Back to the Future Part II

Back to the Future Part II

Muat Turun Sari Kata Malay

Maklumat siaran

Back-to-the-Future-II-1989-All-BluRayRip
Ulasan oleh Ariff_07
Better version from another.Please download this one.Resync and Credit to rizalman

Tag

BluRay
Diterbitkan pada: 2015-11-16
Muat Turun: 167
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

Mahu mencubanya, encik?

Jennifer.

Awaklah pengubat rindu.

Biar saya lihat awak.

Marty, awak seperti tidak melihat saya seminggu lamanya.

- Sememangnya. - Awak tidak apa-apa?

Semuanya baikkah?

Oh, ya.

Semuanya hebat belaka.

Marty! Awak mesti kembali bersama saya.

- Ke mana? - Pulang ke masa depan.

Apa yang awak buat, Doc?

Saya perlukan bahan api.

Cepat, masuk ke dalam kereta.

Tidak, Doc. Saya baru sahaja sampai. Jennifer pun ada di sini.

- Kami mahu bersiar-siar. - Jadi, bawalah dia bersama-sama.

- Ini pun berkait dengannya juga. - Apa yang awak cakap ini?

Apa yang terjadi kepada kami di masa depan?

Adakah kami menjadi jahat?

Oh, tidak. Awak berdua baik-baik sahaja.

Anak awak, Marty. Sesuatu perlu dilakukan terhadap dia.

Doc, baik awak undur. Kita tidak cukup jalan untuk mencapai 88 bsj.

Jalan? Di tempat yang kita tuju, kita tidak perlukan jalan.

Marty! Marty, saya mahu tunjukkan awak...

sesuatu yang telah saya cetak.

Kereta DeLorean yang boleh terbang?

Apa yang sedang berlaku ini?

- Apa bendakah tadi? - Teksi.

- Teksi? Bukankah kita sedang terbang? - Tepat sekali.

Baiklah, Doc. Apa yang sedang berlaku ini?

Di mana kita ini?

Kita sedang turun menuju Hill Valley, California, pada jam 4:29 petang...

pada hari Rabu, 21hb Oktober 2015.

2015?

Maksud awak, kita sekarang berada di masa depan?

Masa depan? Marty? Apa maksud awak? Bagaimana kita boleh berada di masa depan?

Ah, Jennifer, Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu awak, tetapi...

awak sekarang berada di dalam mesin masa.

Jadi ini ialah tahun 2015?

21hb Oktober, 2015.

Ya Tuhan, awak berguraukah?

Marty! Kita boleh melihat masa depan kita.

- Doc, kami telah berkahwin, bukan? - Ya.

Ya? Adakah ia satu majlis yang besar?

- Kita akan boleh melihat perkahwinan kita - Wow

Saya akan boleh melihat gaun pengantin saya.

- Kita akan boleh melihat perkahwinan kita. - Wow.

Berapa ramai anak...

Doc! Apa yang awak telah buat?

Tenang, Marty. la hanya sebuah mesin tidur.

Dia bertanyakan terlalu banyak soalan...

dan sesorang tidak sepatutnya tahu terlalu banyak pasal masa depannya.

Apabila dia sedar nanti, baginya, semua ini adalah sebuah mimpi.

- Kenapa awak membawanya bersama? - Saya perlu lakukan sesuatu.

Dia telah melihat mesin masa. Dia tidak boleh dibiarkan dengan maklumat itu.

Jangan risau, dia tidak penting dalam rancangan saya ini.

- Awak lebih faham, Doc. - Ini dia susur keluar kita.

Awak perlu keluar dan tukar pakaian.

Sekarangkah? Bukankah sedang hujan lebat?

Tunggu 5 saat lagi.

Tepat sekali.

Hebat, bukan?

Malangnya pejabat pos tidak secekap ramalan cuaca.

Maaflah. Saya khuatir awak tidak akan mengenali saya.

Saya telah pergi ke klinik pemulihan dan telah mendapat rawatan yang menyeluruh.

Mereka telah merawat kedutan kulit, baiki rambut,

menukar darah; memberikan saya 30 hingga 40 tahun usia muda.

Mereka juga telah menukar tali-perut saya. Apa pendapat awak?

Awak tampak hebat, Doc.

Masa hadapan.

Bagai tidak percaya. Saya kena tinjau keadaan ini, Doc.

Biarlah dahulu, Marty. Jadual kita ketat.

Beritahulah tentang masa depan saya. Saya tahu ianya hebat.

Kenapanya? Adakah saya menjadi bintang rock terkenal?

Tiada sesiapa patut terlalu tahu tentang takdir mereka.

Betul, betul. Tapi, saya kaya, bukan?

Marty, tolonglah. Buka baju awak.

Pakai jaket dan kasut ini.

Ada misi yang perlu dibereskan.

Tepat sekali jadualnya.

Wah, tali kasut berkuasa. Bagus!

Benda ini tidak muatlah.

- Mengubah suai kepadanan - Keluarkan poket seluar

- Semua budak di masa depan memakai seluar dengan poket terbalik.

Pakai topi ini.

Bagus. Saling tidak tumpah dengan anak awak.

- Apa? - Tolong saya pindahkan Jennifer ke sana.

- Jadi, bagaimana? - Angkat kakinya

Baiklah, apa pula?

- Tepat dalam masa 2 minit, awak pergi ke sebelah sana dan masuk ke "Cafe 80s".

"Cafe 80s?"

Sebuah tempat nostalgia, tetapi tidaklah maju sangat.

Masuk ke sana dan pesan Pepsi. Ini duitnya.

- Tunggu seseorang bernama Griff. - Baik. Griff.

Dia akan bertanyakan tentang malam ini, "Awak masuk serta atau tidak?"

Katakan tidak. Apa pun dia kata, apa pun yang berlaku...

Katakan tidak, awak tidak berminat.

Kemudian keluar, datang semula ke sini dan tunggu saya.

Jangan bercakap dengan sesiapa. Jangan sentuh apa-apa.

Jangan buat apa-apa. Jangan berinteraksi dengan sesiapa.

- dan cuba jangan tengok apa-apa. - Saya tidak faham.

Bukankah awak kata ini berkaitan dengan anak-anak saya?

Lihatlah apa yang berlaku terhadap anak awak.

Anak saya?

Tuhanku, dia seiras saya.

Dalam masa 2 jam penahanan beliau,...

Martin McFly Jr., telah dibicarakan dan didapati bersalah...

dan dihukum penjara selama 15 tahun.

- Hanya dalam masa 2 jam? - Sistem pengadilan amat efektif...

di masa depan kerana peguam telah dilupuskan.

Oh, berat ni.

la bertambah buruk. Minggu hadapan anak perempuan awak...

akan cuba melepaskannya dari penjara.

dan dia pula dipenjarakan 20 tahun.

Apa.. Anak perempuan saya? Tunggu dulu. Saya ada anak perempuan?

Awak faham tidak? Kejadian ini akan mengakibatkan satu rantaian kejadian...

yang akan memusnahkan keseluruhan keluarga awak.

Hei, Doc, bukankah ini surat khabar esok?

Betul. Saya telah ke masa depan untuk melihat apa yang terjadi.

Saya telah menjejaki semuanya hinggalah kepada kejadian ini.

Sebab itulah kita di sini untuk menghalangnya daripada berlaku.

Sial, saya telah lewat!

Tunggu dahulu. Awak mahu ke mana?

Mahu memintas Marty Jr. yang sebenarnya. Awak akan mengambil tempatnya.

Di seberang "Cafe 80s", seseorang bernama Griff,

katakan sahaja tidak.

Hei, bagaimana dengan Jennifer? Mahu tinggalkan dia di sini sahajakah?

Jangan risau, dia akan selamat. Saya pergi sebentar sahaja.

Oh, Marty. Hati-hati dengan Griff itu.

Dia ada masalah dengan implan bioniknya.

Masa hadapan.

Jerungnya masih kelihatan palsu.

Hai, kawan-kawan. Goldie Wilson ke 3 dari "Wilson Hover Conversion Systems".

Adakah awak tahu bahawa semasa datuk saya menjadi Datuk Bandar Hill Valley...

dia perlu risaukan masalah trafik.

tetapi sekarang awak tidak lagi perlu risaukannya.

Saya akan tukarkan kereta jalan lama anda...

kepada kereta yang boleh terapung...

Cubalah menu istimewa kami, "Fajita Tortila Pita"...

la mengandungi salsa pedas, avocados, campuran cilantro...

bersama pilihan kacang, ayam, daging...

Pelayan. Pelayan.

Selamat datang ke "Cafe 80s"...

di mana ianya sentiasa pagi di Amerika...

walaupun di sebelah petang.

Menu pilihan kami hari ini ialah Sushi panggang "Mesquite".

Anda perlu rasa menu istimewa, gaya "Cajun".

Anda perlu rasa menu istimewa!

Hei, hei. Saya cuma mahu Pepsi sahaja.

Hei, McFly.

Ya. Saya pernah jumpa awak.

Awak anak Marty McFly, bukan?

- Biff? - Awak ini Marty Jr.

Nasiblah awak...

dinamakan sempena seorang yang betul-betul bahlol!

- Apa maksud awak itu? - Hello, hello. Ada sesiapa di rumah?

Fikirlah, McFly, fikirkanlah.

Orang tua awak, si tua tidak berguna.

Apa?

Betullah.

Betul-betul bahlol.

Saya kenal George McFly sebagai...

Saya bukan maksudkan George McFly.

Saya maksudkan anaknya.

Orang tua awak, Marty McFly Sr.

Orang tua itu betul-betul...

telah mempersia-siakan hidupnya...

Saya buat begitu?

Maksud saya, dia buat begitu?

Hei Atuk! Bukankah saya telah kata, 2 lapisan kilat ke atas kereta saya...

bukan satu sahaja!

Saya telah gilap lapisan ke 2 minggu lepas.

- Ya kah? Dengan mata yang tertutup? - Awak berdua ini bersaudarakah?

Hello, hello. Ada sesiapa di rumah?

Awak fikir Griff panggil saya atuk tanpa sebab?

- Dia itu Griff? - Atuk!

Bukankah saya telah membayar atuk?

Hei, budak. Sampaikan salam saya kepada nenek awak.

- Berambus dari sini, atuk. - Hei, hati-hati.

dan McFly, jangan ke mana-mana!

Awak seterusnya!

Inilah permainan video.

Saya telah berjaya menghidupkannya.

Ayah saya yang ajarkan.

Ini ialah "Wild Gunman".

Bagaimana mahu mainkannya?

Saya akan tunjukkan kepada awak.

Saya mahir permainan ini.

Awak kena guna tangankah?

Seperti permainan bayilah.

Permainan bayi?

- Pepsi Perfect. - Sial!

Pepsi.

Hei, McFly!

Bukankah saya suruh tunggu di sini!

Griff, apa khabar?

- McFly! - Ya.

- McFly! - Apa?

Kasut awak tertanggal.

Jadi, McFly...

More Malay subtitles for Back to the Future Part II

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left