Les 200 premières lignes.
Tolong…
KEDAI RUNCIT SONNY
Kalau dia sampai ke sungai, dia menang.
Kita tak boleh benarkan itu berlaku, Encik Lopaki.
Kamu tembak terlalu dekat!
Brandi?
Mengasyikkan, bukan?
Apabila dapat bunuh orang.
Awak puas hati?
- Sangat. - Bagus.
- Ya? - Hai, saya cari Douglas Binder.
- Awak kawan En. Binder? - Bukan, saya anak dia.
Doug sangat baik. Dia berbudi bahasa.
Dia tak cakap ke mana dia berpindah?
Dia tak bayar sewa lagi.
Saya suruh dia bayar kemudian, apabila dia dah boleh berdiri sendiri.
- Dia kemalangan? - Bukan.
Dia dipecat dari syarikat peralatan itu.
Semasa Doug pindah keluar, dia tinggalkan kotak ini.
Dia minta saya simpan sampai dia lunaskan hutang dia.
Awak tahu dia ada di mana sekarang?
Awak boleh cuba cari di dapur amal Our Lady o' Charity.
Dia tentera laut? Pasukan perisikan.
- Saya pun askar juga dulu. - Ya?
- Ya. - Awak kenal dia?
Kadang-kadang, dia datang ke sini. Dia baik orangnya.
Kalau saya jumpa dia, saya akan beritahu awak cari dia.
Awak tahu dia tinggal di mana?
Minta maaf, tapi ayah awak
sama macam kami. Tak ada tempat tinggal.
RESTORAN UTILITI HALF MOON
Gumbo itu sedap, Chance?
Tak langsung.
- Nasib baik kopinya sedap. - Tapi itu tak percuma.
- Ya, saya tahu. - Dompet tertinggal lagi?
- Saya pernah beri alasan itu? - Ya. Untuk gumbo.
Betul juga.
Hai. Boleh tukar duit?
Terima kasih.
Hai, Marie.
Ayah saya ada datang untuk ambil surat dia?
Belum? Tak apalah. Terima kasih. Saya letak dulu.
RESTORAN UTILITI HALF MOON
- Hai, cik adik. - Jangan ganggu saya.
Beri kami dompet awak. Boleh kami rasa sikit?
Seronok, ya?
Awak berani cari gaduh dengan kami?
Awak yang berani cari gaduh dengan saya.
Tak apa.
Saya kata, berhambus.
Awak simpan pisau awak dan ajak teman lelaki awak ini
main jauh-jauh dari sini.
Dia ingat dia buat lawak, ya?
Ayuh! Marilah!
Mari sini! Ayuh!
Sayang sungguh, dulu tempat ini selamat.
Lain kali, jangan tayang dompet awak.
Polis tiada, rakyat sengsara!
Polis tiada, rakyat sengsara!
Mari cepat! Cepat!
- Bila mogok akan berakhir? - Ini dia.
POLIS NEW ORLEANS DAERAH KETIGA
- Selamat hari jadi kepada saya. - Tumpang tanya.
- Ada apa, ya? - Begini.
Saya mahu buat laporan orang hilang.
Saya baru habis kerja dua syif. Awak datang balik esok.
Baik. Awak boleh buat sekarang.
Nama orang yang hilang itu?
Douglas Charles Binder.
- Hubungan dengan orang hilang? - Saya anak dia.
Okey. Ada gambar?
- Ada gambar yang lebih baru? - Tak ada.
Mak ayah saya bercerai 20 tahun lalu.
- Ada alamat? - Ayah saya orang gelandangan.
Saya pun baru tahu itu selepas saya datang ke sini.
Saya tak pasti apa awak mahu saya buat.
- Saya mahu awak tulis laporan. - Tapi biasanya,
kalau ada orang hilang, kita mesti tahu dia hilang dari mana.
Baiklah.
Detektif, kalau awak sibuk sangat,
saya boleh cari orang lain.
Tunggu.
Ini nasihat saya kalau awak mahu cari ayah awak.
Cuba tanya di dapur amal atau rumah persinggahan,
tapi awak patut ada seseorang yang biasa dengan tempat ini.
Kalau tidak, awak sendiri yang akan dilaporkan hilang nanti.
Sama-sama!
Okey. Diam, dengar sini.
Pagi ini, kita ada 12 kekosongan untuk orang yang biasa naik kapal.
Apabila saya panggil nama, masuk pejabat, tunjuk dokumen
dan awak boleh naik kapal.
Kita mula. Pertama, Gombas
- Luigi. Kelasi berkelayakan. - Saya.
Walker, Steven. Jurutera kedua.
Hai. Orang di kafe cakap yang mungkin awak di sini.
- Saya perlu bincang tentang sesuatu. - Ini bukan masa yang sesuai.
Walters, Nichols D.
- Ya. - Kelasi berkelayakan.
Awak mahu kerja dengan saya? Saya akan bayar upah. 100 dolar sehari.
- Untuk apa? - 100 dolar sehari. Masih nak tanya lagi?
Ya, sudah tentu saya masih akan tanya lagi.
Saya perlukan bantuan awak mencari seseorang.
- Jales, Bill. Cook. - Awak tahu selok-belok bandar ini
- dan awak boleh melindungi diri. - Boudreaux, C. Kelasi berkelayakan.
Saya memang mahu bantu awak, sayang.
- Tapi saya baru dapat kerja lain. - Bakelman, Fats.
- Jauh dari sini. - Kelasi berkelayakan.
Maaf.
Chance. Ingatkan awak sudah dibuang selepas kes dengan Kapten McDonald.
Itu salah faham saja.
Salah faham, konon. Sampai rahang dia retak.
Awak kirim salam sajalah kepada dia.
- Nanti. - Johnson kata saya dah diterima balik.
Oleh syarikat. Bukan kesatuan. Awak masih ada hutang lagi.
- Hutang 217 dolar. - Saya akan bayar lepas balik belayar.
Orang yang masih ada hutang tak dibenarkan naik kapal.
Macam mana saya nak bayar hutang kalau saya tak naik kapal?
Bukan saya yang kata.
Kapal awak akan berlepas hujung minggu ini.
- Jadi kalau saya dapat bayar hutang itu? - Awak boleh belayar sekali.
Saya akan cari duitnya.
Terus. Depan lagi.
Ya. Depan lagi. Okey, turunkan.
Orang yang awak cari itu, dia ada hutang dengan awak?
- Dia ayah saya. - Okey, saya dah ubah fikiran.
Saya akan tolong awak untuk dua hari dan awak bayar saya 217 dolar.
Setuju.
- Awak boleh memandu. - Saya tak ada lesen.
- Siapa nama awak? - Chance Boudreaux.
- Nama awak pula? - Nat.
Nat? Kenapa mak ayah awak beri awak nama bermaksud serangga?
Bukanlah. Nat singkatan untuk Natasha.
- Natasha. - Kenapa nama awak Chance?
Sebab mak saya ambil peluang.
Macam mana ayah awak hilang?
Mak ayah saya bercerai semasa saya berusia tujuh tahun dan ayah terus pindah.
Kami berutus surat dan dia ada telefon saya juga.
Tiga minggu lalu, tiba-tiba saya tak dapat surat lagi.
Kawan saya di sini mungkin boleh bantu kita.
Awak periksa barisan, saya akan tengok di dalam.
Hei, awak ada bawa sos cili tak?
- Elijah. Apa khabar? - Hari Rabu ada daging bakar.
Mereka kata itu daging bakar.
- Ingatkan awak sudah naik kapal? - Saya tak dibenarkan belayar.
Saya mahu tunjuk sesuatu kepada awak.
- Awak kenal dia? - Kami baru jumpa semalam.
- Awak jumpa ayah saya? - Tak, tapi ini berguna juga.
Semalam, saya ada di Plaza d'Italia. Saya nampak beg tidur dalam troli.
Corak belang harimau, macam beg tidur anggota tentera laut.
Ayah awak ada beg tidur macam itu.
- Terima kasih, Charlie. - Sama-sama.
KAMI MENAWARKAN KHIDMAT PANGGILAN GHAIRAH PALING MANTAP
Jangan tersinggung. Dia ambil upah edarkan iklan ini.
Ya, saya pun buat kerja itu.
KAMI MENAWARKAN KHIDMAT PANGGILAN GHAIRAH PALING MANTAP
Ambil ini. Jalan Barracks. Pergi kedua-dua belah jalan, orang tua.
Seterusnya! Cepat!
Pergi Decatur. Ke arah luar bandar.
Lama tak jumpa, Boudreaux.
- Ingatkan awak dah belayar. - Saya ingat nak duduk lama sikit.
Kami cari seseorang yang kerja dengan awak.
Namanya Douglas Binder.
- Saya tak kenal. - Tapi dia kenal awak.
- Dia ada kerja dengan awak? - Mungkin ya, mungkin tidak.
Saya tak ingat nama orang.
Saya ada gambar.
Mungkin En. Poe tak ingat nama, tapi dia ingat muka. Betul tak?
Helo, Randal. Awak ada tetamu rupanya.
Kami sudah mahu balik.
- Kita mesti masuk balik. - Bukan sekarang dan bukan berdua.
Poe mesti tahu sesuatu tentang ayah saya.
Kalau awak tak nak, biar saya masuk sendiri.
Kalau awak nak cari ayah awak, awak mesti pakai otak,
- bukan ikutkan hati. - Ya.
- Natasha Binder? - Ada apa?
Cik Binder, kami ada berita buruk.
Ada orang jumpa mayat ayah awak.
DILARANG MASUK MELEPASI KAWASAN INI
Maaf.
- Mereka sudah sahkan identiti. - Macam mana ia berlaku?
Ada kebakaran di bangunan tinggal di Kawasan Sembilan.
Bomba jumpa mayat ayah awak dalam salah satu bilik.
- Saya mahu tengok dia. - Dia terbakar teruk.
Kami terpaksa kenal pasti dia melalui rekod pergigian
semasa dia dalam tentera.
- Kenapa awak ada di sini? - Saya tolong dia cari ayah dia.
Cepat bangun, gemuk sial!
Oh, Tuhan. Encik Fouchon, ada apa datang sini?
Jangan cakap, Randal. Buka telinga saja.
Jangan risau. Saya pastikan telinga Randal terbuka.
Apabila Encik Van Cleaf nampak pelawat awak semalam,
awak tak beritahu dia yang rupanya mereka cari sukarelawan kami.
- Mana ada, Encik Fouchon. - Jangan tipu, Randal.
Orang yang kami buru semalam, siapa nama sebenar dia?
- Tak guna. - Binder. Douglas Binder.
Itu bukan orang yang kami pilih, bukan?
Saya tak jumpa orang yang awak mahu.
Awak kata awak mahu bekas askar, jadi saya beri Binder kepada awak.
- Dia ada banyak pingat. - Tapi dia ada keluarga.
- Sekarang, mereka cari dia. - Tolonglah. Saya minta maaf…
No comments yet. Be the first to leave one.