House of Cards

House of Cards

Scarica il sottotitolo Malay

Stagione 1

Informazioni sulla release

House of Cards (2013) - 01x12 - Chapter 12
Un commento di badh182

Tag

other
Pubblicato il: 2017-07-30
Download: 53
Sottotitoli per non udenti: No

Anteprima dei sottotitoli in Malay

Le prime 200 righe.

SIRI ASLI NETFLIX

PERWAKILAN PETER RUSSO PENNSYLVANIA

Hai, minta maaf. Saya Paul Capra, saya nak jumpa Christina.

Di sini, Encik Capra. Dia tengah tunggu awak.

Paul.

- Hei, Christina. - Hai.

Seronok dapat jumpa awak.

- Ya, saya pun. - Awak nak apa-apa?

Tak. Saya dah sarapan sebelum ke sini.

- Okey. Sila duduk. - Terima kasih.

Saya minta awak datang sebab saya dah jumpa JKKD dan JKD.

Kami nak awak bertanding untuk kerusi Peter.

Macam yang awak tahu,

pilihan raya akan diadakan pada minggu pertama bulan Februari.

Awak nak saya bertanding?

Dengan reputasi awak dalam komuniti

dan pengalaman awak dalam menyusun atur...

Christina, sekejap.

Saya tahu, banyak yang perlu dipertimbangkan.

Baru saja sebulan.

Kita masih perlu memerintah, Paul.

Saya ingat awak suruh saya datang sebab

awak nak bincang pasal sesuatu.

Ya. Tentang pilihan raya.

Maksud saya, tentang Peter.

Kenapa awak tak pergi majlis pengebumian itu?

Saya tak sanggup.

Macam mana keadaan awak?

Saya okey. Susah nak uruskan hal di pejabat.

Oh, Tuhan. Lantaklah pejabat ini.

Macam mana dengan awak?

Tak salah kalau awak nak bersedih, Christina.

Paul...

Ada 600,000 orang bergantung pada kita.

Saya tak boleh layan perasaan saya sangat.

Boleh awak pertimbangkan untuk bertanding bagi kerusi Peter?

NETFLIX MEMPERSEMBAHKAN

Awak lulus proses saringan dengan cemerlang.

- Ada apa-apa yang tertinggal? - Tak ada, tuan.

Kongsilah tentang pengalaman awak

sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Reformasi.

Saya rasa sangat gembira dengan jawatan itu.

Cabaran terbesar yang awak pernah hadapi?

Sikap berat sebelah.

Saya rasa, disebabkan bilik itu dipenuhi 435 orang yang ego tinggi,

memang susahlah nak pantau.

Awak nak jadi naib presiden, Tabitha?

Saya sangat berbesar hati, tuan.

Kami akan hubungi awak.

Itu saja?

- Buat masa ini. - Terima kasih, Tuan Presiden.

- Kita tak boleh terima dia. - Saya setuju.

Dia sangat membosankan.

Macam mana dia boleh ada dalam senarai?

Tabitha ialah penggubal undang-undang yang bagus.

Saya tak nak orang yang bagus atas kertas saja.

Saya perlukan sekurang-kurangnya satu pilihan yang baik.

Kamu berdua yang buat senarai ini, tapi kamu dah potong semua nama di situ.

Ini peringkat pertama.

Kita perlukan masa untuk pilih...

Jim akan menang di Pennsylvania

dan kita masih tak ada pengganti dia sejak sebulan lepas.

Biar kami fikirkan

dan beri beberapa nama lagi.

Saya hanya nak satu nama.

Kami akan beri pada tuan esok pagi.

Terima kasih, Tuan Presiden.

Dia sanggup terima sesiapa saja.

Awak tak sesuai buat kerja ini.

- Ini idea saya. - Saya setuju.

Beritahu dalam taklimat dan saya akan pura-pura terkejut.

Itu pun, kalau dia nak dengar.

Apa yang kita perlu buat ialah beritahu dia idea ini.

Saya yakin awak boleh pujuk dia.

Helo?

- Encik Capra? - Ya. Awak siapa?

Janine Skorsky dari Slugline.

Kita bercakap ketika saya tulis tentang kematian Yang Berhormat Russo.

Saya dah tak nak ditemu bual tentang Peter, okey?

Dia banyak masalah. Habis cerita.

Ini bukan tentang kematian dia.

Saya telefon awak sebab sumber saya dalam JKKD

beritahu saya yang awak mungkin bertanding untuk kerusi dia.

Saya tak nak cakap tentang itu.

Tapi awak dah jumpa Christina Gallagher pagi ini, bukan?

Saya sedang memandu sekarang. Saya kena letak telefon.

Kalau awak bertanding,

saya nak tahu tentang penglibatan awak

dalam penutupan limbungan kapal Philadelphia.

Keputusan itu dibuat di Washington.

Mereka tak berunding dengan persatuan.

Maafkan saya. Saya susah nak percaya.

Saya baca semua transkrip daripada Suruhanjaya BRAC.

Yang Berhormat Russo tak beri sebarang testimoni.

Jadi dia tak berunding dengan awak sebelum...

Ada orang nak kenakan dia.

Itu politik namanya.

Awak tahu siapa yang nak kenakan dia?

Saya tak tahu. Dia kata, orang pangkat lebih tinggi.

Ada dia beritahu lebih terperinci tentang...

Jalan sesak. Saya kena pergi.

Encik Capra, saya nak...

Patutkah saya bersedia untuk berjumpa media?

Kalau dia nak dengar nasihat.

Awak rasa, bagaimana peluang kami?

Saya rasa mungkin lebih baik daripada 50-50.

Kami tak akan buat pengumuman sehinggalah Matthews menang.

Sebenarnya, saya rasa gementar.

Saya pun sama.

Sebelum ini, kita...

Saya pun risau juga.

Baiklah. Telefon saya walau apa pun yang terjadi.

Tak lebih dari sembilan jam.

Dah lama sangat Linda di dalam.

Kalau presiden perlukan masa yang lama, saya rasa ia tak berapa bagus.

Saya boleh rasa yang dia teragak-agak.

Tak guna saya risau selagi saya tak tahu jawapannya.

Tapi mungkin dia diganggu oleh...

Dia mahu Raymond Tusk.

- Apa? - Dia rasa ini idea yang berani.

Itu idea yang bodoh.

Lelaki itu tak pernah uruskan pejabat awam.

Itu salah satu perkara yang presiden suka tentang dia.

Presiden nak calonkan seorang jutawan dalam keadaan ekonomi yang meleset?

Mesti ramai yang tak setuju.

Itulah yang saya cakap,

tapi dia tak benarkan saya membantah.

- Awak tak sebut tentang saya? - Tak sempat.

Dia dah buat keputusan sebelum saya bercakap.

Kita mesti ubah pendirian dia.

Awak boleh cuba, tapi kalau awak buat,

saya rasa dia akan singkirkan awak untuk semuanya sekali.

Nampaknya dia berdegil.

Kita patut masuk ke sana.

- Tuan Presiden. - Selamat pagi, Frank.

Boleh beri kami masa sikit, Linda?

Sudah tentu.

Linda dah beritahu awak?

Saya rasa Raymond Tusk...

ialah satu cadangan yang mengujakan dan berani.

Baguslah awak pun setuju. Linda tak fikir macam itu.

Raymond seorang ahli perniagaan berjaya. Bijak, tapi merendah diri.

Tuan kenal dia secara peribadi?

Tak. Saya pernah jumpa dia di majlis kumpul dana.

Malam tadi, buat pertama kalinya saya berbual panjang dengan dia.

Dia setuju dengan idea ini?

Saya rasa dia tak berapa setuju.

Dia minta beberapa hari untuk fikir.

Bagus. Sempatlah kita periksa latar belakang dia.

Dia okey. Saya dah periksa dia tahun lepas

masa saya nak lantik dia jadi Setiausaha Kewangan.

Dia ada beritahu kenapa dia tak setuju?

Dia tak cakap apa-apa. Dia cuma nak fikir dulu.

Saya nak hantar seseorang ke St. Louis untuk bercakap dengan dia secara peribadi

dan pujuk dia untuk terima pencalonan.

Tuan nak hantar siapa?

Saya nak hantar Linda, tapi dia ada banyak kerja di sini

dan kadang-kadang, dia agak kasar.

Ya, dia agak tegas.

Saya nak seseorang yang berwibawa.

Birch mungkin boleh,

tapi dia jarang setuju dengan kita.

Saya rasa saya tak percayakan Bob untuk buat kerja ini.

Saya sanggup pergi, tuan.

Saya akan cakap dengan lembut dan tunjuk rasa hormat pada dia.

Bagus. Saya akan beritahu orang dia yang awak nak datang.

- Terima kasih, Tuan Presiden. - Terima kasih, Frank.

Cakaplah, Francis.

Nasib baik kita dah bersedia.

Saya kena pergi ke St. Louis malam ini.

Katanya, ada orang kenakan Yang Berhormat.

Bila saya tanya siapa, dia cakap, "orang pangkat lebih tinggi".

Mereka di Washington.

Ahli Kongres memang selalu kena serang.

Saya rasa, dia maksudkan Frank Underwood.

Dia tak ada kaitan dengan Russo sebelum penutupan limbungan,

tapi tiba-tiba dia sibuk nak bantu.

- Itu tak bermakna dia yang... - Terus terang sajalah, Zoe.

Saya tahu dia sumber cerita awak.

Saya bukan nak susahkan awak, tapi saya takkan berhenti selidik hal ini.

Dia bukan sumber saya.

Tapi kamu kenal satu sama lain.

Tunjukkan nota awak dan saya akan cakap dengan dia.

Ini nota-nota daripada panggilan telefon dengan Capra.

Ini ialah transkrip daripada perbicaraan BRAC.

Bila mereka cakap tentang limbungan kapal Philadelphia,

Russo tak cakap apa-apa.

Tak apa.

Ya, saya akan masukkan kedua-duanya dalam fail.

Claire, saya dapat panggilan daripada Pejabat Perhubungan Awam SanCorp

dan mereka nak hantar kru penggambaran

untuk rakam tentang projek penapisan kita di Botswana.

Betul. Penggambaran itu untuk tujuan promosi saja.

SanCorp menentang kita dalam Rang Tadahan Air itu.

Mereka tolong kita mendapatkan penapis dari Selatan Sudan.

- Bukan Jabatan Luar Negeri tolong? - Tak.

Awak ingat Remy Danton?

Awak jumpa dia di pejabat ketika awak mula kerja di sini.

- Pelobi itu. - Saya minta pertolongan dia.

Kita cuma membalas budi, itu saja.

More Malay subtitles for House of Cards

Commenti

No comments yet. Be the first to leave one.

Keep it about this subtitle — sync, quality, typos.500 characters left