最初の200行です。
Bagi saya 10 minit, Ray.
Bos.
- Bobby. - Bos?
Saya nak segelas arak dan satu telur asin.
Kejap lagi sampai.
Kalau kamu mahu menjadi sang raja rimba,
tak cukup sekadar berlagak seperti raja.
Kamu mesti menjadi raja.
Dan tidak boleh ada keraguan.
Kerana keraguan menyebabkan huru-hara dan kehancuran seseorang itu.
Helo, sayang.
Malam temujanji malam ni.
Jam 9:00 malam, awak dan saya, River Cafe.
Siapa di sana?
Ros, siapa di sana?
Cing, cing.
Fletcher.
Selamat petang, Raymondo.
Aku patut tikam kau dengan penggelek tepung tu.
Oh, janganlah jadi musibat. Aku cuma harap kita boleh minum sama-sama.
Jadi, aku ada perjumpaan hari Sabtu ni di syarikat akhbar kegemaran kau.
Sebagai penyiasat persendirian dalam bandar yang sibuk ini...
selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan...
mereka sedia untuk bagi 150 ribu pada aku untuk dapatkan mereka berita sensasi.
Itu baik untuk aku, tapi dalam situasi ini...
tak baik untuk kau.
Jadi Big Dave, editor yang hebat,
telah simpan perasaan dendam terhadap bos kau
dan rakan-rakannya yang kaya itu.
Dia nak musnahkan dia dan semua yang bersekutu dengannya. Halaman depan. Bosh!
Akan ada pertumpahan darah di merata tempat, sayang.
Cakap terus, Fletcher. Aku dah mula bosan.
Baik, kita berdua tahu yang bos kau ada banyak sangat duit,
jadi aku nak jemput dia untuk selidik sedikit pasal kekayaannya.
Apa kejadah yang kau cakapkan ni?
Kalau kau bermurah hati
untuk memberikan aku 20 juta paun British,
aku akan bagi kau segalanya...
kad memori, senarai orang yang dihubungi, rakaman, semua itu,
dan skrip sederhana yang aku tulis sendiri.
Sekejap.
Kita baru naik dari £150,000 kepada £20 juta.
Itu peningkatan mendadak dalam 30 saat.
Yeah, tapi aku boleh kata kau bertuah, kerana itu bukan apa-apa
kalau nak dibandingkan dengan apa yang aku boleh dan mungkin patut minta.
Oh, syukurlah kau tak tamak, Fletcher,
musibat sampah penipu.
Aku agak suka bila kau cakap kotor dengan aku.
Aku rasa kembang.
Marilah minum dengan aku. Ia memang sedap.
Aku dah semak harganya. Guna aplikasi. 1500 quid?
Aku tak tahu kau boleh habiskan sebanyak itu untuk sebotol scotch.
Aku akan beritahu satu kisah untuk tunjukkan kenapa aku minta jumlah sebegitu.
Mahukah kau main satu permainan dengan aku, Ray?
Aku tak mahu main permainan.
- Tolonglah? - Tidak.
Aku cakap main satu permainan dengan aku, Ray.
Baik.
Baguslah.
Sekarang, aku nak kau bayangkan satu watak,
watak yang dramatik, macam dalam buku atau wayang atau filem.
Tapi bukan digital, bukan pada kad memori.
Analog. Proses kimia. "Biarkan tekstur kasar dalam gambar itu,".
Filem lama, 35 milimeter.
Sekarang, aku melihat semua ini menerusi sebuah lensa,
dan aku bukan cakap pasal skrin kecil.
Bukan TV, Raymond.
Macam yang aku kata, format wayang lama.
Orang dalam bisnes itu panggil anamorf, atau nisbah 2.35 : 1.
Dan aku mahu kau sertai aku dalam perjalanan wayang ini,
kerana ianya wayang, Ray.
Ia suatu wayang yang sangat cantik.
Sekarang, putarkan kamera.
Masuklah protagonis kita.
Dia elok rupa paras, dia menawan,
dia di usia yang gemilang, dia lelaki kacak yang rapi.
Nama dia ialah Mickey Pearson.
Si Mickey ni ada latar belakang yang unik.
Kelahiran Amerika, berpendidikan Rhodes, jadi dia dilahirkan pandai tapi miskin.
Itu lonjakan yang agak jauh dari sebuah taman treler di Amerika
kepada universiti yang dah berusia 1000 tahun di Angleterre,
di mana dia mengaji tentang seni gelap dalam holtikultur.
Tapi dia tak pernah tamatkan pengajiannya, tak pernah balik rumah, kerana...
dia telah temui kerjayanya.
Kerjaya yang nakal.
Dia adalah budak jahat.
Dia mula mengedar ganja
kepada kawan-kawan British dia yang kaya di universiti,
dan sedar yang dia bagus dalam kerja itu.
Dia jelas dan ada sasaran dalam cita-citanya
dan dia boleh berjaya ke tahap tinggi dalam budaya kita yang rumit ini.
Dia tahu macam mana nak ambil kesempatan dari kelebihannya.
Dia adalah haiwan yang lapar.
Dia berkuasa dan ganas, licik dan pantas,
berkarisma dan bijak, tapi...
dia perlu buat benda yang jahat untuk sampai ke tahap dia sekarang,
untuk kukuhkan kedudukan dia,
untuk tunjukkan yang dia bukan biasa-biasa.
Dia bukannya tak berguna, bukan?
Dia ada keinginan yang kuat
dan senjata dalam tangannya.
Jadi, dia taklah bersih sangat, Mickey kita ni.
Dia naik dengan cara kasar.
Kita boleh cakap yang dia wajar dapat kedudukan dia sekarang.
Itu zaman awal dia,
dan dia teruskan dengan semangat mempelopori Dunia Baru.
Berapa nilai dia hari ini? 100, 200, 500 juta?
Tapi sekarang jalan cerita mula menebal.
Dia telah sampai ke persimpangan dalam hidup dia.
Golongan pertengahan dan zaman pertengahan telah mengubah dia.
Mereka dah rosakkan selera dia untuk kekejaman. Dia dah jadi lembut.
Dia mahu selesaikan semuanya dan keluar dari bisnes itu,
dan nampaknya dia dah jumpa pelanggan yang tepat.
Tolong potong babak...
ke sebuah makan malam gala.
Saya nak ucap terima kasih kepada Michael Pearson
atas sifat dermawan dan masanya yang tidak terkira.
Sekarang, Mickey telah memupuk satu hubungan istimewa
dengan Matthew Berger yang bijaksana, berpendidikan dan berfikiran luas.
Ya, Raymond, aku tahu pasal jutawan Yahudi itu,
satu lagi orang Amerika yang cetuskan drama di Angleterre.
Dan akhirnya kepada Matthew Berger yang telah mengejutkan kita dengan sumbangannya
untuk membina seluruh unit terapi tingkahlaku kognitif.
Jadi dua orang ni dah pernah bertemu. Entah di mana.
Barangkali di konvensyen tahunan pengedar dadah antarabangsa di Las Vegas.
Dan mereka dah pernah buat urusan kecil bersama-sama,
tapi sekarang mereka dah sedia untuk urusan yang besar.
Itu di luar jangkaan, Matthew.
Sekarang saya dah faham kenapa kamu duduk di kepala meja.
Ambil tempat itu senyap-senyap dari saya, betul tak?
Berbelanja mewah dengan golongan atasan tu.
Oh, saya suka berbelanja mewah bila ada kesempatan.
Kamu juga nampak memahami kepentingan dalam berpakaian dengan betul.
Sememangnya saya faham.
Saya percaya rasa pemilikan
adalah penting dalam setiap aspek kehidupan,
mungkin sama juga bila berkaitan bab pakaian.
Bagi setiap rupa ada musimnya, dan setiap musim ada strateginya.
Sekarang bermulalah tarian si alfa.
Mereka bukanlah bercakap pasal pakaian sebenarnya, Raymond.
Oh, memang taklah.
Mereka macam sepasang anjing tua
menghidu-hidu buntut intelektual masing-masing.
Itu gaduh gaya lama, Raymond.
Michael, saya tak sabar untuk jalankan bisnes bersama-sama.
- Boleh kami minta diri? - Ya, silakan.
Kita patut ucap selamat malam pada penganjur.
Jadi apa awak rasa?
Saya tak pasti.
Yang Mulia.
Dia tu musang,
dan musang ada sifat yang boleh diramal.
Percayalah Yahudi ini pasal Yahudi itu.
Kalau awak biarkan dia dalam reban ayam,
awak boleh jangka yang akan ada pertumpahan darah merata-rata.
Segar dari ladang,
dua orang ini dah mula suka satu sama lain.
Nampak bagus, Ray. Nampak bagus setakat ini.
Saya kagum dengan apa yang kamu dah buat dengan perniagaan kamu.
Saya dah cuba, tapi saya tak dapat fikir bagaimana kamu buat,
dan ganja ni permainan saya.
Bagaimana seseorang menanam 50 tan ganja
tanpa membiarkan orang tahu bagaimana mereka melakukannya?
Saya gembira mendengar perkara itu dari kamu, Matthew.
Saya bayangkan otak kamu yang besar itu dah berpeluh dan menangis
hanya untuk memikirkan caranya.
Kebijaksanaan patut diiktiraf.
Mm.
Sebutkan jumlah itu pada saya sekali lagi.
200 juta untung kasar setiap tahun, 100 juta untung bersih.
Tapi orang kamu dah pun tahu pasal ni.
Mereka dah ukur jumlah itu selama berbulan dah.
Yang pentingnya adalah saya akan jual pada kamu untuk 400 juta.
Tapi kamu dah pun tahu pasal tu. Masuklah.
Aku tak boleh spesifik siapa terlibat dan jumlahnya,
tapi ada jumlah duit yang banyak terlibat dalam hal itu.
Soalan: Apakah nilainya untuk memiliki kuasa
yang mampu menghentikan sebuah operasi macam tu?
Jawapan: Lelaki yang tamak akan mahu separuh dari harga jualan,
tapi lelaki yang bijak tahu yang 20 juta paun
hanyalah cukup tidak selesa untuk buat semua orang rasa selesa.
Kau ni katak yang licik dan kreatif, betul tak, Fletcher,
fikirkan rancangan macam ni?
Yeah, tapi bukan aku yang fikirkannya, bukan?
Big Dave yang fikir.
Dia upah aku untuk ikut Mickey,
menyiasat, perhatikan dia,
selongkar perbuatannya, dedahkan jenayahnya.
Mickey Pearson, samseng Yankee kotor. Kita akan jatuhkan dia.
Sebab nampaknya dia ada seorang kawan baru. Lord Pressfield.
Soalan: Lord Pressfield yang itu ke?
Yang Mulia, kerabat Duke?
Yeah. Salah seorang dari empat orang yang akan menaiki takhta.
Nampaknya Mickey Pearson dah dapat masuk
ke dalam lingkungan golongan bangsawan itu.
Ini tugas kamu, Fletcher. Saya perlukan seorang penyiasat yang ada kreativiti macam kamu.
Kamu tahu kan yang kamu adalah penyiasat kesukaan saya.
Saya cuma fikir yang ianya sangat penting untuk kamu ingat
dengan siapa kamu bercakap, Dave.
Mestilah saya ingat, Fletcher.
No comments yet. Be the first to leave one.