Ulajh

Ulajh

Malay 字幕をダウンロード

リリース情報

[𝐂𝐨𝐟𝐟𝐞𝐞𝐏𝐫𝐢𝐬𝐨𝐧] 𝐔𝐋𝐀𝐉𝐇 (𝟐𝟎𝟐𝟒) 𝐇𝐈𝐍𝐃𝐈 𝐍𝐅𝐗 𝐖𝐄𝐁
解説: Coffee_Prison
𝗥𝗘𝗧𝗔𝗜𝗟 𝗡𝗘𝗧𝗙𝗟𝗜𝗫 >> 𝟬𝟮:𝟬𝟴:𝟰𝟰 ➖ 𝘛𝘦𝘳𝘫𝘦𝘮𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘢𝘵𝘢 𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘏𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘐𝘥𝘳𝘪𝘴

タグ

webdl
公開日: 2026-08-17
ダウンロード: 0
聴覚障害者向け: No

Malay字幕のプレビュー

最初の200行です。

Ia satu kesilapan, Su.

Awak tak nak jawab panggilan saya sekarang?

Kita dah lama bersama.

Awak ingat saya jenis yang akan curang?

Awak fikir kenapa ini berlaku?

Saya kesunyian, Su.

Kalau awak berikan perhatian kepada saya, awak ingat saya akan curang?

Masalahnya ialah awak tak pernah mengutamakan saya.

Kekasih sebenar awak ialah negara awak.

Sebab itu saja cara awak boleh buat ayah awak gembira.

Dan jika ayah awak tak gembira…

Mesyuarat Hal Ehwal Luar pada pukul 9:00 pagi. Jangan lewat!

Kita patut tetapkan strategi kita sebelum mesyuarat itu.

Jika Nepal cenderung ke arah China, kita perlu gunakan…

Bertenang.

En. Khurana akan uruskannya.

Awak di situ untuk memerhati saja.

Tonton siaran berita, Suhana.

Seperti Pakistan, Nepal akan ikut juga.

Jumpa nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan,

sila berikan tepukan gemuruh

kepada Perdana Menteri baru Pakistan,

En. Shahzad Alam!

- Hidup… - Shahzad Alam!

PERDANA MENTERI PAKISTAN

Sejak Pakistan merdeka,

negara barat telah menggunakan kita

sebagai bidak mereka.

Namun sebagai Perdana Menteri baru Pakistan, saya berjanji

kita akan mengorak langkah baru yang berani.

Jalan sesak sangat hari ini, geram betul…

Ya, salahkan jalan sesak!

Jangan risau, saya akan letakkan lilin.

Awak tahukah berapa banyak lilin kita perlukan?

Berapa batang?

Pakistan baru takkan berperang

tetapi akan mencari penyelesaian diplomatik.

Sempadan kita akan aman.

Dan dengan semangat keamanan ini,

kita akan pulangkan

pengganas Yaseen Mirza kepada India.

Awak nak kek? Awak pula?

Yaseen Miyaan.

Berdiam diri dan anak-anak awak akan sambut lebih banyak hari jadi.

Cakap apa-apa,

semua keturunan keluarga awak akan lenyap

di kedua-dua negara.

Tuhan merahmati awak.

Dengan menyerahkan Yaseen,

kita boleh mengalu-alukan satu era persahabatan yang baru

antara Pakistan dengan India.

- Hidup… - Pakistan!

Jalan.

Ke tepi.

- Berundur! - Mari.

Awak juga, ke belakang!

Tuan, China menggunakan strategi yang sama

semasa perjanjian Pelabuhan Hambantota.

Mereka janjikan Sri Lanka bantuan tanpa hutang

tapi tengoklah masalah mereka sekarang.

KEMENTERIAN HAL EHWAL LUAR

Dana bantuan gempa bumi mereka akan melumpuhkan awak…

Duta Khurana,

Nepal ini bukannya Sri Lanka.

Kami tahu dan faham isu-isu sempadan kami.

Awak di sini untuk mengetengahkan kepentingan India.

Jadi tolong fokus dalam itu saja.

Tuan, kita berdua adalah satu pasukan.

Maaf!

Saya takkan benarkan awak merosakkan bahasa ibunda saya dalam pejabat ini.

Dengan melibatkan lagi China,

ia akan membahayakan keselamatan seluruh benua kecil ini.

Tuan, ini…

Kenapa awak nak jejaskan persahabatan kita selepas sekian lama?

Kami tahu apa yang terbaik untuk Nepal.

Kami tak perlu mengharapkan India saja.

- Terima kasih banyak. - Tuan, boleh saya kata sesuatu?

Apa?

Dari mana awak dapat ini?

Seorang wartawan di Kolkata.

Khabar-khabar angin itu palsu.

Mereka menyasarkan anak saya

kerana pilihan raya akan datang.

Dia tiada kaitan dengan sindiket penyeludupan kayu balak ini.

Gambar-gambar ini dipalsukan.

Kami fikir begitu juga, tuan.

Malah, Duta Khurana dan Timbalan Konsul Solanki

telah cuba menghentikan kisah ini sejak pagi ini.

Nasib baik ia berjalan lancar.

Tadi saya sangka dia dah terlepas.

- Tuan, patutkah saya ambil kereta? - Ya.

Memeras ugut seorang menteri?

Awak tak terfikir nak minta nasihat duta awak

sebelum membuat sesuatu yang begitu berani?

Saya pernah halang awak bercakap?

Tak, tuan.

Namun, sebab ini adalah hal keselamatan negara,

saya fikir awak takkan membantah.

Maaf, tuan.

Tak perlu minta maaf, Suhana.

Bapa awak ialah duta saya di Kedutaan Korea

dan nama datuk awak ada dalam semua buku teks sivik di India.

Naluri diplomatik mengalir dalam darah awak

tapi awak tak boleh melangkau protokol.

Ya, tuan.

Oh ya, susunan tempat duduk untuk sidang kemuncak SAARC telah ditetapkan.

Tuan akan duduk di tengah, bukannya Duta China.

Gambar-gambar akan nampak bagus.

Dulu saya ragu-ragu tentang awak, tapi awak dah bersedia.

Cukup bersedia.

Untuk apa, tuan?

Siapakah wartawan Kolkata itu?

Puan, sila tandatangan di sini.

Jambatan London roboh, sedang roboh, sedang roboh…

Namun, tuan, jawatan TPT akan diberikan kepada Jacob Tamang, betul?

Seorang alumni Kolej St. Stephen dan Universiti Harvard,

Suhana Bhatia mengharumkan lagi nama keluarga yang terkenal dalam politik.

Dengan memenuhi jawatan diplomatik kedua tertinggi di Great Britain,

Suhana bakal menjadi Timbalan Pesuruhjaya Tinggi termuda India.

Mari dengar lebih lanjut

daripada Menteri Luar Negeri India, Manohar Rawal.

Tuan, ada yang kata nepotisme

memainkan peranan besar dalam pelantikannya…

Pembaca berita ini cakap merepek saja!

Datuk Suhana ialah Wakil PBB pertama India.

Bapanya pula berkhidmat

sebagai duta kita kepada Korea, Rusia dan Jerman.

Suhana, awak ada penerbangan.

Saya pasti Suhana Bhatia

bukan saja akan menjadi setanding dengan ahli keluarganya yang lain,

tetapi menjadi salah seorang pegawai IFS kita yang terbaik.

- Tahniah! - Mestilah!

Bangga sangat dengan awak.

Haraplah untuk yang terbaik!

- Dalam berita lain… - Dhanraj, dia memang anak awak!

Iaporan kami mengatakan Pakistan setuju untuk menyerah balik Yaseen Mirza.

Betulkah Pakistan akan melakukannya

atau adakah ini satu lagi helah mereka?

Tak kira betapa besarnya kesilapan itu, semua orang patut dapat peluang kedua.

Apa?

Dia hantar banyak sangat coklat, mesej…

Ya Tuhan, mak, saya tak percaya mak masih berleter tentang ini…

Tak bolehkah awak maafkan dia?

Apa pun, semua barang dia di dalam bilik awak itu,

- mak nak buat apa dengannya? - Apa maksud mak?

Susah betul nak bersihkan semuanya…

Itu di dalam bilik saya, mak tak perlu bersihkannya.

Boleh tak awak beritahu apa yang berlaku antara awak berdua?

Mak betul-betul sangka Shantanu akan selamatkan awak dari legasi Bhatia ini.

- Apa maksud mak "legasi Bhatia"? - Nasib baik saya terlepas.

Dhanraj itu abang saya dan saya sayangkan dia.

Namun dia akan abaikan hidup awak untuk legasi dia.

Mak cik, saya sangka awak akan bangga dengan kenaikan pangkat saya.

- Mak cik memang bangga! - Apa pula ini, mak?

Namun rasa bangga itu takkan bantu awak dalam hidup.

Bukan semua benda itu untuk negara sepanjang masa.

- Suhana, cepatlah! - Dia bising lagi.

Biarlah.

Pasukan anak dan bapa ini

cuma kisah tentang kerja.

Saya menyerah kalah.

- Saya tahu mak akan rindu saya. Tak apa. - Mak tahu, nak.

- Mari. Mak akan rindukan awak! - Saya sayangkan mak!

Mak mesti sangat rindukan awak, sayang.

Cakap sajalah.

Ayah tak rasa saya layak untuk jawatan ini juga, betul?

Tak, bukan begitu.

Untuk mendapat jawatan ini pada usia awak

di sebuah organisasi birokratik seperti IFS itu

jarang berlaku.

Ayah cuma…

Bukankah Pak Cik Rawal beritahu ayah betapa gembiranya dia

dengan kerja saya di Kathmandu?

Ayah bukannya mempersoalkan kebolehan atau pencapaian awak.

- Betulkah? - Ya, betul!

Maksud ayah…

Boleh awak perlahan sikit?

Kalau saya buat perlahan-lahan, ayah akan kata,

"Apa gunanya semua kelebihan, ilmu dan peluang awak

jika pencapaian awak sama saja dengan orang lain?"

Jadi awak nak ayah tipu awak?

Tak, saya nak ayah…

Apa?

Saya nak ayah percayakan saya.

Sikit saja.

Seperti Pak Cik Rawal dan Perdana Menteri.

Tak kira bagaimana saya dapat jawatan ini,

saya akan jalankan tanggungjawab saya.

Ayah patutnya tahu itu.

Tolonglah, nak.

Hei.

Rasa lesu jet, Puan TPT?

Malam-malam di London adalah ilusi.

Matahari terbit pukul sembilan dan terbenam pukul lima.

Tunggu dan lihat.

Hari akan siang sebelum kita sampai rumah.

Boleh awak tutup penyaman udara? Tingkap terbuka.

Baik, puan.

Awak berasal dari Hyderabad?

コメント

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left