ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.
Awak ini anjing atau lembu?
Anjing, tapi bukan anjing biasa.
Anjing yang tegang. Tengoklah.
Okey, kita dah sampai.
Najis dah sedia?
Najis sudah sedia.
Wah! Besar mana anjing itu?
Kecil, tapi ada tujuh ekor.
Saya beri tiga sebab kita tak patut teruskan.
Satu, polis. Dua, anjing. Tiga, mereka bersenjata.
JIKA ANDA BOLEH BACA ANDA DI DALAM JANGKAUAN
Tak apa, Dean. Mereka memang patut kena.
Mereka tak pernah beri gula-gula.
Ingat tak semasa kita buat macam ini dulu?
Tangan Dean patah.
Itu sebab dia lari sendirian dan jatuh dalam longkang.
Kalau dia tak tinggalkan kita, dia okey.
Jom, kita teruskan.
Okey.
Lari.
Api semakin marak.
Alamak!
Jangan!
Tahi dalam mulut!
Jom kita lari.
Tak boleh. Ada orang dalam sana.
Jangan tembak! Orang-orang itu bakar rumah awak!
Tiada sesiapa di rumah! Telefon 911!
Kawan, bertenang.
Alamak…
Telefon 911!
Hei, lihat. Mereka ada beri gula-gula.
Matilah kita!
Aduhai. Ayah saya akan bunuh saya.
Cepat, lari. Kita pergi dari sini.
Nanti! Sekejap, saya ada idea.
Siapa ada pen?
Guna anu Wes!
-Cepat, beri saya satu nama. -Zeus.
Nama budak-budak.
-Ricky! -Okey.
Nama keluarga?
Saya tahu. Stanton.
Okey.
Tunggu! Apa? Itu nama keluarga saya.
Habis? Nama awak bukan Ricky.
Cepat, cepat!
Ayuh!
Tengoklah ini.
Jaket si budak itu terbakar semasa dia datang membakar.
Ini yang paling menarik, mak dia tulis nama dia di kolar.
"Ricky Stanicky"? Dungu betul.
Berita buruk, tuan.
Maklumat terbaru, keluarga Stanicky tiada di sini.
Dia mungkin dari luar bandar.
Tak guna.
Saya tak percaya taktik itu berhasil.
Kawan-kawan, kita dah ada sahabat sejati baru.
RICKY STANICKY YANG BUAT!
ITU ANGKARA STANICKY!
RICKY STANICKY ADA DI SINI
RICKY STANICKY YANG BUAT!
ITU ANGKARA STANICKY!
STANICKY MEMANDU!!!
KINI
Nak minum sekejap?
SELAMAT DATANG SI KECIL WHITAKER
Kenapa awak nak minum sekejap…
RICKY HUBUNGI SAYA
…kalau boleh minum lebih lama?
Di Finland, negara paling bahagia, kami cipta minum lebih lama.
Ini saja bir yang tinggal di garaj. Nak saya keluar beli lagi?
Tak apa, sudah cukup.
Awak pasti?
-Ya, cantiknya tempat ini dihias. -Yakah?
Mungkin ini kerja sampingan yang berbaloi.
"Perancang Majlis Bayi Erin dan Dean."
-Saya suka. -Ya.
Ketika itu Gilbert Gains sedar bahawa keganasan samseng boleh dikurangkan
dengan alat muzik trompet terpakai.
-Ini apa? -Rancangan Wira Minggu Ini.
Tentang orang kebanyakan yang buat benda menakjubkan.
Penerbit minta saya hantar idea saya. Dia cakap dia boleh tolong saya.
Awak tunggu apa lagi?
Kalau saya nak MFMBC kenal saya, saya perlukan tugasan yang lebih baik,
tapi saya hanya dapat berita yang tak penting.
Cakap tentang hal itu, boleh tak awak gantung gambar ini?
-Di sana. -Okey.
Gambar JT dan Susan semasa bayi.
Biar betul. JT dilahirkan dengan gigi dewasa?
Taklah, gigi dia comel. Cuba lihat.
Comel? Dia kelihatan macam Hitler kampung.
-Semua bayi comel bagi awak. -Mereka memang comel.
Yalah.
Bersedialah dengan alat kawalan jauh melekit.
Okey, banyak juga kebaikan kalau ada anak.
-Yakah? -Ya.
Saya rasa mak ayah saya tak rasa begitu.
Awak rasa mak ayah awak sengsara ada anak?
Tak kisahlah.
Apa yang kita ada lebih baik. Itu yang selalu kita cakap.
Saya sayang awak.
Awak sayang saya.
Kita sayang Paul.
Kita tak perlu ada sesiapa lagi.
Oh, Tuhan, JT, jangan ganggu saya.
Ini majlis saya. Saya nak minum segelas. Segelas saja.
Dr. Kurihara cakap tak apa. Helo.
Dr. Kurihara berkomplot dengan industri
dan Bidan Maggie cakap awak diet vegan
dan tak boleh minum arak.
Okey, awak bukan Bidan Maggie, awak suami saya.
Ya, saya tahu tapi saya pembantu bidan. Itu tugas saya.
Jangan cakap macam itu, nanti bayi muntah.
Dia boleh muntah di dalam sana?
Nanti, JT pembantu bidan?
Ya, dia nak berbogel semasa bayi dilahirkan.
Bukan berbogel.
Hanya tak berbaju untuk pelukan kulit ke kulit yang pertama.
Untuk kuatkan ikatan kami. Okey.
-Bagus. -Jawablah.
Itu kali keempat Ricky telefon dalam 20 minit.
Tanya dia apa dia nak. Dia asyik telefon saya.
-Yakah? -Ya.
Baiklah.
Stanicky, apa cerita?
Saya ambil teh awak, bukan wain.
Ya, saya sedang buat sesuatu. Saya cuma…
Biar betul?
Okey.
Tolong buat satu perkara.
Suruh sesiapa telefon saya selepas selesai pembedahan.
Awak seorang diri?
Aduhai.
Baiklah, awak bertahan.
Kami akan doakan awak dari sini, kawan.
Sayang awak juga.
Apa yang berlaku? Dia cakap apa?
Benda itu kembali.
-Benda apa? -Barah.
Tuhan. Saya ingat dia dah pulih.
Kasihan dia.
Mereka akan buang satu lagi testikel dia?
Bolehkah begitu? Saya ingat kita perlu sekurang-kurangnya satu.
Apa? Itu buah pinggang, dungu.
Di mana dia?
Dia di hospital di Albany.
Albany? Kenapa dia di Albany?
Dia ke sana dari Nairobi untuk jumpa pertubuhan amal
dan dia kena serangan.
Mereka nak bedah dia malam ini.
Awak patut pergi sana. Kasihan dia seorang diri.
Tak boleh. Bagaimana dengan majlis ini?
Summerhayes pun akan hadir.
Awak risau tentang bos awak? Dia cuma rakan kerja.
Ricky dah bersama awak semua dari kecil.
Pergilah. Saya uruskan Summerhayes.
Apa? Tidak, tidak.
Awak patut telefon dia dan cakap awak ada kecemasan.
Awak pergi dengan Dean.
Biar betul? Kami berdua tak boleh tinggalkan bos.
Ya, awak boleh.
Dia mungkin lega dia tak perlu datang majlis ini.
Okey, nampaknya kita akan pergi ke Albany.
Betul kata awak. Nama Summerhayes yang buat mereka percaya.
Butiran itu yang penting.
Kenapa lambat sangat? Penerbangan lagi sejam.
Kami yang laksanakan rancangan saat akhir bijak kami.
Siapa menyamar jadi Stanicky?
Siapa peduli? Yang penting kita berjaya.
Kita berjaya tinggalkan majlis dan dapat tiket Marc Rebillet!
Macam mana awak dapat?
Malam semalam, rakan sekerja kami patah kedua-dua kaki.
Jatuh pokok semasa ambil belon anak dia.
-Aduhai. -Kita dapat tiket dia.
Awak berdua bertuah.
Benda macam ini selalu jadi pada awak.
Hei, benda baik berlaku pada orang baik.
Ya. Nantikan kami, Atlantic City.
Ayuh kita bergembira di New Jersey!
Tak sama, tapi kepuasannya sama.
Perlu berasmara dari tepi, macam walrus.
Kepala bayi tak penyek?
Saya ada kawan, Liam, kepala dia penyek sebab itu.
Mungkin rahim mak dia pendek.
Saya cuma risaukan Whitaker kecil.
-Awak masih nak guna nama Whitaker? -Ya. Itu nama keluarga.
-Bagus. -Ya, terima kasih.
Awak tahu peraturannya. Matikan telefon supaya tak dijejaki.
Ya.
Baiklah, Wes.
-Wes. -Buka Kitab.
Baik. Apa yang terkini?
Barah Ricky kembali.
-Kasihan. -Ya.
Pembedahan di Albany.
Teruknya. "Pembedahan…"
Nanti, kenapa perlu barah?
Semua orang akan risau. Kita perlu lalui kemoterapi lagi?
Ya, dan itu akan beri kita alasan ke Siri Dunia nanti.
No comments yet. Be the first to leave one.