Maklumat siaran

Baahubali 2 The Conclusion 2017 720p BRRip MkvCage
Ulasan oleh Cocobutter

Tag

brrip
720p
720
mkv
MkvCage
Diterbitkan pada: 2019-04-07
Muat Turun: 162
Masalah Pendengaran: No

Pratonton sari kata Malay

200 baris pertama.

Dewa Shiva

Jika pembalasan bagi dosaku adalah kematian..

.. maka ambilah nyawaku

Tapi dia perlu hidup

Untuk ibunya yang menunggu

Untuk mewarisi takhta Magizhmadhi

Mahendra Baahubali perlu hidup!

Sarikata oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew 2017-

Peperangan bersama Kalakeya telah berakhir

Dalam peperangan, Baahubali dan Palvaldeva..

... sama hebat dalam keberanian dan pertarungan

Tapi cara rakyat diselamatkan telah membuat...

.. permaisuri menabalkan Baahubali sebagai Putera Mahkota

Magizhmadhi diambang kegembiraan

Menjelang hari pertabalan..

.... seluruh negara menunggu hari upacara bersejarah itu

Sementara itu, setiap 26 tahun, satu upacara harus dijalankan..

Ia hari perayaan musnahnya kuasa jahat

Untuk menyelamatkan Magizhmadhi dari kejahatan..

.. menantu diraja perlu membawa periuk berisi api sebagai satu adat menuju..

.. ke kuil Dewa Kali bertempat di dalam hutan 7.5 "yojanas" dari kubu di Raja

Ia perlu dibawa dengan berkaki ayam untuk memusnahkan patung syaitan di sana

Dan tidak boleh berhenti walau setapak pun sehingga tiba ke kuil

Panjang umur Permaisuri Sivagami Devi

Panjang umur Permaisuri Sivagami Devi

Panjang umur Permaisuri Sivagami Devi

Berhenti!

Kattappa - Permaisuri?

Bawa mereka ke tempat yang selamat

Bagaimana patik nak tinggalkan tuanku separuh jalan begini?

Ini perintah beta, Kattappa

Patik akan laksanakan perintah

Lari.. lari

Putera kesayangan, Baahubali

Yang dihantar oleh tuhan, Baahubali

Permaisuri yang baik hati

Permaisuri

Permaisuri!

Savagami!

Bhalla?

Pernahkah anakanda terfikir..

.. untuk membunuh bonda anakanda?

Ayahanda teringin nak buat begitu

Sepatutnya dia hanya menyusukan anakanda semasa anakanda lahir..

.. tapi dia juga turut menyusukan budak tak guna tu

Itulah pertama kali ayahanda teringin untuk membunuhnya

Bila dia sebut nama anakanda, kegemilangan, jawatan, kelayakan dan semuanya bersama dengan budak itu

Setiap hari ayahanda terasa nak sangat membunuh bonda anakanda

Hari ini bila dia berikan taktha yang sepatutnya diberikan pada anakanda kepada budak tak guna tu..

Tangan ini menggeletar untuk mencekik lehernya

Bhalla?

Patutkah kita bunuh dia?

Ayahanda dah minum lebih dari had biasa

Anjing penjaga bonda anakanda datang

Hey! Anjing tak guna!

Tuanku? - Apa yang kamu nak salakkan?

Permaisuri Sivagami telah membuat keputusan untuk menabalkan Baahubali sebagai raja..

... pada hari kesepuluh Dussehra

Permaisuri nak tuanku menjadi orang pertama menerima perkhabaran ini

Sejarah telah berulang!

Takhta yang sepatutnya diberi kepada beta telah diberi kepada adinda beta!

Sekarang kamu berikan pula takhta anakanda beta pada anaknya pula

Patutkah anakanda, cucucunda malah cicit beta juga..

.... hanya untuk membakar ego kamu bertahun lamanya

Anjing, jawablah!

Kenapa beta tidak ditabalkan sebagai raja?

Adakah kerana beta cacat?

Apa salahnya jika satu tangan tidak berfungsi?

Bukankah ini tangan besi untuk memerintah negara?

Tuanku tidak ditabalkan menjadi raja bukan kerana tangan tuanku yang cacat

Tapi kerana otak tuanku yang tidak berfungsi!

Perintahkan patik, tuanku

Anjing! Kamu tak tahukah yang lidah kamu boleh dipotong kerana biadab?

Maafkan patik, tuanku

Fikiran yang berharap untuk membunuh isteri kesayangan..

... bukankah ianya akal yang cacat dan licik?

Kamu curi dengarkah? - Tidak tuanku

Memandangkan patik adalah anjing..

... patik dapat menghidunya!

Ini ialah puteri Mayapura, Varuni

Walaupun mencari seluruh pelusuk dunia, kita tak akan jumpa wanita secantik dia

Tapi matanya tidak bersinar

Dia bukan calon yang baik untuk Baahubali

Cari calon pengantin lain - Sudah tentu, tuanku

Pundit, Ingat kata-kata beta ini

Beta bukan hanya ingin mencari isteri kepada Baahubali

Tapi permaisuri untuk jajahan Magizhmadhi

Dia perlu sempurna tanpa ada cacat cela

Bonda, panggil anakandakah?

Baahu, anakanda mesti mengembara ke seluruh tanah jajahan kita

Anakanda ikut perintah, bonda

Permaisuri, majlis pertabalan sudah tidak lama lagi..

..patik rasa ini bukanlah masa yang sesuai untuk mengembara

Dewa-dewa dari kuil kita pun mengadakan perarakan..

Kamu tahu kenapa?

Untuk merasai dan mengetahui suka duka rakyat di depan mata sendiri

Baahu, apabila bakal raja melangkah keluar dari tembok istana..

... barulah dia akan faham penderitaan rakyat

Ya, bonda - Biar Kattapa temankan anakanda

Bonda, perlukah anakanda bawa orang tua ini bersama?

Kisah yang dia selalu ceritakan semasa anakanda kecil..

... pasti dia akan ulang semula dan buat anakanda terseksa

Anggaplah ini perjalanan terakhir bersamanya dan bersabarlah, Baahu

Apabila anakanda kembali..

... bonda akan carikan puteri untuk bercerita tentang kisah dongeng pada anakanda!

Dia pencuri

Maafkan saya - Ini dah jadi tabiat dia

Dalam usia begini, bagaimana kamu sungguh bertenaga?

Kamu nampak terkejut

Cara saya menghunus pedang semasa seusia kamu..

...kamu tahu, gadis sunti yang melihat pasti ternganga

Hari itu dah lama berlalu

Puak Pindari

Mereka merompak di seluruh negara ini

Dan telah melemaskan mangsa mereka di sini

Bonda dah dapatkan gajah liar untuk anakanda bermain dari Negara Kegelapan

Di tepi sungai Mayanitha..

... bonda sedang membina istana musim bunga untuk anakanda

Anakanda suka?

Bonda minta mereka buat busur ini dan ia boleh membunuh musuh pada jarak 1000 kaki

Bonda..?

Takhta untuk kekanda, Hadiah ini untuk anakanda

Adakah bonda cuba berlaku adil dalam membahagikan kasih sayang?

Anakanda bonda ini bukanlah berfikiran sempit kerana tidak dapat menaiki takhta, bonda

Perintah Permaisuri Sivagami akan dilaksanakan

Jangan tawarkan semua hadiah ini dan merendahkan nilai anakanda, bonda

Makanlah manisan ini - Baiklah

Kamu gadis yang bijak

Tuan ni siapa?

Dia berlagak macam seorang pahlawan?

Perompak!

Mereka ialah askar yang menyamar untuk menangkap mereka

Kita tak perlu masuk campur

Dia menghunuskan pedang sepantas kilat

Dia juga pandai berlawan

Tapi, ke mana pahlawan tadi menghilang?

Pergi ke sebelah sana

Kamu pergi ke sini - Ya, tuan

Beberapa orang tunggu di sini

Baahu...!

Baahu, senjata

Baahu..

Baahu...?

Fokus kamu terganggu, Baahu

Pedang kamu dengan mudah boleh mengelar leherku

Nasib baik saya dapat mengelaknya!

Saya boleh terbunuh, kamu tahu tak?

Saya rasa saya boleh buat apa saja untuk dia

Adakah itu bermaksud kamu boleh membunuh?

Itupun, dengan mengorbankan saya?

Tak guna betul! Saya jaga kamu dengan baik semasa kamu kecil!

Kamu patut buat sesuatu untuk untuk satukan kami

- Madhava - Tuanku

Cari tempat persembunyian mereka

Kita mesti dapatkan kembali barang yang dicuri - Baiklah, tuan puteri

Ikat mereka semua

Jangan biarkan sesiapa melarikan diri

Ketatkan ikatan

Panjang umur, tuan puteri!

Tuanku telah dihantar oleh tuhan untuk menyelamatkan kami tepat pada masanya

Semoga tuan puteri sentiasa dirahmati

Berdiri tegak macam pokok kelapa

Kamu tak malukah bersembunyi di belakang perempuan?

Maafkan saya, tuan puteri

Anak saudara saya ini dungu sedikit

Dia boleh buat sebarang kerja

Dia telah dihalau keluar dari rumah - Apa..?

Keluarga kamu halau kamu?

Ya, tuan puteri

Tuan puteri nampak macam seorang yang penyayang

Jika tuan puteri boleh mengajar dia beberapa kemahiran..

.. nama tuan puteri akan disebut-sebut hingga ke akhir hayatnya

Baiklah..

Melihat dari penampilannya yang tegap..

.. jika kami latih dia dalam ilmu pedang

...dia boleh jadi pengawal yang baik

Saya akan ajar dia

Saya berterima kasih

Sangat-sangat berterima kasih

Anak saudara kesayanganku, tengoklah di sana

Bulan mengambang tak lama lagi

Kita mesti berdoa pada Dewa Krishna

Ianya majlis untuk para gadis

Adinda buatlah jika adinda fikir ia sesuai

Kenapa heret kekanda sekali?

Tuan Puteri, dalam negeri ini tiada siapa yang boleh mengalahkan tuan puteri dalam memanah

Tapi kenapa tuan puteri masih tidak berpuas hati?

masih tidak cukup, Perdana Menteri

Tuan puteri tidak boleh menembak dua anak panah dari 1 busur

Perdana Menteri, segalanya tidak mustahil bagi adinda beta

Cubalah lagi

Ke tepi

Kekanda asyik terlupa yang dia ini wanita

Adakah kita sedang persiapkan dia sebagai pengantin atau pun pahlawan yang berperang?

Betul tu, permaisuri

Adakah kita patut pilih rakan sekutu yang ada?

Atau kahwinkannya dengan sepupu adinda?

Saya akan tunjukkan peralatan perang. Mari

Ini ialah cokmar

Ia tidak boleh diangkat

More Malay subtitles for Baahubali 2: The Conclusion

Komen

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left