Land of the Lost

Land of the Lost

Muat Turun Sari Kata Malay

Maklumat siaran

Land of the Lost (2009) BluRay
Ulasan oleh pinknipple

Tag

BluRay
Diterbitkan pada: 2018-02-20
Muat Turun: 70
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

Pusat kawalan misi, masuk.

Pusat kawalan misi, kamu dengarkah?

Panggilan kecemasan!

Saya masuk semula ke orbit bumi, nampaknya saya jatuh ke dalam...

Entahlah, satu jenis ruangan antara masa dan ruang.

Koordinat saya tidak diketahui.

Adakah ini...

Peralatan kapal menunjukkan ini White Sands, New Mexico.

Jelas ia satu kesilapan.

Ada sesiapa dengarkah ini?

Pasukan penyelamat!

Pasukan penyelamat, tentukan koordinatnya sekarang!

Saya di mana ini? Sesiapa, jawablah!

Pasukan penyelamat, jawablah sekarang.

Oh, Tuhan.

Ada sesiapa...

Inilah rancangan Hari Ini bersama Matt Lauer.

Kembali bersama Dr. Rick Marshall, buku barunya akan mula dijual esok.

Doktor, bulan lepas di Oslo, awak mengejutkan rakan-rakan awak...

dengan teori awak yang membawa sains ke arah baru.

- Paleontologi Kuantum. - Paleontologi Kuantum. Betul.

Apa itu sebenarnya?

Saya tak mahu perkecilkannya. Ia masa depan kita, Matt.

Ia satu-satunya penyelesaian sebenar...

untuk selesaikan krisis bahan api fosil yang kita alami ini...

dan ia boleh dirumuskan kepada dua patah perkataan.

Bahan api bio yang boleh diperbaharui?

Hampir tepat. Pelompatan masa.

- Pelompatan masa? Awak serius? - Pelompatan masa.

Saya sangat serius.

Lima tahun, lebih 50 juta dolar untuk penyelidikan saya...

Awak belanja 50 juta dolar duit sendiri untuk kaji pelompatan masa?

Tidak, bukan begitu.

Tidak, itu duit pembayar cukai. Saya tiada 50 juta dolar.

Jadi sekarang awak minta lagi?

- Semuanya dijelaskan dalam buku ini. - Saya tahu, kami promosikannya.

Kereta Kedua Saya ialah Mesin Masa. Bantam Books, Amazon...

Kini kita hidup dalam zaman dengan potongan besar dalam perbelanjaan..

- Saya nampak. Potongan perbelanjaan. - Betul.

Keadaan ekonomi kita sangat teruk.

Tapi awak belanjakan 50 juta dolar untuk mengkaji pelompatan masa?

Macam mana awak boleh tak sedar yang awak tak bertanggungjawab?

- Awak merokokkah? - Tidak, saya buat belon haiwan.

Dilarang merokok di studio.

Tak ada sesiapa beritahu saya pun.

- Dengar sini, tak boleh. - Baiklah.

Ada banyak tenaga antara dimensi di luar sana...

hanya menunggu kita ambil tindakan, krisis tenaga dapat dielakkan.

Awak minta orang pertaruhkan seluruh masa depan tamadun industri...

atas perkara yang awak panggil dimensi selari itu?

Bagaimana dengan para pengkritik...

yang ada soalan munasabah, mereka kata...

teori awak ini bukan sains. Ia bukan sains...

malah ada yang berkata dengan lantang bahawa ia mengarut.

- Apa jawapan awak? - Pengkritik saya?

Pengkritik awak, ada ramai.

- Boleh sebut dengan lebih spesifik.? - Steven Hawking.

Steven Hawking kata semua ini adalah mengarut, dia cakap begitu.

- Baik, temu bual ini sudah tamat. - Kenapa?

Penerbit awak kata awak takkan bangkitkan soal itu.

- Soalan itu munasabah. - Tidak, ini satu serangan!

- Itu tetamu saya, Dr. Rick Marshall. - Memang betul!

Bukunya akan mula dijual esok.

Anda mungkin boleh cari bukunya di bahagian "Saya sudah hilang akal".

Apabila kita kembali nanti, trampolin...

Keseronokan musim panas atau pembunuh dalam diam?

- Tunggu dulu! - Awak gilakah?

- Apa yang awak buat? - Kuatnya dia!

Dr. Rick Marshall Pakar Paleontologi

Tiga tahun kemudian

Tuan-tuan dan puan-puan, rakan-rakan yang dihormati...

kesimpulan saya, masa depan kita bergantung kepada satu perkara.

Tachyon.

Partikel subatom yang bergerak dengan sangat pantas...

ia bergerak mengundur dalam masa.

Tanyalah diri anda...

bagaimana jika ada alat yang boleh menggunakan tachyon ini?

Kita boleh buka dan bergerak melalui pelompatan masa dan ruang.

Apa dia?

Bukan dalam hayat kita?

Kawan-kawan, saya sudah reka alat itu.

Inilah dia Amplifier Tachyon.

Genius dalam sebuah kotak.

Tapi dengan alat ini...

kita tak bergerak ke depan atau belakang.

Kita bergerak ke sisi dalam masa...

ke dimensi lain yang masa lalu, masa kini dan masa depan...

semuanya bertembung.

Buka lampu.

Baik, ada apa-apa soalan?

Bagus. Ya, kamu di sana itu.

Ya, jika kita lancarkan satu tan ganja ke arah matahari...

adakah ia akan terbakar dan buat semua orang khayal?

Tidak...

Ada soalan sebenar yang berkaitan dengan sains?

Awak ambil Cialis?

Kenapa awak menangis di tandas sebelum pembentangan ini?

Kenapa awak nampak macam hendak menangis sekarang?

Dah cukup. Semua orang keluar.

Mainlah di tempat letak kereta.

- Lari di lebuh raya, saya tak kisah. - Okey, semua. Pergilah berseronok.

Saya ada satu soalan.

Awak pernah cuba buat Amplifier Tachyon itu?

- Siapa awak? - Maafkan saya.

Saya Holly Cantrell...

saya kaji semua hasil kerja awak di Cambridge.

Saya rasa awak sangat bijak.

Ya, Holly dari Cambridge yang rasa saya sangat bijak...

Saya mulakannya tapi tak siapkannya, jadi tidak.

Tapi awak perlu bina alat itu, ia alat yang paling menakjubkan...

Awak makan apa itu?

Donat berinti M&M.

Jadi lepas donat habis, kita tak perlu makan M&M.

Tapi awak tak sedarkah? Awak memang betul, semuanya...

Berhenti.

Sebab teori itu, saya dikeluarkan dari bidang sains...

dan dihantar di sini.

Tapi saya tak boleh salahkan sesiapa kecuali diri sendiri.

Sebab kata orang...

"Jika kita tak berjaya, itu salah kita sendiri."

Kalau begitu, jelaskan ini.

Usia fosil itu lebih daripada 265 juta tahun...

tapi ia mempunyai kesan pemetik api 10 dolar.

Ayuh, jelaskanlah.

Saya jumpa benda ini di gurun bersama kristal seperti ini...

yang memancarkan tenaga tachyon asli.

Cepatlah.

Jelaskan.

Menakjubkan!

Lubang tar akan dibuka lima minit lagi.

Dr. Marshall, tolong balas mesej alat kelui awak.

Dr. Marshall?

Oh, Tuhan.

Awak tak apa-apakah? Hei!

Mari bangun.

Awak okey? Amboi.

Saya tak apa-apa. Saya okey.

Saya cuma habis kerja lewat. Kemudian saya lapar.

Saya makan beberapa hidangan dan mengalami koma makanan.

Dulu saya ada masalah pemakanan.

Entahlah, dengan semua tekanan ini, saya terlebih makan.

Tapi saya tak hilang kawalan.

Saya tak perlu balik ke Pheonix.

Saya datang hari ini untuk minta maaf tentang semalam.

Sikap saya memang...

Tidak...

Awak sudah siapkan Amplifier Tachyon itu!

Tidak... Maksud saya, ya.

Entahlah, pembuatannya memang sudah siap tapi...

saya tak berani nak gunakannya.

Saya sangka lawatan ke Arby's boleh memberi saya keberanian...

tapi ia tak berkesan.

Tapi saya pergi ke Popeye's, Del Taco.

14,000 kalori kemudian, saya dapati saya berada di Subway...

sambil makan sandwic sayuran gandum penuh 12 inci...

dan membebel kepada patung kadbod Jared.

Ia tetap tak beri saya keberanian untuk hidupkan benda itu.

- Saya pengecut. - Bukan pengecut, awak berwawasan.

Ini mungkin hasil kerja genius terhebat sejak 100 tahun lalu.

Itu "A Chorus Line"?

Itu lebihan data dari pemacu.

Teruk betullah!

Maksud saya mesin itu.

Bukan lagu itu. Saya suka lagu tema drama.

Ia menceritakan kisah keadaan manusia.

Ia agak homoseksual.

Ia memang hebat.

Baik.

Dr. Marshall, awak perlu berhenti perkecilkan diri awak.

Awak berada di ambang satu penemuan besar, sekarang bangun!

- Kita hendak ke mana? - Kita akan uji...

alat ini di lapangan.

Awak gilakah? Saya belum bersedia untuk ujian lapangan.

Tidak, saya takkan perbesarkan hal ini, ini cuma ekspedisi rutin.

- Ekspedisi rutin? - Rutin sahaja.

Okey, di sini. Di sinilah saya jumpa fosil itu.

- Gua Misteri Ngarai Syaitan. - Tempat buruk ini portal?

Tengoklah bacaan ini.

Kita perlu masuk balik ke gua itu.

Tak ada masalah, dah jelas tempat ini ditinggalkan.

Tak juga.

Apa yang kamu suka?

Saya ada Lilin Roman, Roket Botol, Perada Berkicau, Rama-rama Menari?

Benda ini saya panggil Vasektomi Mexico.

Ya.

Okey, itu citarasa rendah. Bagaimana dengan ini?

Saya panggil benda ini, "Wanita Sempurna".

Payudara bulat dan kental, tiada penutup dan ada pemegang.

Dengar, kami nak masuk ke dalam gua, okey?

Okey, bagaimana dengan ini?

Kamu bayar $30, saya akan berikan lawatan istimewa...

dan tunjukkan...

Resort dan Kasino Ngarai Syaitan!

Itu hasil yang cantik.

Tujuh ribu buah bilik mewah...

tiga kasino, satu pusat konvensyen.

Tempat letak kereta yang sangat luas. Apabila semuanya siap...

saya akan jadikan bucu khemah emas ini ruang peribadi saya.

Saya akan cari pasangan dan hidup bersama dia selamanya di atas sini.

Jika kami bergaduh dan dia buat saya marah...

More Malay subtitles for Land of the Lost

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left