Lincoln

Lincoln

Malay 자막 다운로드

릴리스 정보

Lincoln 2012 WEBRip iTunes
Lincoln 2012 WEB-DL iTunes
다음의 해설 ChristopherCavco
Malay

태그

Web-DL
web-dl
web
WEB-DL
webrip
BRip
게시일: 2021-07-17
다운로드: 34
청각 장애인용: No

Malay 자막 미리보기

처음 200줄입니다.

DARI AWAL-AWAL LAGI

EKSPERIMEN RAKYAT AMERIKA DENGAN DEMOKRASI

DIANCAM OLEH PERGOLAKAN DALAMAN

TENTANG SOAL HAMBA ABDI.

BOLEHKAH KERAJAAN MENYATUPADUKAN SEPARA HAMBA DAN SEPARA BEBAS?

SEMENTARA SETIAP CUBAAN UNTUK BERMUAFAKAT GAGAL,

PENENTANGAN ANTARA SELATAN BERHAMBA DAN UTARA YANG BEBAS

MENJADI SEMAKIN GANAS

SEHINGGA 11 NEGERI SELATAN MENINGGALKAN KESATUAN

DAN PERANG MELANDA.

Sesetengah kami mengikut Pasukan Berkulit Hitam Kansas Ke-2.

Kami melawan askar Gabungan di Jenkins Ferry April lalu...

...selepas mereka membunuh setiap askar Negro yang ditangkap di Poison Springs.

Jadi di Jenkins Ferry, kami tak nak menangkap askar Gabungan.

Dan kami tak membiarkan mereka hidup.

Sesiapa yang tak mati hari itu, menyertai pasukan ke-116 A.S. Berkulit Hitam, tuan...

...dari Kem Nelson, Kentucky.

Siapa nama awak?

Prebet... Harold Green, tuan.

Saya Korporal Ira Clark, tuan. Pasukan ke-5 Massachusetts.

Kami menunggu di sana.

Kami meninggalkan kuda kami, bertolak dengan Infantri ke-24...

...untuk serangan minggu depan terhadap Wilmington.

Dah berapa lama awak menjadi askar?

2 tahun, tuan.

Infantri Berkulit Hitam ke-2 Kansas bertempur dengan gagah di Jenkins Ferry.

Betul, tuan.

Mereka membunuh beribu-ribu askar Pemberontak, tuan. Mereka amat berani.

Dan gaji mereka $3 kurang daripada askar berkulit putih.

Kami pasukan ke-2 Kansas--

$3 lagi ditolak dari gaji kami untuk pakaian seragam.

Betul, tapi--

Gaji yang setaraf sekarang, tapi masih tiada pegawai Negro.

Saya sedar tentang itu, Korporal Clark.

Baguslah tuan sedar, tapi...

Adakah serangan Wilmington--

...kini orang putih dah biasa melihat lelaki Negro dengan senapang...

...berjuang bagi pihak mereka, dan mereka boleh menerima askar Negro bergaji setaraf...

...mungkin beberapa tahun nanti, mereka boleh menerima leftenan dan kapten Negro.

Dalam 50 tahun, mungkin kolonel Negro.

Dalam 100 tahun... hak mengundi.

Apa yang awak akan buat selepas perang?

Bekerja, tuan.

Mungkin tuan akan mengupah saya.

Mungkin.

Tapi tuan harus tahu, saya tak suka bau penggilap kasut...

...dan saya tak reti menggunting rambut.

Saya belum jumpa orang yang reti gunting rambut saya.

-Rambut tuan agak anjal untuk orang putih. -Ya.

Tukang gunting saya yang dulu telah membunuh diri.

Dan yang seorang sebelum itu. Dia mewariskan guntingnya kepada saya.

-Presiden Lincoln. -Selamat malam.

Kami nampak tuan, dan...

-Kami di-- -Kami di Gettysburg.

Kamu berjuang di Gettysburg?

Tak, kami baru mendaftar bulan lepas.

Kami nampak dia di majlis dedikasi kubur.

Kami dengar ucapan tuan. Berapa tinggi tuan?

Diamlah.

-Kamu boleh dengar apa saya cakap? -Tak berapa, tuan.

"Lapan puluh tujuh tahun yang lalu, nenek moyang kita telah membina di kontinen ini...

...negara baru, hasil daripada kebebasan dan kepercayaan bahawa orang adalah setaraf.

Bagus. Terima kasih.

"Kini kita terlibat dalam perang saudara, menguji sama ada negara ini...

...yang berwawasan dan berdedikasi, boleh bertahan lama.

Kita bertemu di medan perang pertempuran itu."

Bagus, terima kasih.

"Kita datang untuk menujukan sebahagian medan itu...

...sebagai tempat persemadian bagi mereka yang mengorbankan nyawa untuk negara."

Pak cik dia mati pada hari kedua pertempuran itu.

Saya tahu bahagian terakhir.

Kompeni bertolak!

Baik kamu pergi cari kompeni kamu. Dan terima kasih.

Terima kasih, tuan. Tuhan merahmati tuan.

Tuhan merahmati awak juga.

"Kita berazam bahawa mereka takkan mati dengan sia-sia.

Bahawasanya negara ini, di bawah kuasa Tuhan, akan menzahirkan kebebasan baru...

...dan kerajaan, daripada rakyat, demi rakyat...

...tidak akan pupus dari bumi ini."

JANUARI 1865

2 BULAN TELAH BERLALU SEJAK PEMILIHAN SEMULA ABRAHAM LINCOLN

PERANG SAUDARA AMERIKA KINI MEMASUKI TAHUN KE-4

Ia waktu malam.

Kapal digerakkan oleh sesuatu kuasa...

...pada kelajuan yang pantas.

Walaupun tak kelihatan dalam kegelapan, saya tahu kita menuju ke darat.

Tiada orang lain yang berada di atas kapal itu.

Saya sedar tentang kesendirian saya.

"Aku mungkin dikurung dalam kulit kekeras menganggap diriku memiliki ruang luas...

...jika bukan kerana aku dibuai mimpi ngeri."

RUMAH PUTIH

Saya rasa kelajuan itu yang aneh bagi saya. Saya dah biasa tak tergesa-gesa.

Saya tak sepatutnya membebankan awak. Saya tak patut menceritakan mimpi saya.

Saya tak nak dikurangi beban jika awak juga merasainya.

Mungkin ia...

...disebabkan oleh serangan terhadap Pelabuhan Wilmington.

Awak mimpikan kapal sebelum pertempuran, biasanya.

Bagaimana kepala awak?

Sakit sekali.

Dah 2 tahun tapi masih tak baik juga.

Satu lagi mangsa peperangan.

Siapa nak dengar wanita tua merungut tentang kemalangan kereta kuda?

-Saya. -Mengarutlah.

Awak beritahu saya mimpi awak saja. Saya tukang tilik awak.

Itu saja yang saya boleh buat sekarang. Saya tak boleh dipercayai...

walaupun sebenarnya ia bukan kemalangan kereta kuda.

-Walaupun ia cubaan untuk membunuh. -Kemungkinan besar ia kemalangan.

Ia seorang pembunuh yang sasaran sebenarnya ialah awak.

Bagaimana perancangan untuk majlis itu?

Saya tak nak cerita pasal majlis. Saya tak peduli pasal itu.

Tak berapa penting, tapi ia satu kewajipan.

Saya tahu.

Saya tahu apa maksud kapal itu.

Bukan Pelabuhan Wilmington. Bukan kempen ketenteraan.

Ia pindaan untuk menghapuskan perhambaan.

Itu sebabnya awak memaksa saya menjemput parti pembangkang ke rumah saya.

Awak akan cuba meluluskan pindaan itu di Dewan Rakyat...

...sebelum tamat penggal? Sebelum Upacara Perlantikan?

Jangan habiskan banyak duit untuk benda remeh.

Tiada orang yang disayangi lebih daripada awak.

Tiada orang begitu disayangi rakyat.

Awak boleh buat apa saja sekarang.

Jangan bazirkan kuasa itu pada pindaan yang dah tentu akan gagal.

Awak ingat tak Robert balik untuk majlis itu?

Saya tahu awak tentu lupa.

Itulah kapal yang awak layari-- Pindaan ke-13.

Awak tak perlu beritahu yang saya betul. Saya dah tahu.

Dah lewat, Pn. Keckley.

Puan memerlukan ini untuk majlis nanti.

Ia kerja yang memakan masa.

Selamat malam.

Tuan ada beritahu dia bermimpi?

Anak Hamba Abdi, Umur 12 - $600

Dua budak kecil - $700

Ayah.

Saya nak jumpa Willie.

Ayah juga, Taddie, tapi tak boleh.

Kenapa?

Willie dah mati. Dah 3 tahun dia meninggalkan kita.

Tugas saya ialah untuk menaikkan bendera.

Yang saya akan lakukan, jika tiada kerosakan pada mesin.

Dan apabila ia dah dinaikkan...

...tugas rakyat adalah untuk mengekalkannya di atas.

Itulah ucapan saya.

Kami datang, Bapa Abraham

300,000 orang lagi

Dari sungai berbelit Mississippi Dan dari pantai New England

Kami meninggalkan bajak dan bengkel Isteri kami--

Walaupun jika semua Republikan di Dewan menyokong undi ini--

...yang agak mustahil, sejak bila parti kita bersatu menyokong sesuatu?

Tapi andaikan semua Republikan menyokongnya.

Kita masih kekurangan 20 undian.

-20 saja? -"20 saja"?

Kita boleh mendapatkan 20 undian.

20 Demokrat mengundi untuk menghapuskan perhambaan? Pada pendapat saya--

Yang saya sentiasa dengar.

-Atau berpura-pura dengar. -Dengan ketiga-tiga telinga saya.

Kita akan memenangi perang ini tak lama lagi. Tak boleh dinafikan, kan?

Kita belum menang lagi.

Tuan akan memulakan penggal ke-2 dengan sanjungan rakyat.

Bayangkan kemungkinan yang akan dibawa oleh kedamaian.

Kenapa mencemar kegemilangan tuan dengan perbalahan dalam Dewan?

Ia kumpulan bodoh yang sama yang telah menolak pindaan itu 10 bulan lalu.

Kita akan kalah.

Saya rasa peluang kita baik sekarang.

Pertimbangkan halangan yang kita akan hadapi.

Majoriti dua pertiga diperlukan untuk meluluskan pindaan.

Kita ada majoriti Republikan, tapi tak lebih dari 50%.

56.

Kita memerlukan sokongan Demokratik. Tiada yang nak menyokong.

Sejak kali terakhir Dewan mengundi, pilihan raya telah dilangsungkan.

64 Demokrat kehilangan kerusi Dewan pada bulan November.

Itu 64 Demokrat yang akan mencari kerja pada bulan Mac.

Mereka tak risau tentang pemilihan semula. Mereka boleh mengundi sesuka hati.

Tapi kita tak boleh membeli undi untuk pindaan ini. Ia terlalu penting.

Saya tak kata nak beli apa-apa. Saya cuma kata kita memerlukan 20 undi.

Bermulanya penggal ke-2 saya, banyak jawatan untuk diisi.

Tuan Presiden, saya mempersembahkan En. dan Pn. Jolly dari Missouri--

Dari Jeff City, Presiden.

En. Jolly.

Puan.

Dan ini ialah Setiausaha Negara Seward.

Jeff City?

Saya pernah dengar kisah seorang peguam Jefferson City...

...yang ada seekor burung kakak tua...

...yang akan membangunkan dia setiap pagi dengan menjerit...

"Hari ini dunia akan kiamat, seperti yang diramalkan oleh kitab."

Dan pada suatu hari...

...peguam itu menembaknya, demi ketenangan, saya rasa.

Dengan itu memenuhi, sekurang-kurangnya bagi burung itu, ramalannya.

Hanya ada satu pondok tol di Jeff City, ke arah barat daya...

...dan lelaki bernama Heinz Sauermagen dari Rolla memiliki secara haram untuk 2 tahun...

...sejak pegawai tuan iaitu Jeneral Schofield menghantar dia ke sana.

Tapi Presiden Monroe memberikan pagar tol itu kepada datuk saya...

...dan Quincy Adams...

...memberi ayah saya surat yang berkata ia milik kami.

Pn. Jolly ada-- tunjukkan En. Lincoln surat daripada Quincy Adams.

Tak perlu. Beritahu saja apa yang awak nak daripada saya.

Emfisema En. Jolly tak tahan dengan asap cerut.

Puan tahu tak tentang Pindaan ke-13 yang sedang dicadangkan?

댓글

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left