Stutz

Stutz

Muat Turun Sari Kata Malay

Maklumat siaran

Stutz 2022 1080p WEB-DL x264-ION10
Ulasan oleh Ridz
Sub Retail

Tag

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
x264
1080
Diterbitkan pada: 2022-11-14
Muat Turun: 30
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

- Apa khabar, Stutz? - Hai, Jonah.

Baik, beritahu saya.

Awak cakap macam itu apabila saya duduk.

Termasuk orang lain.

Ya, apabila kita buat sesi terapi tanpa rakaman.

Ada sesuatu yang awak cakap yang buat saya ketawa. Ia bagus.

Awak kata, "Jangan beritahu semua masalah awak."

Awak tahu, sudah bertahun awak beritahu saya dan saya sudah penat.

Baiklah, mari mula.

Awak rasa kenapa saya buat filem tentang awak?

Saya rasa ia idea saya.

Saya rasa idea saya beri kesan kepada awak,

dan saya rasa awak mahu beritahu idea ini kepada orang lain.

Mungkin…

Saya tidak tahu, mungkin awak cuba mengawal saya, atau…

Saya tidak tahu. Kenapa?

Ya, saya buat keputusan untuk buat filem sebab saya mahu tunjuk alat awak,

dan bimbingan awak, Phil Stutz, ahli terapi saya,

supaya orang lain boleh tahu

dan guna alat itu untuk menambah baik hidup mereka.

Mungkin kita hanya rakam satu sesi dalam masa sehari

dan bincang tentang alat-alat awak yang sangat membantu saya.

Saya rasa ia bagus.

Saya mahu beri penghargaan

kepada seseorang yang saya sangat sayang dan hormat.

Baik.

Tapi boleh awak buat jenaka sekali sekala?

STUTZ

Apa soalan pertama yang awak tanya pesakit?

Soalan pertama, "Awak mahu apa? Kenapa datang?"

Kebanyakan ahli terapi akan kata, "Jangan ganggu pesakit awak.

Mereka akan jawab apabila mereka bersedia."

Itu teruk. Saya tidak terima.

Dalam bidang psikiatri, "Saya neutral.

Saya hanya menonton. Saya tidak boleh terkesan."

Ia proses yang sangat perlahan, dan penuh kesengsaraan.

Tapi saya akan jawab

"Pergi mampuslah. Awak bergurau?"

Jika pesakit saya murung dan takut tidak akan sembuh,

saya akan kata, "Ikut cakap saya. Ikut arahan saya.

Saya yakin 100 peratus awak akan rasa lebih baik. Saya jamin."

Apabila saya masuk pejabat awak dan kita duduk,

dan awak kata, "Awak patut buat begini."

Awak buat saya bertindak. Awak beri saya alat.

Ya, ia satu perintah.

Saya mahu kepantasan.

Saya bukan mahu menyembuh seseorang dalam masa seminggu, itu mustahil,

tapi saya mahu mereka rasa perubahan,

perkembangan.

Ia beri mereka harapan. Macam, "Wah, ia boleh berlaku."

Jadi apakah alat itu?

Alat mampu mengubah keadaan dalaman awak, dengan pantas, dalam masa nyata.

Ia memerlukan pengalaman yang biasanya tidak menyenangkan,

dan mengubah pengalaman kepada peluang.

Alat mengubah angin awak,

dan beri awak harapan bahawa ia bukan angin awak selamanya.

Betul itu.

Ia senaman pembayangan dalam masa nyata yang awak buat dalam minda pada masa itu.

Dalam proses itu, saya cikgu.

Saya mengajar mereka cara dan masa untuk menggunakan teknik itu.

Semua pesakit awak, termasuk saya, memiliki kad nota.

Ia lukisan alat yang awak guna dalam sesi kami.

Kami bawa pulang dan simpan.

Saya suka berfikir secara visual.

Saya mula melukis kad untuk saya,

tapi ia sangat membantu pesakit.

Kad mengubah idea yang besar menjadi gambar yang ringkas.

Ia cara berkomunikasi dengan pesakit

yang saya rasa lebih berkuasa berbanding kata-kata.

Apabila mereka keluarkan kad,

ada hubungan antara kami berdua, ikatan.

Ya, kita ada hubungan peribadi yang unik.

Awak benarkan saya buat filem tentang awak.

Ia tidak pernah berlaku dalam dunia terapi saya.

Lama-kelamaan, hidup saya menjadi jauh lebih baik selepas berurusan dengan awak.

Jika ia berkesan bagi saya, mungkin ia akan membantu orang lain.

Ya. Masa untuk makan ubat.

- Untuk apa? - Masa untuk awak makan ubat.

- Terima kasih. - Penggera awak.

Alamak.

Jonah, awak mahu makan ubat Parkinson?

Dah bertahun saya berhenti.

Semasa saya kecil, semasa saya mengambil dadah,

jika awak beritahu saya, "50 tahun lagi, awak akan makan semua ubat ini…"

Semuanya ubat untuk Parkinson awak?

Ya.

Apabila menghidap Parkinson, ada sesuatu yang penting dan bagus.

Awak perlu merancang awal-awal kebanyakan perkara.

Apabila saya bangun tidur,

saya perlu meliuk badan untuk bangun.

Turun dari katil merupakan perkara paling sukar.

- Tapi atas sebab berbeza. - Berbeza, ya.

Ya.

Sebelum berjumpa awak, pengalaman saya dengan terapi sangat tradisional.

Saya akan bercakap

dan orang itu akan kata, "Apa perasaan awak?" atau, "Menarik."

Buat saya rasa sangat jauh.

Saya terfikir tentang terapi tradisional.

Awak bayar mereka, awak simpan masalah awak untuk beritahu mereka,

mereka hanya mendengar,

dan kawan-kawan awak yang bodoh,

beri nasihat.

- Ya. - Tanpa diminta.

- Ya. - Awak mahu kawan awak yang mendengar.

Dan awak mahu ahli terapi yang beri nasihat.

Ini kebenarannya. Bukannya ahli terapi tidak mahu membantu.

Betul.

Tapi saya sentiasa rasa ada sesuatu yang hilang.

Alat menjadi penghubung

antara masalah awak dengan punca masalah awak

dan cara penyelesaian serta cara mengawal gejala itu.

Ada kaitan dengan kemungkinan.

Bukan kemungkinan palsu.

Kemungkinan bermaksud awak sedar reaksi awak berbeza.

Bunyinya…

Apa perkataan itu? Lapuk. Tapi itulah kebenaran.

Awak minta saya cari kuasa kehidupan saya.

Ia satu perkara yang mengubah hidup awak dengan pantas,

dan awak boleh bergantung pada kuasa itu.

Ia langkah pertama bagi saya

dalam memulakan proses penyembuhan.

Ya, betul itu. Ini perkara yang biasa berlaku.

Seseorang murung, dia masuk pejabat saya dan kata,

"Saya tahu tabiat saya teruk. Saya tahu saya tiada disiplin. Saya pemalas.

Tapi jika saya tahu saya perlu buat apa,

misi hidup saya, secara asasnya, saya akan berusaha sungguh-sungguh.

Tapi saya buntu,

jadi saya akan jadi pemalas."

Itulah permulaan kepada kemurungan.

Ia sesuatu yang berlaku kepada awak,

atau sesiapa yang tiada arah tuju

atau rancangan dalam hidup,

dan jawapannya, awak boleh mencari kuasa kehidupan awak.

KUASA KEHIDUPAN

Satu cara untuk mengetahui tujuan hidup dan mengenali diri,

ialah melalui kuasa kehidupan.

Hanya ia bahagian diri awak

yang mampu membimbing awak apabila awak hilang arah tuju.

Anggap ia piramid. Ada tiga tahap dalam kuasa kehidupan.

Tahap paling bawah. Hubungan awak dengan badan awak.

Lapisan kedua. Hubungan awak dengan orang lain.

Tahap tertinggi. Hubungan awak dengan diri awak.

Tahap paling bawah. Hubungan awak dengan badan awak.

Awak hanya perlu buat badan awak bekerja lebih baik. Ia sentiasa berkesan.

Punca utama ialah mereka tidak bersenam.

Kemudian, jaga pemakanan,

dan tidur.

Jadi berapa peratus perkara itu

yang buat awak rasa lebih baik?

Apabila ia bermula,

mungkin 85 peratus.

Sangat tinggi.

Ia sangat gila, bukan?

Semasa saya kecil,

saya disuruh bersenam dan berdiet macam, "Sesuatu tidak kena dengan rupa awak."

Tapi saya tidak pernah disuruh bersenam atau berdiet

untuk menguruskan kesihatan mental.

Saya harap ia disampaikan kepada orang dengan cara berbeza.

Ya.

Sebab, bagi saya,

ia menimbulkan banyak masalah,

termasuk masalah dengan diri saya dan mak saya.

Saya langsung tidak dengar cakap dia.

"Saya tidak mahu ikut cakap sebab mak kata saya bermasalah."

Ya? Jelaskan itu.

Boleh, tapi saya tidak mahu cakap banyak sebab filem ini tentang awak, bukan saya.

Jika saya kata lebih banyak penjelasan

lebih mudah untuk saya cari peluang.

Apa pendapat awak?

Baik awak buat filem tentang saya,

bukan saya buat filem tentang awak.

Ya, bagus.

Baik. Itu tahap pertama.

Seterusnya, hubungan dengan orang lain.

Apabila seseorang murung, mereka bukan menamatkan hubungan.

Ia ibarat kapal yang hilang di kaki langit.

Ia mula ditarik jauh dari kehidupan,

dan hubungan ibarat…

Apabila awak mendaki gunung, awak berpaut pada tali,

macam tempat berpegang.

Hubungan awak ibarat tempat berpegang yang buat diri awak kembali ke kehidupan.

Awak hanya perlu memulakan langkah itu.

Jika awak menunggu mereka, awak tidak faham.

Awak jemput seseorang yang tidak rapat untuk makan di luar,

ia tidak penting, ia tetap beri kesan positif kepada awak.

Orang itu melambangkan seluruh umat manusia, secara simbolik.

Jadi itu peringkat tengah. Peringkat tertinggi, hubungan dengan diri.

DIRI SENDIRI

Cara terbaik ialah berhubung dengan fikiran bawah sedar awak,

sebab tiada siapa tahu tentang fikiran bawah sedar jika ia tidak aktif.

Salah satu cara adalah dengan menulis.

Ia sesuatu yang ajaib.

Awak menambah baik hubungan dengan diri awak melalui penulisan.

Ada orang kata, "Tulis apa?

Saya tidak minat. Saya bukan penulis." Ia tidak penting.

Jika awak mula menulis, ia ibarat cermin.

Ia mencerminkan fikiran bawah sedar awak.

Banyak perkara akan terdedah jika awak tulis jurnal.

Perkara yang awak tidak sedar.

Inilah tiga tahap kuasa kehidupan.

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left