Ang unang 149 linya.
SEBUAH SIRI NETFLIX
Kawasan kubur dan jirat menyimpan seribu satu koleksi.
Berkurun-kurun lamanya, ia tempat persemadian
yang jahil mahupun yang salih.
Ahli sihir, dukun ataupun wali.
Di bawahnya, terkubur banyak rahsia dan harta.
Bagi binatang perosak yang fitrahnya mengunyah kayu atau tulang,
ia makanan.
Bagi manusia pula,
ia ganjaran.
Tajuk cerita kita hari ini ialah Pencuri di Tanah Perkuburan
yang diarahkan oleh Vincenzo Natali.
PENCURI DI TANAH PERKUBURAN
Cantiknya dia.
Yalah.
Mungkin dulu dia orang kaya.
Melihatkan gayanya, walaupun dalam keadaan ini,
saya rasa dia memang cantik.
PUTERIKU CATHERINE LEWIS PADGETT 1900-1919
Jangan harap dia nak pandang awak kalau dia masih hidup.
Saya? Saya ambil semua yang boleh dijual.
Samalah dengan saya.
BERDASARKAN CERPEN OLEH HENRY KUTTNER
Campak beg itu.
Nama saya Masson.
Saya penjaga kawasan kubur ini
yang kamu selamba ceroboh dan rompak.
- Ada pesanan terakhir? - Maafkan kami.
- Kami janji takkan buat lagi. - Ya.
Dengar sini baik-baik.
Tahukah kamu ketamadunan sebuah peradaban diukur
daripada ritual pengebumian masyarakatnya?
Itulah yang membezakan kita dengan binatang.
Itulah titik permulaan ketamadunan.
Semua itu akan berakhir kalau kita mencabuli tradisi yang diwarisi.
Sekarang,
berambus.
Awak takkan serah kami kepada polis…
Menyedihkan.
Mari kita tengok.
Itu dia.
Bagus.
Baiklah.
Ukuran sebuah peradaban.
Baiklah.
Tolonglah…
Tikus tak guna!
Baiklah.
Ikut saya.
Masuk.
Macam mana?
Ini saja?
Apa maksud awak? Nilainya lebih daripada ansuran bulan ini.
Nak bayar bunga pun tak cukup.
Itu loket perak.
Piuter.
Perak.
Piuter.
Ini bulan ketiga awak tak boleh bayar.
Saya boleh beri awak peluang,
tapi bos saya tak sebaik saya.
Mereka mula fikir
yang awak sorok barang-barang berharga.
Saya tak sekeji itu.
Keturunan saya tak pernah culas bayar hutang.
Walaupun saya kalah judi, saya takkan lupa bayar hutang.
Masalahnya ada tikus.
- Tikus? - Ya, ia meremut di kawasan kubur.
Ia curi mayat sebelum saya sempat ambil barang berharga si mati.
Selepas berjam-jam menggali bermandikan embun malam,
semua keranda yang saya buka kosong.
Maksud awak, tikus curi mayat di dalam keranda?
Ya, ia satu epidemik.
Saya tak boleh cari makan macam dulu.
- Tak, tikus tak boleh curi mayat. - Percayalah cakap saya.
Tikus Salem bukan tikus biasa.
Ia datang dari benua lain dan membiak di sini sejak berkurun lalu.
Selagi pelabuhan ini wujud,
tikus yang meremut kapal dagang dari Tanah Melayu, China, Ivory Coast
dan benua lain, selagi itulah tikus-tikus durjana itu takkan pupus.
Saya cuma cerita sejarah.
Lagipun pada zaman dahulu,
semasa Cotton Mather memburu kultus ahli sihir Salem,
mereka jumpa satu rangkaian gua di bawah bandar ini.
Gereja-gereja gelap
yang menganjurkan pesta liar
dan sakramen sumbang laku kepada entiti-entiti ghaib.
Entah apalah jembalang yang ada di bawah sana.
Tikus.
Bunuh sajalah.
Saya dah guna macam-macam cara untuk bunuh tikus-tikus itu.
Perangkap, racun dan gas. Semuanya tak berkesan.
Sarangnya kompleks dan kebal.
Lagipun, saya klaustrofobia. Saya takut ruang sempit.
Semasa kecil, saya dikurung di dalam peti ais.
Abaikan saja, tapi saya cuma nak cakap
yang saya tak boleh masuk ke sarangnya.
Tambahan pula, ia semakin ganas.
Tangan saya digigit tikus
semasa cuba ambil gigi emas yang awak pegang tadi.
Sakitnya bukan kepalang,
tapi ia tak setanding sakit yang saya tanggung
apabila disuntik berkali-kali oleh doktor.
Saya betul-betul terdesak.
Saya mohon kepada awak dan bos awak, kasihanilah saya.
Beri saya masa untuk bunuh tikus-tikus itu.
Saya dah hilang sabar selepas dengar awak membebel.
Bos saya
beri awak masa seminggu lagi.
Kalau saya jadi awak, Encik Masson,
saya akan bayar.
Kalau tidak,
awak takkan jadi penjaga kubur lagi.
Awak yang akan masuk kubur.
Simpan piuter itu.
Berambus.
Dooley!
- Dia ada? - Saya dah larang awak datang.
Dia ada tak?
Tak, dia keluar untuk uruskan beberapa hal.
Dia akan balik bila-bila masa, jadi cakap cepat.
Ada orang kaya mati baru-baru ini?
Tiada orang kaya mati minggu ini. Semuanya papa kedana.
- Boleh saya tengok? - Tak boleh.
Awak tak faham. Ini soal hidup dan mati saya.
Cari saya selepas awak mati.
Sekarang, ada mayat orang miskin dan gelandangan saja.
Tiada mayat orang kaya.
Mungkin ada antara mereka yang pernah kaya macam saya
dan tanam gigi emas sebelum jatuh miskin.
- Saya nak tengok sekejap saja. - Tak boleh.
Tolonglah, Dooley,
sahabatku.
Dah berapa kali saya tolong awak?
Jangan lupa sayalah yang menebalkan poket awak selama ini.
Awak boleh tengok, tapi dengan satu syarat.
Oh, Dooley.
Saya dah agak.
Eliksir Syaitan.
Nampaknya, awak dah ketagih.
Ramai yang menemui ajal dek keasyikan palsunya.
Semoga awak tak tergolong dalam kalangan mereka.
Apa-apa pun, saya ada bawa.
Tolonglah.
Kami belum jumpa kepala dia.
Mati di dalam tab mandi.
Macam sup.
Dah tua pun, gigi dia masih cantik.
Gigi palsu kayu.
No comments yet. Be the first to leave one.