ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
SEBUAH KISAH CINDERELLA SEBUAH LAGU DI SUATU KETIKA
Mana sarapan pagi? Saya mahu wafel, spageti.
Spageti wafel.
Victor. Victor. Tolong tunggu di dalam rumah, tolonglah.
Badan saya sedang mengalami kejutan akibat lapar.
Oh, berita buruk. Kucing berak dalam reban.
Tapi saya gunakan selimut awak untuk membersihkannya.
- Kita tidak ada kucing. - Memanglah tidak ada.
Oh, saya... Maaf. Saya tak sangka yang awak dah bangun.
Awak ada janji temu...
...dengan Guy Morgan, saya tak fikir yang awak mahu lewat.
Oh, tengoklah awak berfikir. Comelnya.
Namun saya sentiasa ada masa untuk potret saya.
Cergaslah sedikit. Lukis.
Saya merasakan rohani saya terhalang.
Siapkan mandian bijan untuk saya.
Mandian. Sekarang.
Sekarang, buatkan bonda kelihatan lebih cantik dan kurus.
Serta buatkan air itu lebih senyap.
- Bev, awak dah bangun? - Tentulah saya dah bangun.
Jika saya tunggu awak, saya tidak akan pernah tepat pada masanya.
Kalau begitu, nasib baiklah awak tidak pernah tunggu saya.
Victor, jangan.
Awak mahu segelaskah?
Rasa macam tanah. Ada sedikit rasa ikan. Kemasan kerikil yang cantik.
Awak biarkan Victor masukkan cacing ke dalam pengisar lagikah?
Ya. Maksud saya, tidak.
Maksud saya, ia terjadi begitu saja.
Awak tahu yang tiada apa-apa mampu membunuh saya.
Tiada apa-apa pun.
Cepatlah sedikit, Katie. Saya tidak boleh lewat ke pertemuan ini.
Langgar saja mereka semua jika awak perlu.
AKADEMI SENI WELLESLEY
Helo? Tidak, budak-budak itu tidak perlukan perpustakaan.
Saya dekan, dan dekan dapat apa dia mahu, dan saya mahu mengubah suai.
Awak membosankan.
Saya cuma berterus-terang. Saya tak tahu apa lagi nak beritahu awak.
Saya mahu pejabat saya siap untuk pertemuan saya dengan Guy Morgan.
Tak siap pun. Serta Bollywood sebagai tema untuk majlis tari-menari itu?
Itu benar-benar bukan Amerika. Saya tak peduli jika ia idea saya.
Helo.
Saya Dekan Van Ravensway, dan awak pastinya...
- Guy Morgan. - Oh, ya. Guy Morgan, baguslah.
Awak nampak macam seorang lelaki yang serba tahu.
Malah perkara-perkara yang saya tidak patut tahu sekalipun.
- Saya pula Luke. - Baguslah.
Jadi, beritahulah saya, Guy, adakah ia benar?
Adakah awak pengadil baru di rancangan Idol itu?
Cukuplah sekadar mengatakan yang Randy kini sudah tidak sebulu lagi.
- Sekarang, mari bincangkan anak saya. - Tentu sekali.
- Awak dah periksa jadual awak, Luke? - Ya, sudah.
Malah, saya sebenarnya mahu tambah kelas muzik. Teori muzik...
Wellesley ada program perniagaan yang bagus.
Itulah sebabnya mengapa kita berada di sini.
Ada dua jenis golongan di dalam perniagaan muzik:
Seniman dan ahli perniagaan.
- Luke adalah seorang ahli perniagaan. - Tentulah.
Katie, masuk ke sini. Cergas sedikit. Buatkan diri awak berguna.
Luke perlu dibawa melawati kampus ini.
Jadi sms Bev dan minta dia mengiringi En.Morgan ke sekeliling kampus.
Sekarang, Luke, jika awak ada separuh bakat ayah awak sebagai penerbit...
Masih belum tentu. Dia masih belum layak lagi.
Pernah dengar cerita bagaimana saya bermula di dalam perniagaan ini?
Ya, semua orang dah pernah mendengarnya, Ayah.
Kalau begitu, semua orang patut tahu jalan ceritanya.
Di situlah saya, bekerja untuk The Rolling Stones ...
- ...apabila Mick sendiri... - Ayah.
Baiklah. Seperti kata saya, anak saya masih belum tentu lagi.
Dia baru menerbitkan sebuah album dengan Fruity Dangers ?
Adakah maksud awak, Danger Fruit ?
Rekod itu hebat sekali.
Saya lupa namanya sebab ia langsung tidak membawa untung kepada saya.
Terima kasih. Jarang saya jumpa orang yang pernah dengar album mereka.
Apa, biar betul awak ini? Mereka adalah fenomena kultus.
Maafkan saya. Mengapakah awak bercakap?
Apa yang saya perlukan adalah untuk Luke belajar...
...mengenal pasti bintang yang berdaya maju dari segi komersial.
Pokok pangkalnya adalah imej, bukan?
Saya faham maksud awak. Adakah kita akan ada Demam Bieber jika dia hodoh?
Sebenarnya, dia pun ada iras-iras hobbit sedikit, bukan?
Saya mahu Luke menerbitkan Wadah Semester awak untuk...
...melihat jika dia mampu mengenal pasti bakat yang boleh dipasarkan.
Sayalah yang menerbitkan Wadah Semeter itu.
Saya akan gandakan peruntukan belanja Wadah awak.
Saya akan jemput setiap pencari bakat yang saya kenal.
Ini boleh menjadi permulaan satu perhubungan...
...di antara Wellesley dan Kensington Records .
Nampaknya, kita ada seorang penerbit baru.
Oh, dan ini anak perempuan saya, Bev.
Bev, ini adalah penerbit jualan platinum, pemenang Grammy ...
...dan amat tampan, Guy Morgan.
Bolehkah awak bawa anaknya, Luke, melawati kampus?
Tentulah. Mahukah awak melihat faedah-faedah di Wellesley?
Ya, bagus. Tentu sekali.
- Katie. - Saya suka loghat awak.
- Katie. - Awak nak datang ke rumah malam ini?
Apa yang awak masih buat di sini? Pergi.
Guy dan saya ada perkara yang perlu kami bincangkan. Keluar. Sekarang.
Jadi, guy, awak kena beritahu saya, apa rasanya bekerja di bawah Mick?
Jaga-jaga.
- Bola-bola berbahaya. - Terima kasih.
- Awak beranikan diri dan lakukannya? - Hei!
- Oh, saya lakukannya. - Hei!
- Apa yang terjadi? - Boleh tak berikan bola kami?
Saya tidak berikan CD saya kepada Luke.
Saya selitkan di dalam beg ayahnya.
Namun, Guy Morgan sudah ada peragaan awak. Itu sudah kira hebat.
Apa yang awak perlukan adalah seorang pejuang.
Tidak, apa yang perlukan ialah untuk lulus sekolah.
Awak mahu berikan semula bola kami atau tidak?
Oh, awak mahukan inikah?
Dia tendang, dia jaring gol. Bukannya macam awak, budak bola sepak.
Cakaplah. Adakah Luke Morgan setampan yang semua orang kata dalam Twitter ?
Lebih tampan.
Awak patut ajak dia ke majlis tari-menari itu.
Sebab saya ini amat bersikap terbuka dengan lelaki.
Ada kali pertama untuk semua benda, bukan?
- Hai, Luke. - Helo.
Awak kena dengar peragaan saya.
Ia adalah satu ledakan retro-funk-jazz.
DEWAN WELLESLEY
Jangan kacau. Saya di sini dulu.
Tunggu dulu. Tolong tunggu. Kawan saya belum mahukan peragaan awak lagi.
Pergi jalan. Pergilah. Selamat jalan.
Seronok dapat berbual atau apa-apa entah tadi itu.
- Ya, hai, saya... - Luke Morgan, bukan?
Orang yang menerbitkan Wadah itu.
Rasanya, saya tidak mahu buat Wadah itu, jadi saya perlu biarkan...
Ya, ya. Sekarang, dengar baik-baik. Ada dua jenis orang di sekolah ini.
Ada yang mahu jadi dan ada yang akan jadi.
Awak dan saya, kita adalah akan jadi. Jadi, apa yang kita kena buat?
Kita jauhkan diri daripada yang mahu jadi, faham?
Serta gadis-gadis bernama Yolanda. Ada tiga orang dan mereka dah sah...
Gila? Awak menarik perhatian gadis-gadis gila? Mengejutkan.
Mungkin saya nampak tak seberapa tapi perempuan suka lelaki yang mendengar.
Lagipun, saya cakap dengan awak, biar saya bantu awak cari persembahan.
- Jadi, awak seorang pencari bakat? - Sebenarnya, saya seorang DJ.
- Oh, awak seorang DJ sekali? - Dengar ini.
Okey, ya. Awak boleh jadi amat berguna. Seronok dapat berjumpa awak.
Awak dah ada gadis untuk majlis itu? Sebab saya boleh carikan awak teman.
Tidak payah. Terima kasih.
Namun, apakah yang awak tahu tentang Bev Van Ravensway?
- Saya patut bertemu dia malam ini. - Bev?
- Ya. - Dia seksi...
...tapi gadis itu gila, penuh dengan drama, faham?
Saya bercakap dengan awak dan nama saya pun awak tidak tahu.
- Saya Mickey O'Malley. - Mickey O'Malley.
Sesuatu yang jarang ditemui di dalam masyarakat orang Ireland.
Ini bukannya satu pertandingan Cik Gail.
Tumpukan saja perhatian kepada pernafasan awak.
Punggung saya dah rasa kebas.
Jika punggung awak menderita, maka awaklah yang sedang menderita.
Malah, seluruh hidup awak sedang menanggung derita. Kenapa?
Sebab awak mendambakan perkara yang tidak bermakna.
Adakah awak memanggil saya orang yang berfikiran cetek?
Tidak, saya cakap hentikan idaman awak dan bebaskan punggung awak.
Bebaskannya. Bebaskannya, ya. Bebaskan punggung itu.
Bebaskan punggung itu. Oh, ya, bebaskan punggung itu.
Oh, ya, bebaskan punggung itu.
Puan Van Ravensway?
Bahagian manakah di dalam "jika awak ganggu tafakur saya...
...saya akan simpulkan ekor awak" yang awak tidak faham?
Awak suruh saya beritahu awak apabila makan malam sudah siap.
Oh, syukurlah. Saya sedang mengidam sedikit burbon.
TEMPAT KEJADIAN JENAYAH JANGAN LINTAS
Victor.
- Makan malam sudah siap. - Macamlah saya tidak tahu.
Awak tahu tak betapa besar tekanannya untuk menguruskan akademi ini?
Ya, memang saya belanjakan wang itu di spa.
Lima ribu dolar semalam bukanlah mahal sangat...
...apabila awak fikir alternatifnya iaitu saya mengalami gangguan jiwa.
- Awak buat apa? Saya di telefon. - Saya sedang membersihkan.
Makaroni dan keju.
Saya tidak perlukan kaunseling rohaniah awak.
Saya sedang berfikir untuk memecat awak.
Tetapkan diri Cik Gail atau awak tak akan dapat bersatu dengan semuanya.
Sayang, itulah gunanya saya ambil awak. Sekarang satukan saya dengan semuanya.
Wadah ini membuatkan hati saya panas.
Bagaimanakah ini boleh menjadi kehidupan saya?
Pernah mak beritahu kamu semua masa mak hampir dapat peluang besar?
- Ya. - Bagus.
Kalau begitu, kamu semua tahu jalan ceritanya.
- Saya berbakat dan mereka buat saya... - Bahan ketawa.
Sekarang tengoklah saya.
Saya ada dua orang anak yang tidak mengenang budi...
...seorang budak pembantu yang ketot, berbulu...
...dan seorang Asia memakai kain alas meja yang entah siapa...
- Orang India. - -yang tidak pernah dapat difahami.
Apa kata mak minum segelas lagi.
Katie, pasangkan napkin saya.
Saya perlu menarik perhatian Guy Morgan...
...agar saya boleh berhenti berpura-pura mengambil berat...
...tentang sekolah yang menjengkelkan ini...
...dan kita semua boleh pindah ke Hollywood di mana tiada sesiapa...
...pun berpura-pura untuk mengambil berat tentang apa-apa.
Mak, saya rasa mak terlupa tentang perkara yang paling penting. Saya.
Guy akan berikan saya kontrak sebaik saja dia mendengar saya menyanyi.
- Itu mak tak pasti. - Tidak, saya telah tekun berlatih.
Guru suara saya cakap saya telah menjangkaui ke satu tahap serba baru.
Ya, mak rasa sangsi.
No comments yet. Be the first to leave one.