ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
- Doc, Doc, Doc! - Apa?
Bertenang, Doc. Ini saya, Marty.
Tidak mungkin. Saya baharu sahaja hantar awak pulang ke masa depan.
Ya, saya tahu. Memang awak telah hantar saya pulang ke masa depan.
Tetapi saya telah kembali. Kembali dari masa depan.
Alamak!
- Hei, anak-anak! Sekarang masa apa? - Masa untuk Howdy Doody!
Alamak!
Masa Howdy Doody?
Tarikh, Ahad 13hb November 1955, 7:01 pagi.
Ujian pengembaraan masa semalam nampaknya berjaya.
Kilat telah menyambar menara jam tepat pada pukul 10:04 malam.
la telah menyalurkan 1.21 gigawat yang diperlukan ke dalam kenderaan masa...
yang lesap di dalam cahaya yang terang dan meninggalkan sepasang jejak berapi.
Oleh itu saya jangkakan Marty dan mesin masa itu telah bergerak dihantar...
ke masa depan melalui masa ke dalam tahun 1985.
Selepas itu,.. selepas itu saya tidak ingat apa yang telah berlaku.
Saya tidak ingat pun bagaimana saya telah pulang ke rumah.
Agaknya kombinasi kejutan gigawat dan medan penguraian yang terhasil...
daripada mesin masa itu telah menyebabkan kerosakan terhadap gelombang otak saya,...
menyebabkan saya hilang ingatan buat sementara.
Sebetulnya, saya baru teringatkan saat selepas mesin masa lesap ke masa depan...
saya terbayangkan Marty pulang semula daripada masa depan.
Hei, Doc?
Tidak dinafikan, inilah bayangan silam.
Doc, bertenang. Bawa bertenang!
- Ini saya, Marty. - Tidak. Tidak mungkin ini ialah awak.
Saya telah hantar awak pulang ke masa depan.
Betul. Tetapi saya telah kembali semula. Saya datang semula daripada masa depan.
Awak tidak ingatkah semalam? Awak telah pengsan. Saya yang bawa awak pulang.
Ini tidak mungkin terjadi! Awak tidak sepatutnya ada di sini!
Tidak masuk akal untuk awak berada di sini.
Saya tidak mahu percaya yang awak ada di sini.
Doc, memang saya ada di sini dan ianya memang masuk akal.
Saya datang semula ke 1955 bersama dengan awak, diri awak dari 1985...
sebab kita perlu mendapatkan sebuah buku daripada Biff.
Jadi, setelah saya dapat buku itu, awak.. iaitu awak dari tahun 1985...
sedang berada di dalam DeLorean dan telah disambar kilat lalu terhantar ke 1885!
1885?
Cerita yang menarik, budak masa depan,...
tetapi ada satu perkara yang tidak masuk akal.
Jika saya dari masa depan sekarang ini di masa lepas,...
bagaimana awak boleh tahu tentangnya?
Awak telah hantar saya satu surat.
Ke hadapan Marty. Jika pengiraan saya betul,...
awak akan menerima surat ini selepas awak melihat DeLorean disambar kilat.
Mula-mula sekali biar saya nyatakan bahawa saya masih hidup dan berkeadaan baik.
Saya telah hidup dengan gembiranya selama 8 bulan di dalam tahun 1885.
Kilat yang menyambar DeLorean telah menyebabkan gigawat berlebihan...
yang telah merosakkan litar masa, mengaktifkan Kapasitor Penguraian Objek...
dan telah menghantar saya ke tahun 1885.
Lebihan tadi telah merosakkan litar masa dan memusnahkan litar penerbangan.
Malang sekali kereta itu tidak akan dapat terbang lagi.
Kereta itu boleh terbang?
Ya. Awak telah membuat penukaran terapung di awal kurun ke 21.
Menakjubkan!
Saya telah menjadi tukang besi sementara saya cuba untuk...
membaiki kerosakan litar masa itu.
Malangnya, ia memang terbukti mustahil kerana alat ganti yang sesuai...
tidak akan dicipta sehingga tahun 1947.
Namun, saya telah selesa memasang ladam kuda dan membaiki kereta kuda.
1885!
Menakjubkan! Saya telah menjadi tukang besi di zaman koboi.
Agak berat, bukan?
Saya telah menyembunyikan DeLorean di dalam lombong tinggal Delgado...
bersebelahan dengan perkuburan Old Boot Hill seperti tertera di dalam peta.
Harap-harapnya ia berkekalan dan tidak berusik di situ...
sebelum awak menemui di tahun 1955.
Di dalamnya, awak akan menemui arahan untuk membaikinya.
- Diri saya dari 1955.. - Itu saya...
sepatutnya tiada masalah untuk membaikinya...
agar awak boleh menggunakannya untuk pulang ke masa depan.
Sebaik sahaja awak pulang ke 1985, musnahkan mesin masa itu.
- Musnahkannya? - Ya, panjang ceritanya, Doc.
Jangan sesekali, saya ulang, jangan sesekali datang ke sini untuk mendapatkan saya.
Saya telah gembira hidup di sini di bawah angin segar dan ruang yang luas...
dan saya risaukan pengembaraan masa yang tidak penting hanya akan menambahkan lagi...
risiko kesinambungan ruang-masa.
Tolong jagakan Einstein untuk saya.
- Einstein? - Anjing awak, Doc.
Einstein. Itulah nama anjing awak di tahun 1985.
Saya pasti awak akan sediakan rumah yang baik untuknya.
Ingatlah untuk membawanya berjalan-jalan 2 kali sehari...
dan ia hanya suka makanan anjing di dalam tin.
Ini semua adalah permintaan saya. Sila hormatinya dan ikutinya.
Sekian, salam perpisahan. Semoga awak dirahmati tuhan.
Awak sememangnya seorang kawan yang baik dan setia...
dan awak telah mengubah hidup saya.
Saya sentiasa menghargai persahabatan kita dan sentiasa mengingati awak...
dengan ingatan yang indah, perasaan yang tulus dan istimewa.
Kawan awak seketika dahulu, Doc.
Emmett L. Brown, 1hb September, 1885.
Tidak sangka saya boleh menulis dengan begitu menyentuh perasaan.
Saya tahu, ia sungguh indah.
Tidak mengapa, Copernicus. Semuanya akan baik-baik sahaja.
Maafkan saya, Doc. Awak tersangkut di sana kerana salah saya.
Saya tidak sepatutnya membiarkan Biff menghalang saya.
Banyak lagi tempat yang teruk selain dari zaman koboi.
Saya mungkin boleh terperangkap di zaman kemusnahan.
Mereka mungkin akan membakar saya dipancang...
sebagai pengikut ajaran salah atau sebagainya.
Mari kita lihat peta ini. Menurutnya...
mesin masa itu disimpan di dalam terowong tepi.
Kita mungkin perlu meletupkannya.
Saya rasa awak akan membangunkan simati dengan letupan itu.
Ambil kamera ini. Saya mahu merakamkan semuanya!
Ini mengingatkan saya kepada waktu saya mahu mencuba mencari pusat bumi.
Saya pernah membaca tulisan penulis kegemaran saya, Jules Verne.
Berminggu-minggu saya menyediakan ekspedisi itu. Tetapi tidak sampai ke tahap ini.
Sebab ketika itu saya cuma berumur 12 tahun.
Saya perlu menulis kepada Jules Verne bagaimana saya menemui tujuan hidup saya.
Saya berumur 11 tahun ketika saya mula-mula membaca 20,000 League Under The Sea.
Ketika itu saya sedar bahawa saya perlu mengabdikan hidup saya kepada masyarakat.
Doc! Lihat ini.
Tandatangan saya! Seperti di dalam Journey to the Center of the Earth.
Bermakna mesin masa itu ada di sebelah dinding ini.
Ia telah tersimpan selama 70 tahun, 2 bulan dan 13 hari.
Menakjubkan!
Seperti yang awak boleh lihat, kilat itu telah merosakkan...
cip mikro pengawal litar masa.
- Lampiran ski... - Skimatik.
akan membolehkan awak membina unit gantian menggunakan komponen tahun 1955...
dan memulihkan mesin masa untuk beroperasi seperti biasa.
Bagai tidak percaya benda sekecil ini boleh menyebabkan masalah besar.
Patutlah litar ini rosak. Ianya buatan Jepun.
Apa maksud awak, Doc? Semua barang yang bagus dibuat di Jepun.
Bagai tidak percaya!
Awak tahu, semasa kecil, saya selalu ingin menjadi seorang koboi.
Sekarang memandangkan saya akan menghabiskan masa depan saya...
di masa lepas, agaknya bagus juga untuk saya menghabiskan masa tua saya di sini.
Terlintas pada saya, Marty. Oleh sebab saya tersangkut di 1885,...
mungkin saya sekarang ada di dalam buku-buku sejarah.
Saya terfikir...
Patutkah saya ke perpustakaan dan mencari tentang diri saya di dalam arkib?
Entahlah Doc. Awak sendiri yang kata tidak elok untuk mengetahui takdir awak?
Awak betul, Marty. Awak sudah pun tahu terlalu banyak.
Lebih baik untuk saya tidak membongkar kesudahan masa depan saya sendiri.
- Copernicus! Jom! - Biar saya ambil dia, Doc.
Copernicus! Copernicus, jom balik.
Kenapa? Ada apa?
Doc, Doc! Mari ke mari, cepat!
Ada yang tidak kena, Marty?
Awak seperti nampak hantu.
Tekaan awak tidak lari jauh, Doc.
Alamak!
Tengok ini. Mati. 7hb September 1885,...
seminggu selepas awak menulis surat itu.
Didirikan dengan ingatan berkekalan oleh Clara yang tersayang.
- Siapa dia Clara? - Marty, tolong jangan berdiri di situ.
Oh! Baiklah. Maaf. Saya perlu ambil gambarnya.
Ditembak dari belakang oleh Buford Tannen disebabkan oleh hal $80.
Apakah jenis masa depan seperti itu?
Buford Tannen adalah penembak yang digeruni.
Seorang yang baran, suka merengus dan lebih dikenali sebagai Mad Dog (Anjing Gila).
Dia seorang penembak yang pantas...
dan selalu bermegah dengan pembunuhan seramai 12 orang.
Tidak termasuk orang Indian dan Cina.
Ada tidak ia menyebut tentang saya? Adakah saya di antara mereka?
Namun, cerita ini tidak boleh disahkan kerana tiada rekod yang disimpan...
selepas Tannen menembak pengarang sebuah akhbar yang telah menulis...
cerita tidak adil mengenainya di dalam tahun 1884.
- Sebab itu kita tidak menemui apa-apa. - Lihat!
Williams McFly dan keluarga. Saudara awak?
Moyang saya bernama Williams. Ini dia. Segak orangnya.
- McFly, Dr. Brown. - Mungkin ini cuma kesilapan, Doc.
Kubur tadi mungkin bukan kepunyaan awak. Mungkin ada Emmet Brown...
- yang lain di dalam tahun 1885. - Tidak.
Awak ada saudara lain di sini pada zaman itu?
Keluarga saya datang ke Hill Valley dalam tahun 1908.
Pada masa itu kami belum menggunakan nama Brown.
Bapa kami telah menukar nama kami ketika perang dunia pertama.
Doc, lihat.
Alamak! Itu adalah saya!
Semuanya benar belaka. Memang saya yang pergi ke sana.
Dan telah mati ditembak!
Ia tidak akan berlaku, Doc.
Selepas awak membaiki litar masa itu dan memasang tayar baru pada DeLorean...
saya akan balik semula ke tahun 1885 dan akan membawa awak pulang.
Muatkah pakaian itu?
Ya, semuanya muat kecuali kasut, Doc! Ianya agak ketat. Awak pastikah ini tulin?
Tentulah! Pernahkah awak melihat melihat orang di sebelah barat?
Ya, Doc. Clint Eastwood pun tidak akan pakai seperti ini.
Clint apa?
Yalah, awak belum pernah mendengar pasal dia lagi.
Marty, Awak perlu pakai kasut itu. Awak tidak boleh pakai...
kasut masa depan ini dalam tahun 1885.
Awak tidak patut memakainya di sini pun, di dalam tahun 1955.
Baiklah, Doc. Saya janji akan memakainya sebaik sahaja saya sampai di sana.
Baiklah. Rasanya kita sudah bersedia.
Saya telah isi minyak, pakaian masa depan awak dan...
sebagai langkah berjaga-jaga, bateri untuk walkie-talkie awak.
- Oh, bagaimana dengan alat troli itu? - Papan Apung.
Doc, jauhnya perlu berjalan kaki balik ke Hill Valley dari sini.
Kita perlu ikut rancangan. Lagi pun kita tidak boleh mengambil risiko...
menghantar awak ke kawasan berpenduduk.
Kawasan lain pula tidak diketahui geografinya.
Awak tentu tidak mahu merempuh pokok yang ada di masa dahulu.
Ini ialah kawasan lapang, jadi awak mempunyai ruang seluas-luasnya...
apabila awak sampai nanti.
Ingat! Tiada jalan di tempat yang awak mahu pergi itu.
No comments yet. Be the first to leave one.