처음 200줄입니다.
Awak bertuah.
Awak cuma boleh minum di sini.
Awak dari Muzu?
Awak tak nampak macam puak Khitan.
Awak daripada puak Mohe?
Ya Tuhan, awak ada pedang. Awak seorang pahlawan?
Wain ini tak sedap dan awak banyak bercakap.
Ada orang mati?
Atau awak telah bunuh seseorang?
Cuma ada dua jenis orang yang melalui tempat ini
walaupun dalam cuaca begini.
Sama ada orang itu telah bunuh seseorang atau mereka akan mati.
Walaupun mulut awak tak guna dan banyak bercakap,
awak masih hidup lama.
Nak saya potong lidah awak
supaya awak hidup lebih lama?
Lidah tua ini tak tahu rasa wain yang enak,
tapi mungkin ia boleh membantu.
Nampaknya sudah lama awak berkelana.
Awak nak ke mana?
Saya cari rumah tamu.
Saya dengar ada rumah tamu
di tanah gersang ini untuk roh orang mati.
Nampaknya awak sedang mencari Rumah Tamu Bulan.
Awak tahu?
Ia rumah tamu untuk roh yang masih ada di dunia ini.
Di mana rumah itu? Ke mana saya harus pergi?
Awak tak layak. Cuma orang mati boleh masuk.
Seperti mereka semua.
Ada berapa roh dalam keranda ini?
Mereka mati disebabkan saya.
Siapa lagi yang awak bunuh untuk orang yang sudah mati?
Diam. Beritahu saya cara untuk ke sana.
Bulan purnama?
Itu bulan yang dipenuhi dendam.
Beritahu saya.
Saya akan bertanggungjawab
atas orang yang saya bunuh.
Awak tak boleh uruskan diri sendiri,
tapi awak nak bertanggungjawab atas nyawa orang lain?
Saya akan potong lidah awak
jika awak cakap begitu.
Beritahu saya jalannya.
Jika cuma roh boleh menemuinya,
saya sanggup bunuh diri.
Kasihan awak.
Awak nak tebus kesilapan dengan membunuh diri.
Itu perkara yang sia-sia.
Nyawa saya satu-satunya benda
yang masih boleh dikorbankan.
BULAN PURNAMA
Rumah Tamu Bulan
adalah tempat roh orang mati berkumpul.
Roh yang berkelana akan ke sana secara sukarela.
Mereka juga orang yang awak telah bunuh.
Adakah ini tempatnya?
Adakah saya bunuh semua orang?
Adakah saya hantu jahat?
Dan saya sendiri datang ke Rumah Tamu Bulan ini?
Sombong dan dungu.
Awak manusia menyedihkan yang kasihan pada diri sendiri.
Awak telah menemui tempat untuk menebus dosa-dosa awak
jadi tebuslah dosa-dosa itu.
BULAN PURNAMA
RUMAH TAMU
Rumah Tamu Bulan yang menjadi tempat berteduh orang mati
sudah mempunyai pemilik baru.
Marilah ikut saya
ke tempat yang lebih selesa.
TAHUN 1998
Anakku.
Ayah tak mampu beli jajangmyeon pada hari jadi awak.
Tak mengapa, saya tak lapar.
Untuk jajangmyeon .
- Encik. - Anakku.
- Ini duit encik. - Terima kasih.
Ya Tuhan, awak budak yang sangat baik.
Dahi awak luas dan mata awak bersinar.
Wajah awak membawa tuah.
Hari ini hari jadi awak?
Beritahu tahun dan waktu awak lahir.
Kami tak nak bunga. Pergi dari sini.
Ya Tuhan, awak sangat malang
kerana mempunyai ayah seperti dia.
Tapi hubungan ini tak malang.
Hidup susah semasa kecil bermakna awak takkan bernasib malang
pada masa depan.
Malang?
Awak cakap begitu untuk jual bunga?
Tak apa, ayah akan cari duit dan belikan awak hadiah.
- Hadiah? - Bunga!
Bunga adalah hadiah hari jadi terbaik.
Saya tak nak beli bunga awak!
Ayah boleh berikan bunga.
Tapi ayah boleh petik, tak perlu beli.
Jangan buat jahat untuk cari duit.
Ya Tuhan.
Awak jangan risau tentang itu.
Cari di kawasan sekeliling. Ada apa-apa?
- Di sana. - Lihat di sana.
PARAMEDIK 911
PARAMEDIK 911
MEI 1927, FEBRUARI 1897, SEPTEMBER 1932, SEPTEMBER 1950
HOTEL DEL DUNA
RUMAH TAMU BULAN PURNAMA
Cik Jang, awak dah bangun?
Hari ini bulan purnama, jadi pasti ada ramai tetamu.
Apabila bulan terang, mereka akan nampak bangunan ini.
Mereka akan datang ke sini dari serata tempat.
Baiklah, saya akan nyalakan papan tanda hotel.
Buka pintu hotel.
Angin saya tak baik semasa bulan purnama.
Ia lebih teruk hari ini.
Jangan terima tetamu yang mengerikan.
Kita tak boleh pilih tetamu...
Jangan terima.
Orang mati tak perlu terburu-buru.
Saya akan pastikanawak tak terserempak dengan mereka.
Bulan tak guna.
Saya bencikannya.
HOTEL DEL LUNA
HOTEL DEL LUNA
Jangan lari! Berhenti!
Ya Tuhan.
Alamak, saya hampir mati.
Itu apa?
HOTEL DEL DUNA
Adakah saya perlu bayar untuk masuk?
Seorang diri?
Sudah berapa lama awak mati?
Sudah 10 hari.
Nampaknya itu lif.
Ya Tuhan, bangunan ini sangat besar.
Adakah saya perlu bayar untuk duduk?
Awak tak apa-apa? Awak nampak tak sihat.
Kenapa awak basah kuyup?
Sungai Han.
Sungai Han?
Dia main dalam air pada waktu malam?
Hotel ini mahal?
Saya perlu bayar untuk duduk di lobi?
Saya tak tahu. Ini kali pertama saya ke sini.
Apa yang berlaku
kepada awak?
Saya terjatuh dari tangga.
Sudah lama tiada hantu yang basah kuyup.
- Hantu basah kuyup? - Ya.
Hantu itu nampak mengerikan?
Dia agak mengerikan...
Cik Jang tak sihat hari ini.
Bawa dia ke biliknya sebelum Cik Jang nampak.
Okey, tuan.
Kenapa tuan?
Tetamu yang lalu tadi...
Dia tak patut ada di sini. Ini bukan tempatnya.
Adakah itu bermaksud
dia belum mati?
Dia masih hidup?
Jika Cik Jang nampak dia, dia akan mati.
Kita perlu bawa dia keluar.
Saya perlu bersembunyi di sini.
Boleh saya sorok di tandas?
Idea yang bagus. Mari ke tandas.
Adakah ini emas?
Ya Tuhan, ia nampak mahal.
Tidak, ia tak penting.
Jumpa lagi nanti.
KOLAM RENANG
Kenapa ada laut di sini?
Awak nak berenang di sini?
Kami boleh pinjamkan baju.
Nombor bilik awak?
Tak mengapa.
Selamat datang.
Saya tak sangka bangunan ini tinggi.
Ia sangat aneh.
Ia menakutkan.
Ada manusia di sini?
Dia sedang merayau-rayau
tanpa mengetahui apa tempat ini.
Jika dia tak keluar, dia akan mati.
Dia cuma akan mati,
tapi kita akan dimarahi oleh Cik Jang.
Dia akan ungkit selama 50 tahun.
Kamu tahu apa dia akan cakap.
Inikah usaha terbaik kamu?
Kamu sangka saya main-main?
Jika kamu ulangi kesilapan ini,
saya akan hantar kamu semua ke alam barzakh.
Kamu faham?
Tak mungkin.
Ini kesilapan saya. Apa harus saya buat?
Ya, ini silap awak.
- Awak yang bersalah. - Apa?
Saya tak boleh bertanggungjawab. Saya ada kerja di sini.
Saya tak nak dihantar ke alam barzakh.
Habislah saya.
Kenapa manusia itu perlu datang ke sini? Tak guna.
Pasti Cik Jang akan sedar
ada manusia merayau-rayau di hotel ini.
No comments yet. Be the first to leave one.