릴리스 정보

www TamilRockerrs co - Manikarnika The Queen of Jhansi (2019) 720p HDRip [Tamil + Telugu + Hindi] x264 1 4GB ESubs
다음의 해설 Cocobutter

태그

hdrip
HDRip
x264
720p
720
HD
게시일: 2020-12-09
다운로드: 79
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

Sarikata Oleh: Cocobutter - Malaysia Subbers Crew -

India...

..satu tamadun yang kaya dengan budaya dan semangat semulajadi dalam kehidupan.

Negara yang makmur..

..yang sentiasa menerima tetamu dengan tangan terbuka.

Tapi, tetamu yang datang mempunyai niat yang serong.

Dikala kekejaman dan penderitaan mula bercambah di kepekatan malam..

..tanah air ini telah melahirkan..

Manikarnika!

Hairan sungguh!

Jarang garisan nasib seperti ini dapat dilihat.

Dia adalah jiwa yang diberkati.

Kita nak namakan dia apa?

Seperti api abadi di pergunungan suci Manikarnika..

..namanya akan membara dihati setiap orang India.

Tak ada lagi yang lebih sesuai dengannya. Manikarnika, permata para Dewa.

Adakah anak saya akan panjang umur?

Itu, panjang atau tidak. Saya tak tahu

Tapi namanya pasti akan diingati di dalam sejarah.

Seperti Dewa Rama.

Dia seorang yang tegas.

Harimau, lari!

Saya tak nampak apa-apa pun. Hanya peluh kamu saja yang menitis.

Saya nak beritahu ni, kaki saya pun menggigil juga.

Manu!

Manu!

Berikan saya ramuan tu.

Ini, Manu.

Oh! Kamu hanya nak tenangkan dia.

Kenapa kamu tak bunuh saja dia?

Saya tak berniat nak bunuh dia, saya cuma nak selamatkan kampung.

Lepaskan dia di dalam hutan.

Supaya dia gembira di tempat asalnya,

..manakala orang kampung selamat dirumah mereka.

Terima kasih!

Kamu dah selamatkan ternakan kami.

Dan anak-anak kami juga selamat.

Encik, tolong datang ke sini.

Tunggu di sini.

Salam.

Siapa gadis berani ini?

Manikarnika.

Ketua Menteri Bithoor yang membesarkan dia.

Dia ialah anak perempuan Moropant.

Dia bukan dari puak pahlawan tapi dia ada kualiti seorang askar yang hebat.

Dia masih belum berkahwin kan?

Belum tuan.

Dewa Shiva, dikuniakan kalung ular.

Disucikan dengan air yang mengalir di bawah kunci.

Menari dengan garang, mengikut rentak gendang.

Rahmatilah kami, oh Dewa.

Permaisuri, ada berita penting.

Khabarkanlah.

Di mana putera?

Apa lagi yang beta boleh katakan?

Kamu pun tahu dunianya, seni, sastera dan musik.

Bonda Permaisuri, benar, tapi..

Semua itu hanya alasan.

Kita menerima beberapa perutusan dari pihak British.

Mereka memerhatikan Jhansi seperti Sang Helang.

Dixit-ji, jika Jhansi masih tidak mempunyai pewaris..

..ia pasti akan dirampas seperti Berar dan Awadh.

Jangan bimbang.

Patik dah jumpa seorang gadis yang boleh menyelesaikan masalah kita.

Betulkah?

Tapi Dixit, adakah gadis ini sesuai untuk keluarga Navalkar?

Patik tak tahu tentang keluarganya.

Tapi patik pasti yang dia calon sempurna untuk Jhansi.

Tak lupa juga, kita tak pernah..

..dapat bayaran pencen kita tepat pada masanya.

Ianya memalukan jika kita tanya pada kakitangan British tentang hal itu.

Dan Ketua, kita mesti maklumkan pada mereka..

..yang kakitangan British telah mengganggu orang-orang kita.

Baiklah.

Dan juga, pihak Syarikat telah pun menerima secara sah anak angkat saya, Nana-sahib..

..tapi pekerja tempatan tidak berunding dengannya dalam urusan kerajaan.

Di mana Nana?

Dia perlu tandatangan surat ini.

Ya.

Tatya sedang mengajar ilmu pedang kepada Nana dan Rao.

Jangan hayunkan pedang kamu seperti perempuan.

Jika kamu berlawan seperti ini, musuh pasti akan dapat membunuh kamu.

Sedia!

Sedia!

Dixit, gembira berjumpa kamu.

Tapi, apa sebabnya kamu ke sini?

Ketua Menteri, saya datang untuk meminta sesuatu yang berharga.

Dixit, Syarikat telah pun merampas Pune.

Istana, harta malah darjat saya juga telah dirampas.

Malah, mereka kurniakan saya satu perkampungan kecil di Bithoor.

Apa yang Jhansi mahukan dari kami?

Manikarnika.

Kamu dah bertemu dengan Manu?

Ketua, penyatuan ini bukan untuk kamu dan saya, ianya untuk tanahair kita.

Pihak British sudah menyasarkan Jhansi.

Seterusnya!

Abang, saya nak tunjukkan bagaimana seorang gadis berlawan.

Saya hanya ayah kandung Manu, Dixit.

Tapi kamu yang membesarkannya.

Keputusan kamu, adalah keputusan saya juga.

Manu...

Maafkan saya.

Jika kami tahu kamu akan datang, kami akan berpakaian lebih sesuai.

Moropant, ini adalah cara terbaik untuk memperkenalkan Manu.

Dixit, inilah anak perempuan saya.

Satu dalam sejuta.

Kenapa? Ada pertandingan antara kamu bertigakah?

Ketua, kamu nak cuba nasib kamu?

Manu!

Ayah, kamu juga..

Tatya, Nana, Rao...

..sesiapa yang berjaya merampas pedangnya..

..untuk ayah, akan dapat memiliki gajah ayah.

Ini, sayangku.

Gajah ayah ini sudah jadi milik kamu.

Saya tak pernah memiliki seekor gajah.

Saya berlawan untuk mendapat restu dari ayah.

Dixit, tak ada sesiapa pun seperti Manu saya ini.

Saya terima lamaran kamu.

Tapi, biar saya tanyakan pada Manu dahulu.

Jhansi sedang menunggu Manikarnika mereka.

Kali ini pun kamu tak berjaya dapatkan buku yang saya inginkan.

Kamu lupakah?

Hari di mana kamu mendapat Harshcharita, ianya pasti akan diingati.

Selalunya buku yang datang kepada saya.

Kali ini, saya yang kena datang untuk mereka.

Kenapa ni?

Ada lamaran untuk kamu.

Dari Jhansi?

Adakah saya membebankan ayah hingga ayah nak hantar saya pergi jauh?

Kasih sayang kamu telah membuat dia lupa adab sopannya, Ketua.

Kenapa?

Ayah telah membesarkan saya seperti seorang pejuang.

Tak pernah ayah lupakan saya.

Tapi itu tak bermakna, saya tahu cara ayah.

Saya tak tahu bagaimana nak jadi permaisuri.

Manu...

Anakku, itu tidak penting.

Ingat satu perkara saja..

..berikan tanahair kamu kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Itu yang ayah selalu katakan pada saya.

Ingat, ingat, cintailah tanahairmu.

Sama ada aku hidup atau mati, negara ku tetap wujud.

Nyatakan cintamu untuk tanahairmu!

Sama ada aku hidup atau mati, negara ku tetap wujud.

Selamaya, aku hidup dalam cerita yang gilang gemilang.

Sama ada aku hidup atau mati, negara ku tetap wujud.

Ambillah setiap titisan darahku.

Dan biarkan hujan turun.

Membasahkan aku dari kepala hingga ke kaki.

Untuk negaraku, aku sanggup berdarah kembali.

Ini untuk cinta pada negara, pandangan yang utuh.

Sama ada aku hidup atau mati, negara ku tetap wujud.

Adakah negeri Jhansi itu indah?

Sebaik saja kamu menjadi permaisuri, adakah kamu akan lupakan kami?

Kashi, bolehkah saya lupa?

Ketua hantar kamu bersama saya.

Kamu seperti bayang-bayang saya.

Salam, Puan Manikarnika.

Ini adalah Sundar dan saya adalah Mundar.

Atas arahan Bonda Permaisuri, kami sedia berkhidmat.

Agar puan tak akan rindukan Bithoor langsung.

Ini adalah Baadal.

Ia kuda yang sangat degil.

Entah kenapa, Maharaja masih lagi menyimpannya.

Tak ada siapa yang mampu untuk menunggangnya.

Jangan Manu.

Salam.

Moga panjang umur, anakanda.

Bukalah, ini adalah hari perkahwinan anakanda.

Seluruh Jhansi akan memandang anakanda.

Hari ini, jangan pakai gelang ini.

Kami boleh tinggal di India, terima kasih pada orang seperti kamu.

Jika tidak, sudah lama mereka halau kita dari sini.

Kamu akan di beri ganjaran yang besar.

Semua orang akan dapat!

Rampasan ini akan diagihkan dengan sama rata.

Rampasan?

Di agihkan?

Saya tetap akan berikan hak kamu tu.

Gangadhar dapat kedua- duanya, duit dan gadis.

Walaupun orang luar, kamu masih fikirkan kebaikan saya.

Tetapi, orang saya sendiri tidak pedulikan saya lagi.

Terus gembirakan saya, dan saya berjanji akan serahkan takhta.

Putera, tengoklah apa yang berlaku.

Kuda degil itu..

Siapa yang menunggangnya?

Dia ialah menantu Jhansi yang baru.

Manikarnika.

Nampaknya dia akan halau lelaki keluar dari Gangadhar.

Kamu pasti akan perlukan kami.

Puan Manikarnika, apa yang puan buat?

Sedang mengeringkan inai.

Dia kena belajar cara hidup di istana.

Dengan kedudukannya yang baru, pasti akan ada angin perubahan.

Tidak, bonda.

Mari kita alu-alukan perubahan itu.

Biarkan udara baru dan segar masuk ke dalam istana.

Jangan bergerak, kami tak nampak pasangan DiRaja.

- Macam mana kami nak nampak jika kamu bergerak cepat sangat? - Diam.

More Malay subtitles for Manikarnika: The Queen of Jhansi

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left