The Sound of 007

The Sound of 007

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ ഡൗൺലോഡ് ചെയ്യുക

റിലീസ് വിവരങ്ങൾ

The Sound of 007 2022 1080p WEBRip x264-RARBG
കമന്ററി എഴുതിയത് Qu_Zx
Retail Amazon

ടാഗുകൾ

webrip
web
x264
brip
1080
പ്രസിദ്ധീകരിച്ചത്: 2022-10-05
ഡൗൺലോഡുകൾ: 47
ശ്രവണ വൈകല്യമുള്ളവർക്ക്: No

Malay സബ്ടൈറ്റിൽ പ്രിവ്യൂ

ആദ്യത്തെ 200 വരികൾ.

STUDIO AIR

Perbodohkan aku sekali, dua kali Adakah kau kematian atau syurga?

Kini kau tak akan melihat aku menangis

Tiada masa untuk mati

Sebentar.

Sebelum saya mengenali Bond lagi,

muzik ini sudah signifikan dalam hidup saya.

-Mahu berehat? -Ya.

Ya, mari dengar.

Selama bertahun, kami acah-acah menulis lagu Bond

sebab itu merupakan impian kami.

Bagi saya, muzik Bond paling ikonik di dunia.

Saya mula menonton filem Bond…

Rasanya menonton tiket berkembar,

From Russia with Love dan Goldfinger.

Saya belum cukup dewasa untuk membezakan senario muzik pada waktu itu.

Pertama yang saya boleh fikirkan ialah Diamonds Are Forever.

Saya sangat kagum dengan muziknya.

Saya di sambutan hari lahir kanak-kanak.

Mereka keluarkan projektor usang ini.

Tak tahulah siapa fikir ini idea yang bagus

untuk tayangkan You Only Live Twice kepada kanak-kanak. Saya kagum.

Kita menonton imej dan muzik yang menakjubkan ini.

Muzik ini bantu mengharungi zaman remaja saya.

Saya sukakan filemnya, tetapi berbanding plot individu setiap filem,

yang kekal bersama saya ialah muzik Bond.

Untuk filem Bond, ada tiga keperluan:

tema Bond, skor muzik, kemudian lagunya.

Bagi saya, lagu ialah bentuk seni yang amat halus.

Keintimannya itu, dapat bersama anda di mana-mana.

Saya suka lagu Bond.

Mustahil hendak memilih lagu Bond kegemaran.

Saya minat On Her Majesty's Secret Service.

Carly Simon memang hebat.

Artis kegemaran saya, Chris Cornell.

Live and Let Die.

Bagi saya Skyfall, kerana pengaruhnya besar kepada saya.

No Time To Die amat istimewa bagi saya.

We Have All the Time in the World.

Lagu paling emosional, buat saya teringat zaman kanak-kanak.

Kesemua lagu Bond

ialah bukti betapa hebat lagunya hingga bertahan sekian lama.

Muzik filem Bond masih segar walau sudah 60 tahun,

dan itu menakjubkan untuk sesuatu muzik.

Sesuatu yang perlu diraikan.

MUZIK FILEM 007

Semua orang menonton setiap filem Bond

akan menantikan lagu paling popular dalam sejarah filem.

Tema Bond mengisi kehidupan kita sejak sekian lama.

Walaupun bagi anak kecil.

Nadi dan tema Bond.

Apabila Bond melakukan sesuatu yang memang gaya Bond,

hanya ada satu lagu yang boleh dimainkan.

Watak James Bond tak habiskan banyak masa

berbicara tentang tindakan atau perasaannya,

jadi muziknya sentiasa membuat kita

dapat merasai apa yang dialami Bond.

Adrenalinnya, ketegangannya, keseronokan dan kebimbangannya…

Apabila anda dengar tema Bond, terasa bagai menerima suntikan.

Sepanjang 60 tahun dan 25 filem…

JON BURLINGAME PENULIS

…tema James Bond telah menjadi nada ikonik

dan dikenali di serata dunia.

Kita akan tahu lagunya selepas beberapa nada,

walau apa pun susunan bunyinya.

Namun ia memiliki kisah asal paling aneh dan tak masuk akal

dalam sejarah filem.

Untuk tetamu muzikal minggu ini, kami menjemput Monty Norman.

Oh, ia selalu berbisik kepadaku

Tentang waktu dahulu…

Saya asalnya seorang penyanyi dalam kugiran besar.

Sering juga menggubah lagu.

MONTY NORMAN KOMPOSER

Tiba-tiba saya sedar,

boleh buat duit dengan menggubah muzikal pentas,

jadi saya berhenti menyanyi.

Cubby Broccoli menghubungi saya

dan meminta saya ke pejabatnya berjumpa rakan baharunya, Harry Saltzman.

Katanya mereka baru terima novel James Bond karya Ian Fleming

dan akan dijadikan filem. Awak nak buat skor muziknya?"

Kerja-kerja lokasi akan dijalankan di Jamaica.

Dia minta saya ikut sama.

Bawa isteri saya dan semuanya ditanggung.

Takkan saya nak tolak?

Semua orang di Bandar Kingston Kau tahu semua orang meloncat

Melambai tangan keluar dan masuk Sangat mudah meloncat

Keputusan membawa penulis lagu ini ke Jamaica memang tepat,

mengalami sendiri suasana dan menggabungkan pemain

yang berada di Kingston, Jamaica, pada ketika itu.

Seronok di Jamaica.

Ian Fleming mengajak kami ke rumahnya, GoldenEye,

dan bertanya saya tentang muzik.

Saya kata kami akan ke lokasi

semasa Ursula Andress keluar dari laut.

Monty gubah lagu yang indah, Underneath the Mango Tree,

dinyanyikan Ursula Andress semasa dia keluar dari laut

semasa Honey Ryder diperkenalkan.

Berasmara

Di bawah pohon mangga Aku dan sayangku…

Siapa itu?

Lagu itu jadi saat klasik dalam sejarah perfileman.

Baik. Bangun perlahan-lahan dan menghadap dinding.

Monty seorang penggubah lagu hebat.

Jangan bergerak.

Tetapi, beliau kurang selesa semasa menggubah muzik dramatik.

Perlahan-lahan, kawan.

Dia bergelut mencari idea untuk tema watak baharu ini.

Selain diasak kekangan masa.

Saya teringat karya muzikal saya

tentang komuniti India Timur di Trinidad

berjudul A House for Mr. Biswas.

Lagu ini ada bunyi-bunyian India,

tetapi saya cadangkan guna gitar dan bukan sitar.

Lagunya berjudul Bad Sign, Good Sign, dan bunyinya begini…

Saya dilahirkan dengan bersin malang ini

Lebih dahsyat lagi Saya juga dilahirkan ke dunia songsang…

Dan seterusnya.

Bunyinya agak aneh, jika difikir-fikirkan,

seperti watak James Bond.

Ia adalah buah fikiran.

Tetapi pembuat filem sendiri

rasa mereka memerlukan sesuatu yang lebih dinamik.

Ketika itulah mereka teringatkan John Barry.

Terima kasih.

Terima kasih banyak.

Dalam muzik moden hari ini, orang sentiasa mencari apa yang mereka gelar bunyi baru.

Kita ada seseorang yang menemui bunyi baru yang amat mempesonakan.

Hadirin sekalian, John Barry Seven!

Tahun 1962, dia sudah ada beberapa lagu hit

dan merupakan komposer filem yang agak berpengalaman.

Saya terima panggilan telefon pada satu pagi Sabtu

daripada ketua muzik United Artists.

Dia beritahu ada dua lelaki aneh…

JOHN BARRY KOMPOSER

…katanya, bernama Saltzman dan Broccoli,

mereka ada skor muzik untuk filem tetapi sangat tak puas hati.

Mereka nak judul utamanya paling lewat, esok.

Saya tersentak.

Saya memang minat buat filem,

jadi saya telah berjumpa Monty Norman,

dia mainkan beberapa lagu dan saya cakap,

"Jika ini saja masa untuk saya melakukannya,

"saya terpaksa ikut naluri."

Jawapan Monty yang saya ingat sangat, "Saya tak berbangga."

Memang dia tak bangga.

Saya pulang dan mula bekerja.

Kemudian kami masuk studio dan merakamnya.

Kita sedar akan suatu keajaiban pada hari rakaman tertentu.

John Barry guna tema Monty Norman dan gubah susunan yang radikal

kepada sesuatu yang dinamik dan menarik,

malah agak seksi juga,

dengan elemen jaz, pop dan rock.

IAN FLEMING'S DR. NO SEAN CONNERY SEBAGAI 007

Saya ke tayangan perdana, apabila Sean sebut…

Muzik pun bermula…

…reaksinya amat menakjubkan.

Tiada siapa sangka

lagu itu akan jadi melodi paling terkenal di pawagam.

Dan selebihnya, jadi sejarah.

Tema Monty Norman di dalam tangan John…

MUZIK GUBAHAN MONTH NORMAN

…menjadi tema paling dikenali di dunia…

BARBARA BROCCOLI PENERBIT

…dan sudah pun 60 tahun.

Lagu-lagu Bond umpama uji kaji sains.

Kita tak tahu apa hasilnya sehingga mendengarnya,

dan berkata "Itulah lagunya."

Dia selalu berlari sementara yang lain berjalan

Satu tugas luar biasa untuk menggubah lagunya.

Ada unsur seks, kematian, tanggungjawab, pengorbanan,

kucupan dan pembunuhan.

Semua itu mesti ada dalam lagu pop 3.5 minit

kemudian senada dengan nama filem.

Jika tiada ciri-ciri itu, itu bukanlah lagu Bond.

Saya rasa francais Bond ini berbeza kerana

Bond memiliki elemen lagu tema yang hebat.

Apabila filem Bond baharu keluar, kita teruja memikirkan,

SHEENA EASTON PENYANYI

"Apakah lagunya dan siapakah penyanyinya?"

Lagunya sudah tentu provokatif,

jenis yang tetap akan diminati penonton.

Jenis, "Saya tak patut datang, tapi datang juga dan perlu terima."

Tarikan bahan terlarang.

DON BLACK OBE PENULIS LIRIK

Semua lagunya ada kualiti menggoda.

HANS ZIMMER KOMPOSER

Umpama wangian yang dihidu, yang menjanjikan sesuatu.

Unsur yang pasti menjanjikan anda akan patah hati.

Anda juga tak sabar untuk patah hati.

Seolah-olah anda terjun ke dalam dunia Bond.

Misteri, tarikan, pengembaraan, ciri-ciri sensual…

MARYAM D'ABO THE LIVING DAYLIGHTS

Ceritanya jadi igauan kerana Bond akan bersendirian akhirnya,

dan memang bersendirian di akhir cerita.

Seolah-olah anda diberikan jalan masuk ke dalam cerita…

LULU PENYANYI

…dan perlu diterapkan ceritanya ke dalam lagu,

agar tergabung.

Lagu dengan judul yang baik boleh melakukannya.

Lagunya mesti jadi tunjang emosi untuk filem.

More Malay subtitles for The Sound of 007

അഭിപ്രായങ്ങൾ

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left