最初の200行です。
Sarikata oleh -Light_Arm-
Ini sebuah kisah biasa..
..yang tak mudah untuk diceritakan.
Sama seperti semua cerita di dunia ini...
..ada suka dan duka di dalamnya.
'Ku nyanyikan lagu buatmu. Hadirku hanya untukmu.'
'Kau hanya tersenyum disampingku.'
'Ku bertanya "mengapa?".'
'Kau berkata, "Aku milikmu". Bawalah aku ke mana saja.'
'Tapi keretaku rosak. Breknya tidak berfungsi.'
'Aku tidak peduli. Bawalah aku pergi.'
Brek tak berfungsi!
- Jangan menjerit. - Brek betul-betul rosak!
Apa? Saya ingatkan kamu sedang bersajak!
- Tak boleh berhenti! - Tekan lagi!
- Matilah kita! - Cuba tekan brek!
Matilah kita! Alamak, hutan!
Cuba brek lagi!
Raja dah nak sampai!
Ramai orang di depan! Tepi! Brek kami rosak!
Brek kami rosak! Ke tepi! Ke tepi!
Ke tepi!
- LIFE IS BEAUTIFUL - - HIDUP INI INDAH -
Jalan kaki sajalah. Hari semakin lewat.
- Ini skru yang kamu cari. - Terima kasih.
- Apa lagi yang kamu perlukan? - Saya mahu bersendirian.
Baiklah. Saya akan biarkan kamu sendirian.
- Kamu nak skru lagi? - Tidak. Tinggalkan saya sendiri.
Baiklah.
Kalau kamu perlukan apa-apa, beritahu saya.
- Tidak. Saya cuma mahu bersendirian. - Baiklah.
- Saya nak cuci tangan di sana. - Baguslah.
Hai, adik manis. Apa khabar?
Kamu sedang buat apa?
- Ini barang ibu kamu? - Bukan, itu barang tuan rumah.
Tuan rumah? Boleh saya beli?
Berapa harganya? Berapa umur kamu?
- Banyaknya soalan saya. Siapa nama kamu? - Εleonora.
Apa khabar. Saya Putera Guido.
- Putera? - Ya, saya seorang putera.
Desa ini milik saya. Setiap putera ada desa sendiri.
Saya akan namakan tempat ini, Addis Ababa.
Saya akan majukannya, dan tukar semua lembu dengan unta.
- Unta? - Dan juga badak air.
- Saya perlu pergi untuk berjumpa dengan puteri. - Bila?
Sekarang.
Apa khabar, tuan puteri!
Terkejut saya! Awak tak apa-apa?
Saya okey. Kenapa kamu keluar dari tingkap?
Saya nak bakar sarang tebuan. Tapi saya disengat.
Kamu disengat? Biar saya tolong, tuan puteri.
Sengat tebuan sangat berbahaya. Kita perlu keluarkannya.
- Baringlah. Ia memakan masa. - Tak mengapa.
- Dia sengat di mana lagi? - Tiada lagi.
Tempat ini memang menakjubkan!
Ada merpati, wanita jatuh dari langit. Saya akan berpindah ke sini.
Tempat ini milik dia. Dia seorang putera raja.
Betul. Putera Guido sedia berkhidmat, tuan puteri.
Tunggu sekejap! Saya terpaksa pergi.
- Bagaimana saya nak balas jasa kamu? - Tak perlu.
Tapi, izinkan saya ambil beberapa biji telur untuk dibuat telur dadar.
- Ambillah berapa banyak yang kamu mahu. - Terima kasih!
Saya ambil dua.. enam. Saya akan masak sedap-sedap.
Selamat tinggal, Εleonora! Dan juga tuan puteri.
Jaga diri kamu.
Saya datang! Malam ni kita makan telur dadar!
Kita akan bawa unta ke mari!
- Mana rumahnya? - Ke kiri. Dah nak sampai.
- Kita tinggal dengan pakcik kamu? - Dia tidur di hotel. Dia kaya raya.
Kita akan tinggal dirumahnya. Dia gunakannya sebagai stor.
Ya, kita dah sampai.
Itu Robin Hood, kuda pakcik saya. Dan inilah rumah pakcik saya.
Semua ini milik dia.
Kami dah sampai! Cepat, kita dah lambat.
Maaf, kami terlewat! Kereta kami rosak.
Pakcik! Pakcik!
Apa terjadi?!
- Samseng. - Siapa mereka?
- Samseng. - Kenapa pakcik tak jerit?
Diam adalah jeritan yang paling berkuasa.
- Inikah kawan penyajak kamu? - Saya Ferruccio. Saya yang memandu.
Selamat datang. Rumah ini dah buruk. Penuh dengan barang lama.
- Mereka tak mahu membuangnya. - Banyaknya barang!
Tinggallah di sini. Tugas seorang pelayan agak sukar.
Katil di sana. Garibaldi pernah tidur di sana.
Itulah yang mereka cakap. Samseng.
Majlis Bandaran di Via Sestani, sebelah mercu tanda.
Bilik mandi di sana. Peralatannya lengkap.
Ini koleksi 'Life of Petrarch', kalau kamu meminatinya.
Dapur di sana. Ini pula dikenali sebagai basikal.
Pakcik perlu kembali ke hotel. Jangan hilangkan kunci.
Pakcik seronok bertemu kamu.
Saya datang, Robin Hood!
Pakcik kamu 'rock'!
Lihatlah semua ini! Nampak tak?
Kita berada di bandar. Kita boleh buat apa saja.
Buatlah apa saja yang kamu mahu!
Nak berlari? Larilah! Nak menjerit? Jeritlah!
Hei, apa kamu buat ni?
Kita bukan lagi di kampung.
Kamu menjerit macam orang gila!
Maria! Kunci!
Nampak, tak? Kamu tak boleh menjerit.
Kalau kamu berhenti jadi penyajak..
..kamu boleh jadi lebih kaya daripada ayah kamu.
Betul, Oreste. Saya dah suruh dia kurangkan bersajak!
Cantiknya topi. Sesuai, tak?
- Bagaimana rupa saya? - Kacak, tapi ini topi saya!
- Bila saya boleh mula bekerja? - Sekarang! Kamu dah lewat!
Bawa kerusi tu ke bengkel.
- Yang itu? - Ya, berhati-hati!
Saya nak ke Majlis Bandaran. Selamat tinggal.
Ya, berhati-hatilah. Keadaan sekarang huru hara.
- Sangat huru hara! - Yakah? - Ya.
Tentera negara mana yang kamu sokong?
Βenito! Adolph! Jaga perangai!
Apa soalan kamu tadi?
Saya tanya tentang kesihatan kamu.
Saya pergi dulu, ya.
Hati-hati. jangan sampai patah!
- Jumpa lagi! - Jalan elok-elok.
Dia dah ambil topi saya. Saya akan cari dia.
Βenito, kamu nak ayah tampar kamu?
Saya nak buat permohonan untuk membuka kedai buku.
- Bila boleh siap? - Lambat lagi.
Boleh kita mulakan sekarang?
Untuk memohon, kamu perlukan tandatangan ketua jabatan.
Tandatangan.. Oh.. Apa ni?
Oh! Nasib baik tak pecah. Ini telur semalam.
Saya terlupa nak keluarkannya.
Tolong tulis. 'Saya, Guido Orefice, ingin membuka..'
Dia tak boleh tandatangan sekarang!
Saya nak keluar.
- Saya perlukan tandatangan untuk membuka kedai buku. - Kenapa ni?
- Saya dah beritahu dia, En. Rodolfo. - Satu sahaja.
Pengganti saya akan sampai nanti. Suruh dia.
- Satu tandatangan sahaja. - Kami tutup pukul satu!
- Belum pukul satu lagi. - Buatlah aduan!
Teruknya perangai dia.
Dia hanya perlu turunkan satu tandatangan sahaja.
Sekarang saya terpaksa tunggu penggantinya pula!
Tuliskan aduan saya. "Saya bernama.."
Biar betul!
Kamu tak apa-apa? Maaf, saya tak sengaja!
Jangan sentuh saya!
Jangan haraplah kamu boleh buka kedai buku!
Nanti! Ada telur!
Tak guna! Matilah kamu!
- Matilah kamu! - Maafkan saya!
Saya tak sengaja!
Maafkan saya!
Beri laluan!
Apa khabar, tuan puteri!
Entah kenapa kita asyik terjatuh bila berjumpa.
Maaf, saya terpaksa berlari. Jumpa lagi, tuan puteri!
- Hidangkan ayam. - Mudah.
Dihidang lengkap di atas pinggan.
Cara memotong? Mudah!
Mula-mula, potong kepak, diikuti dengan paha.
Daging bahagian dada dihiris sama besar.
- Susun kepak, paha, dada.. - Lobster?
Mudah juga! Hidangan lobster!
Patahkan penyepitnya. Hiris badannya. Dan...
Lobster ada kulit yang keras.
Tanggalkan kulitnya yang keras.
Buang sesungutnya. Tiada orang makan sesungut.
Lepas buang sesungut, buang lobster. Buang semua!
Lobster sudah tiada. Tapi hidangan ayam kami lazat.
Saya terlupa cara hidang lobster.
Lobster dihidang dengan bentuk asalnya. Tak perlu diubah!
Terlalu senang. Sebab tu saya tak ingat.
- Teruskan. - Adab! Berdiri tegak macam n!
"Pelayan?" "Ya?" Jalan, jalan!
Balik tempat. Berdiri tegak. 'Pelayan!' 'Ya!'
Balik tempat. Berdiri tegak. 'Pelayan!' 'Ya!'
Kenapa asyik saya saja? Suruhlah pelayan lain pula.
Tunduk hormat! Senang!
Cara tunduk hormat..
Tunduk ke bawah sedikit..
..lebih kurang 45 darjah macam botol tu.
45 darjah, mungkin 50, 55..
90 darjah. Ataupun, mungkin 180.
Berapa darjah sebenarnya? Beginikah?
Bayangkan bunga matahari, mereka juga tunduk.
Tapi jika terlalu tunduk, bermakna ia telah layu.
Kamu adalah pelayan. Bukannya hamba.
Menghidang adalah satu seni yang sangat indah.
Jalankanlah tugas kamu dengan penuh kesenian.
- Saya tak jumpa butangnya. - Ia tak memerlukan butang.
Saya kena pulangkan kereta ayah saya.
- Bulan depan kamu pulangkanlah. - Saya kena pulangkan cepat awal.
- Nak tahu kenapa? - Kenapa?
Ferrucio! Ferrucio!
- Apa? Pukul berapa ni? - Kamu dah tidur?
- Tentulah! - Kamu sedang bercakap dengan saya!
- Macamana kamu boleh buat begitu? - Schopenhauer.
- Siapa dia? - Schopenhauer kata..
..'dengan kemahuan, kita boleh buat apa saja'.
Sekarang, saya mahu tidur. Jadi saya beritahu diri saya..
"Tidurlah, tidurlah", dan saya pun tertidur.
No comments yet. Be the first to leave one.