最初の200行です。
Sarikata Oleh Razlie Yusof
Laporkan kepada pangkalan anda segera.
Ini bukan latihan. Kita diserang!
Kita diserang!
- Bodoh! - Bahasa!
Jarvis, macam mana pemandangan di atas?
Bangunan utama dilindungi sejenis perisai tenaga.
Kecanggihan teknologi Strucker jauh mengatasi pangkalan Hydra yang pernah kita tumpaskan.
Tentu lembing Loki ada di sini.
Pertahanan ini takkan dapat dibina tanpa itu.
Dah sekian lama.
"Setelah sekian lama" itu agak lama, kawan.
Ya, saya rasa kita dah kehilangan elemen kejutan.
Nanti dulu.
Tiada orang nak bantah dengan kata-kata Kapten yang baru sebut, "Bahasa?"
Saya tahu.
Cuma tergelincir.
Pangkalan Penyelidikan Hydra Sokovia, Eropah Timur
Siapa yang bagi arahan menyerang?
Herr Strucker, mereka Pasukan Avenger.
Mereka mendarat di hutan, pengawal kawasan sedang panik.
Tentu mereka cari lembing itu.
- Boleh kita halang mereka? - Mereka Pasukan Avenger.
Kerahkan semua kereta kebal.
Tumpukan pada yang paling lemah.
Mereka akan berkumpul jika ada yang cedera.
Semuanya kita telah capai,...
...tapi kini kita berada di ambang kejayaan terbesar.
Marilah tunjukkan mereka apa yang kita telah capai.
Lepaskan Kembar.
Terlalu awal.
Itulah tujuan mereka dilatih.
Orang-orang saya boleh halang mereka.
Tuan, bandar sedang dihujani tembakan.
Kita sedia maklum yang Strucker manalah peduli keselamatan orang awam.
Keluarkan Iron Legion.
Tempat ini tidak selamat. Diminta berlindung.
Kami di sini untuk membantu.
Tempat ini tidak selamat. Diminta berlindung.
Diminta berlindung.
- Kami mahu mengelakkan kerosakan besar. - Costel!
Kami akan maklumkan kepada anda apabila masalah ini selesai.
- Kami di sini untuk membantu. - Avenger, pergi baliklah!
Kami di sini untuk membantu.
Kita takkan menyerah!
Amerika hantar mereka badut sarkas untuk uji kita.
Kita hantarkan dalam beg mayat bagi mereka balik.
- Jangan mengalah! - Jangan mengalah!
Saya akan menyerah.
Padam semua maklumat.
Kalau kita serahkan senjata kepada Avenger,...
...mereka takkan siasat lebih mendalam terhadap aktiviti kita...
Kembar.
- Mereka belum bersedia untuk... - Tak, maksud saya...
Kembar.
Awak tak nampak apa yang datang?
Clint!
Ada Orang Pembantu.
Clint tertembak!
Ada sesiapa yang nak tangani kubu itu?
Terima kasih.
Stark, kita perlu masuk ke dalam.
Saya hampir masuk.
Jarvis, betulkah? Hampir masuk?
Awak nampak sumber tenaga perisai itu?
Ada gelombang zarah di bawah menara utara.
Bagus, Saya nak tembak sesuatu
Perisai sudah lumpuh, semua.
- Orang Pembantu? - Dia hilang-hilang.
Dari semua musuh yang kita hadapi, saya belum pernah nampak yang ini.
Hakikatnya, saya masih tak nampak.
Clint cedera parah. Kita perlu pergi.
Saya boleh bawa Barton ke jet. Lebih cepat lebih baik.
- Awak dan Stark dapatkan lembing. - Baiklah.
- Nampaknya mereka berbaris. - Yalah, mereka teruja.
Cari lembing itu.
Dan demi Tuhan, jaga bahasa awak!
Kita bincanglah soal itu nanti.
Kawan-kawan, berhentilah, kita perlu berbincang.
- Perbincangan baik. - Tak, mana ada.
Sentri mod.
Okey, Jarvis. Awak tahu saya nak kesemuanya. Pastikan awak salin dalam kualiti tinggi.
Kami sudah selesai di sini.
Cari Banner. Masa untuk nyanyikan penutup mata.
Saya tahu awak sorok lebih dari sekadar fail.
Jarvis, bagi saya imbasan IR bilik ini secepat mungkin.
Dinding sebelah kiri tuan.
Saya mengesan tetulang keluli...
...dan arus udara.
Tolonglah ada pintu rahsia.
Tolonglah ada pintu rahsia, tolonglah ada pintu rahsia.
Hey, Orang Besar.
Matahari sudah mula terbenam.
Baron Strucker.
Penyangak nombor satu Hydra.
Secara teknikalnya, saya penyangak SHIELD.
Jadi, secara teknikalnya awak penganggur.
Mana lembing Loki?
Jangan bimbang, saya faham saya kalah.
Saya harap nanti awak akan beritahu yang saya telah beri kerjasama.
Saya akan sabitkan awak kerana menjalankan eksperimen haram ke atas manusia.
Berapa ramai?
Ada Orang Pembantu kedua, perempuan. Jangan masuk.
Awak perlu lebih pantas dari...
Kawan-kawan, saya dapat Strucker.
Ya, saya dapat yang lebih besar.
Thor,...
...saya nampak habuannya.
Awak boleh selamatkan kami.
Kenapa awak tak berjuang lebih kuat?
Kita cuma nak biarkan dia ambil?
Nyanyian lagu penutup mata kurang berkesan dari biasa.
Cuma tak sangka pula kod hijau.
Kalau awak tiada di sana, mungkin bakal dua kali ganda mangsa.
Kawan baik saya itu mungkin akan menjadi kenangan yang indah.
Awak tahu, ada-kalanya apa yang saya nak dengar...
...bukanlah hakikatnya apa yang saya nak dengar.
Berapa lama untuk awak mula percayakan saya?
Bukannya awak yang saya tak percaya.
Thor, laporan keadaan Hulk.
Pagar Hel dipenuhi dengan jeritan mangsa.
Tapi, bukannya jeritan kematian, semestinya bukan. Jeritan kecederaan.
Terutamanya tangisan, banyak rungutan...
...dan ada juga yang terseliuh serta serangan gawut.
Banner, Dr. Cho dalam perjalanan dari Seoul.
Okey tak kalau dia guna makmal awak?
- Ya, dia tahu jalan ke sana. - Terima kasih.
Beritahunya supaya sediakan segalanya. Barton akan perlukan rawatan penuh.
- Baiklah, tuan. - Jarvis, pandu.
Ya, tuan.
Lokasi ditetapkan.
Senang hati?
Sudah lama awak cari lembig ini sejak runtuhnya SHIELD.
Bukannya awak tak gembira dengan misi kita, tapi...
Tak, tapi ini membawa kita lebih dekat.
Sebaik sahaja kita tahu apa lagi yang digunakan mereka dengan ini.
Saya tak maksudkan hanya senjata.
Sejak bila Strucker boleh reka Orang Pembantu?
Saya dan Banner akan gunakannya sebelum ia dikembalikan ke Asgard.
Awak okey?
Cuma beberapa hari sehinggalah parti perpisahan.
Awak belum nak pergi, kan?
Ya, semestinya. Kemenangan perlu diberi penghormatan dengan parti.
Ya, manalah ada orang yang tak suka parti. Kapten?
Semoga ini bakal jadi penamat kepada Chitauri dan Hydra.
Jadi, setujulah, parti.
Semua keperluan makmal lengkap, bos.
Sebenarnya, dialah bos.
Saya cuma bayar semuanya, serta reka semuanya...
...dan buatkan semua orang nampak hebat.
Bagaimana dengan Strucker?
- Pihak NATO tangkap dia. - Dua Pembantu mereka?
Wanda and Pietro Maximoff. Kembar.
Yatim piatu semasa berumur 10 tahun, letupan bom musnahkan rumah mereka.
Sejarah di Sokovia memang ganas.
Bukan tempat yang istimewa tapi itulah jalan kepada istimewa.
Kemampuan mereka?
Metabolisme dan penghabaan homeostasis mereka meningkat.
Yang perempuan antaramuka eletrik saraf, telekinesis, mengawal minda.
Dia pantas dan dia pelik.
Mereka akan muncul lagi.
Setuju. Menurut laporan, mereka sukarela untuk ujikaji Strucker.
- Ia gila. - Betul.
Raksasa jenis apa yang sanggup ujikaji saintis Jerman ke atas mereka...
...demi melindungi negara mereka?
Kita bukan berperang, Kapten.
Mereka yang berperang.
Apa khabarnya?
- Malangnya, dia masih Barton. - Dasyatnya.
Dia okey. Dia dahaga.
Baiklah. Bangun, Jarvis. Masa untuk bermain.
Kita cuma ada beberapa hari dengan lembing ini,...
...mari gunakan sepenuhnya.
Kemas kinikan analisis struktur dan kandungan.
Lembing ini benda asing.
Ada elemen yang saya tak dapat kenali.
Jadi, ada elemen yang awak boleh kenali?
Nampaknya permata itu menjadi pelindung sesuatu di dalam,...
...sesuatu yang kuat.
- Seperti reaktor? - Seperti komputer.
Saya percaya yang saya mampu leraikan kodnya.
Awak pasti dia akan sembuh?
berpura-pura perlukan lelaki ini untuk satukan kumpulan.
Tiada kemungkinan akan jadi lebih teruk.
Kemampuan molekul-nano cuma sementara.
Sel dia sedang bercantum dengan sel buatan.
Dia mencipta tisu.
Kalau kamu bawa dia ke makmal saya,...
...pertumbuhan semula boleh dilaksanakan dalam 20 minit.
Dia sedang nazak. Cuma maklumkan. Pukul?
Tidak, saya akan hidup untuk selama-lamanya.
- Saya akan dibuat dengan plastik. - Ini minuman awak.
Awak akan tetap sama macam dahulu, En. Barton.
Teman wanita awak sendiri takkan dapat beritahu perbezaannya.
Saya tiada teman wanita.
Itu saya tak boleh baiki.
Ini teknologi terbaru, Tony.
Sut besi awak takkan diguna pakai lagi.
Itulah rancangan sebenarnya.
Dan Helen, saya harap dapat jumpa awak pada parti hari sabtu.
No comments yet. Be the first to leave one.