort.
- Bagaimana penerbangan awak? - Kami agak letih tapi...
Ini ruang tamu...
...dan ini bilik tidur.
Kalau perlukan apa-apa, tolong telefon kami.
- Terima kasih. - Ada majlis koktel di tepi...
...kolam renang untuk para tetamu baru.
Bagus tu.
- Semuanya okey? - Ya, semua okey. Terima kasih.
Jangan lupa, acara suai kenal awak akan bermula...
...sebentar lagi.
Suai kenal?
Tembak sepuasnya macam orang bodoh!
Tengok ni.
Hentikan tembakan. Letakkan senjata awak.
Tanggalkan kaca mata keselamatan dan penutup telinga.
Terima kasih banyak, tuan-tuan dan puan-puan.
Sila berjalan keluar dari lapangan menembak ini.
Tuan-tuan dan puan-puan, selamat datang ke lapangan...
...menembak. Sila ambil seorang satu tempat menembak.
Sila pakai kaca mata keselamatan dan penutup telinga.
Pasti awak suka. Di Hong Kong tiada tempat...
...seperti ini.
Perlukan bantuan dengan senjata awak, puan?
Tidak, terima kasih.
Awak ada pengalaman dengan senjata api, encik?
- Ya, semasa perang dulu. - Okey, awak masih di sini.
Itu dah cukup baik untuk saya.
Awak okey? Mari kita lakukan bersama-sama.
- Ya. - Ambil di tempat pemegangnya.
Semuanya tentang pernafasan dan tumpuan.
Bidik.
Tarik nafas. Lakukan. Picit picu.
- Sekali lagi. - Okey.
- Seronok juga rupanya. - Puteri Pahlawan.
- Apa? - Tak ada apa-apa.
- Awak nampak gembira. - Mungkin saya gembira.
Tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke Rezort yang...
...terkenal di seluruh dunia. Sebagai tetamu baru, kami...
...ingin mengalu-alukan kedatangan anda semua.
Jadi marilah kita tunjukkan penghargaan kita...
No comments yet. Be the first to leave one.