200 ensimmäistä riviä.
4:58 PETANG
Awak okey?
Ya. Maaf, cuma, mengeluh.
Biasalah saya apabila kena guna pemandu arah satelit.
Ya.
Tahu berapa banyak tuntutan insurans melibatkan insiden pemandu arah satelit
setiap tahun dalam kerja saya?
Banyak. Ya, hampir suku negara ini ada buat tuntutan itu.
Maaf, tak boleh cakap tentang kerja.
Itu melanggar semua peraturan masa untuk keluarga.
Saya gembira kita lakukannya. Hanya kita bertiga.
Hanya kita bertiga?
Cuma, semasa awak cakap waktu keluarga, saya...
Kami dah sampai! Kami berjaya sampai!
- Hei! - Hei.
Awak jemput ibu bapa awak.
Maaf. Tak jadi masalah, bukan?
Tak, jangan mengarut. Tak mengapa. Tak, ia bagus.
Bagus. Keluarga Vedge!
Bergabung!
- Yahu! - Yahu!
- Bintang pop dah datang. - Ini dia. Menyapalah.
- Helo. - Hai, Lisa!
Dia okey? Dia nampak tak sihat.
Hei, Vedgers dan Vedgettes.
Selamat kembali ke saluran saya.
Saya Mark Vedge.
Hari ini, saya disertai tetamu yang sangat istimewa.
Tidak.
Namanya Russell. Secara undang-undangnya dia ayah tiri saya,
tapi bagi saya, dia cuma ayah.
Dia sememangnya dungu!
Hei, semua peminat Veggie. Apa khabar?
"Diddling." Saya tak sangka dia akan gunakannya. Dia gila.
- Mereka berdua. - Ya.
Macam kanak-kanak.
- Mereka memang serasi, bukan? - Ya. Sentiasa begitu.
Semasa dia di sekolah rendah,
guru Mark tanya cita-citanya apabila dia dewasa.
Awak rasa apa yang dia jawab?
- Usain Bolt? - Ayah tiri.
Betul? Apa, di usia sembilan tahun?
Saya tahu.
Hari ini, kita akan membuka produk Coleman Meadowood...
- Ya. - ...Udara Premier. Boleh tolong?
- Beratnya. - Khemah udara premier.
Kita akan membukanya nanti dan mengulas Sunshine...
Tinggi sedikit, sayang.
Tandas perkhemahan mudah alih 20 liter Sunshine.
Bocoran awal ia cantik.
Saya tak sabar.
Kita dapat untung besar, bukan? Daripada segi pasangan.
Dah sedia nak pasang, bukan?
Kita sangat serupa.
Betul?
Cara dia sayangkan Poppy. Macam dia ayah kandungnya.
Ya, Poppy sangat sayangkan dia.
Dia memang ayahnya, bukan?
Betul, bukan?
Ya.
Baiknya awak dan Mark jemput kami sertai kamu begini.
Ya. Sudah tentu.
Semasa Mark kecil, kami selalu berkhemah di Perancis.
Tempat yang indah.
Languedoc-Roussillon.
Poppy pasti sukakannya.
Awak patut cadangkannya. Dia pasti teruja.
Ya. Mungkin tahun depan.
Languedoc-Roussillon. Ya, cubalah sebut.
- Languedo... - Languedoc.
- Languedoc. - Bukan. Languedoc.
Saya yakin dia faham maksud saya,
- bukan? - Tolonglah.
Sesuatu yang berbaloi perlu dibuat dengan betul.
- Kita sebut satu-satu, boleh? Okey? - Okey. Ya, mari lakukannya.
- Langue. - Langue.
Tak, dengar. Langue.
- Langue. - Betul.
Kemudian. Ngue.
Ngue.
- Ngue. - Ngue.
Dengar. Ngue.
- Ngue. - Ngue. Ya. Bagus.
Sekarang, doc.
- Doc. - Nampak? Saya tahu awak boleh buat.
- Baiklah, sekarang. Roussillon. Ya. - Beginilah.
Saya nak bawa ini sebab saya nak buang air kecil.
Bagus. Perlu ada orang gunanya
- untuk diulas dalam video. - Tak nak, sayang.
Tolonglah. Hanya perlukan sedikit maklumat. Ia selesa?
- Tak, sayang, cukup. Tak nak! - Ia penuh terlalu cepat,
- mula menyentuh... - Menjijikkan. Tak nak, Veggie.
Pengepam yang bagus.
Siapa saya?
Oh Tuhan. Awak tidur?
Saya tak pasti jika awak akan jawab.
Saya fikir awak mungkin masih marahkan saya.
Marah tentang apa?
Saya tak beritahu awak tentang Chloe.
Ya. Saya terlupa tentangnya.
Saya benar-benar minta maaf.
Ya, saya tahu awak kesal.
Dah pukul berapa?
Baru lepas pukul 9:00.
- Malam? - Ya.
- Baguslah. Maksudnya dia dah tiada. - Siapa yang tiada?
Pembina. Akhirnya tuan rumah gantikan jubin dalam tandas.
Ada lelaki bernama, Rick, Ralph, Ron sesuatu seperti itu.
Dia datang pukul 7:00 pagi tadi. Ia teruk.
Awak tahu saya tak boleh berkomunikasi dengan manusia sebenar,
khususnya orang yang tahu cara gunakan alatan.
Awak tonton perlawanan malam tadi?
Ya, tak, saya takkan... Ya, saya takkan terlepas.
Ya. Arsenal main dengan bagus, bukan?
Ya.
Mereka sekumpulan lelaki yang bagus.
Saya kasihankan Salah.
- Betul, bukan? - Ia bukan ofsaid.
Ofsaid? Tidak.
Ya, dia tak sentuh bahagian tepi. Tak menghampirinya.
- Awak tak tonton perlawanan, bukan? - Tak. Maaf.
Sukan bersentuhan buat saya takut, jadi...
Saya cuma...
Jadi, saya buat perkara yang logik.
Saya minum sebotol ubat batuk
dan tidur sehinggalah dia pulang.
Bazirkan sehari, bukan?
Ya. Bercakap tentang bazirkan sehari, bagaimana dengan perkhemahan?
Saya berseronok.
Bagaimana? Boleh percaya?
Langsung tak boleh percaya.
Jika awak tak suka berkhemah, kenapa setuju untuk pergi?
Sebab Veggie sukakannya.
Saya fikir pasti bagus untuk kami bertiga.
Tapi Veggie ajak ibu dan bapanya.
Apa, Ibu dan ayah Veggie orang yang bagaimana?
Ayah tirinya baik. Menarik.
Betul? Ibu... ibunya pula?
Christine baik.
Dia sangat positif.
Sebenarnya dia orang yang sangat baik,
dan saya bencikannya.
Itu jadikan saya orang yang teruk?
Saya pernah cakap sebelum ini, awak teruk. Orang lain pun tahu.
- Apa itu? - Apa itu?
Bunyinya macam kaki.
- Oh Tuhan. Macam dalam filem. - Masih ada banyak kemungkinan.
Helo? Ada sesiapa di sana?
- Apa itu? - Tak tahu, saya tak nampak.
- Oh Tuhan! - Apa?
Oh Tuhan, ada sekumpulan lembu.
Lembu?
Lembu menyerang?
Tak, sudah tentu tidak.
Sebenarnya, saya tak tahu. Tunggu sekejap. Biar saya periksa.
"Lembu menyerang?" Okey.
Ya, ia menyerang. Ia juga membunuh.
Apa?
Danny!
Danny!
- Saya perlu telefon semula. - Jangan, awak tak boleh letak telefon!
Jangan, Danny, ia sangat menakut...
Helo.
Suatu masa dahulu Aku jatuh cinta
Sekarang aku kecewa
Tiada apa aku mampu buat Hatiku hancur berderai
- Helo? - Awak okey?
Awak masih belum balik?
Ya, saya fikir nak teruskan kerja.
Cuba siapkannya sekali gus... Melainkan ada masalah.
Sebenarnya, saya cuma,
Ya, tak, jubin yang cantik.
Saya ada jubin yang sama dalam bilik mandi saya.
Pasangan saya yang pilih.
Selalu ada cita rasa yang hebat.
Apa pun, dah nak siap.
Baguslah.
Awak nak secawan teh?
Ya. Boleh juga, terima kasih.
Hai, En. Lembu.
Leese?
- Awak okey? - Okey.
Awak mengelak siapa?
Tak, sayang. Saya cuma nak bersendirian.
Dengan lembu?
Ya.
Ya, lembu-lembu ini tiba-tiba muncul.
Sama macam orang lain hujung minggu ini.
Leese, saya minta maaf. Saya tak berfikir.
Ia tak jadi masalah apabila mereka ada di sini, bukan?
Saya, tak boleh suruh mereka balik.
Tak, sudah tentu tak jadi masalah.
Saya suka Russell.
Christine juga.
Saya cuma, fikir kita akan habiskan waktu berkualiti bersama.
Masih boleh. Bagaimana jika saya tempah meja di pub yang kita lalu tadi?
Untuk malam esok. Kita bertiga saja.
- Serius? - Ya, sudah tentu.
Ibu dan ayah pasti tak kisah duduk di meja lain.
Ya. Okey. Ya. Idea yang bagus.
No comments yet. Be the first to leave one.