Les 200 premières lignes.
Subtitle Disediakan Oleh: arbi_theone @ Park One
LAUT BARENTS, RUSIA
KAPAL PERSEKUTUAN RUSIA, KONEK KELAS AKULA
USS TAMPA BAY LA KELAS HUNTER-KILLER
Laporkan status.
Kepten, kekalkan jarak 400 kaki dengan Akula Rusia.
- Arah terbaik adalah 0-3-5. - Kita masih belum dikesan, tuan.
Sudah dua jam, 45 minit kita di dalam kawasan yang mereka tak kesan, Kepten.
Kita berada tepat di belakangnya dan mereka tak sedar.
Perhatikan panel awak.
Kawalan, ini Kepten. Jaga jarak. Kekal di belakangnya.
Kepten, berlaku letupan dalam Konek.
- Kekalkan pada arahnya. - Ya, tuan.
Mereka akan mengeluarkan isyarat kecemasan mereka.
Hantarkan dua isyarat aktif.
- Beritahu mereka kita di sini. - Sebentar.
Apa itu?
Torpedo jarak 600 kaki arah 3-3-5 pada!
Elak torpedo itu. Turun ke kedalaman 700 kaki!
- Adakah itu dari Konek ? - Tidak, tuan.
Ianya berhubungan terus di atas kita.
- 400 kaki! - Ke hadapan sepenuhnya!
- Kepten, tak ada masa. - 200 kaki!
- Kemudi maksima ke kanan! - Kita dikunci!
PUSAT PEMERINTAHAN TENTERA KEBANGSAAN PENTAGON
- Laksamana. - Kepten.
Tampa Bay baru sahaja menghilang di Semenanjung Kola.
NAVSEA melaporkan tak ada pembaikan,
...tiada masalah Radio dan,
...tiada cuaca buruk di Laut Barents.
Tersangat dekat dengan perairan Rusia.
Ya, tuan.
Mereka saling kejar mengejar dengan kapal selam Rusia selama beberapa minggu.
Harapnya cuma itu sahaja.
Tuan, mereka lewat 2 jam melapor.
Kita tak boleh melakukannya.
Kita kena adukan ke Kogres dan tarik balik beberapa kapal.
Perlumbaan senjata di Artik, Charles?
Sudahlah, ini hanya gertakan.
Presiden Rusia hanya berlagak sombong.
Dia memalukan kita di Syria.
Dia berterusan menentang kita di Crimea.
Adakah kita akan biarkan dia mendominasi kita di Baltik ?
Dan apa seterusnya, Eropah?
- Kita tidak mampu perang dingin lagi. - Begitu juga mereka.
Adakah benar kita menyaksikan,
...pembesaran tentera paling agresif dalam sejarah Rusia?
Ini bukan masanya berdiam diri.
Tuan, Tampa Bay menghilang di Laut Barents.
Kami menerima isyarat kecemasan di atas Semenanjung Kola.
Itu wilayah belakang Rusia.
Terdapat sistem klasifikasi di dalam kapal selam itu.
Dan 110 anak kapal, tuan.
Dah tentulah. Jika awak nak pergi cepat ke sana,
...dan awak nak pergi dengan senjata: "Kapal Selam penyerang laju".
Saya beritahu Armada ke-6 yang awak perlukan sebuah "Hunter-Killer".
Tak ada kapal itu di wilayah Eropah,
...juga kapal penyelamat kapal selam.
Kita ada. Kita ada satu.
Tidak, nak. Arkansas tak ada Kepten.
Dan saya berikan Kepten baru.
Dia di wilayah itu, tak pernah jadi Kepten.
Joe Glass?
Di mana awak menemuinya?
Dia kelas apa?
Tak pernah pergi ke Annapolis, tuan.
TANAH TINGGI LOCHABER SCOTLAND
Glass.
Bersedia untuk penghantaran selamat,
...dari Pemerintah Angkatan Armada.
USS ARKANSAS PANGKALAN TENTERA LAUT FASTLANE, SCOTLAND
BANGGA BERTUGAS DI BAWAH LAUT PERKHIDMATAN SENYAP
Komander Glass?
Pegawai Laksana Brian Edwards.
Bagaimana perjalanan awak dari Portsmouth, Kepten?
Cepat. Apa yang awak ada di sini?
Arahan Rahsia dari Armada Ke-6.
Mereka tidak membuang masa, Tuan.
Pegawai Laksana, panggil anak kapal.
Kita belayar secepat mungkin.
Sebenarnya, mereka baru saja diberi cuti 2 hari, tuan.
Merka semua mustahil ditemui.
Mustahil?
Katakan sesuatu, Pegawai Laksana.
Berapa banyak bar yang ada di Faslane ini?
Dua.
Jadi, mari lakukan rancangan radikal.
Awak cari di satu bar, saya cari di bar yang lagi satu.
Baik, tuan.
Turunkan, turunkan.
Buka peraka. Tiub satu hingga empat beroperasi.
- Muatkan torpedo ke tiub satu. - Muatkan!
Alamak, banyaknya torpedo.
- Ya, agak-agak untuk apa? - Ini semua arahan Kepten.
Saya dengar dia pernah berada di Baton Rouge.
Suka memberontak, tak pernah jadi Kepten.
Saya dengar dia memukul pegawai memerintahnya.
Ya, ya, saya dengar dia baik saja.
Kaki perempuan seksi dari sini sampai Samoa.
- Ya? Jadi dia seperti kita. - Apa?
Sejak bila awak jadi kaki perempuan seksi, Brickowski ?
Bila awak pernah bertemu Kepten seperti kita?
Baiklah, bertenang. Kita ada kerja nak buat.
Teruskan.
Kepten di bilik kawalan.
Kapal dah sedia menyelam, Kepten. Tak ada pengesanan di permukaan.
Bersiap untuk melancarkan kapal.
Arkansas selamat untuk menyelam, tuan.
Jurumudi Park. Kita nak ke mana, Kepten?
Kapal perang Arkansas, Saya Kepten kamu, Joe Glass.
Saya nak beritahu yang saya kenal Komander O'Brian secara peribadi,
...tapi saya tahu dia melatih kamu dengan baik.
Saya juga mendengar banyak khabar,
...yang kamu meragukan saya sebagai Kepten,
...jadi, secara jujur saya katakan.
Saya bukan lulusan Annapolis,
...yang belajar seperti kamu di dalam kelas.
Saya pernah melaksanakan semua tugas. Mengawasi sonar,
...pernah menjadi krew kapal selam Nuklear, Membersihkan tiub torpedo.
Jika kamu fikir saya kenal kamu lebih baik...
...daripada pegawai sebelumnya, kamu betul.
Saya bertugas di bawah air sepanjang hayat saya.
Saya terlepas lima pilihanraya,
...tujuh Super Bowls, perkahwinan kakak saya...
...dan kematian Ayah saya.
Itu yang saya tahu di sini.
Saya seperti kamu.
Jika kamu fikir saya pernah melakukan apa sahaja selain...
...dari kapal ini, maka kamu salah.
Ini bukan latihan saja-saja.
Saudara kamu di Tampa Bay hilang di perairan Rusia.
Kemungkinan karam.
Kamu pasti kenal seseorang di dalam kapal selam itu.
Sekarang kita akan mencari mereka.
Jadi ikut arahan.
Saya tidak mengharapkan apa-apa melainkan yang terbaik dari kamu.
Saya boleh melakukan sesetengah kerja lebih baik dari kamu, tapi saya tak mahu.
Itu tugas kamu,
...tapi itu jadi tanggung jawab saya.
Lakukan, Pegawai Laksana.
Baik, tuan.
Laksamana Fisk? Laksamana Fisk.
Saya memberi taklimat kepada Presiden sejam lagi,
...dan kelasi awak tak berkongsi.
Saya bekerja untuk Pengerusi Ketua-Ketua Gabungan,
...bukannya NSA, Cik Norquist,
...atau kita guna nama depan sekarang?
- Ini dari sekolah anak-anak saya. - Cukup adil.
Sistem Pengawasan Bersepadu Bawah Air mengesan dua ledakan di Semenanjung Kola,
...tepat di mana Tampa Bay menghilang.
- Dua? - Mungkin sebuahnya kapal mereka,
...mungkin juga sebuahnya kapal kita.
Ada kemungkinan mereka berlanggar?
Tak mungkin.
Awak sudah hubungi pihak Rusia?
Apa kata mereka?
- Itu rahsia. - Sekarang siapa yang tak mahu berkongsi?
Pukul berapa ledakan itu dirakam?
09:04 dan 09:06 GMT.
Kenapa?
Sejak Rusia mula membina armada mereka di Polyarny,
Kami terus mengawasi Presiden Rusia.
Zakarin meninggalkan Kremlin dengan pasukan keselamatan utamanya,
...dan dia menuju ke sana ke Semenanjung Kola.
- Dah tentu, kerana insiden ini. - Tidak.
Dia pergi sebelum dua ledakan itu.
Pertemuan berjadual dengan Menteri Pertahanannya, Durov.
Saya tak suka kebetulan.
Saya kerahkan sebuah kapal selam.
Kita akan dapat jawapannya tak lama lagi.
Laksamana.
Awak mendapat pelepasan ringkas dari dua bintang...
...bagi apa yang saya beritahu awak.
Saya berusaha mendapat kebenaran operasi dari NSA,
...dan mereka berlengah,
...dan sekarang semuanya ini sedang bergerak pantas.
Jika ini tindakan agresif,
...kita kena tahu apa yang Zakarin lakukan di sana.
Jika awak mahu menerbangkan drone ke ruang udara Rusia,
...Angkatan Udara akan merasa senang untuk...
Tidak dari ketinggian 60,000 kaki.
Kita perlukan mata dan telinga di bawah.
Saya yakin awak kenal seseorang yang boleh...
...terus bertugas dalam 48 jam seterusnya.
Awak mahu saya menghantar satu pasukan ke Rusia?
Ya, saya mahu.
GURUN VAHDAT, TAJIKISTAN
Ikut saya!
Cepat! Cepat! Cepat!
Semua selamat!
Awak ada 30 saat, Martinelli!
Maju!
Cepat! Cepat! Cepat! Cepat!
20 saat!
10 saat!
Lima!
Tamat!
Hei!
Tahniah, Martinelli,
...awak baru sahaja membunuh seluruh pasukan!
No comments yet. Be the first to leave one.