Le prime 200 righe.
FELIX SI PEMBAIK JR. SILA MASUKKAN DUIT SYILING
Nama saya Ralph, dan saya watak jahat.
Apa lagi ya. Ketinggian saya sembilan kaki.
TIMBUNAN SAMPAH
Berat saya 643 paun.
Saya agak panas baran.
HEI, AWAK TELAH MENGALIHKAN TUNGGUL SAYA!
Saya amat cepat naik darah,
rasanya, saya takkan berbohong.
Apa lagi ya?
Saya seorang peruntuh. Saya meruntuh benda. Secara profesional.
SAYA AKAN MERUNTUHKANNYA!
Saya amat arif dalam kerja saya. Mungkin sayalah yang terbaik.
Masalahnya, permainan ini bertujuan untuk membaiki.
Secara literalnya. Felix Si Pembaik Jr.
TOLONG MEMBAIKINYA FELIX!
SAYA BOLEH MEMBAIKINYA!
Jadi, ya, tentulah,
lelaki yang bernama Felix Si Pembaik itulah watak baiknya.
Dia memang sebaik-baiknya orang.
Dia memang pandai membaiki barang.
Tapi kalau kita dah mewarisi tukul ajaib daripada bapa kita,
memang mudah membaiki sesuatu bukan?
Kalau dia tukang kayu kontraktor biasa,
saya jamin awak takkan dapat
membaiki kerosakan yang saya buat tu sebegitu cepat.
ANDA BERJAYA MEMBAIKINYA!
Apabila Felix bekerja dengan baik, dia mendapat pingat.
Tapi adakah pingat untuk membuat kerosakan dengan baik?
Saya hanya boleh kata, "Jangan harap!"
Dan, tidak, memang tiada.
PERINGKAT 1 SELESAI
30 TAHUN YANG LALU
Dah tiga puluh tahun saya membuat kerja ini
dan saya dah tengok banyak permainan datang dan pergi.
Agak menyedihkan. Saya teringatkan watak-watak daripada Asteroids.
Debum! Lenyap. Centipede?
Entah ke mana dia dah pergi.
Bekerja untuk permainan arked yang stabil memang patut dibanggakan.
Saya amat bertuah.
Cuma, saya perlu katakan,
agak sukar untuk menyukai pekerjaan kita
apabila tiada siapa yang suka kita kerananya.
HARI INI
Dah selamat! Arked dah tutup!
Shoryuken!
Waduh! Penatnya! Awak nak pergi ke Tappers, Ken?
Kalau awak belanja, beb.
Masa untuk berhenti!
Entahlah.
Mungkin saya takkan rasa begini
kalau keadaannya berlainan selepas tamat kerja.
Tapi keadaannya seperti biasa.
Tahniah, semua!
Felix dan penduduk Niceland
melepak di rumah mereka
yang baru dibaikinya, dan semua orang, tahu-tahu sajalah...
Mereka pulang ke rumah mereka, saya pulang ke rumah saya
yang macam tongkang pecah.
Apabila saya sebut "tongkang pecah,"
saya bukan maksudkan tempat yang bersepah.
Saya maksudkan timbunan sampah sebenar,
ke situlah perginya semua sampah
bersama timbunan batu-bata dan sisa runtuhan bangunan...
Di situlah kediaman saya.
Agaknya saya tak patut merungut.
Saya ada timbunan batu-bata saya, tunggul saya.
Nampak agak kurang selesa. Boleh tahan sebenarnya. Tak apa.
Tapi kalau saya benar-benar jujur terhadap diri sendiri...
Saya nampak Felix di atas sana asyik dipuji,
orang ramai memberi pai dan berterima kasih kepadanya
dan sentiasa gembira berjumpa dengannya.
Kadangkala saya terfikir...
Pasti seronok menjadi seorang watak baik.
Satu permainan demi satu permainan
Bagus, Ralph.
Sebagai rakan seperjuangan,
kami semua pernah merasai perkara sama
dan kami telah menerima hakikat ini.
-Yakah? -Di sini.
Saya Zangief. Saya watak jahat.
-Hai, Zangief! -Hai, Zangief.
Saya faham perasaan awak, Ralph. Sewaktu saya masih murung,
saya telah memecahkan kepala orang
seperti sebiji telur burung dengan kedua-dua peha saya?
Kemudian saya terfikir, "Kenapa perlu jahat sangat, Zangief?"
"Kenapa tak berperangai seperti watak baik?"
Kemudian saya mendapat kejelasan fikiran.
Kalau Zangief seorang watak baik,
siapa yang akan memecahkan kepala orang
seperti telur burung dengan kedua-dua peha?
Saya pun terfikir, "Zangief, awak watak jahat,
"tapi tak bermakna awak seorang yang 'jahat'."
Baiklah. Maaf. Saya dah jadi keliru.
-Zombi! Watak jahat! -Hai Zombi.
Hai, Zombi.
Maksud Zangief label takkan membahagiakan diri awak.
Baik! Jahat!
Awak mesti sayangi diri awak.
-Ya! Dalam ini! -Ya.
Okay. Baiklah. Saya faham. Hati-hati. Ia sedang menitis.
Saya ada soalan, Ralph.
Dah lama kami meminta awak menyertai Kumpulan Penjahat
dan akhirnya malam ini awak datang.
-Kenapa ya? -Entahlah.
Saya terasa ingin ke mari.
Agaknya ia ada kaitan dengan...
Hari ini ulang tahun ke-30 permainan saya.
Selamat ulang tahun, Ralph.
Terima kasih, Satan.
Nama saya Sateen, sebenarnya.
Baiklah. Tapi ini masalahnya.
Saya tak mahu lagi menjadi watak jahat.
Kita tak boleh mengganggu program kita, Ralph.
Awak bukan nak jadi Turbo, bukan?
Turbo? Saya tak nak jadi Turbo! Tolonglah!
Jadi macam Turbokah saya apabila inginkan kawan? Atau sebutir pingat?
Atau sekeping pai sekali-sekala?
Jadi macam Turbokah saya kerana mahu hidup lebih bermakna?
Ya!
Ralph, Ralph, kami faham.
Tapi kita tak boleh mengubah siapa diri kita.
Dan lebih cepat awak menerima hakikat tu,
permainan dan kehidupan awak pun akan menjadi lebih baik.
Hei. Satu permainan demi satu permainan, Ralph.
Kita akhiri sesi ini dengan Ikrar Watak Jahat.
Saya jahat, dan itu perkara baik.
Saya takkan jadi baik, tapi itu tak jahat.
Saya hanya ingin menjadi diri saya sendiri.
Okay, geng, jumpa lagi minggu depan.
Saya tak boleh bawa snek minggu depan.
Bersabarlah, Ralph.
Hei, Zombi, jangan tertinggal kapak awak.
Nah ambil ni.
PORTAL TIMUR - TANDAS PUSAT PERMAINAN
KE STESEN PUSAT PERMAINAN
Sila ke tepi, tuan. Pemeriksaan keselamatan rambang.
Rambang konon! Awak selalu menahan saya.
Saya hanya pelindung pusuan yang menjalankan tugas, tuan.
-Nama? -Lara Croft.
-Nama? -Ralph Si Peruntuh!
Dan awak datang dari mana?
Pac-Man.
Awak ada bawa buah-buahan?
Tiada! Tiada. Tiada buah.
Baiklah. Awak nak pergi ke mana?
Felix Si Pembaik Jr.
-Nak isytiharkan apa-apa? -Saya benci awak.
Saya sering diberitahu begitu. Teruskan.
Watak jahat datang!
Kalau meninggalkan permainan sendiri,
jagalah keselamatan, sentiasa berwaspada,
dan walau apa sekali pun, jangan mati.
Jika anda mati di luar permainan sendiri
anda takkan bangkit semula.
Selamanya. Permainan tamat.
FELIX SI PEMBAIK JR.
PERMAINAN DITAMATKAN. SILA BANTU! TERIMA KASIH.
Ambil ni, kawan.
Ia masih segar. Baru datang dari tempat Pac-Man.
Bersabarlah, kawan-kawan.
Nama?
"Selamat Ulang Tahun Ke-30"?
Mereka berpesta tanpa saya.
Pac-Man? Mereka menjemput Pac-Man?
Pengunyah bintik yang suka mengejar buah ceri tu
bukan daripada permainan ini pun!
Parti yang hebat, Felix.
Terima kasih, kawan.
Felix, awak diperlukan di tempat menari!
Felix Si Pembaik! Felix Si Pembaik!
Saya rasa itu Mario.
Lewat, seperti biasa.
Biar saya buka pintu, Felix.
Ralph datang!
-Dia akan rosakkan parti ni! -Sembunyikan perkakasan!
Halaulah dia, Felix.
Oh, baiklah. Biar saya bercakap dengannya.
Teruskan berpesta, kawan-kawan.
Ralph, ada apa-apa boleh saya bantu?
Hei, Felix. Saya cuma datang menjenguk awak.
Saya nampak ada letupan besar
berlaku di bangunan ni tadi.
Itu hanyalah bunga api.
Bunga api. Okay. Fuh.
Hari jadi seseorang, atau...
Sebenarnya ini sambutan ulang tahun.
Ulang tahun ke-30 permainan kita, sebenarnya.
Apa? Hari inikah?
Memang!
Saya memang pelupa dengan tarikh.
Apa-apa pun, tahniah.
Terima kasih, Ralph. Dan kepada awak, juga.
Saja nak beritahu, Felix.
Kek akan keluar tidak lama lagi.
-Hei, Glen. -Ralph.
Kek? Saya pernah dengar tentangnya.
Tak pernah merasanya.
Tiada siapa pernah membuangnya
jadi ia tak pernah sampai ke tempat pembuangan.
No comments yet. Be the first to leave one.