Cirque Du Freak: The Vampires Assistant

Cirque Du Freak: The Vampires Assistant

Cirque du Freak: The Vampire's Assistant

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

Cirque du FreakThe Vampires Assistant [2009]
കമന്ററി എഴുതിയത് ariel_selama06
100% Timing BRrip 720p

ടാഗുകൾ

other
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2010-03-13
ഡൗൺലോഡുകൾ: 42
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: Yes

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

Selamat Menonton \(^_^)/

Kau tahu tak, kadang-kadang aku rasa hidup ini telah ditentukan.

Tiada pilihan dalam hal ini.

Kita semua akan berakhir di tempat yang sama, samada kita suka atau tidak.

Tapi kadang-kadang sesetengah perkara bukan begitu mudah.

Anda akhirnya akan menyakiti orang-orang yang paling anda cintai,

mengkhianati orang yang anda kenal.

Itu bukan aku. Itulah kawan baik aku, Steve.

Kami sudah bersahabat sejak darjah tiga.

Bila dia pukul seorang budak, Billy Utsch, sebab menghempas pintu loker ke muka aku.

Itulah aku. Aku Darren Shan, dan inilah kisah aku.

Dan, percayalah cakap aku, habiskan masa dalam keranda ni...

...bukan sebahagian dari pelan aku.

Rasanya aku cuma bertuah.

Semenjak akhir-akhir ni, hidup aku agak bagus.

Aku cukup popular.

Aku dapat gred yang baik, sebab aku terikat dengan elaun aku.

A! Aku sayang kau.

Ya, macam itulah anak aku.

- Hey, kau. - Apa khabar, D?

Dan aku pernah ada kawan yang 'cool'.

Hey, apa khabar?

Uh, tak termasuk budak tu.

Maksud aku, kita pernah berkawan masa darjah lima, tapi dia menjadi semakin pelik.

Dulu, semua tu penting buat aku.

Ada satu perkara yang penting dalam hidup aku yang agak gila, seorang kawan.

- Hey. - Kawan baik aku.

- Sudahlah tu. - Apa?

Tidak, kita di sini. Kelas hendak bermula.

Baiklah, semua.

Apa yang kalian ada untuk aku?

Baiklah, dengar, aku dah tak tahan dengan 'mangkuk' tu lagi.

Baiklah, Encik Terbaik, jom ambil risiko. Cepatlah!

Jadi, hey, aku terfikir hendak ke Mexico. Kau nak ikut?

Ya, baiklah. Kenapa tidak?

Ya, kau bukannya ke mana, Encik Terbaik.

Oh, jahanam.

Hey, aku bertaruh yang kau takkan dapat kena lampu tu dari sini.

Apa? Tidak, kita akan tertangkap.

'Steve, kita akan tertangkap.'

- Hey! - Batu. Marilah.

Dan Kepastian Perubahan Kemusnahan dari Perang Dingin..

...memang sangat, teruk.

Apahal tu?

Aku minta maaf.

Budak Steve celaka tu.

Uh...

Darren ada beritahu yang dia dapat A dalam peperiksaan matematik dia?

Dia ada beritahu sayang, pergi ke bilik kau.

Kau takkan berkawan dengan budak Steve tu lagi!

Mak, aku bukan budak 5 tahun lagi.

Kau tak boleh tetapkan dengan siapa aku hendak berkawan.

Kau di landasan yang baik sekarang, Darren.

Dan budak Steve tu akan buat kau terkeluar dari landasan itu.

Landasan apa?

Landasan kepada kebahagiaan, kehidupan yang produktif.

Ke kolej yang baik, kerja yang baik dan mempunyai keluarga kau sendiri.

Kebahagiaan, kehidupan produktif, kolej, kerja, keluarga!

Kolej, kerja, keluarga!

Dan satu hari, bila kau sangat bertuah,

Kau akan berdiri di sini memarahi anak kau sendiri!

Kolej, kerja, keluarga!

Kolej, kerja, keluarga!

Kolej, kerja, keluarga! Bukannya susah!

Darren, kau dengar tak?

Jadi, nanti. Kau...

Apa, kau beritahu keluarga kau kau takkan berkawan dengan aku lagi?

Ya, tapi, bukannya ia bermaksud apa-apa.

Kita masih 'kawan' baik.

Macam, kawan baik yang dirahsia?

Lebih kurang.

Maksud aku, ia bukannya macam..

Aku tak kisah apa yang mereka cakap.

Mengarut!

Kau memang peduli apa yang mereka cakap. Kau ikut saja apa yang mereka cakap.

Itulah diri kau.

Kau tak pernah peduli pasal kau atau orang lain.

Mungkin keluarga kau betul.

Mungkin kau tak patut berkawan dengan aku. Aku ni cuma sampah.

Kau bukan macam tu.

Kau kawan aku. Kawan baik aku.

Whoa!

'Cirque du Freak. Satu malam saja. Persembahan Pelik Yang Terbaik.

'Lima ratus tahun.' Apa ni?

Macam hebat saja.

Aku tak boleh pergi. Aku ditahan dua bulan.

Ya, dan kita bukan kawan lagi.

Apa ni?

Persembahan pelik? Ini dilarang.

Aku harap kau tak terfikir hendak ke sana.

Sebab idea untuk mengambil sekumpulan yang menjijikkan,

pelik, orang kurang upaya dan gunakan mereka untuk wang.. Bukan di sini.

Aku menganggap tiada siapa di dalam kelas ni akan pergi.

Kau tahu, bila bulan berbentuk begitu, itu bermaksud sesuatu.

Aku terbaca pasal tu..

Salah satu buku puntianak kau?

Aku boleh jelaskan.

Steve sangat obses dengan puntianak,

Dan aku pula obses dengan labah-labah.

Entah kenapa. Ia dah macam sebahagian dari kita.

'Balik dalam tiga saat'?

Satu, dua, tiga. Dah tiga saat.

Uh...

Okay.

Aku rasa mereka nak duit.

Hey, aku perlukan dua tiket.

Hey! Hey!

Hey, jangan macam tu. Aku dah bagi duit, kau bagilah tiket tu.

Ow! Whoa!

- Sial! - Apa benda tadi tu?

Hey, jangan macam tu!

Dan dia dah pergi.

- Kau okay? - Ya.

Hello?

Kamu berdua 21 tahun?

Kamu 21 tahun?

Cakap ya.

- Ya. - Ya.

Bagus, Kamu tiada kecenderungan kepada panik,

serangan jantung atau lemah bila cemas, bukan?

Cakap tak.

- Tak. - Tak.

Baiklah.

Masuklah. Persembahan akan bermula.

Selamat datang.

Selamat datang ke Cirque du Freak,

Persembahan pelik tertua yang masih diteruskan di Hemisfera Utara.

Kami sudah menjelajah selama 500 tahun,

Membawakan keganjilan dari generasi ke generasi.

Aku mempersembahkan, Serigala Jadian!

Jangan buat bising.

Dia garu 'barang' dia.

Tidak!

Panggil ambulan!

Semuanya OK. Tak perlu buat begitu.

Budak baik.

Dan duduk.

Puan-puan dan tuan-tuan,

Ratu kita yang mempersona, Corma Limbs.

Dan sekarang artis yang 'kebuluran', Alexander Ribs!

Pelik-pelik, pelik untuk terpelik. Pelik-pelik, pelik untuk terpelik.

Lihat, gula-gula jagung.

Seterusnya, Gertha Teeth!

Dan Rhamus Twobellies!

Aku dah sampai!

Hey, cantik motor!

Janganlah. Itu sangat biadab.

Seterusnya, Evra Budak Ular!

Duduk, Bippo.

Jadi, sayalah Evra Von Britow, dan kita adalah Serpentine.

Siapa 'kita'?

Akan ada jualan CD di lobi selepas persembahan ni.

Bippo! Jangan!

Bippo, ludah balik!

Baiklah, aku sangat teruja kau semua menikmati persembahan ni. Sangat hebat.

Evra, tolong jadi profesional sikit.

Bukan salah aku. Aku cuma nak main muzik.

Kita bincang lepas ni.

Tapi...

Dan sekarang,

yang mengghairahkan, yang eksotik,

yang mendalam, Puan Truska!

Ada sesiapa yang berani untuk menjadi penolong aku?

Sini. Oh, ya.

Mari.

Kau.

Siapa kau?

Nama aku Fred Smith. Aku dari luar bandar.

Larten, habiskan persembahan kau cepat, dan kita tinggalkan bandar ni segera.

Apa? Aku ada seseorang di sini malam ni.

Bersedia untuk seterusnya?

Larten Crepsley dan Puan Octa!

Jangan teruskan. Aku dapat rasa firasat yang buruk.

Kau sentiasa ada firasat buruk, si cantik.

Larten!

Terima kasih, puan dan tuan sekalian.

Aku sangat teruja berada di bandar kecil tak diketahui ni.

yang dulu meriah kini hanya hambar pinggiran.

dipenuhi dengan kedai dan dikelilingi oleh si miskin.

Aku sangat teruja berada di sini.

Dan aku sangat berbangga kerana...

...blah, blah, blah dan seterusnya dan seterusnya, dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, Aku sangat berdukacita kerana ada berita buruk.

Aku sangat berharap untuk persembah lakonan aku, tapi labah-labah aku, Puan Octa,

sudah melarikan diri dari kurungan dia dan masih hilang.

Sila hati-hati bila mengambil barang anda dari tempat duduk masing-masing.

Dia sangat beracun.

Tapi jangan risau.

Malam ini aku akan persembahkan untuk anda beberapa ilusi mengejutkan.

Pertama, arnab dari topi.

Inilah Puan Octa.

Fakta menarik, satu gigitan membawa kematian.

Tapi jangan risau, selagi aku bertenang..

Dia sangat cantik.

Jika hanya aku boleh mendapatkan seruling aku, yang hanya...

Darren. Nama dia bukan Larten Crepsley.

Dia Vur Horsten. Dia adalah puntianak.

Aku nampak lukisan dia dari salah satu buku puntianak aku.

Memang dia. Dia mempunyai parut yang sama,

sama rambut, semuanya sama.

More Malay subtitles for Cirque Du Freak: The Vampires Assistant

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left